Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 68

SK PASOH 3 (F)

72200 Batu Kikir Negeri Sembilan

PROJECT BASED LEARNING


Rumah Tradisional Sarawak
Nama Ahli : Muhd Luqman b Jamal Abdul Nasir Nor Saifuddin b Nor Azlan Mutiara Sofea bt Azhar Nur Syafiqah bt Zaidi Akhbar Tahun : 6 Arif

Skop Pembentangan:

1.Pengenalan Dan Proses Kerja.


2.Hasil Dapatan. 3.Rumah Tradisional Sarawak. 4.Kesimpulan Keseluruhan.

Mengapakah generasi masa

kini kurang mengenali dan


menghargai rumah rumah

tradisional?

PENGENALAN
RUMAH TRADISIONAL
Merupakan sebuah rumah yang dibina dan digunakan dengan cara yang sama sejak beberapa generasi. Antara jenis rumah tradisional yang terdapat di Malaysia adalah:

RUMAH TRADISIONAL
Rumah Minagkabau

Negeri Sembilan

RUMAH TRADISIONAL
Rumah Kutai

Negeri Perak

RUMAH TRADISIONAL
Rumah Limas

Negeri Johor

RUMAH TRADISIONAL
Rumah Melaka

Negeri Melaka

RUMAH TRADISIONAL
Rumah Panjang

Negeri Sarawak

PROSES KERJA
April
Guru pembimbing memperkenalkan projek dan taklimat melalui persembahan multimedia guru. Setelah perbincangan dilakukan, kami bersetuju untuk mengkhususkan kajian kepada rumah tradisional yang terdapat di Sarawak. Mengagihkan tugas berdasarkan tajuk yang berkaitan. Menyediakan senarai semak untuk melancarkan lagi proses kerja.

PROSES KERJA
Mei
Melayari internet untuk mencari maklumat berkaitan. Berbincang dan menyediakan soalan-soalan temuramah.

PROSES KERJA
Jun
Membuat lawatan ke Kampung Budaya, Sarawak Mengambil gambar video dan mengadakan sesi temuramah bersama pekerja Kampung Budaya Sarawak.

PROSES KERJA
Julai
Menganalisis dan mengumpul data tentang maklumat rumah tradisional Sarawak. Menyedia dan mencetak 50 borang soal selidik untuk diedarkan kepada responden . Membuat analisa daripada soal selidik yang dijalankan. Menyusun maklumat mengikut aturan yang sesuai.

PROSES KERJA
Ogos
Membina blog Menyiapkan segala video dan persembahan power point.

PROSES KERJA
September
Membina model rumah Mengemaskini dan menambah baik maklumat yang terdapat dalam Power Point dan blog.

PROSES KERJA
Oktober
Mempersembahkan hasil kerja kepada guru besar, guru-guru dan rakan-rakan. Memeriksa dan mengemaskini segala maklumat termasuk video, gambar dan keseluruhan yang berkaitan dengan projek.

PENGUMPULAN DATA
Secara amnya, projek ini melibatkan pengumpulan data melalui Soal-selidik yang dijalankan. Temubual bersama pekerja Kampung Budaya. Catatan maklumat sepanjang berada di Sarawak.

PENGUMPULAN DATA
SOAL SELIDIK
(GAMBAR SOAL SELIDIK)

Terbahagi kepada 3 bahagian iaitu: Bahagian A: Maklumat Responden Bahagian B: Maklumat Kajian Bahagian C: Maklumat Kajian di Sarawak

PENGUMPULAN DATA
SOAL SELIDIK
Contoh borang soal selidik yang diedarkan Borang Soal Selidik

PENGUMPULAN DATA
TEMUBUAL
Melibatkan temubual bersama pekerja Kampung Budaya, Sarawak. Video temubual yang dirakam bersama pekerja Kampung Budaya, Sarawak.

PENGUMPULAN DATA
TEMUBUAL

Video temubual yang dirakam bersama pekerja Kampung Budaya, Sarawak.

PENGUMPULAN DATA
CATATAN
Mengumpul data melalui catatan harian yang dicatatkan di dalam buku log

HASIL DAPATAN
50 orang responden telah menjawab soal selidik yang diedarkan
30 orang murid Tahap 2 20 orang guru dan kakitangan sekolah .

HASIL DAPATAN
Pengetahuan Tentang Rumah Tradisional.

Soalan : Adakah anda tahu apa yang dimaksudkan dengan rumah tradisional?

HASIL DAPATAN
Jenis Rumah Tradisional di Malaysia. Soalan ini berbentuk pengetahuan.

Soalan : Tandakan (/) pada rumah tradisional yang betul.

HASIL DAPATAN
Adakah anda pernah mengunjungi Sarawak?

Soalan : Adakah anda pernah mengunjungi Sarawak?

HASIL DAPATAN
Jenis rumah tradisional yang terdapat di Sarawak.

