Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 17

PESTA SUKAN KEBUDAYAAN PERKHIDMATAN PELAJARAN (PSKPP) SARAWAK 2013 BINTULU ___________________________________________________________

KERTAS KONSEP KEJOHANAN SEPAK TAKRAW


PESTA SUKAN KEBUDAYAAN PERKHIDMATAN PELAJARAN (PSKPP) SARAWAK 2013 KELOLAAN PSKPP BINTULU

Undang undang dan peraturan Kejohanan Sepak Takraw PSKPP Sarawak tahun 2013 kelolaan PSKPP Bintulu

UNDANG UNDANG DAN PERATURAN KEJOHANAN SEPAK TAKRAW PESTA PSKPP NEGERI SARAWAK 2013 KELOLAAN PSKPP BINTULU

1.0

PROGRAM 1.1 Kejohanan Sepak Takraw ini akan dikenali sebagai Kejohanan Sepak Takraw Pesta Sukan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran (PSKPP) Sarawak 2013

2.0

MATLAMAT 2.1 Mengenalpasti dan memilih pemain-pemain di kalangan guru dan staf yang berkelayakan untuk mewakili Negeri Sarawak ke kejohanan Sepak Takraw PSKPP Kebangsaan 2013 Mengeratkan silaturrahim di kalangan guru-guru dan staf yang berkhidmat di bawah naungan Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak. Memupuk semangat bersaing secara sihat di kalangan peserta - peserta. Memupuk budaya sukan di kalangan guru guru dan staf.

2.2 2.3 2.4 3.0

PENGURUSAN 3.1 3.2 Kejohanan Sepak Takraw ini adalah anjuran PESTA SUKAN KEBUDAYAAN PERKHIDMATAN PELAJARAN (PSKPP) BINTULU. PESTA SUKAN KEBUDAYAAN PERKHIDMATAN PELAJARAN (PSKPP) BINTULU akan membentuk jawatankuasa pengelola bagi mengelolakan kejohanan ini.

Undang undang dan peraturan Kejohanan Sepak Takraw PSKPP Sarawak tahun 2013 kelolaan PSKPP Bintulu

4.0

KELAYAKAN 4.1 4.2 Semua ahli Pesta Sukan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran (PSKPP) Sarawak. Kejohanan Sepak Takraw Pesta Sukan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran (PSKPP) Sarawak 2013 akan dijalankan secara BERPASUKAN. Setiap bahagian menghantar satu (1) pasukan yang mengandungi; 4.2.1 4.2.2 4.2.3 4.2.4 Seorang pengurus pasukan Seorang jurulatih Dua (2) pasukan pemain senior yang mengandungi 8 orang pemain termasuk dua (2) orang pemain simpanan Satu (1) pasukan pemain peringkat umur 36 TAHUN DAN KE ATAS. (lahir pada tahun 1977 dan sebelum)

5.0 FORMAT PERTANDINGAN 5.1 Kejohanan ini akan dijalankan dalam empat (4) peringkat, iaitu peringkat awal, peringkat suku akhir, peringkat separuh akhir dan peringkat akhir. Semua perlawanan akan dijalankan mengikut tertib berikut ; 5.1.1 5.1.2 5.1.3 5.2 Regu I (senior) Regu II (36 tahun ke atas) Regu III (senior)

PERINGKAT AWAL 5.2.1 Peringkat awal akan dijalankan secara LIGA SATU (1) PUSINGAN dalam 4 kumpulan iaitu kumpulan A, B,C dan D Pasukan johan dan naib johan dari setiap kumpulan akan layak ke peringkat suku akhir. Pemberian mata adalah seperti berikut; 5.2.2.1 Pasukan yang memenangi perlawanan dengan 3 SET - 0 akan mendapat EMPAT (4) MATA.

