Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 38

PENDEKATAN PENYELESAIAN MASALAH

1. Penyelesaian Masalah
Penyelesaian masalah adalah sebahagian daripada penakkulan. Masalah berlaku apabial sesuatu organisme atau kecerdasan buatan berada dalam situasi yang berbeza daripada situasi yang dihajati. Masalah diselesaikan melalui tindakan berurutan yang merapatkan perbezaan antara situasi semasa dengan situasi yang dihajati.

2. Penyelesaian Masalah
Penyelesaian masalah telah banyak dikaji oleh ramai ahli psikologi sejak 100 tahun yang lampau. Penyelidikan yang dilakukan menggunakan masalah yang mudah diselesaikan dalam masa singkat, mempunyai penyelesaian yang optimum, dan penyelidik dapat kesan langkah penyelesaian masalah yang terlibat.

3. Penyelesaian Masalah
Andaian 1: masalah yang dipilih mewakili masalah yang terdapat dalam dunia sebenar. Andaian 2: proses kognitif yang digunakan untuk selesaikan masalah mewakili proses menyelesaikan masalah dunia sebenar. Andaian 3: penyelesaian masalah mudah boleh digeneralisasikan kepada penyelesaian masalah yang lebih kompleks.

4. Penyelesaian Masalah
Pada awal 1970an, Sternberg (1995) mencadangkan dapatan kajian dan konsep yang dikemukakan melalui kajian makmal tidak semestinya dapat digeneralisasikan kepada masalah sebenar dalam kehidupan. Juga didapati, proses menyelesaikan masalah adalah berbeza bagi bidang ilmu yang berbeza.

Pandangan ini telah mengubah pendekatan penyelesaian masalah.

5. Penyelesaian Masalah
Mulai awal 1970an, kebanyakkan penyelidik mula menyedari dapatan kajian dan konsep yang dikemukakan melalui kajian makmal tidak semestinya dapat digeneralisasikan kepada masalah sebenar dalam kehidupan. Juga didapati, proses menyelesaikan masalah adalah berbeza-beza bagi bidang yang berbeza.

6. Penyelesaian Masalah
Di Amerika Syarikat, kajian ditumpukan kepada penyelesaian masalah dalam berbagai bidang pengetahuan tertentu, tidak lagi kepada penyelesaian masalah secara umum. Bidang yang dikaji termasuklah fizik, penulisan, permainan chess, membuat keputusan politik, penyelesaian masalah pengurusan, mekanikal, elektronik, dan masalah peribadi.

7. Penyelesaian Masalah
Di Eropah, kajian beralih kepada penggunaan masalah kompleks menyerupai masalah kehidupan sebenar yang disimulasikan menggunakan komputer. Kajian menumpukan kepada perbezaan antara proses kognitif menyelesaikan masalah secara sedar dan di bawah sedar, dan melihat kaitan antara elemen kognisi, motivasi dan sosial dalam penyelesaian masalah.

8. Penyelesaian Masalah
Sekarang diakui bahawa proses menyelesaikan masalah adalah berbeza-beza antara bidang pengetahuan dan tahap kepakaran seseorang. Dapatan daripada kajian makmal tidak semestinya boleh digunakan dalam situasi di luar makmal. Tumpuan masa kini ialah menyelesaikan masalah duni sebenar (Sternberg, 1995)

Penyelesaian masalah mudah


Alat thermostat matlamat mengekalkan satu tahap suhu yang ditetapkan. Tindakan memanaskan untuk menaikkan suhu; menyejukkan untuk menurunkan suhu Jika suhu semasa lebih rendah daripada suhu yang ditetapkan, panaskan. Jika suhu semasa lebih tinggi, sejukkan. Jika suhu semasa sama dengan suhu yang ditetapkan, biarkan sahaja. Hanya satu pilihan yang betul.

Penyelesaian masalah kompleks


Terdapat beberapa pilihan tetapi tidak semestinya betul. Boleh guna proses cuba-jaya untuk meneroka beberapa pilihan sehingga mencapai matlamat. Masa digunakan mungkin singkat atau lama bergantung kepada kecekapan strategi atau kerumitan masalah. Tiada jaminan penyelesaian diperolehi walaupun penyelesaian wujud.

