Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

REFLEKSI NAMA NO K/P : : MOHD FAIRUZ BIN MUNAZAH 820815 -01- 5929 1CPP1106007

NO MATRIK :

Kerja kursus Hubungan Etnik merupakan tugasan wajib bagi para pelajar yang mengikuti Program Pensiswazahan Guru. Sepanjang melaksanakan tugasan ini banyak maklumat, ilmu, pengetahuan dan pengajaran yang telah saya perolehi. Kerjasama antara ahli kumpulan membolehkan kami mengumpulkan maklumat dengan lebih mudah. Selain itu, sesi brainstorming dan bertukar-tukar pendapat membolehkan kami sekumpulan menyelesaikan tugasan ini dengan lebih mudah. Hasil cetusan idea dan pendapat disatukan bagi mendapat hasil menang menang antara ahli kumpulan. Masalah yang dihadapi ketika melaksanakan tugasan ini adalah cara berhubung dengan rakan-rakan yang berada di lokasi yang jauh. Walaupun kami memiliki kemudahan internet dan telefon bimbit, kami tidak dapat berhubung secara terus dengan kesemua ahli kumpulan dalam masa yang sama bagi membincangkan tugasan ini. Kekangan tugasan harian kami di tempat kerja juga menyebabkan tugasan ini terasa sukar untuk disempurnakan. Ini kerana kami mengikuti kursus ini secara sambilan dan terikat dengan tugas hakiki di sekolah sebagai pendidik serta komitmen terhadap keluarga di rumah. Malaysia merupakan sebuah negara yang berdaulat dan mengamalkan sistem demokrasi berparlimen. Rakyat di negara ini bebas memilih sesiapa sahaja pemimpin dan parti politik yang mereka sukai melalui sistem pilihanraya yang diadakan setiap empat tahun sekali. Pembentukan parti politik di negara ini berlaku sebelum Malaysia menuju kemerdekaan lagi. Para pemimpin terdahulu telah membentuk parti politik

mereka dalam usaha mewakili suara rakyat dalam menuntut kemerdekaan daripada pihak penjajah. Pembentukan parti politik ini juga membolehkan kita mencapai kemerdekaan melalui perundingan dan bukannya melalui pertumpahan darah.

Kesedian kita dalam membangunkan tanah air ini telah dilihat melalui sistem politik yang telah dibentuk. Sistem pilihan raya yang dijalankan menambahkan lagi keyakinan pihak penjajah untuk memberikan kemerdekaan kepada negara kita. Ini kerana partiparti yang bertanding pada ketika itu lebih mengutamakan kerjasama dan perpaduan kaum untuk memerdekakan negara. Hasil gabungan pelbagai parti politik yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik merupakan satu usaha yang amat berkesan. Di sini kita dapat mempelajari bahawa perpaduan antara etnik yang ada di negara kita ini amat penting dalam usaha membawa kemerdekaan kepada negara kita. Kesamaan antara etnik yang ada di Malaysia dapat dipenuhi melalui parti yang memerintah. Segala kehendak dan suara rakyat dapat di penuhi oleh parti perikatan yang memerintah pada ketika itu. Ini kerana di dalam parti perikatan terdapat pelbagai gabungan parti politik yang mewakili kepelbagaian etnik yang ada di Malaysia. Suara mereka dapat di dengari oleh para pemimpin peringkat tertinggi kerana adanya wakil mereka dalam kerajaan yang memerintah. Kestabilan iklim politik kita telah membawa perpaduan yang kukuh kepada masyarakat yang berbilang kaum di negara ini. Kita bukan sahaja dapat hidup dalam aman dan damai malah dapat bermuafakat antara satu sama lain walaupun kita berlainan bangsa, agama dan budaya. Kejayaan pemimpin terdahulu dalam membentuk perpaduan di kalangan para penduduk yang berbilang bangsa, agama, budaya dan bahasa ini bukan suatu tugas yang mudah. Pelbagai strategi telah dirancang dan disesuaikan dengan keperluan etnik yang ada di Malaysia. Hasilnya dapat dilihat sehingga ke hari ini. Usaha ini perlu diteruskan bagi menjamin perjuangan mereka yang terdahulu tidak sia-sia. Idealogi yang dibawa oleh sebilangan pemimpin politik kadang-kala boleh membawa perpecahan di kalangan rakyat. Rakyat kadang kala keliru dengan agenda yang dibawa oleh sebilangan pemimpin yang ada dalam usaha mereka untuk menjadi pemimpin. Namun begitu, kebijaksanaan pemimpin yang memerintah negara kita mampu mengekalkan keharmonian dan perpaduan yang telah dibentuk oleh para pemimpin terdahulu.

You might also like