5.2.2

Undang undang dan peraturan Kejohanan Sepak Takraw PSKPP Sarawak tahun 2013 kelolaan PSKPP Bintulu

5.2.2.2 Pasukan yang memenangi perlawanan dengan 2 SET- 1 akan mendapat TIGA (3) MATA 5.2.2.3 Pasukan yang KALAH tidak akan mendapat apa apa mata (0) 5.2.3 Sekiranya selesai semua perlawanan dalam sesuatu Kumpulan, kiraan mata diperolehi sama oleh DUA (2) PASUKAN sahaja, maka keputusan PERLAWANAN AWAL antara dua (2) pasukan berkenaan akan diambil kira bagi menentukan kedudukan pemenang. Jika kiraan mata diperolehi sama oleh tiga (3) pasukan kedudukannya akan ditentukan dengan kaedah berikut :5.2.4.1 5.2.4.2 5.2.4.3 maka

5.2.4

Kiraan PERBEZAAN REGU daripada jumlah regu menang yang diperolehi oleh Pasukan berkenaan Kiraan PERBEZAAN SET daripada jumlah set menang yang diperolehi oleh pasukan berkenaan Kiraan perbezaan ANGKA-ANGKA MATA (points) daripada jumlah angka-angka mata yang diperolehi oleh pasukan berkenaan

5.3

SUKU AKHIR (KALAH MATI) Perlawanan suku akhir, separuh akhir, penentuan tempat ketiga dan perlawanan akhir akan dijalankan secara KALAH MATI, mana-mana pasukan yang memenangi lawannya dengan 2 regu berturutan, maka perlawanan bagi regu III tidak diadakan lagi.Perlawanan suku akhir akan dijalankan secara menyilang seperti berikut;

. 7.3.1 7.3.2 7.3.3 7.3.4 5.4 Perlawanan 1 Perlawanan 2 Perlawanan 3 Perlawanan 4 :Johan kumpulan A vs naib johan kumpulan B. :Johan kumpulan C vs naib johan kumpulan D. :Johan kumpulan B vs johan kumpulan A :Johan kumpulan C vs johan kumpulan D

SEPARUH AKHIR (KALAH MATI) 5.4.1 Perlawanan 1 5.4.2 Perlawanan 2 : Pemenang perlawanan 1 vs pemenang perlawanan 2 : Pemenang perlawanan 3 vs pemenang perlawanan 4

Undang undang dan peraturan Kejohanan Sepak Takraw PSKPP Sarawak tahun 2013 kelolaan PSKPP Bintulu

5.5 AKHIR 5.5.1 Pemenang perlawanan 1 vs pemenang perlawanan 2 5.5.2 Penentuan tempat ketiga dan keempat akan dijalankan sebelum perlawana akhir

6.0 SISTEM KIRAAN MATA 6.1 Apabila perkara batal dilakukan oleh pihak sepak mula atau penerima sepak mula, satu mata akan diberi kepada pihak lawan. 6.2 Setiap set dimenangi oleh regu yang mendapat MATA LIMABELAS (15) dengan kelebihan minima DUA (2) MATA.Bila regu terikat mata 14-14, set tersebut dimenangi apabila mana-mana regu mendapat kelebihan dua (2) mata atau mana-mana regu mencapai mata tujuhbelas (17) ( yang mana dahulu ). Apabila regu terikat mata 14-14, maka pengadil akan membuat pengumuman lanjutan mata 17 6.3 Dalam perlawanan berpasukan ia akan dijalankan dalam 3 SET (BEST OF 3 ) dengan 2 minit rehat antaranya dan di mana pasukan yang memenangi 2 daripada 3 set dikira memenangi perlawanan. Set akan dikenali dengan set pertama, kedua dan ketiga.

7.

