Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 16

Konsep Kepimpinan:

Kepimpinan merupakan satu subjek yang penting kepada kehidupan manusia. Kepimpinan mengenalpasti hal ehwal keluarga, organisasi, negara dan dunia. Kepimpinan merangkumi keseluruhan aspek kehidupan manusia sama dalam soal-soal sosial, pendidikan, politik, ekonomi mahupun kerohanian. Pemimpin memain peranan yang besar dalam sesebuah organisasi. Pemimpin yang sentiasa membawa perubahan baik kepada kehidupan manusia amat wajar diteladani . Menurut Wan Zahid Nordin (2003) Kita perlu berkisar dan berganjak daripada norma dan kebiasaan dalam melaksanakan tugas-tugas kita yang lazim, rutin dan reasonable kepada yang lain, yang inovatif dan imaginatif; yang bersifat non-linear, dan lateral yang menggunakan budaya reflective rationality dan yang unreasonable.

Menurut Ab. Aziz (2000) pula pemimpin yang berjaya adalah pemimpin yang peka kepada tuntutan perubahan samada perubahan dalaman yang didalam kawalannya atau perubahan yang diluar kawalan mereka. Kepimpinan merupakan satu aspek kehidupan yang diperlukan oleh setiap lapisan masyarakat. Kepimpinan memberi gambaran individu yang berkuasa dan dinamik, yang memerintah dan mengarah. Sejarah manusia penuh dengan pemimpin tertentu seperti tentera, politik, agama dan sosial. Perjuangan pemimpin yang berani bijaksana menjadi intipati lagenda dan mitos.

Kepimpinan ialah perkataan terbitan daripada pimpin. Pimpin bererti bimbing, pandu dan tunjuk. Memimpin memberi erti sebagai memegang tangan dan

membawa berjalan-jalan menuju ke sesuatu tempat.. Pemimpin membawa erti keupayaan memimpin dan kepimpinan pula ialah keupayaan sebagai pemimpin atau daya seorang pemimpin (Kamus Dewan 2001). Di satu sudut yang lain, kepimpinan didefinasikan sebagai setiap tindakan yang merupakan sumber-sumber ke arah matlamat yang benarbenar bermanfaat. Pemimpin perlu bertindak apabila berhadapan dengan masalah, semasa melaksanakan pemulihan atau membuat keputusan. Pemimpin perlu bertindak secara proaktif bagi menggerak dan merangsang orang lain untuk bertindak.

Seseorang pempimpin seharusnya memiliki segala idea yang besar atau wawasan agung bagi menjana organisasi. Pemimpin merupakan individu yang menjadi ketua dan penggerak dalam sesebuah organisasi. Kepimpinan ialah kebolehan, kecekapan, keberkesanan dan kewibawaan seseorang pemimpin menggerakkan organisasi. Antara ciri-ciri pemimpin yang berkesan menurut Ahmad Athory Hussin (1991) ialah :-

1. Mempunyai wawasan organisasinya, berkebolehan menterjemah wawasan menjadi pelan tindakan yang praktikal dan fleksibel. 2. Memiliki ilmu pengetahuan yang luas, mendalam dan terkini. 3. Mengamalkan budaya beretika (perpaduan, penyayang, kerja berpasukan, bersopan santun, berdisiplin, hidup sihat, jujur, ikhlas). 4. Mahir berkomunikasi dengan berkesan. 5. Memiliki budaya jati diri (daya saing, daya tahan, daya juang, daya saring, daya tekal). 6. Produktif - mementingkan peningkatan yang berterusan.

7. Cekap menggunakan segala sumber yang ada dengan optimum. 8. Sentiasa memantau dan menilai perkembangan setiap program dan organisasi. 9. Memiliki gaya kepimpinan.

Kepimpinan merupakan tingkahlaku bertumpu bagi mancari jalan penyelesaian, masalah dan bagi mencari jalan iaitu melaksanakan sesuatu program atau tugasan bertujuan untuk menangangi matlamat organisasi itu. Menurut (Hussein, 1993) organisasi yang berkesan adalah bergantung pada gaya kepimpinan ketuanya. Sehubungan dengan itu, pemimpin harus mempunyai karisma yang cukup kuat dikalangan pengikut dan kumpulannya.