Masalah berstruktur & tak berstruktur


Masalah mudah (berstruktur) Kirakan keluasan empat segi tepat. Masalah kompleks (tak berstruktur) Apakah yang boleh anda lakukan untuk berjaya dalam kerjaya yang anda pilih? Tiada formula tertentu boleh digunakan dalam penyelesaian masalah tak berstruktur. Tidak semestinya berjaya.

Kaedah heuristik
Digunakan sebagai panduan. Melibatkan pilihan, gerak hati, pengetahuan, dan kreativiti. Tiada jaminan berjaya tetapi dapat tingkatkan kemungkinan mendapat penyelesaian. 4 teknik heuristik:
Analisis cara-matlamat Awal ke akhir Akhir ke awal Jana & Uji

1. Analisis cara-matlamat
Beri fokus kepada matlamat yang hendak dicapai terlebih dahulu. Analisis cara-cara merapatkan jurang antara keadaan semasa dengan matlamat. Proses menganalisis memecahkan kepada langkah-langkah kecil. Pilih cara yang paling sesuai. Selesaikan masalah dengan mengikuti langkah-langkah kecil yang terlibat.

2. Maju ke hadapan
Menyelesaikan masalah mengikut urutan. Memulakan penyelesaian masalah daripada langkah pertama. Langkah diteruskan satu persatu hingga ke langkah terakhir.

3. Undur ke belakang
Penyelesaian masalah secara songsang. Menentukan matlamat yang hendak dicapai.

Memulakan penyelesaian masalah berasaskan matlamat yang hendak dicapai.


Dari situ, bergerak ke belakang dengan menyelesaikan keadaan yang menyebabkan masalah tersebut berlaku.

4. Jana dan Uji


Digunakan dalam situasi di mana tiada apa-apa petunjuk untuk membuat pilihan. Jana beberapa tindakan alternatif untuk menyelesaikan masalah. Laksana satu dan lihat sama ada tindakan tersebut menuju ke arah penyelesaian masalah. Simpan rekod tentang percubaan dan kegagalan supaya pilihan yang salah tidak diulangi. Teruskan mencuba sehingga penyelesaian masalah tercapai.

Kecerdasan Berjaya

Kecerdasan Analitis (Analytical)

Kecerdasan Kreatif (Creative)

Kecerdasan Praktikal (Practical)

Robert Sternberg (1996): Successful Intelligence

Orang yang cerdas berjaya


adalah orang yang fleksibel, yang dapat menyesuaikan dirinya kepada fungsi yang perlu dilaksanakannya. menyedari tentang perlunya mengubah cara mereka bekerja demi menangani tugas dan situasi yang mereka hadapi.

menganalisis perubahan-perubahan yang perlu dibuat dan melaksanakan perubahan-perubahan tersebut.

Orang yang cerdas berjaya


bertindak sebelum masalah menjadi terlalu besar untuk di atasi. dapat mentafsir masalah dengan tepat.

membina strategi menyelesaikan masalah dengan berhatihati.


tidak semestinya membuat keputusan yang tepat sepanjang masa. Tetapi, sentiasa memantau dan menilai kembali keputusan yang dibuat. Jika terdapat kesilapan, mereka membetulkannya segera.

Kecerdasan Analitis
Melibatkan proses mental yang dibuat secara sedar dalam situasi mencari penyelesaian kepada sesuatu masalah.

Kecerdasan Kreatif
Kebolehan menghasilkan / menjana idea baru melampaui apa yang sedia ada. Memerlukan keseimbangan dan aplikasi kecerdasan lain seperti kecerdasan analitis dan praktikal.

Kecerdasan Kreatif
Kebolehan menghasilkan idea / menjana idea baru yang melampaui apa yang sedia ada.

Kecerdasan Praktikal
Kebolehan menggunakan idea daripada kecerdasan kreatif dan analisis (daripada kecerdasan analitis) untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian, secara berkesan.

Idea Sternberg
Punyai kecerdasan sahaja tidak cukup untuk menjadikan seseorang berjaya dalam hidup. Lebih penting, mengetahui BILA dan BAGAIMANA menggunakan kecerdasan itu secara berkesan. Orang yang cerdas berjaya punyai kebolehan bidang tertentu, dan membuat refleksi tentang bila dan bagaimana mereka boleh menggunakan kebolehan tersebut secara berkesan.