PEMAIN-PEMAIN 7.1 Setiap perlawanan dimainkan oleh 2 regu yang mana setiap regu mempunyai 3 orang pemain. 7.2 Salah seorang daripada pemain hendaklah berada di belakang yang dinamakan Tekong (server). 7.3 Dua orang lagi pemain hendaklah berada di hadapan, seorang di sebelah kiri dan seorang lagi di sebelah kanan. Pemain di sebelah kiri dinamakan Apit Kiri manakala yang berada di sebelah kanan dinamakan Apit Kanan . Kedua-dua pemain dinamakan Apit. 7.4. Setiap pasukan hendaklah mempunyai tiga (3) Regu di mana bilangan pemain minimum sembilan (9) orang pemain dan maksimum duabelas (12)orang. 7.5 Setiap nama pemain hendaklah didaftarkan untuk bermain di dalam perlawanan. 7.6 Maksimum tiga (3) pemain didaftarkan sebagai permain simpanan.

Undang undang dan peraturan Kejohanan Sepak Takraw PSKPP Sarawak tahun 2013 kelolaan PSKPP Bintulu

7.7 7.8 7.9

Seorang pemain cuma boleh BERMAIN UNTUK SATU (1) REGU SAHAJA. SEMBILAN (9) orang pemain mestilah berada di gelanggang semasa diperkenalkan. Mana-mana pasukan yang pemainnya KURANG DARI SEMBILAN (9) ORANG PEMAIN , tidak dibenarkan bermain di kejohanan tersebut dan dianggap KALAH.

7.10 Sebelum sesuatu perlawanan dimulakan, Pasukan yang akan bertanding hendaklah menyerah senarai pasukan atau barisan pemain termasuk pemain simpanan kepada pengadil rasmi bertugas dengan menggunakan borang yang disediakan. 7.11 KEMENANGAN PERCUMA 3 regu ( 15-0, 15-0, 15-0 setiap regu) juga akan diberikan kepada pasukan lawan jika mana-mana pasukan tidak melaporkan diri LIMA BELAS (15) MINIT selepas waktu yang dijadualkan atau melaporkan diri dengan pemain-pemainnya yang kurang dari 9 orang. Maka pasukan berkenaan tidak layak meneruskan perlawanannya dan dianggap menarik diri tanpa alasan yang munasabah. 8.0 REHAT (TIME-OUT) 8.1 Setiap regu berhak meminta satu minit rehat ( time out ) sekali untuk setiap set. Rehat boleh diminta oleh pengurus pasukan atau jurulatih semasa bola tidak berada dalam permainan.Tidak ada lagi rehat yang di berikan secara automatik 9.0 PERMAINAN TERGENDALA 9.1 Pengadil boleh memberhentikan permainan jika berlaku halangan, gangguan atau pemain tercedera dan memerlukan rawatan segera tidak melebihi 5 minit untuk setiap regu. 9.2 Pemain yang tercedera dibenarkan berehat dan menerima rawatan sehingga 5 minit. Jika selepas 5 minit, pemain tidak berupaya bermain, maka gantian pemain mestilah dibuat. Jika regu ini telah membuat pertukaran pemain maka regu lawan akan dikira sebagai pemenang. 9.3 Cuma pengadil rasmi sahaja boleh memberhentikan perlawanan apabila berlaku gangguan atau halangan dengan kebenaran jawatankuasa pertandingan. 9.4 Semasa tempoh permainan diberhentikan, semua pemain tidak keluar dari gelanggang untuk minum atau mendapat tunjuk ajar. dibenarkan

Undang undang dan peraturan Kejohanan Sepak Takraw PSKPP Sarawak tahun 2013 kelolaan PSKPP Bintulu

10.0 TATATERTIB ( DISIPLIN) 10.1 Semua pemain mestilah mematuhi undang -undang permainan. 10.2 Hanya Ketua Regu sahaja dibenarkan berjumpa pengadil jika ada sebarang pertanyaan atau inginkan kepastian mengenai keputusan yang dibuat dan pengadil hendaklah memberi penerangan terhadap keputusan yang telah dibuatnya. 10.3 Pengurus / jurulatih rasmi dan pegawai dilarang membantah keputusan Pengadil semasa pertandingan sedang berjalan. Ini boleh menjejaskan kelancaran pertandingan. Tindakan disiplin boleh di ambil terhadap pegawai berkenaan.

