Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

Definisi Kraf

efinisi

raf

"Keluaran Kraftangan" ertinya apa-apa keluaran artistik yang mempunyai daya tarikan kebudayaan atau tradisional dan adalah hasil dari sesuatu proses yang bergantung semata-mata atau sebahagiannya kepada kemahiran tangan dan termasuklah apa-apa barang, walau bagaimanapun dihasilkan, yang mempunyai rekabentuk batik pada atau di mana-mana bahagiannya. sumber: Akta 222-Akta perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia 1979

Tokoh Kraf Negara Tahun 2002 - Kraf Tenun Songket

ilahirkan pada 22 Disember 1942 di Kampung

Gelung Gajah iaitu sebuah perkampungan kecil yang terletak kira-kira 7km dari Kuala Terengganu. Ketika itu Negara sedang di bawah jajahan tentera Jepun. Dalam keadaan yang serba kekurangan pasangan Che Mamat dan Mariam tetap menerima kehadiran puteri kedua mereka dengan penuh kesyukuran.

Kepayahan dan keperitan hidup akibat jepun ruparupanya menjadi pendorong kepada penduduk kampong ini untuk membina kerjaya khususnya dalam bidang tenunan. Kemahiran menenun kain diusahakan secara serius oleh kaum wanita termasuk keluarga Mariam. Pendapatan hasil menenun ini sedikit sebanyak membantu suaminya menyara tujuh orang anak yang masih kecil.

elepas menamatkan pendidikan pada tahun 1955,

Hajah Zainab yang ketika itu berusia 13 tahun ditawarkan untuk menjadi guru dan jururawat. Harapan ibu, ayah dan keluarga ingin melihat beliau menjadi guru tidak tercapai apabila Hajah Zainab memilih bidang tenunan sebagai kerjayanya. Minat, semangat dan kesungguhan akur dengan keputusan yang diambilnya untuk menjadikan tenunan songket sebagai mata pencarian.

Selama penglibatan dalam bidang tenunan ini, beliau banyak berurusan dan menerima bantuan daripada badan-badan yang berkaitan dengan kraftangan antaranya Kraftangan Malaysia dan Syarikat Pemasaran Karyaneka Sdn. Bhd. Sokongan dari mereka turut menjadi pemangkin terhadap kerjaya beliau. Bagi menghargai jasa dan sumbangan beliau ,pada tahun 2002 Kraftangan Malaysia telah melantik beliau sebagai Tokoh Kraf Negara.

http://www.kraftangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=282&Itemid=235&la n

Songket

ongket, lambang kehalusan seni tenunan Melayu

yang diwarisi zaman berzaman. Kemahiran dan kreativiti tukang tenun terserlah melalui pengolahan corak dan hasil tenunan yang indah lagi menarik. Kedatangan pedagang-pedagang ke Tanah Melayu telah menggiatkan lagi perkembangan tenunan tempatan. Tenunan songket mula berkembang dibeberapa negeri terutama di negeri-negeri Pantai Timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Di zaman silam, motif dan warna yang terdapat pada tenunan songket melambangkan kedudukan seseorang. Secara tradisi, songket ditenun dengan menggunakan benang sutera halus dan benang emas serta dipakai oleh kerabat diraja Melayu dan golongan Bangsawan. Kini, songket ditenun dengan benang kapas dan mula dipakai oleh golongan rakyat biasa sebagai pakaian rasmi untuk majlis-majlis tertentu.

eanggunan kain songket, selain dijadikan sebagai

pakaian tradisi untuk mempermanis dan memperaga seni budaya, ia juga turut diilhamkan pada pelbagai barangan dalam bentuk beg, bingkai gambar, hiasan dinding, kusyen dan sebagainya.

radisi menenun masih dapat dikekalkan tidak

berubah sebagaimana seratus tahun dahulu. Alat-alat tenunan atau kek, motif dan ragamhiasnya serta cara menenun itu sendiri memperlihatkan keindahan dan kesempurnaan hasil ciptaan zaman silam yang masih segar hingga ke hari ini.

g=ms

agamhias masih dipertahankan terutama dalam aspek pembahagian dan penempatan beberapa bentuk bahagian

kain seperti kepala, kaki dan badan kain. Penyusunan motif pula terbahagi kepada dua susunan bunga penuh dan bunga tabur.

