Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

KERTAS KERJA PROGRAM ZOOM A SK TEROI

KERTAS KERJA

PROGRAM ZOOM-A SK BANDAR T6

1. LATAR BELAKANG PROGRAM 1.1. Program ZOOM-A adalah merupakan satu usaha pihak sekolah bagi memberi pendedahan yang lebih meluas kepada murid-murid SK Teroi untuk memperkasakan proses pembelajaran terutamanya bagi para pelajar yang bakal mengambil peperiksaan penting iaitu UPSR dan mengoptimumkan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Ia juga salah satu usaha sekolah dalam mempersiapkan diri murid-murid tahun 4 dan 5 dalam menguasai pelajaran yang bakal mereka pelajari. 1.2. Zoom 'A' ialah suatu program e-Pembelajaran eksklusif melalui kemudahan Internet dirancangkan dan dikendalikan secara rapi, bersistematik, dan terkini untuk membantu para pelajar dalam pembelajaran. 1.3. Program ZOOM-A akan dilaksanakan dengan menggunakan infrastruktur ICT sedia ada di bawah program perkomputeran KPM. 2. KANDUNGAN PROGRAM 2.1. Program Zoom-A merupakan gedung e-Pembelajaran yang eksklusif dan efektif. Kelebihan Zoom-A ialah sebagai gedung soalan klon peperiksaan tahun-tahun lepas, soalan praktis pengukuhan dan sumber pengayaan pembelajaran terkini. 2.2. Zoom-A menyediakan ujian topikal, soalan klon mengikut tahun peperiksaan, dan ujian pengukuhan yang boleh dipilih mengikut kehendak pelajar sendiri. 2.3. Pelajar boleh memilih soalan mengikut sukatan pelajaran seperti tahun atau tingkatan, subjek, bahagian peperiksaan, tajuk besar, tajuk kecil, dan aras kesukaran.

2.4. Gedung soalan dalam Zoom-A dirancang rapi oleh Jabatan Panel Zoom-A yang terdiri daripada guru sekolah yang berpengalaman dan pakar dalam setiap subjek.
SWHMF 2009 SKTEROI

2.5. Pelajar hanya perlu ada komputer dan talian Internet untuk menggunakan program ini.Pelajar boleh menggunakan program ini dirumah mahupun di sekolah di luar waktu persekolahan sebagai latihan pengayaan ataupun pemulihan

3. PENGGUNAAN PROGRAM 3.1. Sebagai permulaan, Program ZOOM-A ini akan digerakkan dengan penggunaan 20 akaun sahaja mengikut bilangan komputer sekolah di makmal komputer sekolah. 3.2. Akaun akan dipecahkan mengikut tahun iaitu 10 akaun untuk tahun 6, 5 akaun untuk tahun 5 dan 5 akaun untuk tahun 4. 4. CADANGAN PERLAKSANAAN 4.1. Program 2009. 4.2. Murid-murid boleh menggunakan program selepas sessi persekolahan di makmal komputer sekolah ataupun di rumah mengikut keperluan muridmurid dengan kebenaran guru penyelia program. 4.3. Hebahan penggunaan program murid-murid akan dibuat semasa ini akan dicadangkan untuk memulakan operasi pada 2 Ogos

perhimpunan dan promosi di kelas-kelas yang terbabit. 4.4. Murid-murid akan diberi penerangan secara berperingkat mengikut tahun oleh guru penyelia/tenaga pengajar 5. TENAGA PENGAJAR / GURU PENYELIA 5.1. Tenaga pengajar adalah bertindak sebagai guru penasihat bagi program ini 5.2. Tenaga pengajar adalah dilantik daripada kalangan guru-guru SK Teroi berkebolehan dan mahir dalam ICT 6. KOS 6.1. Yuran langganan Zoom A ialah RM10 sahaja setahun tanpa mengira bulan mulai melanggan. (Tamat pada 31 Disember setiap tahun)

SWHMF 2009 SKTEROI

6.2. Yuran langganan Zoom A hendaklah dibayar melalui sekolah masingmasing. 6.3. Setiap pelajar akan mendapat satu 'tiket langganan' melalui sekolah masingmasing setelah yuran langganan dijelaskan kepada One Touch Education Sdn. Bhd. oleh pihak sekolah. 6.4. Lihat Lampiran A 7. PENUTUP 7.1. Adalah diharapkan dengan perlaksanaan program ini akan memberi pendedahan dan menggalakkan murid-murid untuk menguasai dan menerokai kemahiran teknologi maklumat seiring dengan teknologi yang kian pesat membangun. Ini seterusnya mengoptimumkan penggunaan ICT di dalam proses pemngajaran-pembelajaran.

SWHMF 2009 SKTEROI

You might also like