Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 7

JABATAN PELAJARAN PERAK JALAN TUN ABDUL RAZAK, 30640IPOH, PERAK DARUL RIDZUAN.

Telefon

05-501

5000 Faks : 05-527 7273 Portal : v,ntnu.pelaiaranperak.gov.my

"I

MALAYSIA: MKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"

Rujukan

Kami

J,Pel,Pk.(HEM)

sL2slslTlJtd.rtt(2)
Januari2013

Tarikh , 1
Pengetua

Sekolah*sekolah Menengah Negeri Perak Guru Besar Sekolah-sekolah Rendah Negeri Perak Tuan,

PENGURUSAN DAN PEMATUHAN DASAR.DASAR PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAN SEKOLAH. SEKOLAH RENDAH NEGERI PERAK

DI

Sukacita saya merujuk perkara di atas,

2. 3,

Dengan ini dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Negeri Perak telah menyediakan satu Garis

Panduan Pelaksanaan dan Pematuhan Dasar-dasar Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah-sekolah untuk membantu pihak sekolah mengurus/ mentadbir dan melaksanakan perkhidmatan tersebut.

Sehubungan itu, bersama-sama surat disertakan Lampiran la berkaitan pengurusan dan pentadbiran Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah-sekolah. Semoga dengan adanya garis panduan ini dapat membantu pihak sekolah melaksanakan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah secara lebih berkesan kepada murid-murid.

4.

Sebarang pertanyaan berhubung perkara

di atas, sila merujuk

kepada pegawai meja yang

bertanggungjawab En. Muhamad Amirul Mukmin bin Haji Dahalan ditalian 05-5015140. Kerjasama dan perhatian tuan bagi melaksanakan perkhidmatan ini di sekolah amatlah dihargai dan disanjung tinggi serta didahului dengan ucapan setinggi-tinggi terima kasih,
Sekian,
.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA' urut peri

Saya y

( HAJI MOHD IDRIS BIN RAMLI, Run., aun. ) Timbalan Pengarah Pelajaran Perak b,p Pengarah Pelajaran Perak

s.k 1. Pengarah
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pelajaran Malaysia (u.p, KPP Sektor Kaunseling dan Disiplin )

2,
3.

Ketua Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Negeri Perak

Semua Pegawai Pelajaran Daerah Negeri Perak

,,

CINTAILAH BAHASA KITA''

Sila catatkan rujukan pejabat ini apabila berhubung)

Lampiran

la

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI PERAK

I.

Pelaksanaan Perkhidmatan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa (cBKSM)

Sekolah-sekolah yang mempunyai waran perjawatan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa di sekolah hendaklah melaksanakan arahan Pelaksanaan Perkhidmatan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa sekiranya sekolah mempunyai guru yang berkelayakan dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling. Arahan ini hendaklah dipatuhi sepertimana yang terkandung dalam Surat-surat Pekeliling dan surat-surat siaran Kementerian Pelajaran Malaysia seperti berikut :-

i. ii, iii, iv. v,

KP(BS-HEPB543/6D(91) bertarikh 18 Mac, 1996 KP (BS) 859l/Jld.ViI (35) bertarikh 11 Julai, 1996 KP (BS) 8591/Jld.VIII(56) bertarikh 6 Mei, 1997 KP(BS/PSR)B542|0L9|)\d,II (9) bertarikh2T Mei, 1998 dan KP(BS/HEP)8543/ 019/Jld,II (45) berlarikh 21 Mac, 1999.

Semua Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa yang telah dilantik oleh Jabatan Pelajaran Negeri hendaklah dikecualikan dari beban tugas mengajar secara tetap dan berjadual untuk memastikan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah dapat dilaksanakan secara sepenuh masa.

Bagisekolah-sekolah yang tidak mempunyaiwaran perjawatan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa, pihak sekolah hendaklah membuat pelantikan secara dalaman dalam kalangan guru* guru sedia ada bagi merancang dan melaksanakan program-program Bimbingan dan Kaunseling di sekolah mengikut keperluan. Tugas guru tersebut bukanlah sepenuh masa sepertimana Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh masa kerana beliau perlu memberi keutamaan kepada tugas pengajaran dan
pembelajaran.

