Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 22

BAB 1

PENGENALAN

1.1

Pengenalan Pendidikan merupakan suatu aspek yang sangat penting kepada pembangunan

Negara.

Ini kerana pendidikan merupakan penyalur kepada modal insan negara.

Kecemerlangan pendidikan akan menjamin kecemerlangan pembangunan insan dalam sesebuah negara, seterusnya cemerlang dalam pembinaan negara bangsa. Justeru itu, pembangunan pendidikan perlulah mengambil kira semua aspek tanpa mengira di mana lokasi sesebuah sekolah berada. Pertumbuhan dan perkembangan pesat dalam bidang sains dan teknologi, sosioekonomi serta politik dunia adalah antara beberapa faktor yang telah mengubah bentuk dan tahap kemahiran yang diperlukan untuk sesuatu pekerjaan. Dalam mengharungi perkembangan untuk menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020, negara kita memerlukan sumber tenaga manusia yang berkemahiran tinggi dalam bidang sains dan teknologi. Justeru pendidikan yang berteraskan sains dan teknologi telah dititikberatkan semenjak pendidikan rendah lagi. Beberapa perubahan telah berlaku dalam arena pendidikan negara sejak awal tahun 1980an. Selaras dengan cadangan yang terkandung dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan 1979, Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) telah dilaksanakan di semua sekolah rendah mulai 1983. Seterusnya pada tahun 1989, Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) pula dilaksanakan di semua sekolah menengah. (Ee Ah Meng, 1996) Matapelajaran Kemahiran Hidup sekolah rendah telah dimuatkan ke dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) mulai sesi persekolahan 1993/1994.

Pelaksanaan mata pelajaran ini di sekolah rendah melibatkan pelajar-pelajar tahun 4 dan tahun 5. Kumpulan ini adalah kumpulan rintis kedua. Pelaksanaan pendidikan pravokasional di peringkat sekolah rendah hendaklah disampaikan dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup. Ini adalah rentetan yang berlaku pada tahun 1979, satu jawatankuasa kabinet telah mengambil keputusan untuk mengadakan pendidikan Kemahiran Hidup (KH) sebagai satu mata pelajaran wajib bagi semua pelajar tahap dua peringkat sekolah rendah di Malaysia. Perkembangan ini juga adalah ekoran daripada pendapat ramai bahawa sistem pendidikan di Malaysia pada ketika itu sudah tidak sesuai lagi kerana terlalu banyak memberi tekanan kepada mata pelajaran akademik dan peperiksaan sahaja. Oleh yang demikian, mata pelajaran Kemahiran Hidup telah dimasukkan dalam satu kurikulum baru yang dinamakan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang telah digubal oleh Kementerian Pendidikan pada masa itu. Pusat Perkembangan Kurikulum telah ditugaskan untuk merancang satu sukatan pelajaran Kemahiran Hidup untuk tahun III hingga VI yang dinamakan Tahap Dua. Program KBSR ini telah diuji pada tahun 1982 di beberapa buah sekolah yang terpilih dan dilaksanakan di seluruh negara pada tahun 1983. Maka, tahun 1983 merupakan detik sejarah yang amat penting bagi mata Pelancaran Kurikulum Baru Sekolah Rendah pada tahun 1982 telah memartabatkan mata pelajaran KH sebagai mata pelajaran wajib di semua sekolah rendah di Malaysia. Dalam sukatan pendidikan Kemahiran Hidup Kursus Diploma Perguruan Malaysia (2002) digubal berdasarkan kepada perkembangan terkini dalam dunia keguruan di Malaysia. Perkembangan ini berdasarkan faktor realiti dan keperluan semasa bagi sekolah rendah di samping memenuhi cita-cita dan aspirasi wawasan bangsa Malaysia. Penggubalan sukatan ini selaras dengan penggubalan Sukatan Pendidikan Kemahiran Hidup Sekolah Rendah. Dalam melaksanakan mata pelajaran Kemahiran Hidup, guru merupakan sebagai agen penyampai dan pembentukan pendidikanpravokasional di peringkat sekolah rendah. Dalam pengajaran KHSR, kajian masa depan harus diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup untuk merangsang daya intelek dan pelajaran Kemahiran Hidup (KH) di Malaysia (Johami, 1993).

mengupaya murid memanfaatkan dan memberi sumbangan ke arah menentukan hala tuju masa depan, Pusat Perkembangan Kurikulum (2002).

