Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

PJM3106 ANATOMI DAN FISIOLOGI

Hubungkait Sistem Rangka dengan Pengaplikasiannya dalam Pendidikan Jasmani. Terdapat dua jenis posisi dalam pergerakan iaitu kedudukan biasa dan kedudukan anatomi. Kedudukan biasa ialah berdiri lurus atau tegak dan tangan rapat ke sisi badan. Manakala kedudukan anatomi pula berdiri lurus atau tegak dan tapak tangan menghala ke hadapan. Kaki kanan dan kiri pula terbuka menghala ke luar. Sistem rangka membolehkan kita melakukan pelbagai jenis pergerakan antaranya ialah pergerakan linear, putaran, bersudut, dan khusus. Hal ini kerana dalam mata pelajaran pendidikan jasmani kita melakukan banyak pergerakan bagi sesuatu aktiviti. Pergerakan linear adalah pergerakan yang melibatkan sasaran menegak, mendatar atau melengkung pada arah dan kelajuan yang sama. Contohnya meluncur dan menggelungsur. Pergerakan putaran pula ialah mengikut lengkuk bulatan mengelilingi satu putaran. Contohnya, supinasi dan pronasi. Seterusnya pergerakan bersudut yang merupakan pergerakan lurus tetapi masih bersudut. Pergerakan ini melibatkan seluruh bahagian bergerak dari satu kedudukan ke satu kedudukan lain. Sebagai contoh, fleksi, ekstensi, aduksi, abduksi, dan sirkumduksi. Akhir sekali pergerakan khusus iaitu pergerakan yang tiada had seperti fleksi-dorsi, plantar-fleksi, eversi, inverse, elevasi dan depresi.

Rajah 1 : Pergerakan Linear

Rajah 2 : Pergerakan Putaran

NOOR AZILA BINTI ZAINI NUR MUSERNAH BINTI MUSINI K15

PJM3106 ANATOMI DAN FISIOLOGI

Fleksi

Ekstensi

Rajah 3 : Pergerakan Bersudut

Eleva si

Depres i

Rajah 4 : Pergerakan Khusus

NOOR AZILA BINTI ZAINI NUR MUSERNAH BINTI MUSINI K15

PJM3106 ANATOMI DAN FISIOLOGI

Pergerakan-pergerakan yang terdapat dalam setiap rajah di atas, merupakan pergerakan yang selalu digunakan dalam aktiviti pemanasan badan. Disini kita dapat lihat bahawa sistem rangka memainkan peranan yang penting bagi membantu dan menyokong pergerakan kita. Sistem rangka penting dalam menentukan bentuk postur badan yang baik. Postur badan yang baik ialah apabila berat badan manusia tersokong pada kedudukan yang betul semasa melakukan aktiviti. Di samping itu, postur yang baik juga mengelakkan kelesuan dan sakit belakang, memperbaiki keyakinan diri serta kesihatan. Kegagalan fungsi sistem rangka boleh mendatangkan kesan ke atas pergerakan yang sepatutnya boleh dilakukan dan dicapai pada tahap tertentu. Hal ini disebabkan kegagalan fungsi sistem rangka yang mengurangkan kecekapan gerak badan akibat dari kesakitan dan ketidakselesaan semasa melakukan pergerakan. Sebagai contoh aktiviti tekan tubi atau bangkit tubi. Untuk melakukan aktiviti ini, sokongan daripada sistem rangka iaitu tulang belakang dan juga bahagian lengan sangat penting bagi menyokong pergerakan yang hendak dilakukan. Jika bahagian ini tidak berfungsi dengan baik, individu tersebut tidak boleh melakukan aktiviti ini dan mungkin akan merasakan kesakitan ketika aktiviti ini dilakukan. Selain itu, sistem rangka ini juga dapat melindungi organisma badan yang lembut. Terdapat juga organ-organ yang penting dan mudah tercedara dapat dilindungi oleh rangka-rangka tertentu. Contoh organ ini adalah seperti peparu dalam manusia yang dilindungi oleh sangkar rusuk. Rusuk merupakan rangka dalam, sangkar rusuk ini memboleh tekanan udara dalam peparu naik dan turun. Hal ini, membantu kita untuk bernafas dan menghembusnya keluar dengan lebih baik. Dalam pendidikan jasmani terutamanya apabila kita melakukan sesuatu aktiviti, kita akan berasa letih dan memerlukan oksigen dengan kadar yang segera bagi memulihkan keadaan kita seperti sediakala. Dengan adanya bantuan dan sokongan daripada sangkar rusuk ini, ia memudahkan dan memberikan keselesaan pada badan kita untuk pulih kepada keadaan yang sediakala dalam masa yang lebih cepat.

NOOR AZILA BINTI ZAINI NUR MUSERNAH BINTI MUSINI K15

PJM3106 ANATOMI DAN FISIOLOGI


Di samping itu, sokongan yang diberikan oleh sistem rangka kepada tubuh badan juga memberikan banyak manfaat kepada kita. Sebagai contoh, tanpa sistem rangka, kita tidak boleh melakukan aktiviti yang boleh menyihatkan tubuh badan kita seperti bersenam. Bahkan kita tidak mampu untuk memegang bola dan berjalan tanpa sokongan daripada sistem rangka ini. Kita sedia maklum bahawa aktiviti dalam pendidikan jasmani memerlukan kita melakukan pergerakan yang banyak. Jadi, dengan bantuan dan sokongan dari sistem rangka ini, kita mampu melakukan semua aktiviti dalam pendidikan jasmani dengan lancar tanpa masalah yang serius. Kesimpulannya, sistem rangka ini sangat penting dalam menyokong pergerakan tubuh badan manusia di samping memberikan perlindungan kepada organ-organ yang terdapat pada badan. Justeru kita seharusnya hendaklah memastikan sistem tubuh badan kita senantiasa berada dalam keadaan yang baik bagi menjamin tubuh badan yang sentiasa sihat tanpa sebarang masalah.

NOOR AZILA BINTI ZAINI NUR MUSERNAH BINTI MUSINI K15

You might also like