Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 28

SOALAN 3 BINCANGKAN USUR-UNSUR DARI BARAT YANG

MEMBANTU PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

Ainul Fatmy bt Shamsuddin Khalila bt Mohd Ishak Izzah Farhanah bt Zulkifli Nur Fadhilah bt Abdullah

ALAT PERCETAKAN

Mula diperkenalkan di Pulau Pinang pada tahun 1806. Alat ini membantu dengan banyaknya untuk mencetak dan memperbanyak: 1)bahan-bahan bacaan 2) surat-surat pekeliling kerajaan 3)borang-borang Jabatan Kerajaan dan syarikat-syarikat perniagaan

Pihak pengembang kristian menggunakan untuk mencetak bahan-bahan bacaan agama Kristian, kitab Bible dan lain-lain. Bagi menarik perhatian orang Melayu, bahanbahan bacaan ini banyak yang dicetak dalam bahasa Melayu bertulisan Jawi. Contohnya ialah:

Certera

Hikayat Isa (1831). Sebuah tulisan tentang Nabi Isa mengikut kepercayaan orang-orang Kristian. Dicetak dengan Tulisan Jawi. Kebangkitan al-Masih. Tulisan Paderi Thomas Beighton di Pulau Pinang. Dicetak pada 1839 dengan tulisan Jawi. Risalah kristian, tulisan Paderi John Bunyan. Dicetak di Pulau Pinang pada 1840 dalam tulisan Jawi.

Selain itu terdapat buku-buku lain yang dicetak di luar Malaya seperti di Batavia (Jakarta) oleh orang-orang Belanda dengan menggunakan bahasa Melayu bertulisan Jawi dan juga rumi. Memberi kesan positif bagi bahasa Melayu kerana banyak bahan tulisan dan bacaan dalam bahasa Melayu yang telah dicetak seperti bahan bacaan sastera Melayu, kitab-kitab dalam bahasa Melayu, majalah dan juga akhbar melayu. Dicetak juga di Asia Barat seperti Istanbul dan Mesir.

PEMBUKAAN SEKOLAH-SEKOLAH MELAYU


Pada tahun 1821 telah dibuka sebuag sekolah Melayu di Pulau Pinang iaitu merupakan sebahagian daripada Penang Free School. Pertama kali dibuka dalam bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Selepas itu, banyak sekolah Melayu dibuka. Contohnya di Teluk Belanga (1856) Singapura yang dipelopori oleh Temenggong Daing Ibrahim, Johor dan di Kampung Gelam (1856), Singapura.

Banyak lagi sekolah Melayu yang dibuka selepas itu. Bukan sahaja di Negeri-negeri Selat (16 buah sekolah pada tahun 1872; 85 buah pada tahun 1882 dan 189 buah pada tahun 1892), tetapi juga di negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu. Di negeri Melayu (negeri-negeri yang ada raja-raja Melayu) juga dibuka sekolah-sekolah Melayu. Contohnya di Kuala Kangsar (1884), Selangor (1886) terdapat 6 buah sekolah Melayu, Negeri Sembilan (1898) telah wujud 25 buah sekolah Melayu.

Sekolah Melayu pertama di: - Kedah dibuka pada tahun 1897 - Kelantan dibuka pada tahun 1903 - Terengganu dibuka pada tahun 1915

PENERBITAN MAJALAH MELAYU

Majalah Bustan Arifin - merupakan majalah berbahasa melayu yang pertama - Diterbitkan menggunakan tulisan Jawi dan Rumi - Diterbitkan oleh Pengembang Agama Kristian - Diterbitkan di Melaka dan dicetak di Mission Press - Paderi Claudius Thomsen dan dibantu oleh Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi (pengarang)

Kemudian barulah terbit majalah-majalah lain dalam bahasa Melayu: - Taman Pangatauan(1848) - Pungutib Segala Remah Pungatauan (1858) - Bintang Oetera (1856-1857) - Cermin Mata (1958) - Dimiliki oleh Badan-badan Pengembang Agama Kristian untuk kegunaan penyiaran agamanya.