1.1

Latar Belakang Masalah

Sejak negara kita mencapai kemerdekaan, sektor pendidikan sentiasa diberi perhatian oleh pihak kerajaan. Peruntukan yang banyak telah disalurkan untuk memajukan sektor ini agar masalah buta huruf dapat diatasi. Wan Azmi (1993), menyatakan tujujan Kementerian Pelajaran Malaysia adalah untuk mendidik rakyat Malaysia supaya mereka menjadi warganegara yang berpengetahuan, bertanggungjawab dan berkebolehan bagi mencapai taraf hidup yang lebih baik serta memenuhi kehendak-kehendak negara. Ini selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Proses pendidikan merangkumi segala pengajaran dan pembelajaran yang dilalui oleh seseorang sejak zaman kanak-kanak dalam situasi yang formal iaitu di sekolah atau institusi-institusi lain (Robiah, 1989). Pada tahun 1979, satu Jawatankuasa Kabinet telah mengambil keputusan untuk mengadakan pendidikan kemahiran hidup (KH) sebagai satu mata pelajaran wajib bagi semua pelajar pada tahap dua peringkat sekolah rendah di Malaysia. Oleh yang demikian, mata pelajaran KH telah dimasukkan dalam satu kurikulum baru yang dinamakan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang telah digubal oleh Kementerian Pendidikan pada masa itu. Semua sekolah rendah di seluruh Malaysia tidak terkecuali untuk melaksanakan kurikulum baru, mata pelajaran KH ini di sekolah masing-masing. Justeru itu, pembangunan pendidikan perlulah mengambil kira semua aspek tanpa mengira di mana lokasi sesebuah sekolah rendah berada. Samada di luar bandar atau pun di bandar, juga di pinggir bandar. Satu permasalahan yang sentiasa menjadi pokok perbincangan utama ialah kecemerlangan pendidikan antara bandar dan luar bandar. Banyak kajian telah dijalankan untuk melihat perbezaan pendidikan antara bandar dan luar bandar (lihat Mohd Hisham, 2000;Siti Sara,2000;Suryanti, 2000;Lim Geok Ping, 2003). Di dapati bahawa jurang pendidikan antara sekolah bandar dan luar

bandar masih ketara terutamanya daripada aspek kemudahan-kemudahan asas dan prasarana serta sumber pendidikan. Salah satu jenis sekolah yang sentiasa menghadapi masalah kepinggiran dan kekurangan kemudahan asas dan sumber pendidikan adalah sekolah kurang murid (SKM). SKM adalah satu jenis sekolah yang dikategorikan sebagai sekolah yang mempunyai murid seramai kurang daripada 150 orang. Sekolah ini pula dibahagikan kepada dua kategori, iaitu Gred A dan Gred B. Gred A merupakan sekolah yang mempunyai pelajar seramai 101-150 orang dan mempunyai asrama, manakala Gred B merupakan sekolah yang mempunyai pelajar seramai kurang daripada 100 orang dan tidak mempunyai asrama. Kedua-dua sekolah ini sering menghadapi masalah iaitu kekurangan kemudahan asas, kekurangan sumber guru, sumber buku dan rujukan begitu juga lain-lain aspek dalam pendidikan.

1.2

Pernyataan Masalah Mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah merupakan perkembangan

