Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 17

Isi Kandungan

Bil. 1 2 3 4 Perkara Pengenalan Konsep sukan sepanjang hayat dan rekreasi Definisi sukan sepanjang hayat dan rekreasi Kepentingan sukan sepanjang hayat dan rekreasi dalam Muka Surat 2 2 4 6

pembangunan domain psikomotor, kognitif dan afektif murid. 5 Program sukan sepanjang hayat dan rekreasi yang realistik dan mampu dilaksanakan di sekolah . 6 Kajian dan tinjauan terhadap bagaimana sukan sepanjang hayat dan rekreasi yang dilaksanakan di sekolah luar negara. 7 Brosur salah satu program sukan sepanjang hayat dan rekreasi yang di laksanakan di sekolah. 8 9 Penutup Rujukan. 15 16 13 10 8

1.0

PENGENALAN Kerajaan Malaysia sangat prihatin terhadap pembangunan dan perkembangan sukan di Malaysia. Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai prasarana sukan untuk kemudahan rakyat menceburkan diri dalam sukan dan dana bagi pertandingan peringkat kebangsaan hingga antarabangsa demi pembangunan sosial dan kesejahteraan rakyat. Sebagai contoh penyediaan gelanggang 1 malaysia yang telah dibangunkan secara meluas di kawasan-kawasan luar Bandar. Justeru itu, Dasar Sukan Negara telah digubal dengan menumpukan kepada Sukan Massa dan Sukan Prestasi Tinggi menurut Kementerian Belia dan Sukan, (1998, seperti yang dinyatakan oleh Julismah Jani). Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelapan (RMKe-8), program pembangunan sukan dilaksana oleh Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri serta sektor swasta dan pertubuhan sukan kebangsaan bagi menggalakkan gaya hidup sihat di samping membina sahsiah, semangat berpasukan dan muhibbah di kalangan rakyat Malaysia. Pelbagai usaha diambil bagi menarik lebih ramai penyertaan dalam aktiviti sukan dan rekreasi. Justeru itu, aktiviti sukan sepanjang hayat dan rekreasi giat dijalankan di sekolag dan guru-guru memainkan perananan sebagai ejen penting untuk memastikan pelaksanaan dan kelangsungan aktiviti sukan dalam kalangan murid.

2.0

KONSEP SUKAN SEPANJANG HAYAT DAN REKREASI

2.1

Konsep Sukan Sepanjang Hayat

Sukan sepanjang hayat juga dikenali sebagai sukan massa. Sukan massa merupakan satu idea untuk memasyarakatkan sukan. Sukan massa atau sukan untuk semua menyeru seluruh lapisan masyarakat untuk mengambil bahagian di dalam

sebarang kegiatan sukan. rekreasi dan kecergasan. Penyertaan ini juga perlu dilakukan secara berterusan sepanjang hayat sehingga ianya dapat dijadikan satu gaya hidup masyarakat.
2

Konsep utama sukan sepanjang hayat adalah untuk mengekalkan tahap kesihatan yang baik bagi semua lapisan masyarakat. Selain itu, ianya juga adalah untuk meningkatkan tahap kesihatan semua anggota masyarakat. Aktiviti-aktiviti sukan sepanjang hayat terdiri daripada berbagai aktiviti contohnya sukan seperti bola sepak, badminton dan sepak takraw. Selain itu, aktiviti kecergasan seperti jogging, berjalan kaki, taichi dan lain-lain, serta aktiviti luar seperti mendaki, berkeno, berkhemah dan mengembara. Selain itu, sukan sepanjang hayat juga bertujuan untuk mengekalkan kesejahteraan semua lapisan masyarakat disamping menggalakkan penyertaan yang meluas dalam kalangan masyarakat. Sukan massa ini bukan berunsur pertandingan pada peringkat kebangsaan atau antarabangsa semata-mata, ia merupakan aktiviti-aktiviti rekreasi yang berbentuk fizikal dan sukan spontan yang diuruskan untuk tujuan menggalakkan penyertaan meluas. Kegiatan sukan boleh meransang pembinaan suatu masyarakat yang cergas dan proaktif di samping merupakan satu alat yang berkesan ke arah perpaduan dan semangat cintakan Negara, disamping menyokong kepada prinsip-prinsip am pendidikan sepanjang hayat.

