Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

Pengenalan Kerajaan Negeri Terengganu dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan sedang menyediakan satu kajian perancangan di Daerah Dungun

bagi tempoh 2007 2015. Rancangan ini disediakan berdasarkan peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). Berdasarkan Akta 172, rancangan ini perlu dipublisitikan dan dihebahkan kepada orang awam terutamanya penduduk tempatan untuk mendapatkan maklumbalas, pandangan, komen dan cadangan bagi membangunkan kawasan mereka. Kini Draf Rancangan Tempatan Daerah Dungun berkenaan telah siap dan mula dipublisitikan untuk penyertaan orang awam. Rancangan ini setelah diwartakan akan digunapakai oleh Majlis Perbandaran Dungun, agensi-agensi pelaksana dan orang awam sebagai panduan di dalam membangunkan Daerah Dungun sehingga tahun 2015.

RTD DUNGUN 2007-2015

Rancangan Tempatan Daerah Dungun 2007 - 2015

Daerah Dungun merupakan salah satu daerah daripada tujuh daerah di Negeri Terengganu yang memberi sokongan kepada perkhidmatan terutamanya di bahagian selatan Negeri Terengganu. Bandar Dungun adalah merupakan pusat pentadbiran dan perdagangan utama di Daerah Dungun serta turut disokong oleh pusat-pusat pertumbuhan seperti Paka, Bukit Besi, Al-Muktafi Billah Shah dan Ketengah Jaya. Daerah Dungun turut terkenal dengan lokasi pendaratan penyu di Rantau Abang serta perlombongan bijih besi di Bukit Besi pada suatu masa dahulu.

Rancangan ini telah mengenalpasti beberapa isu isu utama perancangan seperti ketidakseimbangan pembangunan di antara bahagian timur dan bahagian barat Daerah Dungun, kekurangan kemudahan dan promosi bagi produk pelancongan utama, identiti, imej dan rekabentuk pembangunan fizikal bandar yang masih belum jelas, masalah mendapan dan hakisan di kawasan pantai Kuala Dungun-Telok Lipat dan muara Sungai Dungun dan Sungai Paka, masalah banjir, infrastruktur asas dan saliran yang kurang sempurna serta rangkaian perhubungan dan sistem pengangkutan awam yang perlu dipertingkatkan. Rancangan ini juga turut mengenalpasti beberapa potensi pembangunan bagi Daerah Dungun yang mempunyai kelebihan dari segi kepelbagaian produk pelancongan, pusat pendidikan, tanah yang subur untuk pertanian serta potensi sebagai pusat dan hub pemasaran produk agro dan hasil laut serta disokong oleh pembinaan Lebuhraya Pantai Timur Fasa II serta inisiatif-inisiatif yang telah digariskan di dalam perancangan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER). Cadangan Pembangunan Utama Penyediaan Perumahan Mampu Milik dan Kemudahan Masyarakat Penyediaan Kemudahan Rekreasi Yang Mencukupi dan Berkualiti Penyusunan Semula Sirkulasi Lalu Lintas di Bandar Dungun dan Bandar Paka Pengindahan Kawasan Peningkatan Landskap, Imej dan Rekabentuk Bandar Pelancongan di Kuala Abang Hub Industri Hiliran Berasaskan Petrokimia di Tok Arun dan Paka Penyelesaian Masalah Banjir dan Pengawalan Hakisan Pantai Cadangan Bandar Pelancongan Warisan Kuala Dungun, Zon Pelancongan Pantai Rantau Abang, Zon Eko Lancong Pasir Raja, Bandar Pelancongan Sejarah Bukit Besi, Bandar Pelancongan Ilmu Sura, dan Tenggol Island Marine Park Pemeliharaan Kawasan Sensitif Alam Sekitar Cadangan Industri berasaskan Perkayuan di Al-Muktafi Billah Shah Peningkatan Produktiviti Pertanian dan Agro-pelancongan
Publisiti Draf Rancangan Tempatan Daerah Dungun 2007 - 2015 Rancangan Tempatan Daerah Dungun 2007 - 2015 disediakan untuk Majlis Perbandaran Dungun di bawah program Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9). Rancangan Tempatan Daerah Dungun adalah merupakan satu dokumen perancangan yang menyatakan semua cadangan pembangunan guna tanah dan fizikal secara terperinci bagi seluruh Daerah Dungun menjelang tahun 2015. Ia disediakan di bawah peruntukan Subseksyen 12(1), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). Berdasarkan Subseksyen 13(1) dan Subseksyen 13(2), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), draf kajian berkenaan boleh disemak bagi tempoh satu bulan bermula dari 25 November 2008 hingga 24 Disember 2008 di tempat tempat semakan berikut: Lobi Majlis Perbandaran Dungun; Lobi Ibu Pejabat Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), Al-Muktafi Billah Shah; dan Lobi Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Terengganu, Kuala Terengganu. Untuk keterangan lanjut, orang awam boleh melayari laman web : http//publisiti.townplan.gov.my Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia (JPBDSM) adalah agensi kerajaan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang bertanggungjawab secara langsung dalam perancangan bandar dan desa di negara ini. Selain daripada perancangan di peringkat nasional seperti penyediaan Rancangan Fizikal Negara dan Dasar Perbandaran Negara, JPBDSM juga bertanggungjawab membantu Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan di dalam penyediaan Rancangan Pemajuan seperti Rancangan Struktur, Rancangan Tempatan dan Rancangan Kawasan Khas.

MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN


Pengindahan Landskap Bandar Dungun

You might also like