yang bercorak amali yang dijalankan bagi murid tahap dua iaitu bagi tahun empat, lima dan enam. Ia adalah agak berbeza dengan mata pelajaran yang lain. Pelajar menguasai kemahiran berdasarkan pengalaman yang mereka lalui ketika melakukan aktiviti amali di dalam bengkel atau pun di kebun sayur. Pendedahan asas kepada pelajar-pelajar diharap boleh digunakan dalam kehidupan seharian agar pelajar menjadi inovatif, produktif dan kreatif dalam merekacipta. Namun demikian, pembelajaran ini tidak akan berjaya dan berkesan sekiranya ia dijalankan dengan hanya sekadar memenuhi jadual waktu sahaja. Ini juga akan menjejaskan dan menafikan hak-hak atau peluang pelajar dalam pendedahan unsurunsur teknologi. Kesempurnaan sesuatu program itu hendaklah berkadar terus dengan aspek pelaksanaannya berdasarkan objektif pembelajaran. Mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah bukanlah satu mata pelajaran yang tersenarai di dalam peperiksaan UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah). Namun begitu, kepentingannya tidaklah boleh dipandang ringan oleh pentadbir sekolah. Mata peajaran Kemahiran Hidup di SKM, adalah sama dari segi pelaksanaannya di sekolahsekolah bukan SKM, iaitu sekolah gred A dan gred B. Di Daerah Batu Pahat sendiri, jumlah bilangan sekolah kurang murid (SKM) adalah sebanyak 32 buah sekolah, yang mana 18 buah sekolah kebangsaan, 11 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan baki 3 buah Sekolah Jenis kebangsaan Tamil (SJKT). (Sumber : Pejabat Pelajaran Daerah Batu Pahat;2013). Prestasi Sekolah Rendah Kebangsaan selalunya dinilai dengan keputusan peperiksaan, iaitu Peperiksaan UPSR. Oleh yang demikian, semua pihak sama ada pihak guru, pihak pentadbir sekolah dan pihak ibu bapa amat memberi perhatian kepada peperiksaan UPSR. Pihak sekolah bertungkus lumus untuk meningkatkan pencapaian peperiksaan UPSR dengan pelbagai cara. Kelas tambahan pada waktu petang, hujung minggu dan cuti sekolah sentiasa dipenuhi oleh murid-murid dan guru demi merealisasikan keputusan cemerlang dalam UPSR. Selain itu, pihak pentadbir juga

sanggup mengabaikan mata pelajaran yang tidak tersenarai dalam peperiksaan UPSR. Mata pelajaran Kemahiran Hidup merupakan satu mata pelajaran yang sangat dipandang ringan oleh guru kerana ia memerlukan alatan, bengkel dan kawasan pertanian dalam merealisasikan pengajaran dan pembelajarannya. Dalam melaksanakan proses pengajaran dan pengajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup di SKM ini, berbagai masalah timbul lantaran SKM yang serba serbi kekurangan samada dari segi tenaga pelajar atau pun fasiliti seperti ketiadaan bengkel atau pun kawasan pertanian, ditambah dengan tiadanya guru opsyen Kemahiran Hidup yang layak untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup ini. Waktu Kemahiran Hidup selalu diganti dengan mata pelajaran yang dirasakan penting dalam peperiksaan seperti Bahasa Inggeris dan Sains. Ini secara tidak langsung, menyebabkan pelajar melupakan dan memandang remeh akan kepentingan mata pelajaran Kemahiran Hidup ini. Oleh yang demikian, terdapat pelbagai masalahterpaksa dihadapi oleh pihak guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup di sekolah kurang murid (SKM) ini. Sekiranya permasalahan ini tidak ditangani dengan bijkasana, matlamat pendidikan kebangsaan yang ingin berlaku adil kepada semua pelajar tidak akan tercapai.

1.3

Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan bertujuan: i. Mengetahui kemudahan fizikal atau fasiliti dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup di SKM (sekolah kurang murid) di Batu Pahat. ii. Mengenalpasti samada masa pengajaran dan pengajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup di SKM digunakan mengikut peruntukan waktu yang telah ditetapkan oleh KPM.

iii.

Mengenalpasti pendekatan kaedah pengajaran yang diamalkan oleh guru mata pelajaran Kemahiran Hidup di SKM.

iv.

Mengetahui keupayaan guru-guru dari aspek pengetahuan, latihan dan kemahiran serta minat guru terhadap mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah rendah.

