Pembunuhan Birch - Adat Istiadat

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

4.

1 ADAT ISTIADAT MELAYU Adat merupakan amalan turun temurun yang telah lama diamalkan di Tanah Melayu dan merupakan sebahagian dari cara hidup penduduk ketika itu. Ia merupakan sesuatu yang masyarakat tradisi dahulu begitu mematuhinya dan menjadi sebahagian daripada amalan dalam kehidupan. Kebanyakan adat istiadat Melayu hasil dari pengaruh yang dibawa dari pengaruh Hindu dan sebelum kedatangan Islam lagi. Selepas kedatangan Islam, kebanyakan adat ini telah disesuaikan dengan cara hidup Islam. Oleh demikian, sewaktu J.W.W Birch menjadi residen, beliau telah memperkenalkan banyak pembaharuan yang drastic dan bertentangan dengan norma-norma atau amalan kebiasaan masyarakat melayu. Pembaharuan yang dilaksanakan oleh beliau adalah menjadi asas penting penentangan dan protes masyarakat melayu Perak terhadap orangorang british selepas campurtangan secara langsung british di Perak. Antara adat istiadat Melayu yang cuba dihapuskan ialah perhambaan.

4.1.1 Perhambaan Pada tahun 1874, sebelum kemasukan J.W.W Birch sebagai residen di Perak, terdapat lebih kurang 3000 orang hamba-hamba di Perak iaitu sebanyak satu perenam belas daripada penduduk negeri itu1. Di katakan tiap-tiap seorang Sultan ataupun raja malah pembesar masing-masing boleh dikatakan mempunyai hamba-hamba yang ramai. Hamba-hamba ini akan melayaninya dan mengikutinya kemana-mana mereka pergi. Kebanyakan daripada hamba-hamba ini akan tinggal bersama-sama tuannya ataupun berhampiran dengan tempat tuannya. Mereka ini boleh dilakukan dengan sesuka hati oleh tuannya, dan mereka boleh dibunuh sekiranya tidak patuh kepada perintah tuan mereka. Hamba-hamba ini terdiri daripada dua golongan iaitu golongan hamba biasa, dan golongan berhutang. Bagi masyarakat Perak, mereka tidak menganggap pemakaian hamba ini sebagai sesuatu yang salah. Oleh kerana itu soal ini tidak dipersoaljawabkan lagi, lebihlebih lagi dikalangan golongan pemerintah. Malahan, bagi golongan hamba yang membuat cubaan untuk melarikan diri akan ditangkap hasil daripada kerjasama orang ramai yang memberitahu kerana perbuatan melarikan diri bagi golongan hamba adalah bersalahan

Norbi Husin, 2010. System politik dan masyarakat negeri Perak sebelum 1874: Suatu gambaran umum. Universiti Kebangsaan Malaysia.

sama sekali. Jika mereka engkar, mereka boleh dibunuh 2. Ini termasuklah gundik-gundik raja dan pembesar yang juga merupakan dari golongan hamba perempuan. Di antara perkara yang telah membangkitkan kemurkaan Sultan Abdullah dan Orang-orang melayu di negeri Perak terhadap J.W.W Birch adalah campur tangan beliau dalam hal ehwal dan adat istiadat Melayu. Gundik-gundik yang lari dari Sultan dan para Pembesar telah dilindungi oleh British. Sesetengah daripada gundik-gundik ini ditempatkan dalam kapal british buat beberapa lama. Terdapat juga gundik-gundik ini yang telah diseludup dan dibawa ke Pulau Pangkor3. Pada bulan ogos 1875 beberapa peristiwa telah berlaku. Di antaranya Birch telah melindungi gundik-gundik yang lari daripada orang besar mahupun dari Sultan. Perbuatan ini memburukkan lagi hubungan di antara Sultan dan Birch. Sejak dari itu, Sultan Abdullah dan Menteri Ngah Ibrahim membuat persediaan dengan membeli senapang dan juga membeli peluru di Pualu Pinang sebagai persiapan untuk menentang British jikalau berlaku pergaduhan di antara Negeri Perak dan Penjajah British4. Pada 9 Oktober 1875, Sultan Abdullah diiringi oleh Orang Besar negeri Perak berangkat dari Pasir Panjang ke Bandar Bahru dan telah meminta supaya Birch menyerahkan balik gundik-gundik tersebut dengan syarat gundik-gundik tersebut mestilah rela diserahkan semula kepada Sultan dan pembesar. Sikap Birch ini telah menegangkan lagi keadaan dan permusuhan di antara beliau dan Sultan5. Sultan Abdullah telah membuat bantahan kepada Gabenor Negeri-Negeri Selat mengenai perkara tersebut. Walaupun Gabenor telah melarang Birch daripada berbuat demikian, tetapi Birch tetap berdegil dan berkata bahawa beliau akan hanya memulangkan gundik-gundik tersebut sekiranya mereka sendiri dengan rela hati mahu balik kepada Sultan ataupun orang yang berkenaan6. Perbuatan Birch menyimpan gundik-gundik tertentu terlalu lama merupakan di antara sebab yang telah membangkitkan kemarahan dan kemurkaan Sultan Abdullah dan Pembesar Perak. Di antara gundik-gundik tersebut ialah Si Tikah, Si Melah, Si Hawa dan Si Kumbang. Kelakuan Birch sendiri beserta orang dan askar-askarnya terhadap gundik-gundik berketurunan Melayu yang lari kepada mereka, menimbulkan banyak tanda Tanya. Ada di antara gundik-gundik itu dikahwinkan dengan anggota polis Birch. Seorang gundik telah dikahwinkan dengan seorang Ceylon bernama Kasim yang berkhidmat dengan Birch.
2 3