Tetapi mempunyai kesan yang positif untuk pengembangan bahasa Melayu

PENERBITAN AKHBAR MELAYU

Akhbar bahasa Melayu yang pertama (Soerat Kabar Bahasa Malaijoe) mula diterbitkan awal bulan Januari 1856 di Surabaya,Jawa Timur. Mulai dari tarikh itu berkembanglah sejarah persuratkhabaran Melayu. 1858-Soerat Chabar Betawie (Jakarta) o 1860-Selompret Melajoe(Semarang Jawa Tengah) o 1862-Bientang Timoor (Surabaya) o 1863- Pertela Soedagaram (Surabaya) o 1864- Bintang Timor (Padang) o 1867-Biang-Lala (Betawi) o 1876-Jawi Peranakan(Singapura)
o

Bahasa Melayu dapat berkembang dan menyebar di pelbagai pelusuk Alam Melayu dan merentasi semua lapisan masyarakat pelbagai kaum bangsa serta agama disebabkan penerbit dan pengasuh akhbar-akhbar ini pada zaman awalnya terdiri daripada orang bukan Melayu seperti Belanda, Cina, Jawa, India dan lain-lain

HUKUM KANUN DAN PERUNDANGAN

Pada zaman Kerajaan Melayu Melaka telah ada Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka. Tetapi pada zaman seterusnya dari abad 17 membawa ke abad 19 dan abad ke-20, muncul buku Hukum Kanun dan Perundangan kerana wujudnya pelbagai negeri Melayu di Semenanjung, Sumatera, Riau-Lingga dan Kalimantan.

Dari buku Undang-undang dan hukum kanun ini lahirlah perlembagaan moden dalam bahasa Melayu. Contoh utama ialah Undangundang Tubuh Kerajaan Johor yang disusun dan disahkan pada tahun 1895, dan menjadi tiruan dan acuan bagi undang-undang tubuh negerinegeri Melayu yang lain di Tanah Semenanjung.

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

Contoh bagi buku undang-undang tersebut ialah:Thamarat al- Mihimmah Diafah lil-Umara wal Kubara li Ahlil Mahkamah. Undang-undang Palembang. Undang-undang Jambi. Undang-undang Pasumah. Undang-undang Kedah. Aturan dan Undang-undang dalam pegangan moko-moko. Peraturan Bambang dalam Negeri Bangka Hulu. Adat Raja-raja Melayu. Adat Aceh. Undang-undang Sungai Ujong.

Undang-undang Adat dari Rembau. 12. Undang-undang Sembilan Puluh Sembilan. 13. Undang-undang Adat. 14. Undang-undang Minangkabau I-X. 15. Tambo Minangkabau dan yang lainlain lagi.
11.

PENUBUHAN PERSATUAN

Orang barat telah menubuhkan persatuan ilmiah seperti The Royal Asiatic Society. Penubuhan persatuan ini telah ditiru oleh pegawaipegawai kanan kerajaan Johor. Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa dan Singkatannya Pa Ba Mim Pa Ba telah ditubuhkan di Johor Bahru, dipimpin oleh Datuk Seri Amar Diraja Datuk Andak Rahman Andak pada tahun 1888. Anggota terdiri daripada pegawai-pegawai kerajaan Johor. Penerbitan majalah yang menjadi lidah rasmi iaitu Peredar yang sempat diterbit sebnayak 25 keluaran.

Dalam abad ke-20, persatuan ini berubah nama menjadi Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku dengan singkatan yang sama, dan selepas diberi anugerah Diraja (Royal) oleh DYMM Sultan Ibrahim, Johor. Persatuan ini banyak jasanya kepada bahasa Melayu kerana berusaha menggubal istilah-istilah Melayu terutama dalam pentadbiran moden, membuat perrancangan bahasa seperti: - mengatur sistem ejaan Jawi - kaedah menulis surat kiriman - meyusun kamus Melayu - mengatur tatabahasa Melayu-Buku Jalanbasa Melayu dan Penokok dan Penambah dalam Bahasa Melayu

PERKAMUSAN MELAYU

Pada abad ke 19, penerbitan kamus Melayu semakin bertambah. Antara kamus yang terbit pada abad ke 19 ini ialah: A Dictionari og the Malayan Language yang disusun oleh William Masden (1812). Merupakan kamus terbesar pada masa itu. Kamus ini juga telah diterjemahkan oleh C.P Eliot ke dalam bahasa Belanda dan Perancis. A Dictionary og the Malay Language oleh J.Crawfurd ( 1852)

1)

2)

2) A Dictionary of the Malay Language oleh Hugh

Clifford dan F.Swettenhem (1894). Kamus InggerisMelayu ini disusun dari abjad A hingga G setebal 509 halaman. 3) Kitab Pengetahuan Bahasa oleh Raja Ali Haji (1858) sebuah kamus ekabahasa Melayu yang pertama disusun oleh orang Melayu sendiri. 4) Kamus Mahmudiyah yang disusun oleh Syed Mahmud bin Syed Abdul Kadir (1894).