1.4

Persoalan Kajian

Antara persoalan kajian yang menjadi asas kajian ini ialah : i. Apakah kemudahan fizikal atau fasiliti yang disediakan oleh pihak sekolah dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup di Daerah Batu Pahat? ii. Adakah masa yang diperuntukkan digunakan sepenuhnya untuk mata pelajaran Kemahiran Hidup di sekolah? iii. Apakah pendekatan kaedah pengajaran yang diamalkan oleh guru mata pelajaran Kemahiran Hidup di SKM? iv. Adakah guru-guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah ini mempunyai pengetahuan, latihan, kemahiran dan minat mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup? 1.5 Kepentingan Kajian

Kajian ini penting kerana ianya dapat melihat pentingnya mata pelajaran Kemahiran Hidup dalam melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kajian ini diharap dapat memberi manfaat dan maklumat penting kepada : i. Pihak pentadbir sekolah untuk mengambil tindakan sewajarnya demi meningkatkan pelaksanaan mata pelajaran KH di SKM.

ii.

Pihak pentadbir dan guru-guru yang terlibat dalam memberi panduan kepada mereka untuk mengenalpasti kekurangan fasiliti dan keperluan asas untuk melaksanakan mata pelajaran Kemahiran Hidup di SKM.

iii.

Guru-guru matapelajaran Kemahiran Hidup supaya sedar betapa pentingnya pelaksanaan mata pelajaran ini dalam melahirkan insang yang seimbang.

iv.

Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah supaya sentiasa membuat pemantauan dalam menjayakan pelaksanaan mata pelajaran Kemahiran Hidup di sekolah rendah amnya dan di SKM khasnya.

1.7

Skop Kajian

Kajian ini akan dilakukan ke atas semua sekolah kurang murid (SKM) di Daerah Batu Pahat . Sebanyak 32 buah sekolah telah dikenalpasti sebagai SKM, yang terdiri daripada 18 buah sekolah kebangsaan, 11 buah sekolah jenis kebangsaan Cina dan 3 buah sekolah jenis kebangsaan Tamil. Senarai nama sekolah-sekolah adalah seperti berikut : Sekolah Kebangsaan : 1. SK Lubok 2. SK Gambut 3. SK Kampung Jawa 4. SK Seri Padang Sari 5. SK Seri Tanjong 6. SK Seri Jasa Sepakat 7. SK Parit Ju 8. SK Bindu

9. SK TG Semberong 10. SK Seri Nasib Baik 11. SK Seri Manggis 12. SK Seri Idaman 13. SK Seri Bunut 14. SK Seri Perpat 15. SK Merlong 16. SK Seri Pasir Putih 17. SK Sepakat Jaya 18. SK Air Putih Manakala SJKC adalah seperti berikut : 1. SJK(C) Buloh 2. SJK(C) Chong Hwa Sg. Ayam 3. SJK(C) Chong Hwa Pt. Kadir 4. SJK(C) Chong Hwa Sri Medan 5. SJK(C) Chong Hwa Kangkar Senangar 6. SJK(C) Lam Lee 7. SJK(C) Li Chun 8. SJK(C) Sin Hwa 9. SJK(C)Tung Chen 10. SJK(C) Yani

11. SJK(C) York Chai Dan tiga buah SJK(T) adalah seperti berikut: 1. SJK(T) Seri Pelangi 2. SJK(T) Sri Gading 3. SJK(T) Ladang Yong Peng 1.8 Batasan Kajian

Kajian ini dilaksanakan di tiga puluh dua buah sekolah kurang murid (SKM) di Daerah Batu Pahat, Johor. Responden terdiri dari guru-guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup tahap dua, iaitu tahun empat hingga tahun enam. Maka kajian ini hanya menumpukan kepada subjek Kemahiran Hidup yang dilaksanakan di SKM, tanpa mengira masalah-masalah dan isu lain yang berkaitan sekolah kurang murid. Maka dapatan kajian ini hanya merujuk kepada populasi yang dikaji. Batasan ini bagi mengelakkan kecairan maklumat ataupun kepalsuan maklumat jika kajian ini diperluaskan ke daerah lain mahupun negeri lain. Namun begitu, kajian ini masih boleh dijalankan di daerah ataupun negeri lain mengikut keperluan maklumat tertentu. 1.9 Definisi istilah/operasi

