Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

REFLEKSI PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) MARIA ANAK JAMES CHAYAK (921210-13-5832) PISMP Semester 3 Unit TESL 2

Pada 10 April yang lepas, kami seramai 107 orang guru pelatih telah menjalankan Bina Insan Guru(BIG) Khidmat Masyarakat di Sekolah Kebangsaan Pamah Kulat, Raub, Pahang. Bina Insan Guru merupakan salah satu program yang diwajibkan kepada guru-guru pelatih yang berjaya memasuki Program Ijazah, selepas menjalani Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama 1 tahun setengah bagi memenuhi kehendak Pro Forma Kursus. Program Bina Insan Guru ini juga adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah salah satu profesion yang mulia. Malah guru adalah pembina generasi, pembentuk jati diri, dan merupakan insan contoh kepada masyarakat. Sehubungan itu seseorang guru haruslah mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani segala cabaran yang mendatang.

Matlamat Program Bina Insan Guru ini bertujuan untuk melahirkan bakal guru yang harmonis dan seimbang dari semua segi, iaitu dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial, sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara. Program ini juga bertujuan bagi menerapkan guru-guru pelatih dengan ciri-ciri, potensi dan citra diri seorang insan guru, pembinaan self-esteem, membina daya saing yang tinggi di samping mampu membuat refleksi diri dalam menghadapi cabaran yang akan dihadapi dalam profesion perguruan.

Progam ini dijalankan mengikut ketetapan di bawah: PROGRAM BENGKEL DAN CERAMAH ( ETIKA SOSIAL DAN PROTOKOL) Tarikh Tajuk Tempat Hari Masa : 08 APRIL 2013 : Pengendalian Majlis Rasmi : Dewan Kuliah A : Isnin : 8.00 malam hingga 11.00 malam

AKTIVITI KHIDMAT KEMASYARAKATAN Tarikh Hari Masa Tempat : 10 APRIL 2013 : Rabu : 8.00 pagi hinga 6.00 petang : Sekolah Rendah Kebangsaan Pamah Kulat, 27600 Raub,Pahang.

Program ini disertai oleh 4 orang pensyarah yang hadir dan beberapa orang guru daripada sekolah terbabit. Program BIG ini telah bermula pada jam 7.15 pagi di mana kami telah bertolak ke sekolah tersebut menggunakan 3 buah bas. Perjalanan ke sana mengambil masa satu jam 10 minit. Setibanya disana kami disambut mesra oleh warga sekolah dan berkenalan dengan Encik Jamal iaitu cikgu yang bertugas untuk memberikan taklimat dan pengkhususan kerja kepada kami.

Maka, selaras dengan program BIG yang ditetapkan dalam kursus PISMP, saya menjalankan aktiviti khidmat masyarakat yang berbentuk kerja pembersihan kawasan sekolah. Pembahagian kumpulan dijalankan mengikut opsyen kepada beberapa kumpulan. Alat pembersihan juga dibekalkan, termasuklah penyapu, penyodok, cangkul, plastik sampah dan lain-lain. Saya juga menyedari bahawa usaha yang kecil namun jika dikumpulkan akan menjadi satu usaha yang besar dan bermakna dalam melindungi muka bumi ini. Melalui aktiviti khidmat masyarakat ini, saya berpeluang merasai budaya persekolahan dengan lebih dekat. Sikap ramah mesra yang diamalkan oleh guru, pekerja sekolah dan pelajar amat menyenangkan dan memberi iktibar kepada saya. Kerjasama antara ahli kumpulan dan antara kumpulan juga melancarkan kerja pembersihan. Sikap toleransi dan tolong-menolong amat penting untuk menjayakan sesuatu program. Demikianlah dengan nilai kesabaran yang dicerminkan melalui ketahanan guru pelatih untuk bekerja di bawah panas terik matahari. Saya juga menikmati suasana bekerja yang ceria dan aktif dengan seronoknya. Pengalaman dan perasaan ini amat berharga kepada saya untuk menimba pengalaman hidup dan menambah kematangan saya untuk menguruskan aktiviti sebegitu di masa depan.

