Kebanjiran Pelajar Asing

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Kebanjiran pelajar asing IPT kena pantau pelajar asing

2011/12/20 - 06:07:03 AM Oleh Syuhada Choo Abdullah Cetak Emel Kawan

Khaled setuju visa diberi selepas dapat tempat di institusi pengajian tinggi KUALA LUMPUR: Institusi pengajian tinggi (IPT) diminta mengambil tanggungjawab dan memberi perhatian kepada aktiviti pelajar antarabangsa masing-masing bagi memastikan mereka tidak terbabit dengan gejala yang boleh memudaratkan rakyat atau negara. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata tidak wajar untuk merangkumkan keseluruhan pelajar antarabangsa yang berada di negara ini sebagai jahat. Sehubungan itu, katanya, beliau bersetuju dan menyokong langkah supaya pelajar antarabangsa hanya dibenarkan memasuki negara ini serta diberi visa selepas mereka disahkan mendapat tempat di IPT. Katanya, ia disebabkan ada segelintir warga asing yang memasuki Malaysia menggunakan pas lawatan sosial atas alasan mencari IPT atau kolej untuk memohon melanjutkan pelajaran, tetapi akhirnya tidak berbuat sedemikian. Memang patut mereka jangan diberi visa dan tidak dibenarkan memasuki negara ini selagi belum mendapat tempat di kolej. Negara lain juga sudah melaksanakan peraturan sedemikian, katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Akhbar ini semalam melaporkan mulai tahun depan, Malaysia akan memperkenalkan sistem tapisan bagi menyaring kemasukan pelajar asing ke IPT tempatan bagi menangani masalah kebanjiran pelajar asing palsu, terutama warga Afrika yang semakin berleluasa kebelakangan ini. Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam, dipetik sebagai berkata pihaknya sedang memperhalusi cadangan pelaksanaan sistem itu dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi, malah akan menggunakan kaedah sedia ada di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia. Ketika ini, Mahmood berkata, kebanyakan warga asing yang melanjutkan pengajian di Malaysia boleh menggunakan pas lawatan sosial dan diberi tempoh selama tiga bulan untuk mencari tempat di IPT atau kolej swasta tempatan. Ditanya mengenai kemungkinan pelaksanaan sistem lebih ketat itu akan mencetuskan pertikaian atau perasaan tidak puas hati di kalangan pengusaha kolej swasta kerana dikhuatiri menjejaskan kemasukan pelajar asing, Mohamed Khaled berkata, mereka perlu mematuhi peraturan berkenaan sekiranya ditetapkan sebagai prosedur kelak. Bagaimanapun, katanya, bukan semua kolej yang mengambil pelajar antarabangsa berada di bawah Kementerian Pengajian Tinggi, tetapi sebahagian daripadanya di bawah Kementerian Pelajaran

http://www.bharian.com.my/articles/IPTkenapantaupelajarasing/Article/

You might also like