Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Laporan Lawatan Ke Melaka Murid-murid Sekolah Kebangsaan Seri Kelana telah mengadakan lawatan ke Melaka.

Lawatan itu disertai oleh 36 orang murid tahun enam dan dua orang guru. Lawatan tersebut diadakan pada 20 Mei 2012. Murid-murid berkumpul di sekolah pada pukul 7.30 pagi. Bas bertolak tepat pukul 8.00 pagi. Rombongan tiba di Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah kira-kira pukul 10.00 pagi. Destinasi kami yang pertama ialah melawat bangunanbangunan peninggalan sejarah di Bandar Melaka. Antaranya termasuklah Kota AFamosa, Stadthuys, dan Gereja St. Paul. Bangunan-bangunan tersebut dibina semasa pemerintahan Portugis dan Belanda. Seterusnya kami singgah ke gerai yang menjual cenderamata. Di gerai-gerai ini terdapat pelbagai jenis barang dan makanan. Kemudian, kami berehat sambil menikmati makan tengah hari. Kira-kira pukul 1.30 tengah hari, bas bertolak ke Air Keroh. Di sini terdapat beberapa tempat menarik. Kami melawat ke Taman Buaya, Taman Rama-rama, dan Taman Mini Malaysia. Pada keseluruhannya lawatan ke Melaka Bandaraya Bersejarah banyak memberikan manfaat kepada kami. Kami mempelajari sejarah negeri dan mengenal negara Malaysia. Disediakan oleh, .. (AHMAD DANISH B. ALIAS) Setiausaha, Tahun 6 Anggerik, Sek. Keb. Seksyen 27 (2), Shah Alam. 1 JUN 2012.

Laporan Lawatan Ke Melaka Murid-murid Sekolah Kebangsaan Seri Kelana telah mengadakan lawatan ke Melaka. Lawatan itu disertai oleh 36 orang murid tahun enam dan dua orang guru. Lawatan tersebut diadakan pada 20 Mei 2012. Murid-murid berkumpul di sekolah pada pukul 7.30 pagi. Bas bertolak tepat pukul 8.00 pagi. Rombongan tiba di Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah kira-kira pukul 10.00 pagi. Destinasi kami yang pertama ialah melawat bangunanbangunan peninggalan sejarah di Bandar Melaka. Antaranya termasuklah Kota AFamosa, Stadthuys, dan Gereja St. Paul. Bangunan-bangunan tersebut dibina semasa pemerintahan Portugis dan Belanda. Seterusnya kami singgah ke gerai yang menjual cenderamata. Di gerai-gerai ini terdapat pelbagai jenis barang dan makanan. Kemudian, kami berehat sambil menikmati makan tengah hari. Kira-kira pukul 1.30 tengah hari, bas bertolak ke Air Keroh. Di sini terdapat beberapa tempat menarik. Kami melawat ke Taman Buaya, Taman Rama-rama, dan Taman Mini Malaysia. Pada keseluruhannya lawatan ke Melaka Bandaraya Bersejarah banyak memberikan manfaat kepada kami. Kami mempelajari sejarah negeri dan mengenal negara Malaysia. Disediakan oleh, .. (AHMAD DANISH B. ALIAS) Setiausaha, Tahun 6 Anggerik, Sek. Keb. Seksyen 27 (2), Shah Alam. 1 JUN 2012.

You might also like