Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

HURAIAN PELAN BILIK DARJAH YANG DIREKA Dalam pelan bilik darjah yang direka meja guru terletak

dibahagian hadapan sekali berdekatan dengan papan tulis. Hal ini adalah kerana memudahkan guru untuk mengawal keadaan kelas. Guru boleh memerhati perlakuan para murid apabila guru berada di hadapan. Menurut Ragbir Kaur Joginder Singh (2012), pelan susun atur jenis berkumpulan atau bergabung dapat menggalakan murid-murid belajar untuk bekerja bersama dan berinteraksi sesama mereka. Di samping itu dapat menyemai nilai perpaduan dan saling hormat-menghormati dalam kalangan murid yang pelbagai. Pelan jenis ini juga dapat meransang pemikiran kreatif dan kritis para murid kerana mereka bukan sahaja dapat berbincang bersama dan dapat mengeluarkan idea dan pendapat masing-masing tetapi juga boleh saling bantu-membantu dan berkongsi bahan maklumat. Kaedah ini dapat mengurangkan kos untuk bahan pengajaran dan pembelajaran Murid-murid juga akan terlibat dalam proses pembelajaran dengan sepenuhnya. Selain itu juga, pelan jenis ini memudahkan pengajaran berpusatkan murid dan juga memudahkan guru untuk memberikan tugasan atau latihan selaras dengan pencapaian atau kebolehan murid. Manakala, rak berpetak disusun dibahagian tepi bagi memudahkan para murid untuk meletakkan barang-barang mereka agar tidak menggangu kawasan pembelajaran. Rak buku disusun dibahagian sudut bersama hamparan permaidani. Rak buku diselitkan dalam pelan bilik darjah bagi menamam sikap minat membaca dalam kalangan murid. Dalam rak buku ini terdapat buku-buku, majalah, surat khabar, kamus, peta dan bahan bacaan lain untuk rujukan murid. Hamparan permaidani berfungsi untuk memberi keselesaan dan rasa mesra untuk belajar kepada murid. Guru boleh membuat peraturan penggunaan ruangan bacaan ini agar murid-murid lebih berdisiplin. Antara peraturan yang boleh dibuat ialah susun semula buku-buku selepas digunakan, bahan yang dirosakkan perlulah diganti dan sebagainya. Peraturan sebegini boleh mengelakkan berlakunya kerosakan dan kehilangan bahan bacaan. Selain itu juga, guru bolehlah mengaplikasikan Model Akibat Logikal Dreikurs yang menekankan kepentingan guru memberikan kepercayaan dan tanggungjawab kepada murid untuk bersama - sama menjaga disiplin dalam bilik darjah.

You might also like