2.2

Konsep Sukan Rekreasi. Sukan rekreasi yang lasak dan mempunyai cabarannya yang tersendiri

sememangnya digemari oleh para remaja dan dewasa yang aktif. Pelbagai aktiviti yang menarik yang berasaskan aktiviti air, darat, dan dalaman. Konsep utama sukan rekreasi ini adalah untuk mendapat kepuasan kendiri (personal fulfillment). Orang ramai yang gemar berrekreasi ini biasanya melakukan aktivi yang digemari mereka untuk mendapatkan kepuasan kendiri. Selain itu, sukan rekreasi ini juga mempunyai konsep sosialisasi iaitu yang berkaitan dengan perawakan seseorang. Konsep ini memberi peluang kepada pelajar untuk lebih banyak bergaul dan berinteraksi dengan rakan-rakan mereka. Dengan ini para pelajar akan dapat meluaskan pergaulan mereka dan mempunyai hubungan yang baik
3

diantara mereka. Sosialisasi ini juga dapat memberi peluang kepada para pelajar untuk memupuk dan mengamalkan nilai-nilai murni deperti kerjasama, bertolak ansur, toleransi, dan sebagainya. Konsep sukan rekreasi ini dapat membantu dalam pembentukan diri individu, pembangunan insan, pembangunan negara, kepimpinan, gaya hidup sihat, kecerdasan, pendidikan sepanjang hayat,dan dinamik kumpulan.

3.0

DEFINISI SUKAN SEPANJANG HAYAT DAN REKREASI

3.1

Definisi Sukan Sepanjang Hayat

Sukan sepanjang hayat merujuk kepada segala jenis sukan termasuklah aktiviti rekreasi yang berbentuk fizikal dan penglibatannya terbuka kepada semua peringkat masyarakat. Ianya merupakan sukan untuk semua bagi menggalakkan penyertaan yang meluas bukan semata-mata untuk pertandingan. Dasar sukan sepanjang hayat adalah bertujuan untuk membentuk masyarakat yang sihat dan cergas melalui penglibatan aktiviti sukan dan rekreasi. Pelbagai program yang melibatkan slogan Malaysia Cergas telah diusahakan oleh organisasi tertentu bagi menggalakkan penyertaan serta kesedaran masyarakat terhadap faedah bersukan dan rekreasi. Selain itu, sukan sepanjang hayat adalah satu kempen sosial secara sistematik dan menyeluruh untuk memelihara, mengubah atau memperbaiki kekurangan dalam sesuatu sistem sosial. Sukan ini merupakan usaha untuk melibatkan masyarakat dalam sukan secara sukarela dan memanjangkan kepada semua lapisan masyarakat. Tambahan pula, sukan sepanjang hayat juga untuk menyedarkan masyarakat terhadap faedah-faedah sukan kepada pembangunan kesihatan, sosial, psikologi, pendidikan dan kebudayaan. Oleh itu, sukan sepanjang hayat atau sukan massa adalah satu usaha menggalakkan penglibatan sukan dan aktiviti fizikal kepada rakyat Malaysia

disamping membina satu masyarakat bersatu-padu, persahabatan, aman dan sejahtera. 3.2 Definisi Sukan Rekreasi

Rekreasi ialah aktiviti yang dirancang dan dilakukan untuk memenuhi masa lapang bukan untuk pertanding tetapi untuk memperoleh keseronokan, ketenangan minda dan merehatkan badan. Aktiviti rekreasi terbahagi kepada dua bahagian iaitu aktiviti rakreasi luar dan aktiviti rekreasi dalam. Aktiviti rekreasi luar dilakukan di luar daripada rumah, Contoh aktiviti rekreasi luar ialah bermain basikal, bermain guli, aktiviti lasak seperti mendaki, memancing dan juga berakit seperti yang ditunjukkan dalam gambar rajah 1 di bawah. Inilah adalah antara aktiviti rekreasi luar yang sering dilakukan. Aktiviti rekreasi dalam pula seperti bermain piano, melukis, dan bermain catur. Menurut Ford (1981), rekreasi merupakan program yang melibatkan penggunaan persekitaran yang semula jadi yang bertujuan untuk mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran kurikulum yang sedia ada. Ia juga merangkumi perkembangan pengetahuan, kemahiran, ilmu, dan sikap. Hammerman Etal (1985) pula mengatakan bahawa sukan rekreasi itu merupakan landasan untuk mengenal pasti pengetahuan dan ilmu yang boleh digunakan dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Dengan ini, jelaslah bahawa aktiviti sukan rekreasi merupakan aktiviti yang dirancang di masa lapang untuk tujuan keseronokan, ketenangan minda, dan merehatkan badan disamping mampu memperkukuhkan pengetahuan yang diperoleh sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran.