11.0 HUKUMAN 11.1 KAD KUNING Kesalahan yang boleh dikenakan Kad Kuning adalah seperti berikut:11.1.1 Tidak menunjukkan semangat kesukanan dan melakukan perkaraperkara yang bertentangan dengan etika sukan yang boleh menjejaskan keseluruhan pertandingan 11.1.2 Memaki atau mengeluarkan kata kata kesat. 11.1.3 Berulang kali melakukan melanggar undang undang peraturan pertandingan. permainan dan

11.1.4 Melambat-lambatkan permainan setelah diberi amaran lisan oleh pengadil. 11.1.5 Masuk keluar gelanggang tanpa kebenaran pengadil. 11.1.6 Dengan sengaja pengadil. meninggalkan gelanggang kerana bantah keputusan

Undang undang dan peraturan Kejohanan Sepak Takraw PSKPP Sarawak tahun 2013 kelolaan PSKPP Bintulu

11.2

KAD MERAH Kesalahan-kesalahan yang perlu dihukum, merah jika melakukan kesalahan berikut:11.2.1 Masih berdegil oleh pengadil. dan berkelakuan pemain boleh diberi kad amaran

buruk setelah

diberi

11.2.2 Berkelakuan ganas dengan niat untuk mencederakan pihak lawan. 11.2.3 Meludah kepada pihak lawan, pegawai atau penonton. 11.2.4 Memaki dan mengeluarkan kata-kata kesat. 11.2.5 Menerima Kad kuning yang kedua dalam perlawanan yang sama. 11.3 Mana - mana pemain yang melakukan kesalahan sama ada di dalam atau di luar gelanggang terhadap pihak lawan, pemain, pengadil, pembantu pengadil atau mana-mana orang dimana Kad Kuning telah dikeluarkan adalah merupakan tindakan disiplin yang perlu diterima oleh semua pihak: 11.3.1 Kesalahan : Kad Kuning Pertama Hukuman : Amaran Biasa 11.3.2 Kesalahan : Kad Kuning Kedua diterima oleh pemain di perlawanan yang lain tetapi didalam kejohanan yang sama. Hukuman : Digantung satu perlawanan 11.3.3 Kesalahan : Kad Kuning Ketiga diterima perlawanan di kejohanan yang sama. Hukuman : (i) Digantung 2 perlawanan. 11.3.4 Kesalahan : Kad Kuning Keempat diterima setelah digantung dua perlawanan di kejohanan yang sama. 11.3.5 Kesalahan : sama. Pemain menerima 2 Kad Kuning dalam perlawanan yang setelah digantung satu

Hukuman : (i) Digantung dua perlawanan. (iii) Diberi Kad Merah di atas kesalahan disiplin ketiga dalam mana-mana perlawanan di kejohanan yang sama.

Undang undang dan peraturan Kejohanan Sepak Takraw PSKPP Sarawak tahun 2013 kelolaan PSKPP Bintulu

11.4

Mana mana pemain yang diperintah keluar gelanggang oleh pengadil sama ada Kesalahan di dalam atau diluar gelanggang, terhadap pihak lawan, rakan sepasukan, pengadil, pembantu pengadil, pengadil garisan atau manamana pegawai: Kad merah akan diberi diatas tindakan disiplin berikut akan di ambil:11.4.1 Kesalahan : Menerima Kad merah serta merta daripada bermain dalam mana mana

Hukuman : Di gantung perlawanan

12.0 PERATURAN DAN UNDANG UNDANG PERTANDINGAN 12.1 Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan dijalankan menurut UNDANG UNDANG PERMAINAN GABUNGAN SEPAK TAKRAW ANTARABANGSA ( ISTAF) (Pindaan dalam Kongres ISTAF pada 17 hb Januari 2011 di Bangkok, Thailand) jika berlaku pertelingkahan terhadap mana-mana perkara yang tidak termasuk di dalam Undang-Undang Permainan ini, keputusan pengadil rasmi adalah MUKTAMAD.