Wanita Dalam Industri Pembinaan di Malaysia:

Secara lazimnya, industri pembinaan di Malaysia terdiri daripada dua pemain utama iaitu pelanggan dan kontraktor. Mereka merupakan dua entiti yang berbeza dari segi objektif, cara pengurusan dan prosedur operasi. Sektor pembinaan amatlah penting kepada ekonomi negara kerana ianya memberikan sumbangan yang besar dalam petumbuhan kdnk.

Cabaran ekonomi yang paling asas dalam mencapai wawasan 2020 ialah pencapaian matlamat pertumbuhan sebenar kdnk sebanyak 7% setiap tahun mulai

daripada tahun 1991. Matlamat pertumbuhan tersebut memberikan impak yang amat ketara dalam industri pembinaan Malaysia. Mengikut kajian mier, dalam menuju wawasan 2020, industri pembinaan di negara ini perlu mempertahankan pertumbuhannya pada kadar 10% setahun dari tahun 1990 hingga tahun 2000, kira-kira 11% setahun dari tahun 2000 hingga 2010. Apabila negara telah membangun sepenuhnya pada tahun 2020, kadar pertumbuhan industri pembinaan akan menurun kepada 5% setahun.

Industri pembinaan dan kejuruteraan

merangkumi sektor pembangunan

perumahan dan infrastruktur. Ini termasuk bidang-bidang seperti senibina, kejuruteraan sivil, mekanikal, elektrik, ukur bahan, landskap dan sebagainya. Pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam akan dilaksanakan melalui usaha-usaha bersama di kalangan pihak kementerian dan agensi-agensi Kerajaan. Usaha-usaha pembangunan jalan raya akan dikendalikan oleh Kementerian Kerja Raya. Projek-projek berkaitan pengangkutan termasuk keselamatan jalan raya akan diuruskan oleh Kementerian Pengangkutan. Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi akan mempelopori usahausaha pembangunan bekalan air dan perkhidmatan pembentungan, manakala

Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah akan melaksanakan pembangunan jalan-jalan di kawasan luar bandar.

Pembangunan pesat di Malaysia kebelakangan ini telah melahirkan ramai kontraktor bertaraf antarabangsa dalam industri pembinaan dari segi keupayaan, pengalaman dan kepakaran. Projek-projek yang berjaya disiapkan di Malaysia oleh kontraktor-kontraktor ini termasuklah infrastruktur dan bangunan, pelabuhan, lapangan

terbang, pembekalan air, stesen jana kuasa, telekomunikasi dan sistem transit aliran ringan. Di antara penglibatan Malaysia di dalam projek mega dan kawasan dikenali adalah:-

1. Putrajaya Pusat Pentadbiran E-Kerajaan 2. Cyberjaya Bandar Pintar Pertama Malaysia 3. Menara Berkembar Petronas Menara Berkembar Tertinggi di Malaysia 4. Lebuhraya Utara Selatan 5. Litar F1 Antarabangsa Sepang 6. Kuala Lumpur Sentral 7. Pelabuhan Tanjung Pelepas 8. Resort di Genting and Langkawi destinasi pelancongan dan perniagaan yang cemerlang

Di peringkat antarabangsa, industri pembinaan di Malaysia terkenal kerana kualiti, inovasi berterusan dan kos yang kompetitif dalam melaksanakan projek luar negara. Dengan kemahiran dan teknologi yang setanding dengan negara maju tetapi dengan harga yang berpatutan, Kontraktor Malaysia telah menembusi pasaran global dan berjaya memperolehi dan melaksanakan projek di India, Emiriyah Arab Bersatu, Arab Saudi, Bahrain, Qatar, China, Afrika Selatan, Bosnia-Herzegovina, Thailand, Kemboja, Vietnam, Laos, Sudan and lain-lain negara di dunia.

