Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

ZAHARYATI BT IBRAHIM PPG 10149/11 740814025500

SOALAN 3

Karya di atas bertajuk The Raft of The Medusa. Dihasilkan oleh seorang pelukis Perancis yang bernama Jean Louis Andre Theodore Gericault. Beliau telah dilahirkan Di Rouen, Normandy, Perancis pada 26 September1791. Lukisan ini dihasilkan bermula pada tahun 1818 sehinggalah 1819 di The Lourve, Paris, Perancis.. Media utama karya bergenre lukisan sejarah atau seni marin ini ialah cat minyak di atas latar kanvas dan berdimensi 491cm x 716cm. Lukisan ini menjadi ikon kontroversi apabila pertama kali ianya dipamerkan kepada umum pada tahun 1819. Dilukis berdasarkan kejadian sebenar . Iaitu pengalaman 15 orang anak kapal Medusa yang hanyut di tengah laut , selepas kapal itu tengelam di

kawasan perairan Mauritania. Dengan hanya 15 orang dari 150 anak kapal yang berjaya diselamatkan . Ianya menjadi satu tragedi negara . Lukisan ini menjadi satu isu apabila , siasatan yang dijalankan mendapati Medusa tengelam ialah kerana di jurumudi oleh kapten kapal yang tidak berpengalaman . Peristiwa ini menjadi satu suara politik , membawa mesej tentang betapa teruknya sistem birokrasi Perancis ketika itu , sehingga berlakunya tragedi yang boleh dielakkan . Penyokong kerajaan menghentam hasil karya Gericault dengan kritikan . Sehingga Gericault mengalami kemurungan dan menyatakan betapa masyarakat tidak memahami apa maksud seni itu yang sebenar . Tetapi keadaan berubah apabila Gericault membawa lukisan ini ke kota London pada tahun 1820. Ianya dijulang kepada satu hasil seni agung yang mengambarkan erti perjuangan yang sebenar .

Theodore Gericault

Lukisan ini beraliran romantisisme.Romantisisme telah muncul di Perancis pada pertengahan abad ke -18 iaitu antara tahun 1825 hingga 1850.Karya seni yang

mengikut aliran ini keseluruhannya menggambarkan sesuatu peristiwa, suasana dan keadaan yang telah berlaku pada zaman tersebut. Dalam menterjemahkan maksud sesuatu karya lukisan itu ,kebanyakkannya membawa mesej yang tertumpu kepada perasaan kedamaian ,keharmonian , dan kecintaan . Lukisan aliran Romantisme merupakan aliran seni yangberusaha untuk membangkitkan kenangan romantik dan keindahan di setiap perincian atau objek karya seninya serta lebih mempercayai gerak hati berbanding logik pemikiran.Oleh itu disebabkan hasil karyanya banyak bermain dengan perasaan dan emosi pelukis, maka aliran

romantisisme ini juga dikenali sebagai aliran ekspresi emosi. Menurut seorang pengkaji seni iaitu Osborne(1970) , beliau telah mendefinisikan bahawa frasa Romanticism adalah bermula dari perkataan romances di mana istilah tersebut amat mashyur dengan kisah-kisah epik percintaan di kalangan penduduk setempat ketika itu . Romantisme juga merujuk kepada sikap dan naluri yang ada padaseseorang pengkarya di mana perasaan dan emosi adalah lebih penting berbandingdengan sebab mengapa sesuatu karya itu dihasilkan . Namun begitu , karya eraRomatisme ini masih dipengaruhi oleh gaya gothik iaitu gaya seni zaman klasik .Kebanyakan hasil karya yang dihasilkan pada era ini lebih bertemakan padakebebasan bersuara hak individu , kisah kesengsaraan , kejatuhan institusi gereja ,

danpemerintahan beraja .Subjek-subjek utama yang menjadi pilihan dan tumpuan untuk pengkarya adalah melibatkan keindahan alam semula jadi,kehidupan masyarakat luar bandar,masyarakat bawahan,figura-figura yang erotik liuk tubuhnya , ekspresi wajah dan juga sumber-sumber peninggalan sejarah.

Karya ini banyak menggunakan warna-warna yang kusam , suram dan kelam kerana warna-warna tersebut menggambarkan kesengsaraan , kezaliman dan kekejaman

yang berlaku pada zaman tersebut . Aliran seni Romantisme telah mempengaruhi gaya seni lukis di beberapa buah negara Eropah . Antara negara tersebut adalah negara Perancis yang merupakan pelopor kepada aliran seni Romantisme yang menunjukkan ciiri-ciri khas Neo-Baroq yang antaranya ialah ciri-ciri pengcahayaan yang dramatik , goresan yang halus dan komposisi yang menekankan kekuatan pepenjuru . Ciri khas karya lukisan yang dihasilkan oleh Gricault ini boleh dilihat pada komposisi atau

gubahan yang dinamik,unsur figura yang kaku seperti patung, dan pencahayaan yang dramatik.Tema lukisan ini mendapat inspirasi daripada peristiwa tenggelamnya kapal Perancis, La Medusa , di pantai Afrika pada tahun 1816.Di antara 150 orang penumpang di dalam kapal itu, hanya 15 orang yang selamat. Mereka membuat rakit dari saki-baki kayu kapal itu dan terapung-apung di laut selama13 hari.Dalam lukisan ini objek rakit dan figura-figura membentuk komposisi diagonal atau berpenjuru untuk menekankan kesan gerak. Unsur gelap-terang dibuat sangat berbeza untuk menggambarkan perasaan. Untuk mencapai kesan yang realisme yangbegitu kuat, Gricault melakukan rujukan terhadap mayat-mayat di bilik mayat . Dalam menggambarkan manusia telanjang, Gricault mendapat pengaruh dari Michelangelo. karya

