Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 20

PROSEDUR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN (MENENTUKAN PROSEDUR PERSAMPELAN)

Disediakan oleh: Nor Shahirah Mokhtar Nur Sabariah Ahmad

Menentukan prosedur persampelan


Sampel ialah bahagian tertentu daripada suatu populasi di mana sifatnya dikaji untuk mendapat maklumat tentang keseluruhan populasi. Contoh: Sampel pelajar PISMP(responden) di IPGKDRI= suatu set pelajar PISMP daripada populasi PISMP di semua IPG untuk tujuan kajian tinjauan Prosedur persampelan ialah cara anda memilih responden daripada populasi untuk kajian.

Terdapat dua jenis prosedur persampelan iaitu:


1. Persampelan kebarangkalian (secara rawak) 2. Persampelan bukan kebarangkalian (secara tak rawak)

1. Persampelan Kebarangkalian (secara rawak)


Sinonim dengan penyelidikan jenis kuantitatif. Dilaksanakan dengan memilih subjek sampel secara rawak iaitu subjek dalam sampel tersebut mempunyai semua ciri-ciri yang terdapat dalam populasi kajian. Rajah di bawah menunjukkan proses prosedur persampelan kebarangkalian.

2. Persampelan bukan kebarangkalian (secara tak rawak)


Diguna pakai oleh pengkaji dalam penyelidikan yang bersifat kualitatif. Persampelan bukan kebarangkalian melibatkan pemilihan sampel daripada suatu populasi yang telah dikenal pasti berdasarkan kriteria yang ditetapkan.

Contoh: Seorang pengetua ingin mengenal pasti pendapat guru-guru di sekolahnya tentang suatu dasar. Beliau memilih 30 orang guru daripada populasi guru seramai 180 orang yang telah mengajar di sekolahnya. Guru-guru berkenaan dipilih berdasarkan ciri-ciri berikut; (a) pengalaman mengajar kurang daripada 5 tahun, (b) ahli koperasi guru, (c) pernah menjadi ahli jawatankuasa penggubalan dasar sekolah.
Memandangkan pemilihan sampel adalah berdasarkan ciri-ciri tertentu, maka terdapat guru yang tidak berpeluang menjadi sampel penyelidikan pengetua.

KATEGORI PERSAMPELAN
PERSAMPELAN PERSAMPELAN KEBARANGKALIAN Persampelan rawak mudah Persampelan berstrata Persampelan sistematik Persampelan kawasan Persampelan berperingkat PERSAMPELAN BUKAN KEBARANGKALIAN Persampelan mudah Persampelan bola salji Persampelan pertimbangan nilai Persampelan kuota

PERSAMPELAN KEBARANGKALIAN (SECARA RAWAK)

1. Persampelan rawak mudah


Sampel dipilih daripada populasi secara rawak sehingga setiap ahli dalam 1 kumpulan mempunyai peluang yang sama untuk dipilih. Kelebihan: Jika sampel saiz besar, kaedah ini kaedah yang terbaik bagi mendapatkan sampel yang representif. Kekurangan: sukar menjalankan sampling, kaedah ini tidak menjamin bahawa subkelompok yang djadikan sampel dalam populasi yg sama.

2. Persampelan berstrata
Sampel dipilih sehingga mengikut ciri-ciri tertentu sampel dlm 1 populasi yg sama. Cth mengikut jantina sampel Kelebihan: meningkatkan kemungkinan perwakilan, terutamanya apabila jika saiz sampel kecil. Kelemahan: memerlukan lebih usaha semasa menjalankan penyelidikan.

3. Persampelan sistematik
Ia memerlukan rangka persampelan yang lengkap. Contoh, jika kita ingin mengambil sampel 50 isirumah daripada 250 isirumah yang terdapat di suatu kawasan. Ini bermakna kita mempunyai rangka persampelan sebanyak 250 isirumah. Jika kita memerlukan 50 isirumah sebagai sampel, maka setiap unsur yang dipilih adalah setiap selang 5 orang. (250/50=5) Elemen dibahagikan mengikut saiz penduduk bagi mendapatkan pola dlm persampelan kajian.

4. Persampelan kawasan
Sampel dipilih berdasarkan kawasan dan kedudukan geografi penduduk(sampel) Lebih berkesan untuk sampel yg besar(cth banci penduduk) lebih mudah dan efisien digunakan di sekolah. Kelemahan: Ada kemungkinan sampel yg dipilih tidak mewakili penduduk.

5. Persampelan berperingkat
Merupakan kombinasi dua atau lebih teknik persampelan rawak. Melibatkan penggunaan kombinasi teknikteknik persampelan rawak yg lain. Kadang-kadang lebih mudah dan lebih ekonomi untuk digunakan & diaplikasikan.

PERSAMPELAN BUKAN KEBARANGKALIAN (SECARA TAK RAWAK)

1. Persampelan mudah
Pengkaji memilih mana-mana subjek yang ditemuinya, yang paling dekat dengannya. Persampelan jenis ini biasanya digunakan dalam temu bual. Sebagai contoh, pengkaji melakukan kajian untuk mengetahui pendapat peserta seminar tentang keberkesanan program seminar yang dihadiri oleh mereka. pengkaji menemu bual 10 orang peserta, iaitu peserta-peserta yang paling dekat dengannya yang ditemuinya. Kelebihan :Mungkin cara yang terpantas untuk mendapatkan sejumlah besar tanggapan. Kelemahan: mudah salah maklumat

2. Persampelan bola salji


Responden kajian diminta untuk mencadangkan subjek lain yang mempunyai ciri-ciri yang sesuai untuk kajian. Prosedur persampelan ini digunakan terutamanya apabila pengkaji tidak dapat memperoleh senarai nama subjek dalam populasi yang mempunyai ciriciri yang sama. Responden dipilih dengan kaedah kebarangkalian. Sebagai contoh, kajian yang dilakukan ke atas pegawai-pegawai sesebuah organisasi yang terlibat dengan kes jenayah tertentu atau kajian yang dilakukan ke atas guru-guru yang terlibat dalam Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)

3. Persampelan pertimbangan nilai


Berlaku apabila penyelidik memilih ahli sampel untuk memenuhi beberapa kriteria. Contohnya dalam mengenalpasti masalah tenaga kerja, kita ingin berbicara hanya dengan mereka yang mengalami diskriminasi tentang masalah mereka. Penyelidik akan memilih sampel berdasarkan penilaian tentang beberapa ciri yg diperlukan.

4. Persampelan kuota
Persampelan ini digunakan untuk meningkatkan perwakilan sempurna. Logik merupakan asas kepada kajian ini dijalankan. Kuota disediakan awal oleh penyelidik tentang sampel yang dipilih.

Faktor yg mempengaruhi saiz sampel kajian:


Populasi (kumpulan sasaran) *sampel kajian (responden) Reka bentuk kajian (cth kajian kes & kajian tinjauan) Perbelanjaan (kos, tempoh masa, bil pkaji dll) Skala pengukuran (skala nominal < skala ordinal, selang & nisbah)

Rujukan
http://www.cikgudahlia.com/2011/12/persampe lan-kebarangkalian-rawak-dan.html http://pomiziresearch.blogspot.com/p/persampelan.html http://adeknan.blogspot.com/2010/11/asalamm ualaikum-dan-salam-sejahtera.html

You might also like