2. Masa Bertugas dan cuti Guru Bimbingan dan Kaunseling sepenuh Masa
Masa bertugas rasmi dan cuti Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa adalah sama seperti Guru Akademik yang lain iaiLu mengikut waktu sesi persekolahan, Walau bagaimanapun waktu-waktu bertugas tidak rasmi adalah bergantung kepada keperluan sekolah dan persetujuan antara pihak pentadbir dan Guru Bimbingan dan Kaunseling. Surat siaran Pejabat Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian

Pelajaran Malaysia, KP (BPSH-SPPK)60U3 Jld.3 (23) bertarikh 17 Disember, 2008 hendaklah

dirujuk,

3. Fokus Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling


Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah hendaklah membuat perancangan program yang teratur sepanjang tahun berdasarkan kepada analisis kajian keperluan peringkat sekolah. Kementerian pelajaran Malaysia telah

menetapkan supaya fokus perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling hendaklah 80o/o kepada pembangunan sahsiah dan peningkatan disiplin murid manakala 20o/o lagi kepada bidang-bidang lain. Fokus ini bertujuan untuk membantu pihak sekolah menangani kes-kes salah laku murid dan juga untuk memantapkan sahsiah dan disiplin murid. Surat siaran Kementerian pelajaran Malaysia gii.iZ Tahun 2OL2t KP (BPSH-SPKD)20U005/02 Jld.4 (5) bertarikh 16 April 2OL2t perekayasaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Disekolah hendaklah dirujuk.

4, Sasaran Kerja Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa


Sasaran kerja seseorang Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah berdasarkan kepada aktiviti-aktiviti berikut :-

di sekolah pada setiap minggu

c. d,

a. Sesi Kaunseling / Bimbingan Individu b. Sesi Kaunseling / Bimbingan Kelompok

10 waktu

3 waktu
10 waktu 10 waktu

Pelaksanaan Modul BK (Dalam Kelas Ganti) Pengurusan dan Pentadbiran Perkhidmatan BK

Jumlah waktu seminggu

33 waktu

5. Jadual Waktu Perkhidmatan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa

Setiap orang Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah merancang Jadual Waktu Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling tersendiri berdasarkan sasaran kerja mingguan. Jadual waktu tersebut hendaklah diselaraskan sesama Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa di sekolah untuk mengelak pertembungan penggunaan bilik-bilik sesi kaunseling, Jadual waktu yang telah diselaraskan hendaklah mendapat pengesahan Pengetua / Guru Besar dan diserahkan kepada Penolong Kanan Pentadbiran atau Penyelaras Kelas Ganti untuk menyusun atur waktu kelas-kelas ganti kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling. Pihak pentadbir sekolah hendaklah sebaik-baiknya memberi kelas ganti berdasarkan kepada jadual waktu yang telah ditetapkan oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling bagi mengelak pertembungan sesi-sesi kaunseling yang telah dirancang terlebih awal. Jika keadaan tidak mengizinkan, waktu kelas ganti boleh mengambil jadual waktu-waktu kosong yang ada dalam jadual waktu pada hari berkenaan ataupun mengambil jadual waktu pengurusan dan pentadbiran Guru Bimbingan dan Kaunseling tersebut. Dengan itu Guru Bimbingan dan Kaunseling boleh mengubahsuai jadual waktu pada hari berkenaan berdasarkan keperluan tanpa mengganggu waktu-waktu sesi kaunseling yang telah diatur terlebih awal,
Jadual waktu perkhidmatan setiap Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah dipamerkan dalam setiap kelas dan papan kenyataan utama Bimbingan dan Kaunseling sekolah untuk memudahkan murid mendapatkan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.

6. Sesi Kaunseling Individu dan Sesi Kaunseling Kelompok Pihak pentadbir dan guru-guru sekolah hendaklah sebaik-baiknya membenarkan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa menjalankan sesi kaunseling individu atau kelompok semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan, Rasionalnya, murid yang bermasalah atau menghadapi tekanan emosi dan sebagainya jika dibiarkan terus berada dalam kelas akan memberi tekanan yang berterusan dan boleh mengganggu proses pengajaran guru dan proses pembelajaran murid-murid yang lain,
Perjumpaan sesi kaunseling dengan seseorang murid kebiasaannya hanya memerlukan 2 - S kali perjumpaan sahaja Sebaik-baiknya Guru Bimbingan dan Kaunseling hendaklah mengaturkan waktu perjumpaan sesi kaunseling dengan murid berkenaan tidak pada waktu mata pelajaran yang sama pada setiap kali perjumpaan. Seseorang Guru Bimbingan dan Kaunseling yang hendak menjalankan sesi kaunseling semasa P&P hendaklah mengikut prosedur yang betul bagi mengelak kekeliruan dan keadaan yang tidak diingini.

