Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

INTERAKSI 3 SHAHRIL AFFANDI BIN MAY YUSOF PPG SAINS 3, IPGKTI.JB 1.

Anda dikehendaki mencari maklumat mengenai hakcipta terpelihara, keselamatan, kerahsiaan dan kawalan kendiri dalam TMK melalui pelbagai sumber sedia ada. Kemudian rumuskan isi kandungan maklumat ini dengan menggunakan pemprosesan perkataan.

(A ) HAKCIPTA TERPELIHARA Hak cipta ialah hak eksklusif pemilik hak cipta untuk suatu tempoh tertentu. Bagi memastikan hasil kerja seseorang pencipta tidak boleh dipersembahkan sebagai hasil kerja orang lain; memelihara kreativiti dan idea individu atau organisasi. Hakcipta adalah berdasarkan premis bahawa pencipta mempunyai hak kepunyaan terhadap ciptaan mereka. Hak cipta juga memberi perlindungan penuh kepada pembangunan multimedia. Karya yang layak dilindungi ialah: - karya sastera - karya muzik - karya seni - filem - rakaman suara - penyiaran - bahan-bahan penerbitan Tujuan utama : Bagi melindungi pencipta dan ciptaannya. Terbahagi kepada 2 kategori utama: a) Hak ekonomi - Hak ekonomi ini adalah sesuatu yang bersifat kebendaan atau material.

- Tujuan : i) Supaya pencipta mendapat pulangan dalam bentuk kewangan atau kebendaan. ii) Perlindungan hakcipta yang berkesan akan menjamin pemberian royalti kepada pencipta hasil daripada jualan ciptaannya.

b) Hak moral Hak moral menjamin pencipta mendapat pengiktirafan sebagai seorang pencipta. Hakcipta untuk diiktiraf sebagai seorang pencipta merupakan hak moral yang tinggi dan memberi kepuasan yang tinggi kepada pencipta. Ia juga memberi hak mutlak terhadap hasil ciptaan asal dari mengalami apa-apa perubahan tanpa persetujuan pencipta.

Undang-Undang Hak Cipta Undang-undang ini menyediakan perlindungan monopoli secara sah kepada mereka yang mencipta idea atau pengetahuan. Memberi kuasa monopoli secara ekslusif kepada pencipta atau pemunya intelektual,yang diberikan hak secara sah dari segi undang-undang terhadap ciptaan mereka,untuk mengelakkan daripada orang lain membuat atau menggunakan ciptaan mereka tanpa kebenaran. Antara bahan-bahan yg dikawal di bawah undang-undang hakcipta: - Bahan bercetak seperti novel,puisi,aritikel dan sebagainya. - Muzik atau kesan audio - Pantomin

- Gambar dan Grafik - Audio Visual - Rakaman suara Dikawal oleh Akta Hakcipta 1987 (Copyright Act 1987) Akta Hakcipta Pengubahsuaian (Copyright Amendment Act) menghasilkan undang-undang hakcipta yang terkini sesuai dengan perkembangan semasa. Cara untuk mengawal hakcipta penemuan atau produk baru : i) ii) mengisi borang memohon hakcipta Ministry of Domestic Trade and Consumer Affairs mencari dan merampas bahan cetak rompak Tanda hak cipta mengandungi 3 elemen penting : i) Simbol atau perkataan Copyright atau Hakcipta Terpelihara ii) iii) Tahun pertama penerbitan Nama pemilik hakcipta tersebut

( B )KESELAMATAN Pengguna Komputer dan Internet sentiasa terdedah dengan pelbagai ancaman keselamatan. Antara isu keselamatan yang berkaitan dengan ICT ialah; Penipuan Kerosakan/Pengubahsuaian Program/Data Komputer Kecurian maklumat Menyalin perisian secara tidak sah Pengintipan Judi Siber Skim cepat kaya Pornografi

Pengodam/Hacker Penyebar Virus

Jangan membuka e-mel yang diragu. Jangan terlalu mudah memberikan maklumat seperti pengenalan diri, no kad kredit, no telifon dan sebagainya kepada pihak-pihak yang tidak dikenali tanpa pengetahuan orang dewasa

Menggunakan kata laluan/perisian tertentu bagi menghalang pelajar/anak daripada laman-laman yang tidak sesuai

( C ) KERAHSIAAN ada kaitan dengan penjagaan & pemeliharaan bahan dan alat / objek , bahan bertulis seperti peta . Pengurusan yang efektif & sistematik dapat memelihara & membina unsur-unsur kerahsiaan . Menjaga & memelihara bahan dan alat / objek , bahan bertulis . Seorang pemegang amanah , pentadbir atau pekerja perkhidmatan awam tidak bersubahat dan menyebarkan sesuatu bahan sulit kepada pihak lain.

