Pentadbiran & Persiapan Untuk Cuti Pasukan

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 26

Pentadbiran & Persiapan untuk Cuti Pasukan

PaTROL KENANGA

Cuti Pek / Cuti Pasukan


Aktiviti bercuti bagi ahli Pandu Puteri Tunas di bangunan kekal yang lengkap dengan perabot, sekolah atau dewan yang sesuai. Ahli-ahli juga boleh berkhemah di bawah jagaan seorang Pemimpin yang mempunyai Lesen Perkhemahan dengan syarat di kawasan yang berdekatan dengan bangunan kekal.

AKTIVITI PERKHEMAHAN
satu aktiviti luar yang utama bagi seseorang Pandu Puteri. Dalam aktiviti ini, seseorang Pandu Puteri dikehendaki mendirikan khemah untuk penginapan di luar sesebuah bangunan kekal. Aktiviti perkhemahan merupakan salah satu program Pandu Puteri yang disukai sejak pergerakan Pandu Puteri bermula dan tidak boleh diasingkan daripada kehidupan seseorang Pandu Puteri. Kelayakan berkhemah adalah perlu bagi seseorang untuk mengendalikan apa juga jenis perkhemahan atau lawatan sambil belajar di bawah nama kepanduan.

Pemimpin pasukan yang ingin menganjur satu perkhemahan Pandu Puteri perlulah memenuhi syarat berikut :

Berwaran Mendapat kebenaran dari pesuruhjaya Semua ahli dilindungi insuran Maksima perkhemahan lima hari empat malam Peserta 24-36 ( bagi pemimpin yang mengambil ujian )

Perancangan sebelum perkhemahan


Memohon kepada ibupejabat Pandu Puteri kebenaran menjalankan perkhemahan Menubuh jawatankuasa perkhemahan (staf kem) Mengadakan mesyuarat staf perkhemahan Memilih tapak yang sesuai dan mempunyai kemudahan asas. Menghantar surat makluman kepada majlis perbandaran (kutip sampah), hospital (doktor on call dan Balai Polis). Memilih staf perkhemahan iaitu : Kem Komandan , Penolong Kem Komandan , Juru Pertolongan Cemas, Penolong Juru Pertolongan Cemas, Juru Masak & Penolong Juru masak Menyedia jadual aktiviti perkhemahan Menyedia anggaran perbelanjaan perkhemahan Senarai peralatan perkhemahan

Semasa Perkhemahan
Memastikan tapak perkhemahan telah dalam keadaan sedia semasa ahli mendaftar. Menjalankan aktiviti yang dirancang Mengubahsuai aktiviti mengikut keperluan semasa Bekerjasama dengan staf perkhemahan menyelesaikan masalah di tapak Menjalankan mesyuarat Court Of Honour (COH) setiap hari bersama staf perkhemahan dan ketua dan penolong kumpulan ( mesyuarat staf perkhemahan dan ketua-ketua kumpulan) Memeriksa tapak perkhemahan setiap hari selepas panjipanji.

TUGAS-TUGAS STAF PERKHEMAHAN

KEM KOMANDAN - Sebelum


Kem Komandan adalah merupakan ketua di tapak perkhemahan . Mendapat kebenaran mengadakan perkhemahan daripada pesuruhjaya Daerah, Perkhemahan, Ketua Pesuruhjaya negeri dan Ibu pejabat kebangsaan Mengisi borang permohonan dalam tiga salinan dan dihantar ke ibupejabat satu bulan sebelum tarikh perkhemahan Menubuh jawatankuasa perkhemahan yang terdiri daripada Kem Komandan, Juru pertolongan cemas, juru masak dan penolong-penolong. Membuat kertas kerja perkhemahan dan menetapkan tarikh, tempat, tema , matlamat, kumpulan sasaran dan struktur organisasi perkhemahan. semburan kabus anti aedes, Majlis Perbandaran, penceramah, peminjaman peralatan, kebenaran ibu bapa dan surat jemputan majlis perasmian atau penutupan. Menyedia borang pendaftaran , kebenaran ibu bapa, kesihatan dan penilaian perkhemahan.

Melawat tapak perkhemahan bagi memantau kemudahan dan keselamatan. Menyediakan jadual aktiviti cuaca baik dan cuaca buruk. Mengurus pengangkutan jika perlu. Menganjur latihan pra perkhemahan Menyedia anggaran perbelanjaan perkhemahan bagi pembelian bahan kering, bahan basah, sewa tapak, pengangkutan dan cenderamata. Menentukan yuran perkhemahan Merangka peraturan perkhemahan Menyedia jadual tugas kumpulan.