Sehingga Disember 2007, syarikat pembinaan Malaysia telah berjaya menyiapkan 333 projek yang bernilai RM22.98 bilion dan kini sedang menjalankan 96 projek bernilai RM148.43 bilion di 42 buah negara. Di antara beberapa projek utama yang melibatkan kontraktor Malaysia di luar negara adalah:-

1. Lebuhraya Ekspress Mumbai-Pune di Manarasthra, India 2. Chennei Bypass -Fasa 1, Tamil Nadu, India 3. Lapangan Terbang Antarabangsa Siem Reap, Kemboja 4. Lapangan Terbang Antarabangsa Pochentong, Phnom Penh, Kemboja 5. Lapangan Terbang Antarabangsa New Doha, Qatar 6. Litar Antarabangsa F1 Bahrain, Bahrain 7. Kerja Struktur Keluli Hotel Burj Al Arab, Dubai, UAE 8. Kerja Struktur Keluli Stadium Olimpik Khalifa, Qatar 9. Bank Sudan, Khartoum, Sudan 10. Lebuhraya Manama Utara, Bahrain 11. "Seef Flyover", Bahrain 12. Sistem Transit Aliran Ringan Kaohsiung, Taiwan

Pertumbuhan sektor pembinaan mempunyai banyak kesan limpahan ke atas ekonomi negara. Sektor ini telah mengalami penguncupan semenjak tahun 2004. Walau bagaimanapun, sektor ini dijangka kembali pulih pada tahun ini. Perbelanjaan sektor awam, terutamanya bagi pembinaan kemudahan infrastruktur, perumahan dan bangunan, telah banyak memberi sumbangan kepada pertumbuhan sektor pembinaan. Pelaksanaan

projek- projek Rancangan Malaysia Kesembilan, seperti pembinaan jalan raya, kuarters serta kemudahan infrastruktur lain, akan merancakkan semula kegiatan sektor pembinaan. Peruntukan pembangunan RM27.5 bilion disediakan bagi pelbagai projek pembinaan pada tahun 2007. Di samping itu, RM4 bilion akan dibelanjakan untuk beberapa projek PFI dalam tahun 2007.

Wanita merupakan sumber penting ekonomi negara. Aksesibiliti wanita kepada pendidikan dan latihan telah meningkatkan mobiliti mereka untuk mendapatkan pekerjaan lebih baik. Hari ini, kita bukan sahaja mempunyai ramai profesional dan usahawan wanita yang berjaya, kita juga berbangga dengan pencapaian wanita dalam beberapa bidang yang dahulunya dianggap bastion lelaki. Negara kini mempunyai calon angkasawan wanita, seorang wanita yang telah merentasi Kutub Selatan dan seorang ratu skuasy dunia.

Pada masa ini, kerajaan menyediakan RM20 juta pemberian bantuan khas tahunan untuk NGO melaksanakan program wanita, keluarga dan masyarakat. Untuk meningkatkan lagi peranan mereka, kerajaan akan menambah jumlah bantuan khas ini kepada RM30 juta. Di samping itu, untuk terus membantu kakitangan wanita yang bertugas di sektor awam, pemberian geran pelancaran one-off yang kini diberikan kepada kementerian untuk mewujudkan pusat jagaan kanak-kanak, diperluaskan lagi kepada semua jabatan kerajaan, dan jumlahnya ditambah daripada RM50 ribu kepada RM80 ribu bagi setiap kementerian dan jabatan. Saya menggesa pihak swasta untuk memberi kemudahan yang sama kepada kakitangan wanita mereka.

Jurutera Wanita Dalam Sektor Pembinaan:

Dewasa ini kelahiran jurutera wanita dalam sector pembinaan bukan lagi satu perkara yang memeranjatkan. Keupayaan serta kebolehan golongan wanita bertapak dalam bidang pekerjaan yang dahulunya dimonopoli oleh lelaki telah membuktikan betapa wanita Malaysia kini sudah mencapai peningkatan taraf yang amat membanggakan.

