Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Disediakan Oleh : Rosmaliza Bt Roslin PJM3102 Amali 1 Anatomi. Arahan; 1.

Berikan penerangan ringkas peringkat struktur pembinaan organisasi tubuh manusia beserta gambar yang sesuai. Tubuh manusia mempunyai banyak aras struktural yang berbeza kompleksitinya. Aras yang paling rendah ialah aras kimia. Pada aras ini, atom-atom bergabung untuk membentuk molekul-molekul. Molekul-molekul ini seterusnya bercantum secara khusus untuk membentuk pelbagai jenis sel yang menjalankan tugas yang berbeza. Sel-sel ini merupakan unit paling ringkas bagi semua kehidupan. Berbeza dengan organisma ringkas yang terdiri daripada satu sel sahaja, manusia ialah organisma multisel. Sel-sel yang serupa mengelompok membentuk tisu yang melaksanakan fungsi umum. Organ yang terdiri daripada gabungan dua atau lebih tisu yang berbeza untuk menjalankan tugas khusus untuk tubuh. Organ-organ tertentu dikelompokkan untuk membentuk suatu organ tubuh yang bekerjasama untuk mencapai tujuan yang sama. Semua sistem organ ini membentuk organisma yang mewakili aras tertinggi organisasi struktural iaitu aras organisme.

2. Berikan penerangan ringkas beserta gambar yang sesuai homeostasis.

Hemeostasis adalah pelbagai interaksi kompleks untuk mengekalkan keseimbangan badan untuk berfungsi dengan normal. Proses ini adalah penting untuk kekal hidup. Hati, buah pinggang dan otak melalui hipotalamus, sistem saraf autonomik dan sistem endokrin membantu mengekalkan homeostasis.

Hati bertanggungjawab untuk menyahtoksikkan bahan-bahan toksik dan metabolisme karbohidrat. Buah pinggang bertanggungjawab untuk mengawal paras air dalam darah, penyerapan semula bahan-bahan ke dalam darah, mengawal tahap garam dan ion dalam darah, mengawal pH darah dan menentukan bahan buangan. Ketidakupayaan untuk mengekalkan homeostasis membawa kepada kematian atau penyakit. Keadaan ini juga dikenali sebagai ketidakseimbangan homeostatik. Pernah dengar maklum balas negatif

dan positif? Penyakit yang disebabkan ketidakseimbanan homeostatik termasuk kencing manis, dehidrasi, hipoglisemia, hiperglisemia, gout dan lain-lain yang disebabkan kehadiran toksin dalam darah. 3.Berikan contoh-contoh homeostasis dalam sistemsistem tubuh badan manusia. Apabila cuaca panas, sistem kulit akan merespon dengan mengeluarkan peluh melalui kelenjar keringat pada epidermis kulit untuk mencegah suhu darahnya meningkat, pembuluh darah akan mengembang untuk mengeluarkan panas ke sekitarnya, hal ini juga menyebabkan kulit berwarna merah. Apabila kadar glukosa dalam darah telah habis atau berkurang dari jumlah tertentu, hati akan dirangsang oleh insulin untuk mengubah glikogen menjadi glukosa supaya dapat digunakan sebagai tenaga untuk tindakan otot. Ketika kita memasuki ruangan yang gelap dari cahaya terang, kami tidak dapat melihat apa-apa untuk beberapa saat. Dalam beberapa detik kami dapat menyesuaikan pandangan kita dengan cahaya redup dan bergerak dengan mudah. Mekanisme homeostatik bekerja melalui mekanisme umpan balik negatif dimana kecepatan pembentukan atau pemanfaatan setiap produk diatur oleh jumlah produk yang tersedia yang pada waktu tertentu. Di musim dingin kulit tertular untuk menghemat panas tubuh. Setelah olahraga berat, suhu tubuh naik dan ada berkeringat banyak. Penguapan dari hasil keringat dalam pendinginan yang membawa menurunkan suhu tubuh normal.

Mekanisme homeostatik beroperasi pada semua tingkat hirarki dalam sistem kehidupan,iaitu sel, jaringan, organ, sistem organ dan organisme. Ini terjadi pada hampir semua bentuk kehidupan dan memberikan kontribusi untuk keseimbangan di alam.

You might also like