Karangan

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 4

PEMBUBARAN PERKONGSIAN

Latihan 1

Encik Lim dan Encik Raju ialah pekongsi dalam sebuah perniagaan dengan nisbah pembahagian
untung atau rugi 2:1. Berikut ialah kedudukan kewangan perkongsian pada 31 Julai 2007.

RM
Premis 25,000
Alatan 2,600
Stok 8,830
Penghutang 1,790
Bank 4,500
Pemiutang 3,501
Modal Lim 26,146
Modal Raju 13,073

Pada 1 Ogos 2007, Lim dan Raju membubarkan perniagaan mereka. Perkara berikut telah
dipersetujui semasa pembubaran;

a) Aset berikut dijual dengan harga;


i. Premis RM26,500
ii. Alatan RM2,400
iii. Stok RM8,500
b) Penghutang menjelaskan hanya sebanyak RM1,700.
c) Belanja realisasi RM2,494.
d) Liabiliti dibayar setelah perkara a hingga c diselesaikan.
e) Semua penerimaan dan pembayaran dibuat melalui bank.

Anda dikehendaki menyediakan;

a) Akaun Realisasi
b) Akaun Modal setiap pekongsi
c) Akaun Bank
Latihan 2

Perkongsian Pelangi dimiliki oleh Puan Yati, Cik Swee Land an Encik Rajesh dengan nisbah
kongsi untung atau rugi 3:2:1. Aset dan liabiliti Perkongsian Pelangi pada 31 Oktober 2007
adalah seperti di bawah.

RM Pada 31 Oktober 2007, pemilik bersetuju membubarkan


Modal perniagaan mereka kerana Encik Rajesh telah
Yati 60,000 diisytiharkan muflis oleh mahkamah.
Swee Lan 40,000 Perkara berikut telah dipersetujui semasa pembubaran;
Rajesh 552 (Debit)
Pemiutang 60,860 a. Premis dan stok dijual dengan harga RM147,172.
Premis 90,200 b. Belanja realisasi RM7,500.
Stok 65,000 c. Semua liabiliti dibayar setelah semua aset dijual.
Bank 5,108 d. Semua urusan penerimaan dan pembayaran melalui
bank.

Anda dikehendaki menyediakan;

a. Akaun Realisasi b. Akaun Bank c. Akaun Modal setiap pekongsi

Latihan 3

Cik Liza dan Encik Seng ialah pekongsi dalam sebuah perkongsian yang membahagikan untung
atau rugi dengan nisbah 3:1. Encik Seng ingin berpindah berniaga ke tempat lain. Oleh itu, pada
1 Julai 2007, mereka bersetuju membubarkan perniagaan itu.

Kedudukan kewangan perniagaan pada tarikh itu adalah seperti yang ditunjukkan oleh kunci
kira-kira di bawah.

Kunci Kira-kira pada 1 Julai 2007

RM RM
Kenderaan bermotor 20000 Akaun Modal
Alatan 5030 Liza 28000
Stok 14150 Seng 12000
Penghutang 7000 Akaun Semasa
Bank 2680 Liza 260
Seng 485
Pemiutang 8115
48860 48860
Perkara-perkara berikut berlaku semasa pembubaran perniagaan:

i. Cik Liza mengambilalih kenderaan bermotor dengan nilai RM17000.


ii. Sejumlah RM6500 berjaya dikutip daripada penghutang dan bakinya dihapuskan sebagai
hutang lapuk.
iii. Aset-aset lain dijual secara tunai RM18500.
iv. Baki akaun pemiutang dijelaskan sepenuhnya.
v. Perbelanjaan realisasi berjumlah RM980.
vi. Semua penerimaan dibankkan dan pembayaran dibuat dengan cek.

Anda dikehendaki menyediakan;

a) Akaun Realisasi
b) Akaun Modal Pekongsi
c) Akaun Bank

Latihan 4

Husin dan Chee Heng adalah pekongsi dalam Perniagaan Sin Heng di mana nisbah pembahagian
untung atau rugi ialah 1:2. Berikut ialah kunci kira-kira perkongsian pada 30 September 2007.

Kunci Kira-kira pada 30 September 2007

RM RM
Bangunan 125,000 Modal:
Lengkapan 12,800 Husin 60,000
Stok 34,150 Chee Heng 120,000
Penghutang 7,936 Pemiutang 12,639
Bank 13,353 Gaji terakru 600
193,239 193,239

Pada 1 Oktober 2007, mereka membuat keputusan untuk membubarkan perkongsian mereka.
Berikut ialah perkara-perkara yang berlaku semasa proses realisasi.

i. Bangunan, lengkapan dan stok dijual dengan harga RM168,500.


ii. Semua hutang dapat dikutip kecuali baki akaun seorang penghutang RM500 dihapuskira
sebagai hutang lapuk.
iii. Belanja realisasi RM2,500.
iv. Semua liabiliti dibayar penuh setelah asset direalisasikan dengan sempurna.
v. Semua urus niaga pembayaran dan penerimaan dibuat melalui bank.
Anda dikehendaki menyediakan:

a) Akaun Realisasi
b) Akaun Modal Husin dan Akaun Modal Chee Heng
c) Akaun Bank
Latihan 5

Farra dan Halim ialah pekongsi dalam Pernigaan FaLim Sentosa dan telah membahagikan
untung atau rugi dengan nisbah 2 : 1.

Berikut adalah Kunci Kira-kira mereka pada 30 April 2007.

Perniagaan FaLim Sentosa


Kunci Kira-kira pada 30 April 2007
RM RM
Aset Tetap Ekuiti Pemilik
Van bermotor 25,000 Modal:
Lengkapan 6,300 Farra 30,000
Halim 15,000
Aset Semasa
Stok 13,500 Akaun Semasa
Penghutang 9,750 Farra 1,550
Bank 4,400 Halim 600

Liabiliti Semasa
Pemiutang 11.800
58,950 58,950

Pada 1 Mei 2007, Farra dan Halim bersetuju untuk membubarkan perkongsian mereka dengan
syarat-syarat berikut;
i. Stok dijual dengan harga RM12,500 dan penghutang menjelaskan hutang berjumlah
RM8,700.
ii. Farra setuju untuk mengambil alih Van bermotor pada harga RM21,000 dan
menampung kekurangan akaun modalnya.
iii. Lengkapan dijual pada harga buku.
iv. Pemiutang bersetuju untuk mengurangkan hutang perkongsian sebanyak 10%.
v. Belanja realisasi adalah RM700.

Anda dikehendaki menyediakan;


a. Akaun Realisasi
b. Akaun Bank
c. Akaun Modal Pekongsi

You might also like