Terdapat peningkatan yang ketara penyertaan wanita dalam bidang kejuruteraan di sektor pembinaan. Meskipun sector ini memang diketahui memerlukan tenaga mental, emosi dan fizikal yang kuat namun sehingga kini banyak reaksi positif yang diterima dari kalangan jurutera wanita berkenaan bidang kerja mereka. Apa yang dapat diperhatikan,

jurutera wanita lebih teliti dan berhati-hati dalam melaksanakan tugas. Mereka juga amat berdisiplin dan memiliki daya kreativiti yang standing dengan jurutera lelaki. Mutu kerja yang dihasilkan juga boleh dikatakan amat memberansangkan.

Dari aspek kepimpinan, jurutera wanita juga memiliki kelebihan tersendiri. Ini mungkin disebabkan oleh naluri semulajadi wanita yang semuanya bakal atau sudahpun bergelar ibu dan telah biasa dengan tugas mendidik, mengurus rumahtangga dan memimpin anak-anak di rumah. Justeru itu bukanlah suatu yang perlu diragui lagi oleh pihak kerajaan supaya menitikberatkan penghasilan lebih ramai lagi jurutera wanita. Ini sekaligus membantu kerajaan menjimatkan kos membawa masuk jurutera wanita dari luar Negara ke dalam sektor pembinaan Negara yang sudah pastinya akan memburukkan lagi keadaan pengangguran di Negara ini.

Jurutera wanita juga didapati mampu menguasai kemahiran berkomunikasi dengan berkesan sekaligus membolehkan penyampaian arahan yang tepat dan bermakna kepada para pekerja yang membolehkan mereka melaksanakan tugas dengan baik dan berkesan. Secara tidak langsung, faktor ini membantu dalam menghasilkan binaan yang utuh dan bermutu tinggi.

Bagi mengatasi permasalahan komunikasi organisasi di kalangan kakitangan, Hackman dan Johnson (2004) menyatakan bahawa perlu diwujudkan konsep komunikasi kepemimpinan untuk para pengurus awam dan pengurus swasta yang berminat untuk membina dan mempelajari cara berkomunikasi dengan lebih berkesan.

Selain itu, melalui komunikasi kepemimpinan dapat meningkatkan kemahiran kepemimpinan, dan memperbaiki pengurusan supaya lebih berkesan serta lebih cekap dalam organisasi. Justeru itu, kejayaan organisasi dan kejayaan peribadi seseorang pemimpin bergantung kepada komunikasi yang jelas berasaskan pelbagai teknologi. Manakala, kecekapan sesebuah organisasi bergantung kepada keberkesanan interaksi dengan media.. Ini kerana pemimpin berinteraksi dengan persekitaran yang terdiri daripada pelbagai sumber manusia. Oleh itu, organisasi yang inginkan perubahan memerlukan komunikasi kepemimpinan antara pengurus dan para pekerja bagi menghadapi tugas-tugas baru yang mencabar.

Seterusnya,

kepelbagaian

kemahiran

komunikasi

melibatkan

pemimpin

pengurusan atasan dan kakitangan bawahan perlu memahami kepelbagaian kemahiran

komunikasi termasuk penggunaan komunikasi formal dan tidak formal, komunikasi intrapersonal dan interpersonal, serta media dan komunikasi teknologi maklumat (ICT) dalam organisasi. Selain itu, pemimpin atasan perlu memahami kepelbagaian kemahiran komunikasi termasuk komunikasi secara atas ke bawah (downward communication), komunikasi bawah ke atas (upward communication), dan komunikasi mendatar (horizontal communication) untuk meningkatkan tahap komunikasi dalam organisasi mereka. Oleh itu, pemimpin atasan harus menggunakan kaedah turun gelanggang (management by wandering around) dan mengambil kira grapevine dalam organisasi mereka.