Motif-Motif

Motif kain songket terdiri daripada dua unsur penting iaitu unsur alam dan tumbuhan. Motif yang sering digunakan meliputi bentuk bunga, daun atau pucuk dan bahagian tampuk buah-buahan.

Motif-motif rekacorak yang menghiasi kain songket kebanyakannya berasaskan bunga-bungaan. Dengan teknik menenun yang tersendiri, kesemua bentuk motif terhasil dalam corak geometrik. Motif-motif pada kain songket disusun dengan susunan bunga penuh, bunga bertabur atau susunan bercorak. Motif pucuk rebung dan lawi ayam sering ditempatkan dikepala kain. Manakala motif 'awan larat' pula dijadikan sebagai kaki kain (border design).

Lihat juga: Info Songket

Teknik Pembuatan Kain Songket

Pada asasnya kain songket dihasilkan mengikut proses berikut: Mewarna benang, menerai, menganing,menggulung, menyapuk, mengarat, menyongket, menekat dan menenun.

Mewarna Benang Benang untuk tenunan terdiri daripada benang kapas, benang sutera, benang emas, dan benang perak. Benang emas dan benang perak adalah bahan asli yang tidak perlu diwarnakan. Gempalan benang mentah diwarna berulang kali supaya warnanya tidak luntur dan sekata. Benang tersebut dimasukkan kedalam kawah berisi air mendidih. Kemudian benang tersebut dibilas dengan air, lalu dijemur sehingga kering.

Menerai Benang Benang diceraikan daripada tungkulan besar dengan menggunakan alat rahat dan guwing. Bahan-bahan dibahagikan ke dalam pelting buluh yang dinamakan benang pakan.

Menganing Benang yang telah dileraikan atau dipintal ke pelting disusun di atas anian. Benang ditarik mengikut panjang yang dikehendaki berselang-seli mengikut pacak-pacak dibatang anian.

Menggulung Benang yang telah dianian digulung mengikut lebar gigi jentera dan panjang loseng (lebar kain yang dikehendaki pada papan gulung).

Menyapuk Benang yang digulung dimasukkan menerusi gigi jentera sebelum dilekatkan kepesak yang terletak di bahagian depan tempat duduk penenun. Proses ini dilakukan dengan menggunakan sejenis alat dipanggil pengait.

Menggarat Proses ini dilakukan dengan gerakan loseng turun naik. Caranya dimulakan dengan menggerakkan loseng silih berganti apabila jijak karat ditekan.

Menyongket Kerja-kerja menyongket dilakukan dengan menyusun lidi atau bilah-bilah nibung melalui celahcelah benang loseng.

Menekat Proses menekat ini dilakukan dalam dua cara iaitu takat lima atau tekat tiga. Setelah songket-songket diikat dan lidi-lidi dikeluarkan daripada celah-celah benang. Motif dibuat dengan menggunakan benang emas yang diisi kedalam Cuban. Proses pelancaran Cuban ini dikenali sebagai menyulam atau menekat benang emas. Menenun Tenunan dilakukan dengan menggunakan alat yang dipanggil kek atau 'kei' dalam dialek Kelantan. Kek terbahagi kepada tiga bahagian iaitu kaki kek, badan kek dan kepala kek yang saling berkaitan antara satu sama lain. Proses menenun ialah melancarkan benang corak ke atas benag loseng. Dalam proses ini, penenun mestilah menumpukan perhatian terhadap ragamhias yang bakal ditenun pada kain.

You might also like