Definisi operasi menjelaskan maksud bagi perkataan istilah yang digunakan dalam kajian ini. Definisi istilah adalah berhu 1.9.1 Isu

Isu bermaksud sesuatu perkara pokok atau persoalan. Ia juga boleh membawa maksud sesuatu yang perlu dilihat sebagai penting dan harus diselesaikan. 1.9.2 Cabaran Guru

Cabaran bermaksud apa-apa jua masalah yang dihadapi. Cabaran juga ialah sesuatu unsur atau faktor yang mencabar (menguji kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi itu). Cabaran kepada guru teknik dan vokasional ialah untuk melahirkan tenaga manusia yang mampu menghadapi perubahan dalam dunia pekerjaan. Implikasi cabaran-cabaran kepada pendidikan guru teknik dan vokasional juga perlu dianalisis supaya Malaysia bersedia untuk membangunkan tenaga manusia bagi membantu mencapai status negara maju menjelang tahun 2020 (Yahya Emat,2005)

1.9.3

Guru Mata pelajaran Kemahiran Hidup

Adalah merujuk kepada guru-guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup di sekolah-sekolah yang terlibat dalam kajian ini. Mata pelajaran Kemahiran Hidup pula adalah mata pelajaran yang paling asas dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional.

Sekolah Kurang Murid di Daerah Batu Pahat Sekolah Kurang Murid ditakrifkan sebagai satu jenis sekolah yang dikategorikan sebagai sekolah yang mempunyai murid seramai kurang daripada 150 orang. Sekolah ini pula dibahagikan kepada dua kategori, iaitu Gred A dan Gred B. Gred A merupakan sekolah yang mempunyai pelajar seramai 101-150 orang dan mempunyai asrama, manakala Gred B merupakan sekolah yang mempunyai pelajar seramai kurang daripada 100 orang dan tidak mempunyai asrama. Sekolah ini juga pada kebiasaannya kekurangan banyak fasiliti dan kemudahan fizikal seperti kekurangan guru, kekurangan bilik darjah, tiada padang untuk bersukan dan terletak di pedalaman.

1.10 Kerangka konsep kajian

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1

Pengenalan

Bab kedua ini membincangkan beberapa pandangan dan penulisan mengenai pelaksanaan mata pelajaran Kemahiran Hidup yang dijalankan di sekolah rendah amnya

dan sekolah kurang murid khasnya. Ia juga menyatakan beberapa hasil kajian yaang telah dijalankan oleh penyelidik-penyelidik masa lalu. Di dalam bab ini, pengkaji akan mengetengahkan beberapa penyelidikan terdahulu yang mempunyai perkaitan dengan objektif-objektif perlaksanaan kajian ini. Sorotan penulisan daripada sumber asli yang diperolehi daripada penulis atau pengkaji lain dapat menyokong dan mengukuhkan cakupan permasalahan kajian Ianya melibatkan isu-isu dan perkembangan semasa di dalam sistem pendidikan negara kita. Kajian-kajian ini dilakukan adalah semata-mata untuk kebaikan bersama, khususnya untuk dunia pendidikan itu sendiri. pengkaji lalu turut membantu dalam kajian ini. 2.2 Matlamat dan objektif Mata pelajaran Kemahiran Hidup Pendapat dan pandangan dari para

Mata pelajaran Kemahiran Hidup sekolah rendah adalah satu mata pelajaran yang paling asas di dalam mata pelajaran vokasional. Di sekolah rendah, mata pelajaran Kemahiran Hidup diajar pada murid-murid tahap dua, iaitu murid-murid yang berada di dalam tahun empat, lima dan enam. Melahirkan pelajar yang berkemahiran dalam bidang yang relevan dan bermakna bagi membolehkan mereka mendapat pekerjaan, memulakan perniagaan atau meneruskan latihan di peringkat yang lebih tinggi merupakan matlamat perlaksanaan program MPV di sekolah menengah akademik harian (PPK,2001). berineraksi dengan dunia teknologi di sekelilingnya. Penawaran mata pelajaran MPV di peringkat persekolahan adalah untuk memberikan pengetahuan serta kemahiran-kemahiran tertentu, pembentukan dan perkembangan kognitif. Personaliti pelajar turut dititik beratkan agar mereka lebih memahami diri mereka sendiri dan seterusnya alam di sekeliling mereka yang lebih mencabar lagi. 2.2 pelaksanaan program MPV di sekolah rendah Penguasaan pengetahuan dan kemahiran asas ini akan membolehkan pelajar yakin dan mampu