13.0 GELANGGANG 13.1 13.2 Luas gelanggang adalah 13.4 m x 6.1 m, bebas dari sebarang rintangan sehingga 8 m tinggi dari permukaan lantai gelanggang. Lebar semua garisan gelanggang tidak melebihi 0.04 m di ukur ke dalam dari penjuru ukuran gelanggang. Garisan sempadan gelanggang hendaklah di ukur 3.0 m dari garisan tepi gelanggang dan bebas dari sebarang rintangan. Lebar semua garisan gelanggang tidak melebihi 0.04 m di ukur ke dalam dari penjuru ukuran gelanggang. Garisan sempadan gelanggang hendaklah di ukur 3.0 m dari garisan tepi gelanggang dan bebas dari sebarang rintangan. Garisan Tengah Garisan tengah selebar 0.02 m yang membahagikan gelanggang kepada dua bahagian yang sama besar.

13.3

13.3

Undang undang dan peraturan Kejohanan Sepak Takraw PSKPP Sarawak tahun 2013 kelolaan PSKPP Bintulu

13.4

Garisan Suku Bulatan Garisan suku bulatan hendaklah digaris dari garisan tepi ke garisan tengah berukuran jejari 0.9 m ukuran dari tanda pertemuan garisan tepi dengan garisan tengah. Garisan selebar 0.04 m ini hendaklah keluar dari tepi suku bulatan itu.

13.5

Bulatan Sepak Mula Bulatan sepak mula berjejari 0.3 m hendaklah digariskan ditengah-tengah kiri dan kanan petak gelanggang, yang mana pusatnya adalah 2.45 m dari garisan belakang gelanggang, 4.25 m dari garisan tengah gelanggang dan 3.05 m dari garisan tepi. Garisan 0.04 m ini hendaklah diukur dan digaris hala keluar dan jejarinya 0.3 m.

14.0. TIANG 14.1 14.2 Ketinggian tiang ialah 1.55 m di ukur dari permukaan gelanggang dan ianya hendaklah teguh dan kukuh untuk regangan jaring. Jejarinya tidak melebihi 0.04 m. Kedudukan tiang-tiang hendaklah didirikan 0.3 m jaraknya dari garisan tepi dan sebaris dengan garisan tengah gelanggang.

15.0 JARING 15.1 15.2 15.3 15.4 Jaring hendaklah diperbuat daripada nylon yang halus dan siratnya berukuran 0.06 m hingga 0.08 m. Lebar jaring adalah 0.7 m dan panjang jaring tidak kurang dari 6.10 m selari dengan garisan tengah gelanggang. Di kedua-dua hujung jaring dilekatkan pita 0.05 m sebagai sempadan dari atas ke bawah dan kedudukan sebaris menegak dengan garisan tepi. Di bahagian atas dan bawah jaring hendaklah di lapik dengan pita 0.05 m yang di perkuat dengan benang atau nylon. Pita berfungsi sebagai pengampu tali regangan di atas paras tiang. Ketinggian jaring di bahagian tepi setelah diregang ialah 1.55 m ( 1.45 m untuk wanita ), manakala di bahagian tengah jaring 1.52 m dari permukaan gelanggang.

15.5

Undang undang dan peraturan Kejohanan Sepak Takraw PSKPP Sarawak tahun 2013 kelolaan PSKPP Bintulu

10

16.0 BOLA TAKRAW 16.1 16.2 Bola takraw yang dulunya diperbuat daripada rotan hendaklah berbentuk bulat, ianya diperbuat daripada satu lapis fiber sintetik. Bola takraw mestilah mempunyai ciri-ciri berikut:16.2.1 Mempunyai 12 lubang. 16.2.2 Mempunyai 20 pertemuan silang. 16.2.3 Ukuran garis lilitnya mestilah diantara 0.41 m hingga 0.43 m untuk pemain lelaki dan 0.42 m hingga 0.44 m untuk pemain wanita. 16.2.4 Berat bola sebelum dimainkan di antara 170 g hingga 180 g untuk pemain lelaki dan 150 g hingga 160 g untuk pemain wanita. 16.3 Bola takraw boleh mempunyai satu warna, pelbagai warna dan warna yang terang tetapi tidak mempunyai warna yang boleh mengganggu prestasi pemain.

