Tarian Kadazandusun

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

TARIAN KADAZANDUSUN

Dalam setiap upacara rasmi ataupun perayaan tertentu, tarian tradisional suku kaum Kadazandusun sering menjadi daya tarikan dan kemeriahan majlis tersebut. Setiap etnik dalam Kadazandusun mempunyai tarian tradisinya sendiri. Corak tarian tradisional ini dipengaruhi oleh sosiobudaya kawasan tertentu. Kemuncak bagi memartabatkan warisan budaya suku kaum Kadazandusun dan kesenian serta keunikannya ialah menerusi Perayaan Pesta Keamatan yang diraikan pada setiap 30 dan 31 Mei setiap tahun. Dalam perayaan ini, berbagai acara menarik dan juga budaya kaum Kadazandusun yang ditonjolkan dan dipamerkan. Antara acara yang biasanya menjadi tarikan dalam perayaan suku kaum kadazandusun ialah tarian kadazandusun. Tarian kadazandusun mempunyai 32 jenis lagu tetapi berlainan dari segi etnik iaitu tarian sumayau, tarian limba, tarian sumazau dan banyak lagi. Salah satu tarian yang dipersembahkan oleh kaum kadazan dusun ialah tarian sumazau. Tarian ini dijalankan sempena musim menuai di Sabah. Menurut lagenda, tarian ini dipersembahkan untuk memberi pemujaan semangat padi (bambaazon). Tarian sumazau ini juga di persembahkan bersama dengan pertandingan Unduk Ngadau (Ratu cantik). Tarian ini kebanyakan ditarikan oleh masyarakat pantai barat iaitu Tambunan, Ranau, Papar dan Kudat. Tarian ini ditarikan oleh perempuan dan lelaki, keunikan bagi tarian ini ditunjukkan melalui tumit bertemu tumit, ibu jari bertemu ibu jari bagi penari wanita.Pakaian wanita dipanggil seraung yang diletakkan di atas kepala dan bulu berwarna warni yg diletak di atas seraung dikenali sebagai senaundung. Bagi lelaki pula, mereka memakai sida di kepala dan disertakan dengan selendang / skaf yang dikenali sebagai sandai.

You might also like