Penutup:

Strategi dan gaya komunikasi kepemimpinan melibatkan pengurusan atasan harus merancang strategi jangka panjang dan jangka pendek terutamanya strategi memahamkan visi, misi dan objektif organisasi kepada kakitangan bawahan. Selain itu, pengurusan atasan harus mempuyai strategi meningkatkan motivasi dan psikologi kakitangan bawahan mereka untuk mencapai kepuasan pelanggan dalaman dan pelanggan luaran organisasi. Ini termasuk pemimpin perlu bijak menggunakan strategi penyelesaian masalah dan membuat keputusan dengan meningkatkan motivasi dan psikologi, mengatasi halangan komunikasi dengan melibatkan kakitangan bawahan dalam organisasi mereka.

Seterusnya, pemimpin perlu memahami kepentingan strategi latihan komunikasi kepemimpinan kepada semua pengurusan atasan dan kakitangan bawahan dalam organisasi. Pemimpin juga harus berilmu pengetahuan, mempunyai kemahiran komunikasi yang cemerlang dan mempunyai sikap yang positif, serta mereka perlu dilatih untuk melaksanakan komunikasi kepemimpinan dengan berkesan. Akhir sekali, amalan komunikasi kepemimpinan bergantung kepada situasi organisasi melibatkan kemampuan pemimpin bergantung kepada situasi organisasi termasuk memahami kepentingan kewibawaan dan kuasa serta mempraktikkan budaya, sikap, dan nilai yang positif untuk membantu proses perubahan sesebuah organisasi.

Pemimpin juga perlu meningkatkan imej peribadi, boleh menjadi pemimpin kepada dirinya sendiri, pemimpin kepada kelompok-kelompok tertentu seperti keluarga, organisasi, masyarakat, dan negara dalam semua aspek termasuk politik, ekonomi, sosial mahu pun agama. Ini termasuk kepemimpinan transformasi dan pengurusan altruistik dalam Islam memerlukan pemimpin yang adil, bertimbang rasa, mementingkan latihan, mempunyai pendekatan strategi komunikasi yang baik, meninjau pandangan, fakta dan perasaan orang lain, mengurangkan kenyataan jenis menyalahkan orang lain, mahir menyelesaikan masalah, dan bijak membuat keputusan dalam organisasi.

Dalam konteks Islam, konsep amalan komunikasi kepemimpinan merupakan satu aktiviti yang mulia yang memerlukan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah s.w.t. Adalah jelas sekali bahawa pemimpin yang berkesan memiliki kemahiran berkomunikasi yang baik. Aspek ini merupakan salah satu ciri utama perlu ada pada seseorang pemimpin.

Bibliografi:

Ahmad Athory Hussin (1991), Pengurusan Organisasi. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka

Ahmad Sabu, (1998). Jurnal Pengurusan Dan Kepemimpinan Pendidikan, Institut Aminudin Baki Kementerian Pendidikan Malaysia, Jilid 08, Bil. 01

Abd. Hamid Abu Bakar (2004), Amalan Pengurusan Mesyuarat Berkesan: Satu Kajian Di Daerah Hilir Perak. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Tesis Sarjana.

Alaudin Sidal (2004), Kerja berpasukan dalam organisasi. Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara,

Azhari Md Salleh (1992), Pengurusan Industri. Johor Bahru. JJ Computer Publication

Crow and Crow (1980), Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka

Dale, Ernest (1973), Management: Teori and Practice. 3 Edition. N.Y. Mc Graw-Hill Book Company. Department of Sociology. Towson State University.

Hussein Mahmood (1993), Kepimpinan dan Keselesaan Sekolah. Cetakan Pertama, Kuala Lumpur

Mohd. Najib Ghafar(1998). Penyelidikan Pendidikan. Johor Bahru: Fakulti Pendidikan Universiti Teknogi Malaysia

Mok Soon Sang (1995), Pendidikan Di Malaysia. Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman

Yeop Hussin Bidin (2006), Kerja Berpasukan. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Jilid 3, Bil.1, April 1997, hlm. 6-14

Wan Zahid (1993). Wawasan Pendidikan Agenda Pengisian. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

Zoraini Wati Abbas (1992). ). Perubahan Dan Kemajuan Pendidikan Di Malaysia. Kuala Lumpur:Nurin Enterprise,

You might also like