7. Kelas Ganti dan Penggunaan Set Modul Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
Setiap orang Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa dibolehkan mengambil kelas ganti tidak lebih 2

waktu pada setiap hari, Semasa kelas ganti, Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah melaksanakan Modul Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling yang telah disediakan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia. Modul ini hendaklah digunakan semasa kelas gantian ataupun dalam program-program khas yang dirancang oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah, Sebaik-baik kelas ganti hendaklah diatur secara seimbang antara kelas dan tingkatan / tahun supaya modul tersebut dapat dilaksanakan semaksimum mungkin oleh

dan Kaunseling Sepenuh Masa di sekolah. Modul tersebut hendaklah digunakan bersamasama dengan senarai semak pelaksanaan modul untuk memastikan penggunaan modul tidak bertindih tajuk anlara Guru-guru Birnbingan dan Kaunseling yang memasuki kelas-kelas ganti,
Gurru Bimbingan

B, Buku Rekod Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

Setiap orang Guru Bimbingan dan Kaunseling mesti mempunyai sebuah Buku Rekod Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling, Buku rekod ini akan melaporkan segala aktiviti harian Guru Bimbingan dan Kaunseling dari aspek sesi kaunseling individu dan kelompok serta segala aktiviti dan program yang dilaksanakan setiap hari. Buku rekod ini juga mengandungi analisis sesi kaunseling secara mingguan, bulanan dan tahunan. Selain itu, buku rekod ini juga mengandungi rekod pergerakan, perancangan kewangan serta jadual waktu perkhidmatan seseorang Guru Bimbingan dan Kaunseling. Buku rekod ini hendaklah lengkap dan dikemaskini sentiasa oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling pada setiap minggu dan dihantar kepada pihak pentadbir sekolah untuk disemak dan ditandatangani.

9. Bilik Bimbingan dan Kaunseling


Pihak sekolah hendaklah sedaya upaya menyediakan bilik Bimbingan dan Kaunseling dan kemudahankemudahan yang secukupnya bagi memudahkan pelaksanaan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sckolah. Sebaik-baiknya dalam bilik Bimbingan dan Kaunseling hendaklah mempunyai satu bilik sesi

kaunseling individu, satu bilik sesi kaunseling kelompok, satu bilik pengurusan dan ruang menunggu, Semua bilik sesi kaunseling hendaklah diselaras penggunaannya sesama Guru Bimbingan dan Kaunseling dan digunakan secara maksimum berdasarkan sasaran kerja utama mingguan. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.s/1976, KP(BS) 8548/Vol.Ill(49) bertarikh 5 Mei, 1976 dan Buku Panduan Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah Rendah dan Menengah, Kementerian Pelajaran Malaysia 2009 hendaklah dirujuk.
10. Pelantikan Seorang Ketua Guru Bimbingan dan Kaunseling serta Agihan Tugas Bagi memastikan pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah dapat dilaksanakan dengan baik dan sempurna/ pihak sekolah hendaklah melantik seorang Ketua Guru Bimbingan dan Kaunseling sekiranya terdapat lebih daripada seorang Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah, Ketua Guru Bimbingan dan Kaunseling yang dilantik boleh mengambilkira berdasarkan kepada kriteria-kreteria berikut :-

a. b, c.

Kekananan Guru Bimbingan dan Kaunseling dalam perkhidmatan, atau Kekananan Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah, atau Budibicara Pengetua dan Pentadbir sekolah berdasarkan kreadibiliti seseorang Guru Bimbingan

dan Kaunseling,
Pihak tuan hendaklah memastikan agihan tugas pelaksanaan perkhidmatan/ program dan aktiviti Bimbingan dan Kaunseling mestilah seimbang dalam kalangan Guru Bimbingan dan Kaunseling untuk memastikan

perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah dapat dimanfaatkan sepenuhnya kepada murid-murid,

11. Penubuhan Jawatankuasa Bimbingan dan Kaunseling Sekolah


Bagi memastikan pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah berjalan lancar, pihak sekolah hendaklah menubuhkan Jawatankuasa Bimbingan dan Kaunseling sekolah yang dipengerusikan oleh Pengetua / Guru Besar, Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk membantu dan menyelaras semua aktiviti yang dirancang supaya dapat berjalan dengan baik dan sempurna. Keanggotaan Jawatankuasa ini hendaklah terdiri dari Penolong Kanan HEM, Guru-guru Bimblngan dan Kaunseling, Ketua-ketua Bidang, Penyelaras Tingkatan / Tahun, Guru Disiplin dan Ketua Guru Asrama (Sekolah Berasrama), Surat

Pekeliling Ikhtisas

Bil.U 1985, KP(BS)859/J|d.II (29) bertarikh 2 Januari, 1985

hendaklah

dirujuk.