Semasa
Semasa Perkhemahan Datang awal ke tapak perkhemahan dan memantau pendaftaran pekhemah. Mengagih pekhemah kepada kumpulan , mengadakan taklimat dan membuat agihan tapak . Membina gajet perkhemahan iaitu tiang bendera, pintu gerbang, pagar, papan kenyataan dan rak beg pakaian pekhemah. Mengendali istiadat dan upacara panji-panji. Mengendali mesyuarat Court Of Honour ( Staf perkhemahan & ketua-ketua kumpulan) Mengelola Malam Unggun Api Membuat penilaian dan sesi refleksi

selepas
Selepas Perkhemahan Menyemak penyata akaun perbelanjaan. Mengurus pengangkutan, peralatan perkhemahan dan membersih tapak. Menghantar surat terima kasih dan membuat laporan & penilaian.

JURU PERTOLONGAN CEMAS - Sebelum


Memilih tempat yang sesuai untuk mendirikan khemah Juru Pertolongan Cemas ( kawasan yang teduh dan kondusif) Memilih khemah yang sesuai dan menentukan bilik / khemah kurantin. Mengumpul peralatan untuk JPC seperti katil untuk pesakit dalam khemah, cooler, termos dan anduh. Menghubungi pihak hospital dan mendapatkan nama doktoron call. Menyediakan borang kesihatan untuk mendapat maklumat tahap kesihatan pekhemah. Menyimpan satu buku catatan berkenaan nama pekhemah dan masalah kesihatan mereka Memastikan ubat dan peralatan dalam peti pertolongan cemas tidak luput tarikh dan lengkap. Mempunyai pengetahuan merawat dan memberi pertolongan cemas

Semasa
Mendirikan khemah JPC dan gajet yang sesuai iaitu tripod & besin air, tuala kecil, screening untuk pekhemah menyalin pakaian dan untuk mandi jika perlu, rak ubat dalam khemah, ampaian dan label / papan kenyataan. Membuat label tandas dan tempat pembuangan sampah. Menyediakan plastik / surat khabar lama untuk membalut tuala wanita yang telah diguna. Membuat catatan rekod pekhemah yang mendapatkan rawatan. Memeriksa kebersihan tapak perkhemahan termasuk tandas dan dapur. Memastikan air minuman disediakan sepanjang masa untuk pekhemah. Menyampaikan input sesi pertolongan cemas kepada pekhemah.

Selepas
Membuat laporan dalam buku log dan memberi cadangan penambahbaikan.

JURU MASAK - Sebelum


Membuat perancangan menu dan resepi yang sesuai untuk pekhemah. Menyenarai bahan basah dan kering untuk dimasak Membuat anggaran perbelanjaan Membeli barangan kering untuk persediaan perkhemah. Memberi cadangan yuran perkhemahan berasas belanja dapur

Semasa
Mendapat maklum balas tahap kesihatan dan pantang pemakanan dari JPC. Menyediakan menu mengikut jadual yang ditetapkan dan keperluan makanan seimbang. Mempamerkan jadual masa makan & minum pagi / petang kepada umum Mengguna pelbagai kaedah penyediaan makanan Membina gajet seperti lubang basah ( untuk membuang sisa makanan) dan tong sampah bagi membuang sisa sampah yang lain, rak dapur altar, rak penyimpan peralatan dan khemah untuk menyimpanbahan kering. Menyediakan makanan khas untuk pekhemah yang memerlukannya.

Mengagih agihan bahan kepada pekhemah sekiranya mereka memasak sendiri. Mengubahsuai menu mengikut keadaan cuaca di tapak perkhemahan. Menyimpan baldi berisi pasir di kawasan dapur untuk mencegah bahaya api. Menjalankan rutin bacaan doa sebelum makan. Memaklum dan mengingatkan Kem Komandan waktu makan pekhemah. Menyediakan aktiviti seperti masakan rimba, pertandingan masakan atau solar jika perlu.

Selepas
Mengumpul semua resit pembelian Menyimpan peralatan serta penjagaannya. Melelong baki makanan ( bahan kering ) yang belum diguna. Membuat laporan perbelanjaan dan menyiapkan buku log.

TUGAS UTAMA KUMPULAN


Dalam buku Mari Berkhemah (1977) yang diterbitkan oleh persatuan Pandu Puteri Malaysia tugas kumpulan di bahagikan kepada empat yang utama. Iaitu memasak, menghidang, kesihatan dan api & air. Pennambahan tugas atau pengubahsuaian boleh dibuat sekiranya pekhemah menjalani perkhemahan dalam pelbagai situasi seperti kemudahan yang lebih banyak, kaedah memasak atau aspek keperluan kebersihan yang berbeza.

