Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Latar belakang Syarikat MNC

Satu kajian dibuat melibatkan lokasi 31 buah syarikat MNC di Malaysia.Kira-kira 74.2 peratus sampel diperoleh dari kawasan Lembah Klang dan baki 28.5 peratus dari kawasan Pulau Pinang.Kajian menunjukan terdapat syarikat yang telah memulakan operasi sejak dari 1987 lagi.Kebanyakan syarikat MNC yang dikaji adalah syarikat dari Jepun, diikuti Jerman dan Singapura, manakala selebihnya dari Amerika Syarikat, Australia, Korea, Taiwan,Kanada dan Finland.Sejumlah 45.2 peratus ialah syarikat pembuatan Elektrik dan Elektronik dan selebihnya industry kertas, percetakan dan pembungkusan sebanyak 22.6 peratus, pemprosesan makanan sebanyak 16.1 peratus, petrokimia dan polimer sebanyak 9.68 peratus dan akhirnya peralatan pembuatan sebanyak 6.45 peratus. 74.2 peratus ekuiti MNC dimiliki sepenuhnya oleh pelabur asing dan hanya sejumlah kecil iaitu 3.2 hingga 6.5 peratus sahaja dibentuk berasakan perkongsian dengan syarikat tempatan.Syarikat-syarikat yang menyerap lebih daripada 300 pekerja boleh dianggap sebagai firma bersaiz besar manakala syarikat yang mempunyai antara 30 hingga 299 pekerja adalah syarikat yang bersaiz sederhana dan kurang daripada 30 pekerja sebagai syarikat bersaiz kecil.Sejumlah 90.3 peratus syarikat MNC yang dikaji menyatakan mereka tergolong sebagai industri keutamaan dengan sejumlah 25.9 peratus. Sejumlah71.0 peratus mempunyai lebih daripada sebuah cawangan atau kilang di negara ini. Kewujudan cawangan yang banyak memperlihatkan bahawa kebanyakan syarikat MNC di nagara ini mengalami proses pembangunan.

You might also like