Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

RANCANGAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU DIBENTANGKAN DI MAJLIS PERUNDINGAN PERSEKUTUAN

Posted by azilawani on 24/11/2011 12:06:59

Pada hari ini dalam tahun 1950, Rancangan Persekutuan Tanah Melayu bagi tahun 1950/55 dibentangkan di Majlis Perundangan Persekutuan. Persediaan untuk melaksanakan Rancangan Pembangunan bagi Persekutuan Tanah Melayu ini telah dimulakan semenjak tahun 1949, dan rangka Rancangan Pembangunan ini telah dapat disiapkan pada bulan Jun 1950 untuk dibentangkan di Majlis Perundingan Persekutuan. Rangka Rancangan Pembangunan Persekutuan Tanah Melayu bagi tahun 1950-1955 yang dibentangkan di Majlis Perundangan Persekutuan ini mengandungi 3 bahagian. Bahagian pertama ialah Rancangan berkenaan pembangunan Perkhidmatan Sosial di Persekutuan Tanah Melayu atau The Development of Social Services in the Federation of Malaya. Bahagian ini merangkumi perkaraperkara yang berkaitan dengan Pendidikan, Perubatan, buruh dan Kebajikan serta peruntukan yang diperlukan bagi perlaksanaan rancangan-rancangan tersebut. Bahagian dua adalah Rancangan Pembangunan sumber Negara dan

keperluan atau The Development of National Resources and Utilities. Sumber negara merangkumi perkara yang berkaitan dengan ternakan, pertanian, hasil galian, kayu kayan dan perikanan. Keperluan pula merangkumi perkara yang berkaitan dengan sistem perhubungan darat, laut dan udara, radio telefon, elektrik dan air serta perumahan. Bahagian ketiga pula adalah perancangan berkenaan dengan pembangunan Industri dan Perdagangan atau The Development of Trade and Industry.

Setelah rancangan Pembangunan Persekutuan Tanah Majlis Perundangan Persekutuan.

Melayu bagi tahun

1950/55 ini dibahaskan dan diperbincangkan maka ia telah diluluskan oleh

You might also like