Soalan : Tandakan (/) sekiranya jenis rumah tradisional tersebut terdapat di Sarawak?

HASIL DAPATAN
Cara responden mendapat maklumat rumah tradisional Sarawak Carian maklumat di internet Bacaan buku dan majalah Pembelajaran di sekolah

HASIL DAPATAN
Sebab responden tidak dapat menjawab soalan berkaitan pengetahuan dengan baik

Kurang Membaca buku dan Kurang mendapat pendedahan

RUMAH PANJANG IBAN

RUMAH TRADISIONAL SARAWAK


RUMAH PANJANG IBAN Dikenali sebagai Dayak Laut. Membina rumah panjang mereka di tebingan sungai dan di tepi jalan raya bagi mempermudahkan aktiviti kerja serta berhubung dan berkomunikasi antara satu sama lain.

RUMAH TRADISIONAL SARAWAK


RUMAH PANJANG IBAN
Menggunakan tiang jenis kayu keras dan tidak mudah reput seperti kayu belian.

Bumbung diperbuat daripada daun rumbia atau daun sagu.

RUMAH TRADISIONAL SARAWAK


RUMAH PANJANG IBAN

Lantai pula dibina menggunakan buluh, papan atau kulit kayu.

Tangga rumah diperbuat daripada sebatang kayu bulat yang ditakik dan dipanggil tangga takik.

RUMAH TRADISIONAL SARAWAK


RUMAH PANJANG IBAN
Rumah panjang Iban mempunyai beberapa bahagian utama iaitu :

Ruai

Tanju

RUMAH TRADISIONAL SARAWAK


RUMAH PANJANG IBAN
Bahagian tempuan. Bahagian atas dipanggil sadau .

RUMAH PENAN

RUMAH TRADISIONAL SARAWAK


RUMAH PENAN
Kaum minoriti di Sarawak Merupakan kaum yang tinggal di kawasan hutan pedalaman Sarawak. Rumah Kaum Penan juga lebih dikenali sebagai pondok penan.

RUMAH TRADISIONAL SARAWAK


RUMAH PENAN
Penempatan Kaum Penan tidak kekal di sesuatu kawasan. Membina sebuah pondok kecil yang boleh bertahan selama beberapa minggu atau bulan sahaja.

Mula berpindah apabila sumber makanan di sesuatu kawasan tersebut telah habis digunakan.

RUMAH TRADISIONAL SARAWAK


RUMAH PENAN
Berlantaikan buluh atau tanah sahaja.

Bumbung pondok dibina daripada daun rumbia atau daun sagu.

RUMAH TRADISIONAL SARAWAK


RUMAH PENAN

Tidak mempunyai dinding. Tiang pondok dibina menggunakan kayu.

RUMAH TRADISIONAL SARAWAK


RUMAH PENAN
Pondok Kaum Penan lazimnya dibina berdekatan dengan pokok sagu liar. Ini kerana sagu merupakan makanan ruji Kaum Penan.

RUMAH PANJANG BIDAYUH

RUMAH TRADISIONAL SARAWAK


RUMAH PANJANG BIDAYUH
Merupakan masyarakat yang tinggal di kawasan Barat Daya Sarawak. Membina rumah panjang mereka yang terletak jauh di kawasan pedalaman dan tanah tinggi. Ini adalah bagi tujuan keselamatan dan juga memudahkan mereka untuk mendapatkan bekalan air yang bersih dan segar

RUMAH TRADISIONAL SARAWAK


RUMAH PANJANG BIDAYUH

Berbentuk bulat

Bumbung diperbuat daripada daun rumbia atau sagu yang telah dikeringkan.

RUMAH TRADISIONAL SARAWAK


RUMAH PANJANG BIDAYUH

Dinding dibina menggunakan buluh

Pelantar atau lantai rumah panjang diperbuat daripada buluh atau papan.

RUMAH TRADISIONAL SARAWAK


RUMAH PANJANG BIDAYUH

Tiang diperbuat daripada kayu belian

Mempunyai pelantar terbuka juga dikenali sebagai tanju yang panjang dan bertiang. Ia sebagai tempat untuk menjemur padi dan barangbarang lain.

RUMAH TRADISIONAL SARAWAK


RUMAH PANJANG BIDAYUH
Rumah panjang bidayuh juga mempunyai beberapa bahagian iaitu: Bahagian pertama rumah panjang ialah pelantar. Bahagian kedua ialah bilik kediaman keluarga. Bahagian seterusnya dipanggil akat. Terdapat bilik yang dikenali sebagai Baruh atau Panggah yang bermaksud rumah kepala digunakan untuk menyimpan tengkorak musuh.