17.0 PAKAIAN PEMAIN 17.1 Semua pakaian pemain hendaklah bersesuaian dan menepati ciri-ciri kejohanan sepaktakraw. Mana-mana peralatan yang boleh menolong melajukan bola atau mempercepatkan pergerakan pemain dan membahayakan pemain adalah dilarang sama sekali. Bagi mengelakkan kekeliruan, pasukan yang bertanding hendaklah memakai warna jersi yang berlainan. Pemain hendaklah memakai Jersi / T-Shirt, seluar pendek, stoking, dan kasut sukan bertapak getah dan tidak bertumit tinggi. Pakaian adalah merupakan sebahagian daripada anggota badan. Jersi / T-Shirt hendaklah dimasukkan ke dalam seluar. Semua pakaian pemain hendaklah BERNOMBOR DIBAHAGIAN BELAKANG. Setiap pemain hendaklah memakai nombor jersi yang sama untuk keseluruhan kejohanan. Ketua regu hendaklah memakai ARM BAND di lengan kiri.

17.2 17.4

17.5

17.6

Undang undang dan peraturan Kejohanan Sepak Takraw PSKPP Sarawak tahun 2013 kelolaan PSKPP Bintulu

11

18.0 GANTIAN PEMAIN 18.1 Mana-mana pemain yang telah bermain atau disenaraikan sebagai pemain simpanan dalam mana-mana regu, tidak dibenarkan bermain dalam regu yang lain di dalam pertandingan yang sama. Gantian pemain boleh dibenarkan pada bila-bila masa dengan permintaan Pengurus Pasukan / Jurulatih Rasmi kepada Pengadil semasa bola tidak di dalam permainan. Dalam acara Berpasukan , setiap regu boleh menamakan maksimum SEORANG (1) PEMAIN SIMPANAN bagi setiap perlawanan di samping 3 pemain yang sedia ada . Semua pertukaran pemain hendaklah mendapat kebenaran daripada pengadil rasmi dan pertukaran hendaklah dilakukan di tepi gelanggang di mana pengadil bertugas nampak semasa pertukaran pemain dilakukan. Pertukaran pemain boleh dilakukan apabila antara kiraan mata telah dijalankan atau semasa permulaan set. Jika regu memulakan set dengan pemain yang berbeza dari set yang sebelumnya, maka dianggap pertukaran telah dilakukan untuk set yang baru. Mana-mana regu yang mempunyai KURANG DARIPADA TIGA (3) PEMAIN tidak dibenarkan meneruskan perlawanan dan DIANGGAP KALAH. Jika pemain diperintah keluar gelanggang (dikenakan kad merah) maka regu tersebut dibenarkan membuat pertukaran pemain sekiranya pertukaran masih belum dilakukan di dalam set tersebut. Jika pertukaran telah dilakukan dalam set tersebut, maka perlawanan akan ditamatkan dan regu pemain yang dikenakan kad merah dianggap kalah.

18.2 18.3

18.4

18.5 18.5 18.6

19.0 UNDIAN DAN WARM-UP 19.1 Sebelum permainan dimulakan, Pengadil akan membuat undian dengan kehadiran kedua-dua ketua regu. Ketua regu yang memenangi undian akan memilih sama ada (i) Sepak Mula atau (ii) Petak gelanggang. Regu yang kalah undian hendaklah memilih baki pilihan Regu yang menang undian. Kedua-dua Regu hendaklah mematuhi keputusan Pengadil. Regu yang memenangi undian akan memulakan Warm-Up selama 2 minit dan diikuti oleh regu yang satu lagi. Hanya EMPAT (4) orang sahaja yang dibenarkan bergerak bebas di dalam gelanggang dengan menggunakan bola rasmi.

