Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 23

Perubahan Fizikal

Pertumbuhan bermaksud suatu perubahan yang bersifat kuantitatif iaitu sesuatu yang dapat diukur dari satu tahap ke satu tahap yang lain dan dari satu jangka masa ke satu jangka masa yang lain seperti tinggi,perubahan dalam struktur dan fungsi tubuh.Manakala perkembangan bermaksud perubahan yang bersifat kualitatif atau suatu proses di mana individu mencapai kematangan seperti kemampuan menyebut perkataan mengikut peringkat umur.

a. Perkembangan fizikal.
Purata kadar pertumbuhan fizikal kanak-kanak pada peringkat ini ialah 2 inchi dan 5 hingga 7lb setahun. Kanak-kanak perempuan adalah lebih ringan dan lebih kecil berbanding dengan kanak-kanak lelaki. Misalnya purata ketinggian dan berat badan bagi kanak-kanak perempuan yang berusia 3 tahun ialah antara 35.5 hingga 40 inchi dan 25.5 hingga 36.5 lb, manakala kanak-kanak lelaki pada usia yang sama mempunyai purata ketinggian lebih kurang 36 hingga 41 inchi dan berat antara 27 hingga 38 lb.

Pertambahan berat tahunan agak tekal dan kemudian beransur kurang sehingga mencapai umur baligh. Kanak-kanak baik lelaki maupun perempuan kelihatan langsing (slim down) apabila mencapai usia pra sekolah kerana badan menjadi panjang walaupun kepala masih kelihatan lebih besar daripada badan. Pada akhir peringkat prasekolah badan kanak-kanak kelihatan lebih seimbang dan kandungan lemak menurun, oleh itu rupanya tidak lagi kelihatan tembam.

Kanak-kanak perempuan didapati mempunyai lebih banyak tisu otot lemak berbanding dengan kanak-kanak lelaki yang mempunyai lebih banyak tisu oto. Pertumbuhan dan perkembangan fizikal seperti tinggi, berat, dan kekuatan adalah berbeza mengikut individu. Perbezaan ini adalah kesan daripada pengaruh faktor perwarisan dan persekitaran seperti nutrisi, status sosio-ekonomi, dan penjagaan.

Menurut Meredith (1978), dua faktor penyumbang yang penting kepada ketinggian ialah etnik dan nutrisi. Masalah seperti mulnutrisi dan jangkitan penyakit yang kronik boleh membantutkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Pertumbuhan yang lambat boleh mendatangkan masalah kepada kanak-kanak dari segi social dan psikologi seperti rendah diri, kecewa dan masalah persahabatan.

Pengenalan Remaja

Dalam istilah Bahasa Inggeris => Remaja sebagai adolescence yang diambil bahasa Latin, iaitu adolescere yang bermaksud "to grow up" atau "to grow to maturity."
Ahli psikologi berpendapat bahawa zaman remaja adalah tempoh peralihan antara zaman kanak-kanak dengan zaman dewasa. Remaja adalah satu jangka masa pertumbuhan dan perkembangan.

CIRI-CIRI REMAJA
Antara ciri-ciri remaja yang dihuraikan oleh Shertzer & Stone (1992): * Masa remaja ialah zaman peralihan antara kanak-kanak dengan dewasa * Wujudnya kematangan jasmani dan jantina yang selalunya dikaitkan dengan proses baligh * Masa remaja sering dikaitkan dengan mencari kebebasan emosi, sosial dan ekonomi. * Remaja juga selalu menunjukkan perasaan ingin tahu yang lebih menyeluruh terhadap diri mereka dan alam sekeliling

Akil Baligh

Akil baligh merupakan peringkat perubahan semula jadi iaitu dari alam kanak-kanak kepada keremajaan yang dikenal pasti melalui perubahan fizikal dan emosi.

Perubahan fizikal yang agak ketara adalah seperti:


a) Perubahan bentuk badan. b) Bentuk badan lelaki lebih tegap daripada wanita. c) Remaja perempuan akan mengalami pertumbuhan buah dada dan punggung yang membesar serta pertumbuhan tulang punggung (pelvic) yang melebar. d) Remaja lelaki akan mendapati pertumbuhan misai dan suara yang menjadi agak kasar. e) Pertumbuhan bulu di kawasan kemaluan dan ketiak.