MEMASAK

MENGHIDANG

Mengambil agihan bahan ke tapak perkhemahan Menyedia dan memasak untuk pekhemah Mengemas bahan basah dan kering di dapur Menyimpan bahan makanan dengan baik Mengemas peralatan dapur yang telah diguna Menyediakan kayu api untuk memasak Menyediakan air untuk memasak dan keperluan di dapur Bertugas membersihkan dan mengisi bekas air
API DAN AIR

Menyiapkan tempat untuk makan pekhemah Menghidang makanan yang siap di masak Menyediakan minuman ringan pagi & petang Bertugas membaca doa Bertugas menaikkan panji-panji pada hari tersebut Menjaga kebersihan tandas dan bilik mandi setiap pagi dan petang Membuang sampah dari tapak perkhemahan ke tempat yang ditentukan Memastikan tapak perkhemahan bersih sepanjang masa
KESIHATAN

PEMILIHAN TAPAK PERKHEMAHAN


1. Saiz cukup luas untuk bilangan pekhemah bergerak dengan selesa; ada ruang untuk perhimpunan , istiadat perkhemahan, aktiviti, dsb. 2. Tanah yang rata. 3. Jika di tepi pantai dan tanah berpasir, pastikan pacak khemah cukup panjang supaya tdak mudah tercabut ditiup angin kencang. 4. Ada bangunan kekal berhampiran tujuan kecemasan. 5. Ada bekalan air bersih yang mencukupi. Jika tiada, berurusan dengan pihak yang boleh memastikan bekalan air. 6. Kemudahan tandas dan bilik mandi yang mencukupi. 7. Pastikan tempat beribadah untuk semua agama 8. Keadaan kawasan tepi sungai , tasik , air terjun ; perlu ada staf penyelamat nyawa jika ada aktiviti air.

9. Saliran air yang baik supaya tidak berlaku banjir atau takungan air selepas hujan lebat. 10. 10. Tempat berteduh daripada ribut petir, hujan lebat ; pokok rimbun jika cuaca panas terik. 11. Elakkan kawasan lembab , basah , tanah tidak rata, berbonggol, ada batu-batu tajam dsb. 12. Elakkan tanah curam. 13. Lebih menyenangkan jika tidak terlalu jauh daripada kemudahan awam kedai, balai polis, bomba, pusat kesihatan atau klinik, pondok telefon untuk memastikan keselamatan pekhemah. 14. Sekiranya lama, perlu dapatkan kemudahan urusan pos.

SENARAI KEPERLUAN PESERTA


1. Pakaian seragam Tunas Puteri / Pandu Puteri / Renjer Puteri / Pemimpin yang lengkap. 2. Pakaian kem (2 atau 3 set) kemeja -T Persatuan Pandu Puteri, seluar trek / seluar panjang biru tua kasut sukan stokin. 3. Baju sejuk / track top 4. Baju hujan / poncho 5. Topi / kep 6. Keperluan beribadah 7. Keperluan peribadi Pakaian dalam secukupnya Tuala mandi & tuala muka Sabun,berus gigi,ubat gigi Cermin muka kecil Penyangkut pakaian 8. Alatan makan Pinggan plastik / dulang berpetak (food tray) Koleh plastik Camca garfu 9. Alas tidur / sleeping bag (jika ada) 10. Selipar getah 11. Lampu suluh 12. Kompas kecil (jika berkaitan) 13. Wisel (untuk Pandu Puteri , Renjer Puteri & Pemimpin) 14. Buku log / buku catatan 15. Alat tulis Buku log Pena & pensel Marker warna Gam Gunting kecil 16. Lapik duduk / seater 17. Beg galas / haversack kecil

LATIHAN PRA-PERKHEMAHAN CADANGAN PROGRAM SEBELUM PERKHEMAHAN


1. Menaikkan Panji-Panji 2. Sejarah Kepanduan 3. Mengenali seorang ahli pasukan sendiri / sahabat pena 4. Khidmat kepada orang lain satu bulan 5. Menyampaikan pesanan melalui telefon 6. Buku Log: - Konsep Keluarga - Perubahan fizikal - Bahaya dadah/ AIDS/HIV 7. Mengendap 8. Kesihatan (kad) dan semasa kem.

CONTOH PROGRAM PENGISIAN PERKHEMAHAN

Hike 7km Permainan Menyalakan Api Belajar sambil bermain ( games ) Puzzle / jigsaw puzzle Menggunakan air Fotografi ( digital ) Permainan tradisional Pergerakan kreatif menyampaikan mesej Perbincangan memberi pendapat / pandangan untuk penambahbaikan pasukan Kraftangan - dari pelbahagi bahan/ terbuang / boleh recycle / alam semulajadi Kerja tangan menjahit , menyulam , manik

Menggunakan muzik & nyanyian Mencipta lagu / bunyi Lakonan Mencipta sesuatu kreativiti berasas sumber terbuang jadikan bahan bantu aktiviti kepanduan Persembahan - menggunakan bahan terbuang ( prop) / Ratu Rimba / Ratu Recycle Lawatan meningkatkan ilmu/ mencari maklumat di kawasan persekitaran tapak Kerja komuniti di kawasan berdekatan Masakan solar Kembara Permainan Luas atau gerak kerja luar

Sekian & Terima Kasih

You might also like