4.0

KEPENTINGAN SUKAN SEPANJANG HAYAT DAN SUKAN REKREASI

Sukan sepanjang hayat bertujuan untuk mengekalkan dan meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan semua rakyat Malaysia. Sukan jenis ini merujuk kepada aktiviti-aktiviti sukan yang berlaku secara menyeluruh atau diuruskan dengan tujuan untuk menggalakkan penyertaan yang lebih luas dan bukan sematamata untuk pertandingan di peringkat kebangsaan atau antarabangsa. Dalam kurikulum di sekolah, aktiviti rekreasi juga dititikberatkan kepada murid. Oleh sebab itu setiap tahun, kebanyakan sekolah akan menganjurkan pelbagai aktiviti rekreasi untuk pelajar-pelajar. Sukan rekreasi diselaraskan di sekolah bagi merealisasikan falsafah pendidikan kebangsaan bagi melahirkan modal insan minda kelas pertama yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial. Sekiranya para pelajar atau murid sentiasa mengambil bahagian dalam aktiviti rekreasi, ia dapat mengekalkan serta membantu memperkembangkan keadaan psikomotor, kognitif serta afektif mereka. Berikut merupakan kepentingan sukan sepanjang hayat berdasarkan:

a)

Domain psikomotor Meningkatkan daya tahan otot. Menguatkan sistem kardiovaskular . Mengelakkan kecederaan kepada anggota badan. Memberi ketangkasan dan kecergasan tubuh badan. Meningkatkan kadar metabolisma dalam badan melalui aktiviti sukan yang dijalankan. Meningkatkan kesihatan dan mengelakkan daripada sebarang penyakit kronik.

Meningkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor.

b)

Domain Kognitif Membentuk daya pemikiran yang positif. Melahirkan modal insan yang celik akal. Mewujudkan daya berfikir secara kreatif dan kritis. Mempercepatkan proses pemerolehan maklumat. Membentuk idea-idea yang bernas. Dapat berfikir dengan waras. Meningkatkan kemahiran-kemahiran berfikir.

c)

Domain Afektif Menolong individu menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling dan masyarakat. Mewujudkan persekitaran yang yang sihat. Menggalakkan masyarakat untuk menyertai aktiviti rekreasi. Menggalakkan gaya hidup sihat dalam semua lapisan masyarakat. Memberi kesedaran tentang kepentingan kesihatan kepada masyarakat. Mengurangkan masalah sosial melalui aktiviti bersukan. Membina hubungan yang sihat antara ahli masyarakat.

5.0

PROGRAM

SUKAN

SEPANJANG

HAYAT

DAN

REKREASI

YANG

REALISTIK DAN MAMPU DILAKSANAKAN DI SEKOLAH

i.

Senamrobik 1 murid 1 sukan Pada 10 julai 2012, semua sekolah seluruh negara telah melaksanakan senamrobik

serentak pada 10 Julai 2012 (Selasa), jam 8.00 pagi di sekolah masing-masing pada waktu perhimpunan rasmi sekolah. Pegawai-pegawai dari Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) telah bersama-sama menyempurnakan pelancaran senamrobik ini di sekolah-sekolah yang berhampiran. Sehubungan dengan itu, aktiviti ini perlu diteruskan di sekolah sekolah untuk memastikan kelansungan kebaikan aktiviti ini kepada murid-murid. Aktiviti senamrobik ini boleh dilaksanakan setiap hari pagi Rabu berikutan hari tersebut merupakan hari kokurikulum bagi murid-murid. Kebiasaanya, aktiviti kokurikulum hanya melibatkan murid tahap 2 dan keperluan jasmani murid tahap 1 kurang dititikberatkan. Oleh kerana itu, senamrobik ini boleh dijadikan aktiviti mingguan untuk setiap warga sekolah disamping memberi peluang untuk semua memiliki tahap kesihatan yang lebih baik. Tambahan pula, warga sekolah memiliki kesempatan untuk beramah mesra dan meningkatkan lagi interaksi sesama mereka terutamanya untuk para guru dan staf-staf sokongan. Aktiviti ini dapat melibatkan setiap lapisan masyarakat untuk menjalani aktiviti sukan dalam suasana yang harmoni dan aman. ii. Aktiviti rekreasi bulanan. Aktiviti luar jarang didedahkan kepada murid-murid. terdapat persepsi yang beranggapan aktiviti rekreasi di luar membahayakan keselamatan murid-murid. namun begitu, hal ini akan menyebabkan penafian hak untuk mereka belajar meneroka alam sekitar dan bermain dengan aktiviti yang bersesuaian. Antara aktiviti yang dapat dijalankan adalah berkayak, mendaki gunung, berbasikal secara berkumpulan ataupun aktiviti jungle-trekking.