19.2

Undang undang dan peraturan Kejohanan Sepak Takraw PSKPP Sarawak tahun 2013 kelolaan PSKPP Bintulu

12

20.0 KEDUDUKAN PEMAIN SEMASA SEPAK MULA 9.1 9.2 9.3 9.4 Apabila permainan hendak dimulakan, semua pemain mestilah berada dalam petak gelanggang masing-masing dalam keadaan bersedia. Sebelah kaki Tekong hendaklah berada di dalam bulatan sepak mula. Sebelah lagi kakinya mestilah berada di luar bulatan sepak mula untuk menyepak bola. Kedua-dua apit bagi regu yang membuat sepak mula mestilah berada di dalam suku bulatan masing-masing. Pemain regu lawan bebas berada di mana-mana kawasan didalam petak gelanggangnya.

21.0 PERMULAAN PERMAINAN DAN SEPAK MULA. 21.1 Perlawanan dikendalikan oleh seorang pengadil ( berada di salah satu hujung Jaring ), seorang Pembantu Pengadil ( berada bertentangan dengan Pengadil ), seorang Pengadil Rasmi ( berada di belakang Pengadil ), Regu melakukan sepak mula ( servis ) akan melakukan tiga (3) kali sepakan berturut-turut dan disambung oleh pihak lawan tiga (3) sepakan berturut-turut. Pertukaran sepak bergilir-gilir selepas tiga (3) mata, tanpa mengira mana pihak yang mendapat mata. Pada mata dius ( bila kedua-dua regu pada mata 14-14 ) servis akan bertukar pada setiap mata. Regu yang menerima servis akan melakukan servis pada set seterusnya. Tukar petak sebelum memulakan setiap set. Campakan hendaklah dilakukan oleh apit setelah Pengadil mengumumkan mata. Sekiranya apit membuat campakan sebelum Pengadil mengumumkan mata, maka campakan semula hendaklah di lakukan oleh apit dan amaran lisan akan diberi olek Pengadil kepada pemain tersebut. Jika pemain masih melakukan kesalahan yang sama maka campakan itu dianggap batal. Sebaik sahaja tekong melakukan sepak mula, semua pemain bebas bergerak di dalam gelanggang masing-masing. Sepak mula diakui sah jika bola melepasi atas jaring sama ada menyentuh jaring atau pun tidak, melalui antara dua pita sempadan dan jatuh di dalam gelanggang pasukan lawan. Dalam pertandingan sistem kalah mati, regu ketiga tidak perlu bermain jika keputusan telah diperolehi. Dalam pertandingan sistem liga, ketiga tiga regu dalam pasukan hendaklah bermain.

21.2

21.3 21.4

21.5 21.6

Undang undang dan peraturan Kejohanan Sepak Takraw PSKPP Sarawak tahun 2013 kelolaan PSKPP Bintulu

13

22.0 PERKARA-PERKARA BATAL 22.1 Pihak Sepak Mula 22.1.1 22.1.2 22.1.3 Apit yang membuat campakan, memain mainkan bola ( menghempas, mencampak dan lain lain cara ) selepas pengadil mengumumkan mata. Mana mana Apit mengangkat kaki atau memijak garisan tengah atau melintasi atau menyentuh jaring semasa membuat campakan untuk servis. Tekong (server) melompat semasa melakukan sepak mula atau kaki memijak garisan bulatan sepak mula sebelum atau semasa melakukan sepak mula. Tekong (server) tidak menyepak bola yang dicampak kepadanya. Bola menyentuh pemain regunya terlebih dahulu sebelum melepasi ke gelanggang lawan. Bola melintasi jaring tetapi jatuh di luar gelanggang. Bola tidak melepasi gelanggang lawan. Pemain menggunakan tangan atau lain lain bahagian tangan semasa melakukan sepakan walaupun tangan tidak menyentuh bola tetapi menyentuh lain objek bagi membantu melakukannya. Apit yang membuat campakan, mencampakkan bola sebelum Pengadil mengumumkan mata buat kali kedua.