Deskripsi Hasil lukisan ini , sekiranya dilihat pada mata kasar , ia menunjukkan suasana tragik atau kesengsaraan yang berlatarbelakangkan lautan yang sedang bergelora . Ia jelas ditunjukkan pada bahagian kiri dan kanan lukisan yang menunjukkan keadaan air laut yang berombak sederhana tinggi . Dalam lukisan ini , terdapat juga figura-figura manusia yang bercampur-aduk antara lelaki dan wanita dalam satu kelompok yang padat . Figura-figura ini jelasnya berkulit cerah dan gelap . Figura-figura ini juga kelihatan bersesak-sesak dalam suatu objek terapung yang diperbuat daripada kayu yang berkemungkinan sebuah rakit . Rakit ini pula bersaiz sederhana besar dan berbentuk segi empat tepat serta kelihatan kurang kukuh .Di samping itu juga , lukisan turut memaparkan keadaan kain layar yangkelihatan agak lusuh tetapi masih berfungsi dan berkembang ditiup angin lautan .Terdapat sebidang kain layar lagi tetapi sudah tidak berfungsi dan dijadikan tempat berlindung figura di dalamnya . Dalam lukisan tersebut kelihatan dua utas tali bersaizsederhana besar yang diikat tegang pada tiang layar merentasi bahagian depan Dan belakang rakit kayu ini .Dalam lukisan ini juga, turut kelihatan dua figura yang kelihatan sedang mengibar-ngibarkan dua helai fabrik lembut yang berlainan warna . Salah seorangfigura mengibarkan fabrik berwarna merah sambil kakinya memijak sebuah tong kayu bersaiz sederhana ,. Seorang figura lagi mengibarkan fabrik kain berwarna putih sambil bersandar pada tong yang sama . Jika diamati lukisan ini , kita dapat melihat hampir kesemua figura kelihatan memandang ke satu arah di tengah laut yang luas.

Analisis Paparan lukisan karya Jean Louis Andr Thodore Gricault ini juga jelas menunjukkan seorang figura lelaki separuh usia , dengan fizikal berjanggut , bermisai dan berambut beralun dan tebal kelihatan menongkat siku kemurungan sambil tangannya menyentuh seorang lagi figura yang berada dalam keadaan telanjang . Figura yang tidak berpakaian ini kelihatan seperti sudah meninggal dunia dan berkemungkinan mempunyai hubungan kekeluargaan dengan lelaki separuh umur tadi lantaran ekspresi wajah lelaki itu tadi .Selain daripada figura yang diratapi oleh lelaki tua itu , kelihatan juga beberapa figura yang berkemungkinan sudah mati seperti figura yang ditonjolkan pada bahagian kanan bawah lukisan yang kelihatan separuh bogel dan hampir terjunam ke dalam laut yang bergelora . Jika dilihat pada riak wajah figurafigura di dalam lukisan , ia jelas menunjukkan emosi yang kelihatan sedih , suram , takut , sugul , dan penuh mengharap .Keadaan langit juga kelihatan kelam dan menakutkan terutamanya di bahagianatas tengah lukisan hingga ke sebelah kanan . Namun begitu , kelihatan juga awan cerah memutih pada di ufuk jauh lukisan. Dapat juga diperhatikan awan kekelabuan pada lelangit lukisan . Begitu juga keadaan air laut bergelora yang diwarnai dengan rona hijau kehitaman pada sebelah kiri lukisan dan kelabu keputihan pada ombak di sisi sebelah kanan . Keadaan air laut yang berombak diperkuatkan lagi dengan rakit yangterumbang-ambing kerana tidak dikemudi .Dari segi fizikal badan figura , walaupun mereka kelihatan lemah , lesu , tidak bermaya dan menderita , jelas kelihatan susuk tubuh mereka agak tegap berisi dan berotot terutamanya bagi figura lelaki . Figura wanita pula kelihatan agak gebu susuk tubuhnya. Keadaan fizikal figura ini kelihatan agak aneh bagi karya yang penuh dramatik dan

penuh kesengsaraan seperti ini . Dari aspek pakaian pula , jelas ditonjolkan figura lelaki kebanyakkannya tidak berbaju manakala figura wanita pula lengkap

berpakaian . Pakaian yang ditonjolkan dalam lukisan ini bercirikan gaya zaman Eropah lama dan melambangkan mereka berkemungkinan daripada golongan bawahan.