Aktiviti-aktiviti bukan sahaja memberi peluang untuk murid mencuba aktivitiaktiviti rekreasi yang berlainan malah dapat mengeratkan silaturrahim antara murid dengan murid, murid dengan guru. Rata-rata murid tidak berpeluang melakukan aktiviti rekreasi ini bersama keluarga mahupun sendiri. Pihak sekolah boleh memberi peluang kepada murid untuk melakukan aktiviti-aktiviti sihat di samping mengurangkan gejala sosial di kalangan murid. Aktiviti rekreasi ini boleh dirancang dengan baik dan melibatkan seramai murid yang mungkin. Permulaan pelaksaan program ini boleh dilakukan di kawasan sekitar sekolah dan seterusnya melibatkan tempat-tempat lain yang lebih menarik minat murid. satu aktiviti setiap bulan sudah mencukupi dan segala perancangan harus dijalankan dengan teliti untuk memastikan kelancaran program ini dijalankan kelak. iii. Program terapi. Program ini sudah lama dijalankan oleh Program Pendidikan Khas Integrasi di sekolah. Namun begitu, hanya murid berkeperluan khas diberi peluang untuk menjalani program terapi ini. Terapi boleh dijalankan untuk menggalakkan nilai-nilai positif dalam diri murid seperti yakin diri, komunikasi serta motivasi diri murid. antara contoh terapi yang boleh dilakukan adalah seperti terapi berkuda, terapi renang dan terapi pasir. Selain bermain, murid-murid boleh belajar untuk berkomunikasi dengan haiwan, alam sekitar dan ahli komuniti di sekeliling mereka. Program ini sesuai dijalankan dalam kumpulan yang kecil. Oleh kerana itu, program ini boleh mengikut kesesuaian kelompok yang telah dipilih. Program terapi ini akan melibatkan domain-domain psikomotor, kognitif serta afektif murid. Hal ini bertepatan dengan konsep suukan sepanjang hayat dan rekreasi dalam meningkatkan lagi penglibatan pelbagai lapisan masyarakat dalam aktiviti aktiviti fizikal. dirancang dan disusun