Aktiviti pertama yang kami jalankan adalah taklimat ringkas daripada Encik Jamal mengenai kawasan Sekolah Kebangsaan Pamah Kulat secara umum dan menyeluruh. Sekolah

tersebut tidak memiliki kompaun yang terlalu besar kerana ia hanya mempunyai 2 buah bangunan utama iaitu bangunan bilik guru dan juga bangunan kelas murid-murid. Namun begitu sekolah tersebut lengkap dari segi fasiliti pendidikan. Contohnya sekolah tersebut mempunyai perpustakaan, stor peralatan sukan, padang permainan, makmal atau bilik sains, bilik khas Belia Benci Dadah, surau dan kantin sekolah. Sekolah ini amat menarik perhatian saya kerana kawasannya yang berada di pinggir bukit dan dipenuhi alam tumbuhan semula jadi. Malah Encik Jamal turut menggambar keindahannya pada awal pagi apabila ia dipenuhi kabus tebal. Saya dan rakan-rakan unit TESL 2 telah ditugaskan untuk membersihkan dan menyusun semula stor peralatan sukan sekolah. Stor peralatan sukan sekolah tersebut bersaiz kecil maka kami dibahagikan sekali lagi untuk melukis mural dan membersihkan dinding di bahagian Belia Benci Dadah. Setiap aktiviti ini mempunyai motif dan matlamatnya yang tersendiri. Kami tidak berpisah semasa melakukan tugas yang telah dikhususkan oleh Encik Jamal dan menerapkan nilai kerjasama supaya pekerjaan yang dilakukan dapat disiapkan dengan cepat dan teratur. Keadan stor peralatan sukan agak tidak teratur dan berhabuk pada awalnya. Kami mengeluarkan semua peralatan sukan yang terdapat di stor tersebut untuk memudahkan kerja pembersihan. Seterusnya kami menyapu stor tersebut, membuang sesawang labah-labah dan menyusun semula peralatan sukan yang ada. Kami juga telah menampal nama-nama peralatan (contoh: bola keranjang, kayu hoki, khemah pasang siap, dsb) di sudut-sudut rak stor untuk memudahkan kegunaan guru dan pelajar di sekolah tersebut.

Selesai di situ kami beralih kepada tugas melukis mural di dinding Belia Benci Dadah. Pada awalnya kami tidak mempunyai idea untuk melukis lakaran yang sesuai mengikut tema, saiz yang ideal dan kesesuaian masa. Jadi kami berbincang dengan Encik Jamal untuk menggunakan lakaran daripada flyer yang telah mereka tampalkan di dinding tersebut. Saya bersama seorang lagi rakan pergi ke bilik guru untuk mengambil cat cair untuk proses mewarna mural. Kami tidak mempunyai masalah atau kekangan kerana ada diantara kami yang berkebolehan melukis iaitu Siti Noor Wahida, Rethna Gorette dan juga Sankari Paramasivam. Saya dan rakan-rakan yang lain pula boleh mewarna. Saya amat kagum dengan hasil mural yang kami buat kerana ia kemas dan mempunyai mesej yang penting mengenai penyalahgunaan dadah. Mengharukan lagi apabila murid-murid di situ menghargai hasil kerja kami dan suka akan mural tersebut. Mereka menghabiskan masa rehat bersama kami dan teruja dengan setiap perkara yang kami lakukan sepanjang khidmat masyarakat di sekolah tersebut.

Dalam masa yang sama, kami diberi waktu rehat untuk makan dan minum. Sekolah tersebut telah menyediakan kek pisang dan minuman untuk kami. Kami amat menghargai hospitaliti sekolah tersebut. Kami juga dibekalkan makanan daripada pihak kampus dan kami makan bersama-sama setelah kerja-kerja siap. Apa yang menariknya saya tidak tahu bahawa kami ada disediakan makan tengah hari di sekolah tersebut tetapi dibiayai oleh pihak kampus. Maka kami makan untuk kali kedua dan makanannya saya suka walaupun saya tidak lapar. Kami duduk semeja dengan unit-unit lain dan berinteraksi berskopkan topik dalam pendidikan, tidak kurang juga hanya berbual-bual kosong. Ini saya kategorikan dalam All hard work pays yang bermaksud setelah bekerja bersungguh dan merasakan ia sesuatu yang berbaloi.

