Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Tiga Skop Khusus dalam Lingkaran Soalan iaitu Perkara, Individu, dan Luar Individu

Soalan Perkara Individu Luar Individu


(a) Apakah yang sedang dilakukan oleh pekerja- ✔

pekerja itu?
(b) Namakan alat-alat yang digunakan untuk ✔
menggali jalan raya?
(c) Pada pertimbangan anda adakah kerja
menggali lubang di jalan raya suatu kerja yang

rumit?
(d) Adakah anda bersetuju dengan pendapat
orang ramai yang mengatakan perbuatan
✔ ✔
menggali lubang di jalan raya menyusahkan
orang awam? Mengapakah anda berpendapat
demikian?
(e) Cadangkan satu cara penyelesaian terhadap
masalah yang timbul akibat daripada menggali

jalan raya?
(f) Pada pendapat anda apakah mesej yang ✔ ✔
hendak disampaikan oleh kartunis.
(g) Sejauhmanakah pembelajaran yang anda
peroleh melalui aktiviti ini akan membantu
✔ ✔ ✔
perancangan dan penilaian tugas-tugas pada
masa hadapan yang melibatkan orang ramai?

Soalan (a) dan (b) merujuk kepada perkara. Dalam konteks pengajaran dan

pembelajaran Bahasa Malaysia, perkara merujuk kepada tema, tajuk, subjek, idea, isu,

peristiwa, atau teks bacaan yang sedang dibincangkan. Misalnya dalam hubungan ini perkara
yang akan dibincangkan ialah menggali jalan raya. Oleh itu soalan-soalan yang hendak

dikemukakan hendaklah ditumpukan kepada skop perkara sahaja, iaitu berdasarkan kartunis

menggali jalan raya seperti yang disediakan.

Semasa menyediakan soalan ini guru bolehlah menggunakan apa sahaja aras

soalan asalkan soalan-soalan ini itu berkisar pada pasal menggali jalan raya berkenaan.

Tujuannya ialah supaya kita dapat meninjau pengetahuan pelajar tentang perkara yang

dibincangkan. Contohnya dalam soalan (a) yang bertanya apakah yang sedang dilakukan

oleh pekerja-pekerja itu? Soalan (b) pula ialah namakan alat-alat yang digunakan untuk

menggali jalan raya. Soalan ini yang merujuk kepada perkara tidak memerlukan pelajar

berfikir. Pelajar boleh t mendapat jawapan terus selepas melihat kartunis ini. Oleh itu, soalan

yang merujuk kepada skop perkara tidak memerlukan pelajar untuk berfikir.

Soalan (c) adalah merujuk kepada skop individu. Individu merujuk kepada orang

yang terlibat sebagai ahli dalam perbincangan, pembaca teks, atau orang yang dikehendaki

menjawab soalan yang dikemukakan kepadanya. Dalam pengajaran dan pembelajaran, pelajar

yang menerima soalan adalah dianggap sebagai individu. Oleh itu, soalan yang hendak

dikemukakan dikaitkan dengan pengalaman, pengetahuan, dan pandangan murid.

Umpamanya, soalan (c) “Pada pertimbangan anda adakah kerja menggali lubang di jalan

raya suatu kerja yang rumit? Jelaskan.”. Dengan cara ini guru dapat mengetahui sejauh

manakah perkara yang sedang dibincangkan itu (menggali lubang di jalan raya) dapat dikaitkan

oleh individu dengan pengalaman atau pandangannya. Dalam soalan yang merujuk kepada

skop individu, pelajar perlu berfikir sedikit untuk mendapatkan jawapan. Mereka tidak boleh

mendapat jawapan terus daripada kartunis. Dengan itu, soalan yang berskop individu adalah

mencapai tahap pemikiran yang rendah sahaja.