22.1.4 22.1.5 22.1.6 22.1.7 22.1.8

22.1.9 22.2

Pihak Sepak Mula Dan Penerima Sepak Mula. 22.2.1 Melakukan tingkah-laku yang boleh menganggu, membuat bising atau menengking pihak lawan.

22.3

Kedua-dua Pihak Semasa Permainan. 22.3.1 22.3.2 Mana-mana pemain menyentuh bola di kawasan pihak lawan Mana-mana bahagian anggota pemain memasuki kawasan gelanggang lawan sama ada di atas atau di bawah jaring kecuali semasa follow through.

Undang undang dan peraturan Kejohanan Sepak Takraw PSKPP Sarawak tahun 2013 kelolaan PSKPP Bintulu

14

22.3.3 22.3.4 22.3.5 22.3.6

Memainkan bola melebihi tiga kali berturutan. Bola menyentuh tangan. Memberhentikan atau mengepit bola di bawah tangan / lengan antara kedua dua paha / kaki atau badan. Sebarang anggota atau peralatan pemain seperti kasut, jersi, pelilit kepala dan lain-lain menyentuh jaring, tiang, kerusi pengadil atau jatuh ke kawasan gelanggang lawan. Bola terkena siling, bumbung, dinding atau lain-lain benda. Mana mana pemain memegang atau menyentuh objek bagi membantu melakukan sepakan.

22.3.7 22.3.8

23.0 PENGADILAN 23.1 Semua perlawanan akan diadili oleh pengadil pengadil bertauliah dari Persatuan Sepak Takraw Bintulu. Oleh yang demikian setiap pasukan dikehendaki membayar RM150.00 sebagai bayaran pengadil. Keputusan Pengadil adalah muktamad sebarang bantahan tidak akan dilayan.

24.0 AM 24.1 Pengelola TIDAK bertanggungjawab di atas sebarang kemalangan, kecederaan, kematian dan kehilangan barang barang pegawai dan pemain pemain di sepanjang kejohanan ini

25.0 TAKLIMAT 25.1 Taklimat pengurus pasukan hanya akan dihadiri oleh pengurus pasukan yang berdaftar, dan kehadiran jurulatih sebagai pemerhati sahaja.

Undang undang dan peraturan Kejohanan Sepak Takraw PSKPP Sarawak tahun 2013 kelolaan PSKPP Bintulu

15

JADUAL PERLAWANAN

KUMPULAN A A1 A2 A3

KUMPULAN B B1 B2 B3

KUMPULAN C C1 C2 C3

KUMPULAN D D1 D2 D3

PERINGKAT KUMPULAN (LIGA SATU PUSINGAN)

NO PERLAWANAN 1 3 5 7 9 11

GELANGGANG A A1 VS A2 B1 VS B2 A2 VS A3 B2 VS B3 A3 VS A1 B3 VS B1

NO PERLAWANAN 2 4 6 8 10 12

GELANGGANG B C1 VS C2 D1 VS D2 C2 VS C3 D2 VS D3 C3 VS C1 D3 VS D1

PERINGKAT SUKU AKHIR (KALAH MATI)

NO PERLAWANAN 13 14 15 16

JOHAN A VS NAIB JOHAN B JOHAN C VS NAIB JOHAN D JOHAN B VS NAIB JOHAN A JOHAN D VS NAIB JOHAN C

Undang undang dan peraturan Kejohanan Sepak Takraw PSKPP Sarawak tahun 2013 kelolaan PSKPP Bintulu

16

PERINGKAT SEPARUH AKHIR (KALAH MATI)

NO PERLAWANAN 17 18

PEMENANG 13 VS PEMENANG 14 PEMENANG 15 VS PEMENANG 16

PENENTUAN TEMPAT KE-3

NO PERLAWANAN 19

KALAH 17 VS KALAH 18

AKHIR

NO PERLAWANAN 20

PEMENANG 17 VS PEMENANG 18

Undang undang dan peraturan Kejohanan Sepak Takraw PSKPP Sarawak tahun 2013 kelolaan PSKPP Bintulu

17

You might also like