Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Jenis-jenis Undian

Mencabut Lidi. Undian ini digunakan untuk menentukan: a. Kumpulan. b. Giliran bermain. c. Pemain yang memulakan permainan. Bahan yang digunakan untuk undian a. Lidi penyapu. b. Ranting kayu kecil. c. Batang kemuncup. Cara undian a. Bahan yang digunakan adalah antara 3-5 sentimeter. b. Jumlah bahan bergantung kepada bilangan pemain. c. Seorang menggenggam bahan, dan pastikan bahagian atas kelihatan sama. d. Untuk pembahagian kumpulan, bahan undian disediakan di dalam 2 ukuran. e. Pemain yang mendapat bahan yang terpanjang atau terpendek akan memulakan permainan. Melambung Duit. Undian ini digunakan untuk menentukan: a. Tempat permainan. b. Pemain atau pasukan yang memulakan permainan. Bahan yang digunakan a. Duit syiling. Cara undian a. Sebelum undian dijalankan, pemain atau pasukan perlu memilih muka duit syiling; kepala atau ekor. b. Seorang pengadil menjadi tukang melambung duit. c. Lambungan dibuat dengan menjentik duit syiling yang diletakkan di atas ibu jari ke atas. d. Pemain atau pasukan perlu berdiri berhadapan untuk melihat duit syiling yang jatuh.

e. Muka duit syiling yang menghadap ke atas ialah pemenang undian. f. Lambungan dibuat sekali sahaja.

Melambung Bahan Permainan Undian ini digunakan untuk: a. Menentukan giliran bermain. Bahan yang digunakan a. Bergantung kepada jenis permainan (sebagai contoh: guli dan gekung getah). Cara undian a. Dua garisan diperlukan : garisan permulaan dan garisan sasaran. b. Pemain berdiri di garisan permulaan dan melambung bahan permainan ke arah garisan sasaran. c. Giliran bermain bergantung kepada jarak lambungan dari garisan sasaran. d. Semakin jauh lambungan dari garisan sasaran, giliran di dalam permainan semakin terkemudian. e. Setiap pemain membuat satu lambungan sahaja.

One To Zuh! Undian jika di tempat ia dipanggil Ooo...Som.... Caranya sama tetapi kanakkanak Terengganu menyanyikan dengan menyebut One To Zuh! (atau One Two Zuh!). Caranya ada dua calon pemain akan menggengam sebelah tangan seperti tumbukan dan menggangkatnya pada aras telinga, kemudian menyebut One Two Zuh dan secara serentak membuka genggam tumbukan tangan pada paras perut dan membentuk simbol seperti gunting, air, dan batu. Simbol yang dibuat oleh kedua -dua calon pemain akan membandingkannya untuk mengetahui siapa yang menang. Contohnya antara air dan batu, air yang menang kerana batu akan tenggelam. Pemain yang menang akan memulakan permainan dahulu atau menjadi ketua kumpulan.

Lam tali lam lai li tam plum Caranya ialah lima hingga lapan calon pemain akan berhadapan antara satu sama lain secara bulatan dan mengibaskan sebelah tangan pada aras perut dan secara serentak. Mereka akan menyanyikan lagu"lam tali lam lai li tam

plum..." secara beramai-ramai. Secara serentak juga calon-calon pemain ini akan berhenti dalam keadaan tapak tangan di atas (terlentang) atau keadaan belakang tangan di atas (terlangkup). Mana-mana pemain yang berada kedudukan tangan yang terlangkup akan dikira menang dan keluar dari proses undian. Mereka dikira selamat. Mana-mana pemain yang tangannya berada dalam keadaan terlentang akan terus menjalankan proses undian sehingga tinggal hanya dua orang calon pemain sahaja. Orang terakhir yang kalah dalam proses undian ini akan menjadi pengejar, atau pencari atau penangkap.

Ikut aku jadi Caranya ialah lima hingga lapan calon pemain akan berhadapan antara satu sama lain secara bulatan dan mengibaskan sebelah tangan pada aras perut dan secara serentak. Semasa proses mengibas tangan ini dijalankan seorang ketua (biasanya kanak-kanak yang tua sedikit umurnya berbanding kanak-kanak yang lain : umpama abang atau kakak) akan menyanyikan lagu ini., "ikut aku jaddi...". Mereka semua akan mengibas tangan dan berhenti secara serentak dengan keadaan tapak tangan di atas (terlentang) atau keadaan belakang tangan di atas (terlangkup). Mana-mana pemain yang mengikut kedudukan tangan yang sama dengan ketua tadi akan meneruskan proses ini, dan mana-mana pemain yang berbeza dengan kedudukan tangannya dengan ketua tadi dikira selamat dan keluar dari proses undian. Proses ini akan diteruskan sehingga hanya tinggal antara ketua dan seorang calon pemain sahaja. Pemain yang terakhir inilah yang kedudukan tangannya yang sama dengan ketua, maka orang yang terakhir inilah yang akan menjadi pengejar atau pencari atau penangkap. Tak tak ge Undian cara ini adalah dengan menyanyikan satu rangkap lagu yang digunakan untuk memilih rakan sepasukan jika bermain permainan tradisi Terengganu (atau permainan tradisi di luar Terengganu) seperti pelkong selipa, bola katk. Caranya ialah dua ketua pasukan yang sedia dilantik dan yangpeberek (favourite) yang selalunya memang diakui handal akan menyanyikan lagu ini: Tak tak ge Teletak eko nage Jalan-g kire-kire Tige puluh tige

You might also like