Kajian Sternberg
Kajian Sternberg tentang kecerdasan mendedahkan beberapa perkara penting: Kecerdasan kreatif boleh diuji. Kecerdasan analitikal, kreatif dan praktikal boleh diajar. Peluang belajar dalam suasana belajar yang sesuai kepada kebolehan semula jadi boleh meningkatkan kebolehan tersebut.

Kejayaan
Tiada kriteria khusus untuk mencapai kejayaan dalam hidup. Untuk menjadi terkenal, seseorang memerlukan kecerdasan praktikal yang tinggi menggunakan dan menonjolkan bakat yang ada walaupun orang lain lebih berbakat.

Kejayaan
Orang yang cerdas berjaya adalah fleksibel berubah menyesuaikan diri dengan situasi yang dihadapi menganalisis keadaan dan merancang perubahan. Orang yang cerdas berjaya memilih dan menentukan aspek yang mereka ingin berjaya, seterusnya mengambil langkah-langkah yang sesuai.

Penyelesaian Masalah
Penyelesaian masalah memerlukan kecerdasan analitikal, kreatif dan praktikal. Ia memerlukan penglibatan mental yang dibuat secara sedar. Tujuan beralih dari satu situasi bermasalah kepada situasi yang tidak bermasalah. Proses memilih di antara beberapa pilihan yang ada dan menilai di antara beberapa peluang yang terbuka.

Penyelesaian Masalah
6 langkah dalam kitaran penyelesaian masalah. Penyelesaian satu masalah menjadi asas kepada masalah baru. Tidak kesemua 6 langkah dilalui mengikut urutan. Kadangkala, perlu berpatah balik ke langkah sebelumnya.

Pada akhirnya semua langkah dilalui.

6 Langkah Penyelesaian Masalah Sternberg


1. 2. 3. 4. Kenal pasti masalah / isu. Definisi / halusi masalah / isu. Hasilkan strategi menyelesaikan masalah. Perjelaskan maklumat (Representing information) 5. Peruntukkan bahan / sumber 6. Pantau dan nilai semula.

1. Mengenali masalah
Mengaku bahawa masalah wujud. Jika tidak, tiada usaha dibuat untuk mengatasi masalah. Orang cerdas berjaya tidak tunggu sehingga masalah menjadi terlalu besar untuk mulai usaha menyelesaikan masalah. Tanda-tanda masalah hasil yang dikeluarkan tidak sebaik dahulu; tidak seperti yang dijangkakan; tidak memenuhi kehendak dsb.

2. Mendefinisi masalah
Penting untuk didefinisikan dengan tepat. Memerlukan kecerdasan analitikal, kreatif dan praktikal untuk membuat definisi betul Membuat ketetapan mana satu masalah yang memerlukan penyelesaian.

3. Bina strategi
Orang cerdas berjaya menghabis banyak masa membina penyelesaian masalah yang strategik untuk jangka masa panjang.

Bersedia menerima faedah yang lambat.


Berhati-hati mengambil tindakan melaksana strategi.

4. Penggunaan maklumat
Persepsi seseorang terhadap maklumat meninggalkan kesan ke atas kebolehannya menyelesaikan masalah dan strategi yang digunakan untuk menyelesaikan masalah. Orang cerdas berjaya mendapatkan maklumat masalah setepat yang mungkin. Ia menggunakan maklumat tersebut secara berkesan.

5. Peruntukan sumber
Penyelesaian masalah memerlukan sumber. Sumber termasuklah kakitangan, masa, kewangan, kemudahan dll. Orang cerdas berjaya mengagihkan sumber untuk jangka panjang dan jangka pendek dengan berhatihati. Mereka mengambil kira risiko dan ganjaran yang diperolehi.

6. Memantau & menilai


Pelaksanaan strategi penyelesaian masalah perlu pemantauan dan penilaian berterusan. Orang cerdas berjaya tidak sepanjang masa membuat keputusan yang betul tetapi sentiasa memantau dan menilai kembali keputusan yang dibuat.

Mereka bersedia membuat pembetulan jika mendapati telah membuat kesilapan.

Kenali Masalah

Pantau & nilai

Definisi masalah

Peruntukan Sumber

Bina strategi

Guna maklumat

Kitaran penyelesaian masalah Sternberg (1996)

You might also like