Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 16

Pendahuluan

Rancangan Malaysia Kelapan (RM Ke-8)

-Kerajaan Persekutuan, Kerajaan negeri, sektor swasta dan pertubuhan sukan antarabangsa melaksanakan program pembangunan sukan. -Pelbagai usaha diambil bagi menarik lebih ramai penyertaan dalam aktiviti sukan dan rekreasi.

Kemajuan (2001-2005)
RM Ke-8, pelbagai langkah dilaksanakan untuk

menyediakan satu persekitaran yang membolehkan pembangunan sukan dalam negara. Antaranya, latihan kepada atlit, jurulatih dan pegawai sukan, pembangunan kemudahan dan penganjuran pertandingan pada peringkat nasional dan antarabangsa.

Akta Pembangunan Sukan, 1997


- Membolehkan Pesuruhjaya Sukan memastikan persatuan sukan diurus dan ditadbir dengan bersistem, cekap dan profesional.

- Pelbagai kursus dikendali oleh Pejabat Pesuruhjaya Sukan dan 2491 orang pegawai dilatih.

Program Sukan Berprestasi Tinggi Latihan kepada atlit, jurulatih dan pegawai sukan
untuk pertandingan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dilaksanakan oleh persatuan sukan dan Majlis Sukan Negara (MSN). Pendekatan Mengenalpasti dan menyediakan atlit di peringkat awal (sekolah rendah & menengah) membolehkan wujudnya asas untuk penyertaan dalam sukan berprestasi tinggi.

Olahraga dan gimnastik dimasukkan dalam kurikulum

Pendidikan Jasmani di sekolah.


Bilangan guru Pendidikan Jasmani ditambah terutama

di sekolah rendah.
Seramai 2370 orang atlit dilatih di 115 pusat latihan

sukan oleh 208 jurulatih terlatih.

Kerajaan memperkenalkan pelbagai insentif dan skim

kebajikan sebagai tanda penghargaan sumbangan atlit dan jurulatih dalam pertandingan antarabangsa. - Cth: Skim Galakan Jurulatih Kebangsaan Skim Kecemerlangan Pengurusan Pasukan

Prospek (2006-2010)
RM Ke-9

- Pembangunan sukan menekankan kepada penambahbaikan institut dan organisasi untuk meningkatkan profesionalisme dan menggalakkan pencapaian yang lebih baik dalam sukan.

Pengukuhan Jentera Sukan Negara dan Keupayaan Institut


Akta Pembangunan Sukan, 1997

- Menganjur program latihan untuk pemegang jawatan dengan memberi tumpuan kepada pentadbiran dan pengurusan. - Kira-kira 2010 pegawai dijangka dilatih setiap tahun.

Program Sukan Massa Sejumlah 24000 orang jurulatih dan fasilitator dalam
sukan massa dilantik dan dilatih melalui kursus di dalam atau luar negara.
Tujuan: Bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan

program sukan dan aktiviti rekreasi (Program pembangunan kecergasan dan aktiviti luar), program kesedaran (kempen, program pendidikan kecergasan, kalistenik di tempat kerja dan taman awam).

Sukan Berprestasi Tinggi


Pendekatan yang bersistem untuk menghasilkan atlit

- Lebih ramai guru Pendidikan Jasmani ditempatkan di sekolah rendah. Mata pelajaran olahraga dan gimnastik dijadikan sebahagian daripada kurikulum. - Menaik taraf kemudahan sedia ada. - Pembinaan 2 buah sekolah sukan.

Penyediaan lebih ramai jurulatih yang berkelayakan

dan berkebolehan. - Program latihan di peringkat sijil, diploma dan ijazah dijalankan. Program khas akan diperkenalkan untuk akreditasi jurulatih yang terlibat dalam menjalankan program pembangunan atlit. Bekas atlit dan atlit sedia ada yang berpengalaman digalakkan mengikuti latihan yang perlu untuk menjadi jurulatih.

Institut pendidikan tinggi awam digalakkan untuk

menawarkan lebih banyak tempat kepada pelajar untuk mendaftar pada peringkat ijazah dalam bidang Sains Sukan serta program tertentu untuk melatih jurulatih baru. Peruntukan pembangunan untuk tempoh RM Ke-9 ialah sebanyak RM 620.8 juta - 48.3% = Pembinaan kompleks sukan pelbagai guna - 51.7% = Menaiktaraf, menambah dan menyenggara kemudahan sukan sedia ada di peringkat daerah dan negeri serta pelaksanaan program pembangunan atlit.

Pengurusan Kejurulatihan
Jurulatih mempunyai peranan yang penting dalam

perkembangan atlet melalui sukan-sukan yang disertai. Jurulatih memainkan peranan penting untuk menyediakan atlet-atlet dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk perkembangan, peningkatan dan kejayaan dalam sukan mereka (Mallet, 2002).

Keperibadian Jurulatih
Positif

- bertanggungjawab dan sentiasa berusaha ke arah untuk mencapai matlamat prestasi terbaik atletnya dengan lebih positif.
Bersemangat

- menentukan suasana persekitaran latihan yang kondusif dan berkesan.


Sentiasa memberi sokongan

- memastikan atlet membuat latihan dengan baik, menyediakan dan menggunakan peralatan yang terbaik dan mencukupi, cekap mengurus masa dan boleh melindungi atlet daripada gangguan luar. - bukan sekadar dengan kata-kata atau memberi tepukan di bahu sahaja.

Keperibadian Jurulatih (sambungan)


Jujur

- Jurulatih mestilah boleh dipercayai untuk mendapat keyakinan atlet. Kualiti ini juga dapat mendorong atlet bersikap jujur dan memberi komitmen yang tinggi sepanjang masa. Fokus - Isu-isu yang timbul pada atlet contohnya yang melibatkan emosi perlulah diatasi segera bagi mengelakkan atlet hilang tumpuan. Bermatlamat - Matlamat yang jelas, spesifik dan mudah difahami akan membantu atlet menguasai kemahiran, taktikal dan strategi permainan dengan lebih baik.

You might also like