Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

SAMBUTAN CENTENARY WAGGGS PERINGKAT PERSATUAN PANDU PUTERI Pada 14 dan 15 April 2012, 2 orang wakil iaitu Nurul

Syazwanie Binti Suhaimi bersama rakan, Nor Anis Suhani bt Mohd Sukeri daripada PPK IPG KBM telah dipilih untuk menyertai Sambutan Centenary WAGGGS di Wisma Pandu Puteri Jalan Pantai Baharu yang bertemakan share. Antara ahli Pandu Puteri yang terlibat ialah wakil-wakil Tunas Puteri wakil-wakil Renjer Puteri, wakil-wakil Pandu Puteri Remaja, wakil-wakil pemimpin serta wakil-wakil Pandu Puteri Kadet dari seluruh negeri telah berkumpul disini untuk menyertai program ini bagi menjalankan pelbagai aktiviti yang menarik.

PERHIMPUNAN UNIT BERUNIFORM ANJURAN PANDU PUTERI Pada 18 April 2012 , Perhimpunan Unit beruniform Pandu Puteri Kadet telah dijalankan di Dewan Zaba dengan tema Kita Boleh Selamatkan Bumi Kita. Tema ini diambil bersempena Hari Peringatan Sedunia yang disambut seluruh negara. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti pameran masakan solar, pameran info Persatuan Pandu Puteri Malaysia, tarian rangkaian lagu pandu puteri dan upacara terbang naik.

PROGRAM MENELUSURI KEINDAHAN FLORA DAN FAUNA DI MIRI, SARAWAK Pada 29 Jun 2012 hingga 2 Julai 2012, progam ini telah berlansung yang dianjurkan oleh Pandu Puteri Kadet dengan kerjasama Unit Kokurikulum bersama-sama beberapa badan uniform yang lain. Peserta program ini terdiri daripada ahli-ahli unit beruniform IPG KBM dan juga para pensyarah unit uniform yang terlibat. Antara aktiviti yang dijalankan ialah eksplorasi ke Perkampungan Rumah Panjang Sarawak, Eksplorasi Gua Niah, lawatan ke Taman Negara Lambir dan pelbagai aktiviti menarik yang lain.

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM PANDU PUTERI KADET IPG KBM 2012


Tanggal 25 hingga 28 September 2012, Perkhemahan pandu puteri Kadet IPG KBM telah diadakan di Kalumpang Resort and Training Centre, Hulu Selangor. Program disertai oleh kesemua ahli semester lima bersama-sama dengan ahli Persatuan Puteri Islam Malaysia. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti aktiviti masakan rimba, pertolongan cemas, malam kebudayaan, permainan luas dan sebagainya.

You might also like