Soalan (e) adalah merujuk kepada skop di luar individu (pelajar). Misalnya,

soalan (e) “Cadangkan satu cara penyelesaian terhadap masalah yang timbul akibat

daripada menggali jalan raya?”. Dalam hubungan ini luar individu bermaksud luar daripada

individu berkenaan, iaitu masyarakat, tempat dan masa. Contoh masyarakat adalah seperti

rakan-rakan, penduduk tempat, penduduk negeri, negara, dan luar negara. Bagi tempat pula

adalah seperti kampung, bandar, negeri, dan luar negara. Manakala masa adalah seperti masa

lalu dan masa akan datang. Dengan itu, guru hendaklah mengemukakan soalan yang terdapat

di luar daripada skop individu pelajar yang sedang dibincangkan, tetapi masih dalam tema yang

sama, iaitu menggali lubang di jalan raya. Dalam soalan yang merujuk kepada skop luar

individu, pelajar perlu berfikir pada tahap sederhana untuk mendapatkan jawapan jika

berbanding dengan skop individu.

Soalan (f) yang berdasarkan gabungan perkara dan individu adalah seperti

“Pada pendapat anda apakah mesej yang hendak disampaikan oleh kartunis.”.Soalan-

soalan yang dibina sendiri itu adalah merangkumi skop perkara dan individu. Dalam soalan

yang berdasarkan gabungan perkara dan individu, pelajar kena berfikir secara mendalam dan

teliti. Dengan ini, mereka mencapai tahap pemikiran yang tinggi.

Soalan (d) adalah berdasarkan gabungan skop individu dan luar individu.

Misalnya, soalan (d) “Adakah anda bersetuju dengan pendapat orang ramai yang

mengatakan perbuatan menggali lubang di jalan raya menyusahkan orang awam?

Mengapakah anda berpendapat demikian?”. Soalan ini telah merangkumi lingkaran skop

individu dan luar individu. Dalam soalan yang berdasarkan gabungan skop individu dan luar

individu, pelajar juga perlu berfikir secara mendalam dan teliti. Pemikirannya adalah lebih

kurang sama dengan soalan yang berdasarkan gabungan perkara dan individu. Oleh itu,

pemikiran mereka adalah mencapai tahap yang tinggi.


Soalan (g) adalah berdasarkan gabungan antara skop perkara, individu, dan

luar individu. Umpamanya, soalan (g) iaitu “Sejauhmanakah pembelajaran yang anda

peroleh melalui aktiviti ini akan membantu perancangan, pelaksanaan dan penilaian

tugas-tugas pada masa hadapan yang melibatkan orang ramai?”. Berdasarkan soalan yang

dibina ini adalah merangkumi ketiga-tiga skop tadi, iaitu perkara, individu, dan luar individu.

Dalam soalan ini, pelajar perlu berfikir secara lebih mendalam kerana soalan ini sekaligus

merangkumi tiga skop iaitu perkara, individu, dan luar individu. Mereka juga kena berfikir

berpanjangan untuk mendapat jawapan yang logik dan baik. Dengan ini, pemikiran mereka

boleh mencapai tahap pemikiran yang lebih tinggi.

Kesimpulannya, soalan yang berdasarkan gabungan skop perkara dan luar

individu tidak terdapat dalam tugasan ini. Soalannya adalah seperti “Pada pendapat anda

apakah tindakan wanita itu selepas dia mendapati keretanya terperangkap dalam lubang

jalan raya yang digali oleh pekerja-pekerja?”.Maka soalan ini dibina dengan merangkumi

skop perkara dan luar individu. Dalam soalan yang berdasarkan gabungan skop perkara dan

luar individu, pelajar juga perlu berfikir secara mendalam dan teliti. Pemikirannya adalah lebih

kurang sama dengan soalan yang berdasarkan gabungan perkara dan individu serta soalan

yang berdasarkan skop individu dan luar individu. Oleh itu, pemikiran mereka juaga adalah

mencapai tahap yang tinggi.

You might also like