Soalan Tutorial EDU3106 (Budaya Dan Pembelajaran)

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

(KUMPULAN PBC/PJ) (EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN) SOALAN PERBINCANGAN

KUMPULAN PERTAMA

1. Bincangkan mengapakah Budaya dianggap sangat penting dalam sesebuah masyarakat yang terdiri daripada pelbagai latar bangsa dan agama? KUMPULAN KEDUA 2. Nyatakan cara-cara untuk mewujudkan Kebudayaan Kebangsaan seperti yang disarankan oleh kerajaan pada tahun 1971. KUMPULAN KETIGA 3. Apakah halangan yang bakal dihadapi oleh guru di sekolah dalam usaha mewujudkan integrasi kaum di kalangan pelajar daripada pelbagai etnik? KUMPULAN KEEMPAT Jelaskan konsep Asimilasi, Amalgamasi, Pluralisme, Akomodasi dan Akulturasi.

4.

KUMPULAN KELIMA 5. Menurut J.S. Furnival (1948), satu ciri Masyarakat Majmuk ialah ketiadaan atau kelemahan azam sosial bersama (Common Social Will) yang merupakan satu set nilai yang dipersetujui anggota masyarakat bagi mengawal dan memberi panduan kepada tingkah laku sosial dalam usaha membentuk budaya kehidupan bermasyarakat. Nyatakan peranan guru dalam usaha mengelakkan masalah tersebut daripada terus berlaku? KUMPULAN KEENAM 6. Apakah yang anda faham dengan Stratifkasi Sosial (Kelas Sosial)? Jelaskan langkahlangkah yang perlu diambil bagi mewujudkan Kesamaan kelas (Egalitarian Society) dalam masyarakat moden sakarang.

(KUMPULAN BM/PBM) EDU 3106 (BUDAYA DAN PEMBELAJARAN) SOALAN PERBINCANGAN KUMPULAN PERTAMA 1. Adat resam adalah sesuatu cara yang telah digunakan untuk melakukan sesuatu yang telah diakui oleh masyarakat. Gambarkan adat resam yang diamalkan oleh salah satu kumpulan etnik di Sarawak dari segi Kelahiran, Perkahwinan, Kematian, dll. KUMPULAN KEDUA 2. Jelaskan apa yang anda faham dengan konsep Etnocentrisme, Rasisme, Stereotaip, Xenophobia dan Xenocentrisme. Sejauhmanakah konsep berkenaan memberi kesan kepada kehidupan masyarakat Majmuk di Malaysia. KUMPULAN KETIGA 3. Nyatakan apa yang anda faham dengan Murid Berkeperluan Khas? Cadangkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk meningkatkan potensi kanak-kanak tersebut supaya dapat member sumbangan kepada masyarakat. KUMPULAN KEEMPAT 4. Apa yang anda faham dengan Kurikulum Tersirat? Mengapakah Kurikulum Tersirat ini dianggap penting bagi membentuk personaliti murid-murid? KUMPULAN KELIMA 5. Banyak usaha telah diambil untuk meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah. Nyatakan langkah-langkah yang perlu diambil oleh KPM untuk meningkatkan mutu pendidikan di sekolah yang anda sedang berkhidmat.

KUMPULAN KEENAM 6. Kadar keciciran murid sangat tinggi dalam kalangan Orang Asli dan di kawasan pedalaman. Mengapakah keadaan ini berlaku? Bagaimanakah masalah keciciran ini dapat dikurangkan untuk memastikan semua murid mendapat peluang pendidikan yang sama?

You might also like