Ibid. hlmn 39 Ramli Ngah Talib. Pasir Salak : Sehamparan sejarah perjuanagn. 1997. Percetakan Zainon Kassim Sdn. Bhd. Perak. hlmn 31 4 Ibid Hlmn 12 5 Ibid. hlmn 13 6 ibid

Sulatan Perak telah membuat bantahan bahawa gundik-gundik tersebut tidak boleh dikahwinkan tanpa kebenaran Baginda. Ini adalah berlandaskan hukum Islam dan Adat Melayu pada masa itu yang meletakkan Baginda sebagai waris wali kepada semua orang Islam di negeri Perak7. Oleh itu, kebenaran Baginda diperlukan bagi mereka yang hendak berkahwin. Pembunuhan Birch adalah hasil daripada kebencian orang-orang Melayu terhadap penjajah tanha air mereka serta sikap angkuh Birch yang tidak menghormati agama Islam dan adat istiadat Melayu. Beliau pernah berkata, saya tidak peduli, apalah dia agama dan adat orang Melayu,. . Tindakan beliau untuk menghapuskan hak-hak Orang-orang Besar Melayu dan melindungi hamba yang lari atau disuruh lari menimbulkan syak wasangka tentang tujuan dan hasrat beliau sebenarnya yerhadap hamba-hamba ini. Ini adalah kerana banyak daripada hamba yang digalakkan lari terdiri daripada gadis-gadis yang kemudiannya diberi perlindungan oleh Birch dalam kapalnya, kadang kala buat beberapa hari lamanya.8 Menurut Sir Frank Swettenham dalam bukunya Perihal Orang Melayu, beliau meletakkan kawasan semenanjung sebagai terra incognito iaitu kawasan yang tidak diketahui sangat oleh orang putih9. Menurutnya lagi, Perak merupakan Negari yang paling tidak sesuai sebagai tempat seorang residen mahu belajar dan memulakan percubaan yang menarik tetapi merbahaya iaitu mentadbirkan Negara dengan nasihat seorang pegawai Inggeris. Ini kerana menurut beliau, negeri Perak mempunyai penduduk yang besar dan masyarakatnya penuh dengan adat resam lama, kepercayaan tahyul yang mesti dipelajari dan banyak lagi perkara yang bagi orang Inggeris sukar untuk difahami. Bagi masyarakat Inggeris, perbuataan menyimpan hamba adalah salah disisi undang-undang Inggeris kerana ia menentang hak asasi manusia. Walaupun begitu, tidak dinafikan di Negara barat turut mempunyai hamba namun ia sudah di tahap penghapusan hamba masyarakat di barat mengenai hak asasi manusia. Kedatangan J.W.W Birch ke Perak dan dengan sesuka hati membuat peraturan baru dan menyelamatkan golongan hamba terutama dari golongan hamba wanita mendatangkan kemarahan dari masyarakat setempat terutama golongan pembesar dan Raja kerana jelas menunjukkan disini pengambilan hamba pada zaman ketika itu adalah merupakan satu dari adat turun temurun yang telah lama diamalkan oleh rakyat Perak. Pembunuhan J.W.W Birch di Pasir Salak jelas memperlihatkan masyarakat di Perak terutama golongan pembesar iaitu
7 8

atas kesedaran

Ibid Ibid hlmn 98 dan 99 9 Sir Frank Swettenham, penterjemah Zubaidah Ibrahim. 2003. Perihal Orang Melayu. Universiti Malaya. Kuala Lumpur.

Dato Maharajalela dan pengikutnya begitu mendendaminya dan tidak menyukai sikap J.W.W Birch yang dikatakan sombong dan tidak memahami bahasa Melayu. J.W.W Birch juga jelas tidak mencuba memahami adat istiadat orang Melayu Perak ketika itu dan memurkai Sultan Perak iaitu Sultan Abdullah yang merupakan ketua negeri Perak yang di hormati oleh kesemua masyarakatnya.

RUJUKAN Frank Swettenham, penterjemah Zubaidah Ibrahim. 2003. Perihal Orang Melayu. Universiti Malaya. Kuala Lumpur. Norbi Husin, 2010. Sistem politik dan masyarakat negeri Perak sebelum 1874: Suatu gambaran umum. Universiti Kebangsaan Malaysia. Ramli Ngah Talib. Pasir Salak : Sehamparan sejarah perjuanagn. 1997. Percetakan Zainon Kassim Sdn. Bhd. Perak

You might also like