Buku Tatabahasa Pada abad ke-19 terdapat banyak buku tatabahasa Melayu yang disusun oleh para pengkaji barat seperti orang-orang Inggeris, Belanda, Perancis dan orang Melayu sendiri.

Antara buku tatabahasa tersebut ialah :1) A Grammar of the Malayan Language oleh Wiliam Marsden (1812). Buku tatabahasa ini dicetak bersama-sama buku kamu MelayuInggerisnya. 2) Bustan al-Katibin sebuah buku tatabahasa Melayu yang disusun oleh Raja Ali Haji ( 1858) 3) Pemimpin Johor, sebuah lagi buku tatabahasa Melayu oleh Muhammad Ibrahim Munsyi (1877).

Pada abad ke-19 banyak penulis Melayu yang terkenal. Antaranya :1) Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi (17961854) yang lahir di Melaka, bekerja di Singapura dan meninggal di Mekah. 2) Raja Ali Haji bin Raja Haji Ahmad (18091870). 3) Muhammad Ibrahim Munsyi. 4) Munsyi Syeikh Muhammad Ali bin Ghulam Husain al-Hindi. 5) Munsyi Muhammad Said iaitu pengarang Jawi Peranakan. 6) Saiyid Mahmud bin Saiyid Abdul Kadir.

Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi Mengarang banyak buku bahasa Melayu. Antaranya Hikayat Abdullah, Syair Singapura Di makan Api, Sejarah Melayu, Adat Rajaraja Melayu di Segala Negeri, Pancatandran, Kesah Pelayaran Abdullah ke Kelantan dan Terengganu, Kisah Pelayaran Abdullah ke Judah, Hikayat Kalilah dan Daminah dan lain-lain. Selain itu, beliau juga menjadi pengarang majalah Bustan Arifin.

Raja Ali Haji bin Raja Haji Ahmad Antara hasil karya beliau ialah :1. Tuhfat al-Nafis 2. Silsilah Melayu dan Bugis 3. Bustan al-Katibin 4. Thamarat al-Mahammah 5. Intizam wazaif al-Mahammah 6. Kitab Pengetahuan Bahasa 7. Gurindam Dua Belas dan lain-lain.

Saiyid Mahmud bin Saiyid Abdul Kadir Beliau dilahirkan di Singapura (1865) dan bersekolah di Raffles Institution, Singapura. Pernah bekerja sebagai kerani, kemudian penterjemah, guru bahasa Melayu dan pengarang prolifik. Dapat bertutur dan memahami bahasabahasa Melayu, Inggeris, Hindustan, Perancis, Arab, Parsi , Tamil dan Cina. Pernah menjadi pengarang akhbar Taman Pengetahuan dan telah menulis banyak buku Melayu.

Saiyid Mahmud bin Saiyid Abdul Kadir Beliau dilahirkan di Singapura (1865) dan bersekolah di Raffles Institution, Singapura. Pernah bekerja sebagai kerani, kemudian penterjemah, guru bahasa Melayu dan pengarang prolifik. Dapat bertutur dan memahami bahasabahasa Melayu, Inggeris, Hindustan, Perancis, Arab, Parsi , Tamil dan Cina. Pernah menjadi pengarang akhbar Taman Pengetahuan dan telah menulis banyak buku Melayu.

Antaranya ialah :1. Kamus Mahmudiyah 2. Ilmu Kejadian 3. Kejadian Seluruh Anggota 4. Ilmu Peladang 5. Ilmu Bumi 6. Hikayat Tanah-tanah Besar Melayu dan Pulau Perca 7. Pemimpin pengetahuan 8. Pohon pelajaran 9. Jalan Kepandaian

Kebanyakkan buku ini dicetak pada akhir abad ke-19 dan digunakan di sekolahsekolah Melayu sebagai buku teks dan buku bacaan dalam darjah.

You might also like