Menurut Yahya Emat (1993), pendidikan vokasional boleh dibahagikan kepada dua pengertian utama. Secara umumnya pendidikan vokasional adalah sebarang pendidikan pada mana-mana peringkat yang cuba menyediakan manusia untuk kerja-kerja tertentu (spesifik) dalam bidang-bidang tertentu. Menurut Ramlee (1999) pula menakrifkan pendidikan vokasional sebagai suatu program pendidikan atau latihan yang berasaskan kemahiran teknikal untuk melahirkan guna tenaga mahir dan separa mahir. 2.3 KPM Mok dan Lee (1986) menyedarkan semua lapisan masyarakat harus mempunyai kepercayaan dan keyakinan terhadap Kurikulum Baru Sekolah Rendah kerana penggubalan dan pelaksanaannya adalah menyeluruh, meliputi semua peringkat di sekolah rendah serta melibatkan semua mata pelajaran. Mok dan Lee (1986) juga memahami bahawa matlamat Kurikulum Baru Sekolah Rendah ialah memberi pendidikan secara menyeluruh kepada kanak-kanak supaya mereka dapat meninggikan sifat-sifat peribadi, akhlak, moral, agama, kesenian, kebudayaan dan kesihatan, sama dengan pengetahuan dan kemahiran dalam perkembangannya. Menyedari akan kepentingan pelaksanaan mata pelajaran KH di sekolah rendah, semua pendidik harus sentiasa peka dan sedar tentang perkembangan-perkembangan baru dan isu-isu semasa dalam arena pendidikan. Perkara ini lebih mustahak dalam mata pelajaran KH di Malaysia yang kini sedang giat berubah denga kemunculan beberapa masalah serta cabaran untuk golongan guru KH. Segala perubahan dan perkembangan baru itu harus disedari, difahami, dan dikaji secara rasional oleh guruguru KH supaya mereka dapat menghadapi dan mengatasi cabaran-cabaran semasa dalam bidang ini dengan menerima dan mencuba kaedah-kaedah dan pendekatanpendekatan dalam pedagogi KH yang mungkin berbeza atau dipersepsi sebagai yang baru. Dalam hal ini citarasa dan aspirasi rakyat Malaysia seperti terkandung dalam Rukun Negara dan Wawasan 2020, tidak akan diketepikan (Johami, 1993) Pendekatan dan penekanan MPV dalam Huraian Sukatan Pelajaran Seperti yang terkandung di dalam Sukatan Pelajaran MPV yang dikeluarkan oleh pihak

Kurikulum Pendidikan KH KBSR yang digubal semula mendukung hasrat mulia negara bagi menyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan akan datang. Dalam usaha memantapkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran

Kurikulum Kemahiran Hidup adalah salah satu bidang yang ditawarkan di bawah Kurikulum Teknik dan Vokasional di dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). KBSR dirancang dan dibentuk supaya aktiviti pelajar dan pendidikan peringkat rendah adalah bercorak pendidikan asas. Justeru, matlamat pendidikan adalah untuk memastikan perkembangan murid secara menyeluruh. KBSR dibentuk berlandaskan kepada perakuan 57 (a) Laporan Kabinet iaitu : Kurikulum sekolah rendah hendaklah dirancang untuk membolehkan Murid-murid mencapai kemahiran dalam tiga bidang asas, iaitu bidang Komunikasi, bidang manusia dengan alam kelilingnya dan bidang perkembangan individu sesuai dengn keperluan minat, bakat dan kemampuan mental serta kesediaan murid itu, (halaman 242).

Rujukan : Ramlee, M. (1999). The Role of Vocational and Technical education in The Industrialization of Malaysia as Perceived by Educator and Employers. Disertasi Ph.D Purdue University.

You might also like