Tidak semua remaja bersedia untuk menghadapi zaman remaja yang dipenuhi dengan pelbagai cabaran dan rintangan. Hal ini kerana remaja juga menghadapi masalah menerima bentuk tubuh yang baru. Bagi remaja perempuan, pengalaman haid yang pertama mungkin suatu pengalaman yang tidak menyeronokkan, tetapi ada juga yang ternanti-nanti masa kedatangan haid yang pertama mereka. Ada juga yang mengalami kesakitan semasa haid. Begitu juga dengan perkembangan buah dada, punggung serta pertambahan berat badan yang memberi kesan kepada psikologi mereka.

Perubahan hormon di dalam badan juga menyebabkan jerawat tumbuh di muka para remaja. Jerawat yang tumbuh memberi kesan kepada psikologi kerana remaja merasakan wajah mereka tidak cantik atau tidak menarik.
Di samping itu, sekiranya jerawat ini tidak dijaga dengan baik, ia akan meninggalkan parut untuk jangka masa yang panjang. Keadaan ini akan memberi tekanan kepada dir remaja. Seperti yang telah dinyatakan, jerawat adalah akibat daripada pertukaran hormon badan yang amat kompleks, maka masalah ini sememangnya tidak dapat dielakkan. Secara ringkasnya, pertumbuhan fizikal remaja adalah dalam kadar sederhana, iaitu tidak terlalu pesat seperti pada zaman bayi dan kanak-kanak. Perubahan fizikal juga mampu mempengaruhi emosi dan psikologi remaja, dimana zaman inilah yang menjadi penentu masa depan dan kehidupan diri mereka.

Arrrrrrr.......Apa ini.....

Zaman remaja adalah satu zaman pergolakkan emosi yang di sebabkan oleh tekanan dan ketegangan yang begabung semasa mencapai kematangan seksual dan fizikal.
Namun, bukan semua remaja ini dapat menerima perubahan yang berlaku ke atas dirinya. Pada peringkat permulaan, ada remaja perempuan yang agak malu apabila mendapati buah dadanya membesar. Begitu juga remaja lelaki yang menunjukkan perubahan suara yang bertukar menjadi garau dan berasa tidak selesa serta merasa akan ditertawakan oleh rakan-rakan mereka. Namun demikian, jika perubahan bentuk fizikalnya agak lambat berlaku, seseorang remaja tu boleh berasa tertekan. Contohnya, jika kebanyakkan pelajar wanita di dalam kelasnya telah menunjukkan ciri keremajaan, seperti pertambahan berat badan dan mempunyai buah dada yang sedang membesar, sedangkan remaja tadi masih belum merasai perubahan seperti yang dialami oleh rakan-rakan lain, dia mula berasa terasing daripada kawan-kawannya.

Perubahan bagi kaum wanita

Perubahan bagi kaum lelaki

Imej-imej perubahan fizikal

Waktu baby..bayi..lingkungan umur 1-3 tahun

Perubahan ketinggian (luaran fizikal)

Perubahan ketara antara perempuan dengan lelaki

KESIMPULANNYA~~

Secara keseluruhannya, remaja berkembang dengan bentuk tubuh yang mengalami pertumbuhan, terutamanya dari segi : o Bentuk badan o Ketinggian o Otot o Bulu roma o Suara o Ciri-ciri sekunder seks

Soalan

1. Perubahan-perubahan yang dialami oleh seseorang remaja akan menyebabkan a) Kebahagiaan b) Tertanya-tanya c) Dirinya dalam keadaan tidak stabil,kekeliruan, dan knflik d) Kematangan

2. Antara perubahan fizikal remaja yang ketara adalah seperti berikut kecuali : a) Tinggi & Berat b) Perubahan hormon c) Kematangan seksual d) Bentuk badan kekal

SEKIAN, TERIMA KASIH!!!!!!!!!!!!!!~~~~~~~~~~~~~~~~ Disediakan oleh, Ting Pei Siang(F1H)

You might also like