6.0

KAJIAN & TINJAUAN PELAKSANAAN SUKAN SEPANJANG HAYAT DAN REKREASI DI SEKOLAH LUAR NEGARA Secara puratanya, remaja dan kanak-kanak di Amerika Syarikat mengalami masalah berat berlebihan atau obesiti. Masalah ini menyebabkan para ibu bapa bimbang tentang tahap kesihatan anak mereka. Melalui pembacaan saya dalam artikel Improve Physical Education Programs in U.S. Schools, hasil penulisan Allison Johnson, sekolah di Amerika Syarikat sering mengabaikan Pendidikan Jasmani untuk murid mereka. Hanya 6 daripada negara-negara di Amerika Syarikat yang menitikberatkan aktiviti fizikal yang bersesuaian untuk sekolah rendah. Menurut The National Association of Sport and Physical Education, murid seharusnya diberi peruntukkan 150 minit seminggu untuk aktiviti Pendidikan Jasmani di sekolah rendah dan 225 minit di sekolah menengah tinggi. Namun begitu, angka tersebut tidaklah membawa apa-apa erti kepada pihak sekolah. Secara puratanya, murid hanya menerima 70 minit seminggu. Ibu bapa juga kurang membantu di dalam menggalakkan perkembangan aktiviti fizikal murid anak mereka dan terdapat 75 peratus kanak-kanak yang tidak mendapatkan aktiviti fizikal secara kerap. Hal ini membawa kepada peruntukkan perbelanjaan yang banyak dalam menanggung kos perubatan yang berkaitan dengan masalah obesiti. Amerika Syarikat memperuntukkan 147 billion dolar setiap tahun untuk tujuan tersebut. Bagi mengatasi masalah ini, sekumpulan pengkaji terdiri daripada James F. Sallis, Thomas L. McKenzie, Bohdan Kolod, Michael Lewis, Simon Marsha dan Paul Rosengard telah menjalankan kajian ke atas 7 buah sekolah untuk melihat kesan aktiviti fizikal ke atas pencapaian akademik murid melalui Project SPARK. Project SPARK merupakan akronim bagi Sports, Play, and Active Recreation for Kids. Program ini bagi melihat direka untuk dilaksanakan sebagai Pendidikan Jasmani kepada murid. Selain itu, program ini melibatkan aktiviti kecergasan seperti melompat tali dan senamrobik, begitu juga sukan kecergasan seperti bola sepak dan permainan Frisbee. Program ini juga menggalakkan aktiviti fizikal di luar sekolah dan ganjaran diberikan sekiranya murid melakukan aktiviti fizikal bersama keluarga mereka. Hasil daripada kajian ini mendapati, murid yang menjalani aktiviti fizikal di bawah program ini mengalami peningkatan pencapaian akademik di dalam kelas. Hal ini jelas menunjukkan kepentingan aktiviti
10

fizikal ini dalam membantu memperkembangkan lagi potensi diri murid seterusnya memberi peluang untuk mereka memperbaiki tahap kesihatan mereka. Di Scotland, purata kanak-kanak di sana juga mengalami masalah obesiti seperti di Amerika Syarikat. Oleh kerana itu, Pendidikan Jasmani diberi penekanan di sekolah bagi membantu mengurangkan lambakan kes kesihatan yang berkaitan obesit di kalangan kanak-kanak mereka. Melalui laporan yang disediakan oleh HM Inspectorate of Education di Scotland, terdapat beberapa buah sekolah telah menjalankan beberapa program untuk menggalakkan penglibatan aktiviti fizikal di kalangan pelajar mereka. Antaranya, mengelolakan aktiviti sukan dan aktiviti luar sekolah untuk meningkatkan kemahiran fizikal murid disamping menggalakkan perkembangan sosial diri murid secara personal. Terdapat juga sekolah yang menawarkan kelas tambahan untuk lawatan ke pusat-pusat sukan yang menawarkan pelbagai aktiviti fizikal menarik untuk murid mereka bagi tujuan untuk menggalakkan perkembangan tingkah lau mereka. Di sesetengah kawasan pedalaman di Scotland, mereka telah bekerjasama dengan beberapa kelab sukan tempatan untuk menawarkan penyertaan dalam pelbagai jenis aktiviti fizikal di luar sekolah dan usaha mencari bantuan kewangan daripada badan sukan kebangsaan untuk menyediakan pelbagai aktiviti tersebut juga giat dijalankan. Selain itu, terdapat guru besar yang menawarkan kelas tarian di waktu rehat untuk menggalakkan penglibatan murid dalam aktiviti tarian. Tambahan pula, ada sekolah yang menyediakan tempat permainan untuk murid mereka bermain permainan tradisional dan peralatan untuk permainan tersebut juga disediakan. Hal ini memberi peluang untuk murid melakukan aktiviti aktif dan menyeronokkan ketika waktu rehat tengah hari. Contoh-contoh di atas merupakan program-program yang dilaksanakan oleh sekolah-sekolah di Scotland dalam

menggalakkan penyertaan murid mereka dalam aktiviti fizikal dan mereka bersetuju penglibatan aktif kanak-kanak ini banyal memberi kesan dalam pencapaian akademik murid-murid mereka. Di bandar New York pula, sekolah-sekolah diselia oleh Office of School Wellness yang menggariskan panduan untuk sekolah, guru-guru dalam melaksanakan pendidikan jasmani di sekolah. Sebagai contoh garis panduan yang telah ditetapkan, bagi sekolah rendah, gred K-3 akan terlibat dalam Pendidikan Jasmani asas setiap hari. Manakala gred
11