RUMAH TINGGI MELANAU

RUMAH TRADISIONAL SARAWAK


RUMAH TINGGI MELANAU
Rumah Tinggi Melanau tertumpu di kawasan muara sungai dan juga di kawasan persisiran pantai.
Rumah Panjang Melanau tinggi dan berbentuk segiempat tepat serta bertingkat. Disebabkan itu, rumah panjang Melanau juga dikenali sebagai rumah tinggi Melanau

RUMAH TRADISIONAL SARAWAK


RUMAH TINGGI MELANAU
Dibina 40 kaki dari tanah bertujuan untuk berlindung dari serangan musuh atau lanun dan juga banjir.

RUMAH TRADISIONAL SARAWAK


RUMAH TINGGI MELANAU
Lantai dibina menggunakan kayu nibong.

Keunikannya juga boleh dilihat dari segi struktur susunan dan kombinasi lantai nibong yang unik.

Struktur lantainya adalah jarang, namun orang yang berada dibawah rumah ini tidak akan dapat melihat pergerakan orang yang berada di atas, tetapi orang yang berada di atas dapat melihat jelas pergerakan orang bawah rumah

RUMAH TRADISIONAL SARAWAK


RUMAH TINGGI MELANAU
Tiangnya adalah diperbuat daripada batang balak kayu belian yang mampu bertahan hingga 100 tahun dan lebih.

Tangga diperbuat menggunakan batang pokok yang ditakik

RUMAH TRADISIONAL SARAWAK


RUMAH TINGGI MELANAU
Rumah Tinggi Melanau juga mempunyai beberapa bahagian iaitu: Bahagian pertama adalah bilik. Setiap ahli keluarga akan tinggal di dalam bilik masing-masing. Bahagian kedua adalah ruang tamuyang merupakan pusat aktiviti seluruh ahli rumah tersebut. Bahagian seterusnya adalah dapur.

RUMAH ORANG ULU

RUMAH TRADISIONAL SARAWAK


RUMAH ORANG ULU Terdapat 2 penempatan rumah untuk Orang Ulu iaitu:
membina penempatan di tebing sungai utama membina penempatan di kawasan tanah tinggi.

Kaum ini biasanya membina rumah panjang yang boleh bertahan lama untuk beberapa generasi seterusnya.

RUMAH TRADISIONAL SARAWAK


RUMAH ORANG ULU
Tiang rumah dibina menggunakan kayu belian yang diukir dan diwarnakan terlebih dahulu.

Atap bumbung dibina daripada kulit kayu belian

RUMAH TRADISIONAL SARAWAK


RUMAH ORANG ULU
Rumah dibina di atas tiang kaki tinggi yang berukuran kirakira 30 kaki tinggi.

Tangga ini dibina dari kayu dan ditakik atau diukir dengan tangan.

RUMAH TRADISIONAL SARAWAK


RUMAH ORANG ULU Terdapat banyak bilik di dalam rumah ini. Setiap bilik dipisahlan oleh dinding bertujuan untuk mengasingkan kediaman setiapkeluarga. Bilik tuai rumah iaitu ketua rumah panjang adalah lebih besar berbanding bilik-bilik lain. Ia berada ditengah-tengah rumah panjang di mana pendiangan dan tempat menyambut tetamu utama terletak.

RUMAH TRADISIONAL SARAWAK


RUMAH ORANG ULU

Orang Ulu terkenal dengan warisan kesenian di mana Rumah Tradisional Orang Ulu lazimnya mempunyai motif atau ukiran tradisional yang diukir.

KESIMPULAN
Tidak Berminat
Membosankan & Tidak Menarik Banyak Kaum & Jenis Rumah Yang Perlu Diketahui Tiada Masa

Bermina t Menambahkan Pengetahuan

KESIMPULAN
Soal selidik menunjukkan lebih daripada separuh responden yang terlibat berminat untuk mendapat lanjutan maklumat mengenai rumah tradisional Sarawak.

Dari kajian soal selidik yang dijalankan,kami merumuskan bahawa responden gagal menjawab soalan yang berbentuk pengetahuan dengan baik kerana kurang mengenali dan menghargai rumah tradisional Sarawak.

KESIMPULAN
Bagaimanakah cara untuk meningkatkan kesedaran kepada generasi muda agar mengenali dan menghargai rumah tradisional yang terdapat di Sarawak?

KESIMPULAN
Maklumat-maklumat tersebut akan disebarluaskan melalui beberapa medium : Blog PBL SK Pasoh 3 (F) di mana segala maklumat mengenai pbl disalurkan melalui blog di alamat http://pblskpasoh3.edublogs.org/ Video mengenai rumah tradisional Sarawak yang dibina dan direkabentuk menggunakan aplikasi Movie Maker. Brochure. Model rumah .

KESIMPULAN
Diharapkan melalui medium penyebaran maklumat berikut, ia dapat membantu dalam meningkatkan kesedaran kepada generasi muda agar mengenali dan menghargai rumah tradisional yang terdapat di Sarawak.

Tak Kenal Maka Tak Cinta

RUJUKAN

SESI SOAL JAWAB

yang lama dikelek, yang baharu didukung

Sekian Terima Kasih.

You might also like