Selepas itu, saya dan rakan-rakan pergi meninjau seluruh kawasan sekolah dan juga hasil kerja mural yang dibuat oleh guru pelatih unit Pendidikan Seni Visual (PSV). Saya kagum dengan ketelitian dan skil seni mereka. Ini mengingatkan saya kepada dua orang kakak saya yang berkebolehan dalam melukis dan mewarna. Bagi saya mereka adalah antara orang yang diberi kebolehan semulajadi dan tidak memerlukan banyak latihan untuk menghasilkan karya yang cantik. Saya kagum dengan kebolehan-kebolehan yang semula jadi dan amat menghargai kelebihan yang Tuhan berikan kepada setiap individu.

Program BIG diakhiri dengan majlis penutup yang dirasmikan oleh wakil Guru Besar Sekolah Rendah Kebangsaan Pamah Kulat, Raub, Pahang. Penyelaras BIG Semester 3, Tuan Haji Saharom bin Idris telah bersama kami sedari awal aktiviti sehingga ke majlis penutup. Beliau tidak jemu memberi sokongan moral kepada guru-guru pelatih walaupun beliau masih berpakaian uniform KRS daripada kampus. Saya hargai kerjasama yang beliau berikan. Seterusnya pihak insititut perguruan memberikan cenderahati kepada pihak sekolah di atas kerjasama untuk menjayakan program BIG ini. Pengerusi program Muhamad Azmi bin Mohamad juga telah memberi ucapan penghargaan buat pihak yang terlibat khususnya buat pihak Sekolah Rendah Kebangsaan Pamah Kulat.

Melalui program BIG ini saya mendapati tiada kekurangan dalam proses pembinaan seorang guru yang cemerlang dan seimbang. Saya hanya mampu mencadangkan agar program BIG ini diteruskan pada masa akan datang untuk memberikan gambaran yang lebih jelas tentang persekitaran yang kondusif di sekolah. Bagi saya, bukan semua orang boleh menjadi seorang guru yang baik dan cemerlang. Apa yang penting, keikhlasan dalam menjalankan tugas mendidik anak-anak murid itu sendiri. Kualiti dan sikap profesional

seorang guru adalah sangat penting untuk ditonjolkan. Bukan sahaja semasa waktu sekolah, masyarakat akan sentiasa memandang tinggi guru-guru. Pembelajaran yang berlangsung itu, bukan hanya di dalam kelas, sebailknya, ia juga boleh terjadi secara tidak langsung di luar kelas. Buktinya, murid akan melihat gaya seorang guru itu di dalam kehidupan bermasyarakat, bagaimana pertuturan mereka, personaliti, dan kesantunan mereka. Ia akan sentiasa mejadi contoh. Ini secara tidak langsung, akan menjadi ejen kepada perubahan di kalangan masyarakat

Dalam perjalanan menjadi seorang guru yang cemerlang, pengalaman memainkan peranan yang sangat penting. Ia bermula dari dalam diri guru itu sediri dan dipersekitaran dirinya. Kerohanian dan akhlak keguruan itu menjadi titik permulaan untuk perkara tersebut. Apa yang penting, seseorang yang melalui proses menjadi guru hendaklah memahami domain pembangunan diri yang seimbang, seperti yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, memahami konsep, nilai dan etika keguruan, memahami citra diri sebagai seorang insan guru dan membina pemikiran yang positif dan motivasi yang tinggi terhadap profesion keguruan itu sendiri.

Secara keseluruhannya, saya telah banyak dan mendapat pengalaman yang bermakna dalam BIG kali ini. Hal ini kerana, dalam BIG kali ini saya telah dapat berurusan sendiri dengan pihak sekolah bagi menjalankan aktiviti BIG ini. Sebelum BIG ini berlangsung, kami semua telah mengadakan perjumpaan bagi membincangkan beberapa perkara yang patut dan berbincang mengenai aktiviti yang patutu dijalankan. Selepas itu, seminggu sebelum program BIG ini,saya dan rakan-rakan telah dimaklumkan dengan pengkhususan kerja yang dijangka akan dilakukan di sekolah. Pengalaman yang ditimba semasa berurusan dengan pihak sekolah amat memberi makna kepada saya kerana pengalaman seperti ini amat jarang untuk diperolehi. Akhir sekali, saya berasa amat seronok kerana pada kali ini bukan sahaja kami dapat melaksanakan program dengan berurusan dengan pihak sekolah, malah kami juga dapat berinteraksi dengan para pelajar secara tidak langsung.

You might also like