Nilai-nilai Kerahsiaan Harus dipelihara terutamanya penggunaan alat komunikasi seperti komputer . Maklumat peribadi [status kewangan . Insurans , kesihatan , tempat tinggal ] perlu dirahsiakan . Hantar data, imej atau grafik melalui emel . Pengguna teknologi mesti berhati-hati & bertanggungjawab mengendalikan data yang diterima bagi mengelakkan maklumat tersebar ke pihak yang mempunyai agenda negatif . Teknologi maklumat digunakan untuk membina & memelihara kerahsiaan pembangunan dalam pengurusan dan pentadbirannya . Kaedah kerahsiaan yang dilaksanakan melalui amalan penguatkuasaan undang-undang , peraturan , perlesenan & praktis penguatkuasaan pentadbiran .

( D )KAWALAN KENDIRI usaha atau ikhtiar terhadap tingkah laku, tindakan dan proses pemikiran Kebolehan individu untuk menekankan kuasa akal diri terhadap segala rintangan yang menyekat tindakannya. Individu bertanggungjawab untuk mengemaskini diri dgn undang-undangterkini, polisi dan amalan dalam bidang teknologi (Willard, 2001)

2. Berdasarkan satu sub-topik matapelajaran pilihan anda, hasilkan transparensi bagi membantu anda mengajar sub-topik tersebut

TRANSPERASI 1 KITARAN HIDUP KATAK

KATAK DEWASA

TELUR KATAK

ANAK KATAK BEREKOR

BERUDU

TRANSPERASI 2 KITARAN HIDUP RAMA-RAMA

TRANSPERASI 3

KITARAN HIDUP NYAMUK

3. Bina satu skrip yang sesuai untuk digunakan bersama-sama transparensi yang dihasilkan. Buat rakaman serta penyuntingan bagi

menghasilkan bahan audio berdasarkan skrip di atas. Kemudian gunakan media yang telah dihasilkan dalam proses pengajaran danpembelajaran sub-topik tersebut.

SKRIP KITARAN HIDUP KATAK


DIALOG 1 : Murid-murid sekalian tajuk pelajaran kita kali ini adalah Kitaran Hidup

Katak. Katak merupakan haiwan yang sering kita temui dimana-mana sahaja sama ada dirumah, sekolah, tepi jalan, kebun-kebun dan sebagainya. Katak merupakan haiwan dua alam yang boleh tinggal di daratan dan juaga di air. Dari segi sains katak tergolong dalam kumpulan haiwan amfibia. Tahukah murid-murid katak melalui satu kitaran hidup yang menarik. Katak akan mengalami 3 fasa kitaran sebelum menjadi dewasa. Mari kita lihat slaid seterusnya.

DIALOG 2

: Fasa 1 dalam kitaran hidup katak adalah fasa telur . Katak akan

bertelur dengan kuantiti yang banyak berdekatan dengan gigi air. Telur katak ini diselaputi oleh lendir yang tebal dan melekit bagi melindungi telurnya daripada di makan oleh haiwan lain. Pada peringkat ini katak dewasa tidak menjaga telurnya sehinggalah menetas.

DIALOG 4

: Fasa ke 2 adalah fasa berudu. Pada peringkat ini anak-anak katak

yang baru menetas adalah tidak serupa dengan induknya, Anak-anak katak ini tidak mempunyai kaki dan tinggal di dalam air. Anak-anak katak ini dipanggil Berudu. Berudu ini menjadikan alga dan lumut sebagai makanannya. Berudu ini bernafas

menggunakan insang dan bentuknya seakan-akan anak ikan keli. Awas....

DIALOG 4

: Fasa ke 3 adalah fasa katak muda . Pada peringkat ini berudu tadi

telah semakin membesar dan mula menyerupai ciri-ciri induknya. Berudu ini mula mengalami perubahan pada fizikalnya seperti siripnya bertukar menjadi sepasang kaki

belakang dan kaki hadapan mula bertumbuh. Katak muda mula bernafas menggunakan kulit lembap dan paru-paru baru yang menggantikan insangnya.

DIALOG 5

: Fasa ke 4 adalah fasa katak dewasa. Semasa fasa ini katak muda

telah mengalami perubahan yang besar dimana kakinya telah semakin kuat, ekornya telah terputus dan katak dewasa tidak lagi tinggal didalam air seperti pada zaman berudu dan zaman katak muda. Katak dewasa tinggal didarat ditempat yang sejuk dan lembap bagi mengekalkan kelembapan kulitnya. Walaubagaimanapun katak dewasa tetap berada berdekatan dengan air bagi melangsungkan kemandirian spesiesnya.

DIALOG 6

: Demikianlah tadi keseluruhan fasa kitaran hidup katak yang terdiri

daripada 4 fasa utama iaitu Fasa 1 Telur, Fasa 2 Berudu, Fasa 3 Katak Muda dan Fasa 4 Katak Dewasa. Diharap murid-murid telah faham akan kitaran hidup yang dilalui oleh katak yang berada di sekeliling kita. Sekian selamat belajar.

You might also like