4 hingga 6 akan menjalani Pendidikan Jasmani tidak kurang 3 kali seminggu. Saiz kelas Pendidikan Jasmani juga dinyatakan dengan jelas. Melalui satu laporan mengenai sekolah-sekolah di sana, telah terbukti, Pendidikan Jasmani memberi impak yang positif dalam perkembangan kanak-kanak di sekolah. Rata-rata sekolah yang menjalankan Pendidikan Jasmani dengan baik, memiliki murid-murid yang mempunyai pencapaian akademik yang baik di samping perkembangan sosial dan tingkah laku yang positif. Hasil tinjauan daripada ketiga-tiga tempat ini, jelas menyatakan kepentingan Pendidikan Jasmani atau pendidikan sukan sepanjang hayat kepada diri kanak-kanak di sekolah. .

12

7.0

BROSUR

SUKAN

SEPANJANGA

HAYAT

DAN

REKREASI

YANG

DILAKSANAKAN DI SEKOLAH

Gambar 1 Muka surat 1

13

Gambar 2 Muka surat 2

14

8.0

PENUTUP

Selain perkembangan fizikal, kanak-kanak juga dapat memperkembangkan kemahiran sosialisasi mereka dengan berinteraksi dengan guru mahupun rakan-rakan yang berbilang kaum melalui aktiviti fizikal. Ini secara tidak langsung dapat membina perpaduan , semangat kekitaan dalam kalangan murid apabila mereka mengikuti sesuatu aktiviti dalam sukan rekreasi. Tambahan pula, seseorang individu boleh mempelajari nilai-nilai murni secara tidak langsung apabila menyertai aktiviti sukan yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Justeru itu, sukan sepanjang hayat dan rekreasi sememangnya memberi banyak faedah kepada murid dan haruslah dijadikan aktiviti wajib di sekolah.

15

9.0

RUJUKAN

Johnson Ebing, Frankie Muli, Lawrence Angansuk. (2011, 27 Oktober ). Kepentingan Sukan Rekreasi dalam Kurikulum. Didapati daripada esukan.blogspot: http://esukan.blogspot.com/2011/10/kepentingan-sukan-rekreasi-dalam.html HM Inspectorate of Education. (____). Improving Physical Education in Primary School. Didapati daripada Education of Scotland: http://www.educationscotland.gov.uk/Images/sqpe_tcm4-712817.pdf Julismah Jani. (______). Peranan Guru dalam Memacukan Pembangunan Sukan di Malaysia. Didapati daripada Freewebs.com: http://www.freewebs.com/outdoorasia/Microsoft%20Word%20%20dr%20julismah%20article.pdf Johnson, A. (_____). Improve Physical Education Programs in US Schools. Didapati daripada Forcechange.com: http://forcechange.com/26360/improve-physical-education-programsin-u-s-schools/ Kementerian Belia dan Sukan. (1988). Dasar sukan Negara. Kuala Lumpur: Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. ______. Konsep Sukan untuk Semua. (2012, 16 Januari). Didapati daripada cemerlangbahasadansastera.blogspot: http://bacemerlangbahasadansastera.blogspot.com/2012/01/konsep-sukan-untuk-semua-sukanuntuk.html Sallis, J. F., T. L. McKenzie, et al. (1999). Effects of Health-Related Physical Education on Academic Achievement: Project SPARK. Research Quarterly for Exercise and Sport 70, 2, 127-134. Speregen, K. (_____). Physical Education in Amerika's Public Schools. Didapati daripada University of Michigan: http://sitemaker.umich.edu/356.speregen/physical_education_and_school_performance

16

Taras, H. (2005), Physical Activity and Student Performance at School. Journal of School Health, 75: 214218. doi: 10.1111/j.1746-1561.2005.00026.x U.S. Department of Health and Human Services. (2010, Julai). The Association Between . Didapati daripada Cdc. gov: http://www.cdc.gov/healthyyouth/health_and_academics/pdf/pa-pe_paper.pdf Walcott, D. M. (____). Elementary School Physical Education Requirements. Didapati daripada NYC Department of Education: http://schools.nyc.gov/NR/rdonlyres/47EF21EF-173A4264-B373-D5B5146A84EB/112535/WQRSPEESRequirements_FORPOST1.pdf

17

You might also like