12. Pelaksanaan Amalan Guru Penyayang


Pihak sekolah hendaklah merancang dan berusaha menggembelengkan semua sumber dan sistem sokongan sekolah ke arah pembentukan ekosistem sekolah penyayang dengan slogan "Murid Didahulukan, Pencapaian

Murid Diutamakan", Pelaksanaan Amalan Guru Penyayang mesti diteruskan sepanjang masa dan dijadikan budaya dalam kalangan guru di sekolah. Dalam Pelaksanaan Amalan Guru Penyayang, 3
elemen penting yang mesti dilaksanakan adalah seperti berikut :-

a. b,

Mengalu-alukan kehadiran murid di sekolah dengan aktiviti :Guru mengalu-alukan murid di pintu pagar sekolah semasa hadir dan balik sekolah Guru mengambil peduliterhadap murid semasa berada di sekolah

i, ii.

Memberi penghargaan kepada murid dengan aktiviti :-

Guru memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada murid seperti pada hari lahir,
sambutan hari kanak-kanak dan sambutan hari-hari perayaan utama
Program Mentor Mentee yang bertujuan untuk membangunkan sahsiah diri murid, membina iati diri murid dan membantu menyelesaikan masalah murid dengan aktiviti :Sesi ramah mesra Sesi makan bersama

c.

i. ii. iii, iv. v. vi.

Meraikan hari lahir


Sesi bimbingan

Lawatan/ ziarah keluarga


Sesi perkongsian masalah,

Program Mentor Mentee hendaklah dilaksanakan sepenuhnya mulai tahun 2013 dengan melibatkan semua murid dan semua guru di sekolah, Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia, Bilangan 4 Tahun 2OL2 , KP (BPSH-SPKD)20U005/02 Jld.3 (43) bertarikh 8 Februari 20L2, Pelaksanaan Amalan Guru Penyayang hendaklah dirujuk. Pelaksanaan Amalan Guru Penyayang juga telah menjadi KPI (Key Performance Indicator), Kementerian Pelajaran Malaysia yang akan dipantau sepanjang
masa dan memerlukan pelaporan pada setiap bulan.

13. Unit Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)


Pihak sekolah hendaklah menubuhkan Unit Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) sekolah yang akan menjadi sayap kanan kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah dalam membantu melaksanakan pelbagai program dan aktiviti peringkat sekolah, Di samping itu, ahli PRS ini juga boleh menjadi pembimbing kepada rakan-rakan sebaya dalam pelbagai aspek. Ahli-ahli PRS hendaklah dipilih dan dilatih secara berterusan dari aspek pengetahuan dan kemahiran bagi memastikan mereka ini berperanan menjadi PRS sekolah, PRS juga diharap dapat membantu pihak sekolah meningkatkan kecemerlangan dalam pelbagai aspek dengan falsafah 'Bantu Diri Untuk Bantu Orang Lain',

Modul baru Program Pembimbing Rakan Sebaya, Kementerian Pelajaran Malaysia hendaklah diguna
pakai dalam melatih PRS peringkat sekolah,

14, Program Pendidikan Kerjaya


Pihak sekolah hendaklah melaksanakan Pelan Pembangunan Pendidikan Kerjaya kepada murid-murid seperti yang terkandung dalam Program Pemantapan Sahsiah Insan Cemerlang (PSICER) kepada muridmurid. Setiap murid hendaklah disediakan Kad Profil Halatuju Pendidikan dan Kerjaya yang mana murid perlu menjalani ujian-ujian inventori kerjaya untuk mengenalpasti potensi dan kekuatan diri bagi merancang halatuju pendidikan dan kerjaya mereka pada masa hadapan, Murid-murid juga perlu didedahkan dengan kemahiran-kemahiran membuat resume dan menjalani proses temuduga di samping pengayaan kemahirankemahiran dan pengetahuan lain yang berkaitan dengan pendidikandan kerjaya.

15. Program Kaunseling Berfokus


Program Kaunseling Berfokus hendaklah diteruskan pada peringkat sekolah dengan memberi fokus kepada kumpulan disiplin dan kumpulan pendidikan pencegahan dadah sahaja.Setiap orang Guru Bimbingan dan Kaunseling mesti mempunyai sekurang-kurangnya 3 kumpulan kaunseling berfokus yang terdiri dari kumpulan ponteng sekolah dan 2 kumpulan lagi berdasarkan kepada isu masalah disiplin di sekolah masing*masing.

16. Profil Murid Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah hendaklah mempunyai profil murid bermasalah dan berisiko yang bertujuan untuk menangani kes-kes salah laku disiplin dalam kalangan murid di sekolah, Antara kumpulan penting yang perlu dikenalpasti adalah seperti berikut :1.