Interpretasi Berdasarkan ilustrasi yang dipaparkan dalam karya agung Thodore Gricault ini , jika diperhatikan figura-figura yang berada di atas rakit kelihatan penuh sengsara ,sedih , murung , ketakutan dan pelbagai ekspresi emosi yang negatif . Secara tidak langsung, ia membawa mesej bahawa rakyat ketika itu hidup dalam ketakutan dan sengsara akibat sikap korupsi dan kekejaman pemerintah yang diketuai oleh Napoleon .Figura yang dilukis sudah meninggal dunia pula menggambarkan kehidupan rakyat yang sangat susah dan mungkin juga mengalami kebuluran . Figura yang berada pada kedudukan paling tinggi dengan memegang cebisan kain sambil mengibar-ngibarkan kain tersebut berkemungkinan membawa maksud bahawa rakyat memerlukan pertolongan atau bantuan daripada pihak-pihak pemerintah lain supaya penderitaan rakyat dapat dihapuskan . Figura-figura yang kelihatan menggapai tangan pada suatu arah yang tidak jelas arahnya menunjukkan kemungkinan akan ada sinar harapan yang akan dapat membantu mereka suatu hari nanti atau mungkin itu hanya suatu harapan kosong sahaja . Permainan warna yang gelap , kusam , dan kelabu menggambarkan zaman pemerintahan kejam Napoleon bersama-sama pegawai-pegawainya merupakan era kesengsaraan rakyat ketika itu .Figura yang kelihatan tidak berpakaian pula adalah

simbol yangmenggambarkan keadaan rakyat yang hidup menderita dan miskin sedangkan golongan pemerintah semakin kaya dan terus berkuasa hasil peras ugut terhadap rakyat ketika itu . Rakyat dipaksa membayar cukai yang tinggi sehinggakan hidup menderita dan miskin di tanah air sendiri . Ombak-ombak yang mengganas pula adalah simbol perasaan rakyat yang marah , kecewa , takut , dan menderita pada zaman tersebut . Figura-figura yang bersesak-sesak di atas rakit pula menggambarkan walaupun keadaan mereka ketika itu hidup dalam kesusahan dan kesempitan makanan, mereka akan tetap terus berjuang menuntut keadilan demi kesejahteraan hidup anak cucu mereka kelak . Sinar harapan jelas ditunjukkan dalam karya ini kerana di sebalik zaman kelam yang dipaparkan dengan rona warna kelam dan gelap pada lelangit ,wujud rona cerah keemasan di ufuk jauh langit yang menggambarkan akan ada juga sinar kebahagian untuk rakyat suatu hari nanti .

Evaluasi Kekuatan karya ini terletak pada unsur-unsur ilustrasi yang lengkapmenggambarkan suasana yang penuh penderitaan , kemurungan dan kelam di atas sebuah rakit di tengah-tengah lautan . Ilustrasi seperti figura manusia , rakit , ombak ,langit , layar dan sebagainya jelas menggambarkan situasi kapal yang karam .Ditambah pula dengan figura-figura ditonjolkan seperti imej 3 dimensi menjadikan seolah-olah lukisan ini hidup dan bernyawa . Permainan warna oleh pelukisnya telah menghidupkan lagi perasaan kesuraman dan penderitaan seolah-olah individu yangmelihat karya ini akan turut merasai penderitaan figura di dalam lukisan tersebut . Karya ini juga dilihat sangat teliti

perincian iaitu dari gerak tubuh figura yang variasi Dan dinamik sehinggalah paparan emosi yang ditonjolkan pada raut wajah setiap figura tersebut . Aspek pencahayaan yang digarap oleh pelukis juga turut membantu menghidupkan lukisan ini .Selain itu , kekuatan naskhah ini juga hadir melalui mesej yang cuba disampaikan oleh pelukisnya , Thodore Gricault , yang menggambarkan penderitaan rakyat di bawah pemerintah autokratik Perancis , Napoleon . Ternyata terjemahan pelukis yang cuba

menggambarkan kekejaman pemerintah dengan cara paling realistik kini telah mendapat perhatian golongan atasan ketika itu walaupun karya tersebut telahdikritik hebat oleh golongan bangsawan . , Naskhah seni ini sememangnya sesuai dan tepat untuk diangkat sebagai salah satu khazanah seni terhebat dunia sepertimana Monalisa( Leornado da Vinci ) , The Last Judgement ( Michael Angelo ) , karya Pablo Piccasso dan ramai lagi . .

RUJUKAN Seni Zaman Pertengahan hingga Abad ke 20.Kuala Lumpur: Univision Press Sdn. Bhd.Muliyadi Mahamood.(1995). Seni Lukis Dalam Peristiwa.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Wahiza Abdul Wahid. (2000) Sejarah Seni Lukis & Seni Reka.Kuala Lumpur: Univison Press Sdn Bhd. Meggs, P.B. (1998).A History of Grafic Design (3rd ed.).New York: John Wiley.

http://www.artble.com/artists/eugene_delacroix/paintings http://en.wikipedia.org/wiki/Th%C3%A9odore_G%C3%A9ricault http://www.louvre.fr/en http://www.museumsecrets.tv/dossier.php?o= 71

You might also like