2. 3. 4.

Kumpulan Kumpulan Kumpulan Kumpulan

ponteng bergaduh terutama pergaduhan antara kaum buli terlibat jenayah

Profil murid mestilah mengandungi maklumat mengenai latar belakang murid, Iatar belakang ibu bapa I penjaga, latarbelakang masalah, kekerapan dan punca masalah, sesi kaunseling dan status tindakan
penyelesaian dan sebagainya.

17. Program Minda Sihat


Dalam Perekayasaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling, aspek Psikososial dan Kesejahteraan Mental merupakan salah satu aspek penting yang perlu diberi perhatian oleh pihak sekolah. Sehubungan itu. sekolah-sekolah yang telah diberi pendedahan berkaitan Program Minda Sihat perlu melaksanakannya sepanjang masa bagi memastikan murid-murid sekolah yang bermasalah kesihatan mental dan emosi dapat dibantu dengan segera. Pihak tuan perlu bekerjasama dengan pihak Pejabat Kesihatan Daerah yang mempunyai kepakaran dalam bidang berkenaan untuk membantu pihak tuan sepertimana yang telah dipersetujui di peringkat kementerian,

18. Pengurusan Kewangan PCG Bimbingan dan Kaunseling

Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah hendaklah merancang pengurusan Wang PCG Bimbingan dan Kaunseling sekolah secara teratur dan berhemah serta mematuhi peraturan penggunaan wang berkenaan mengikut Surat Pekeliling Kewangan Bil.S Tahun 2OO2, KP.L573lL7l1ld.L4 (4) bertarikh 16 Oktoberr 2OO2,
19. Penglibatan Guru Bimbingan dan Kaunseling Dalam Program dan

Aktiviti Luar

Guru Bimbingan dan Kaunseling hendaklah memberi keutamaan kepada tugas dan perkhidmatannya di sekolah, Untuk memastikan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah berjalan lancar dan sempurna/ pihak sekolah hendaklah mengawal sebarang penglibatan Guru Bimbingan dan Kaunseling dengan program dan aktiviti luar kecuali program dan aktiviti yang releven dengan perkhidmatannya yang dikendalikan oleh pihak PPD, JPN ataupun KPM. Surat siaran Kementerian Pelajaran Malaysia Bi!,12 Tahun z0L2il Kp (BPSH-SPKD)201/005/02 Jld.4 (5) bertarikh 16 April 2OL2, Perekayasaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Di Sekolah yang berkaitan jumlah hari yang dibenarkan keluar untuk menjalankan aktiviti luar sekolah hendaklah diguna pakai.

20. Perkembangan Staf


Guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah tuan digalakkan memberi ceramah atau taklimat dalam perkembangan staf di sekolah untuk menyampaikan maklumat tentang perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling serta berkongsi dari segi ilmu dan kemahiran-kemahiran kaunseling bagi membina budaya sihat dan penyayang dalam kalangan warga sekolah.

21. Penarafan Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dan Penarafan Bilik
Bimbingan dan Kaunseling Sekolah
Pihak Jabatan Pelajaran Perak bersama Pejabat Pelajaran Daerah akan melaksanakan penarafan terhadap Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dan juga penarafan Bilik Bimbingan dan Kaunseling di semua sekolah yang mempunyai waran perjawatan Guru Bimbingan dan Kaunseling pada tahun 2013, Sehubungan itu, pihak tuan hendaklah menggunakan Buku Panduan Pelaksanaan Perkhidmatan

Bimbingan dan Kaunseling Di Sekolah Rendah dan Menengah, Kementerian Pelajaran Malaysia Tahun 2009 dan juga surat-surat siaran Kementerian Pelajaran Malaysia yang berkaitan sebagai panduan
dalam mengurus dan mentadbir perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah,

22.

Teguran Jemaah Nazirdan Jaminan Kualiti

Bagi meningkatkan pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah, pihak sekolah hendaklah mengambilkira teguran yang pernah dibuat oleh pihak Jemaah Nazir Negeri Perak melalui Surat Siaran labatan Pelajaran Negeri Perak, J.Pel.PK (HEM)/ 5L28 I 51 7 (46) bertarikh 20 Jun, 2011.

23.

PemantaLran Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling oleh pihak PPD, JPN dan KPM

Pihak Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia akan sentiasa menjalankan pemantauan berkala untuk memastikan segala arahan dan pelaksanaan program dan aktiviti yang ditetapkan seperti perkara t hingga 22 dilaksanakan sepenuhnya.

You might also like