Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Terdapat lima fungsi asas bagi sistem rangka iaitu: Sokongan Tulang rangka membentuk kerangka tegar bagi

i pelekatan tisu-tisu lembut dan organ-organ tubuh. Contoh:- Otot rangka dilekatkan pada tulang-tulang rangka. Perlindungan Tengkorak, kolum vertebra, sangkar rusuk dan kaviti pelvik melingkari dan melindungi organorgan penting. Contoh:- Tengkorak melindungi otak. Pergerakan Tulang-tulang bertindak sebagai tuas apabila otot-otot yang melekat padanya menguncup lalu menghasilkan gerakan berpaksi pada sendi. Contoh:- Sendi siku-ulna dan humerus.

Pembentukan sel-sel darah Sum-sum merah tulang orang dewasa menghasilkan sel-sel darah merah, putih dan platlet. Tulang-tulang yang terlibat termasuklah sternum, sebahagian daripada pelvis, femur dan humerus. Penyimpanan mineral Sebahagian besar dari matriks tulang terdiri daripada kalsium dan fosforus yang menjadikan tulang-tulang tegar dan rintang terhadap tekanan. Mineral-mineral ini boleh dikeluarkan untuk kegunaan bahagian lain tubuh apabila diperlukan. Contoh:- Kekurangan kalsium dalam diet, menyebabkan kalsium dikeluarkan untuk kegunaan bahagian tulang yang lain seperti untuk penguncupan otot.

Terdapat pelbagai bentuk dan saiz tulang. Tulang-tulang boleh diklasifikasikan berdasarkan kepada empat bentuknya: 2.3.1 Tulang panjang - secara umumnya tulang-tulang ini lebih panjang, lebar dan berfungsi sebagai tuas. - kebanyakannya tulang mampat. - Contoh:Tulang pada tangan (humerus, radius , ulna,

metakarpal dan falanges) dan kaki (femur, tibia, fibula, metatarsal, falanges) kecuali pergelangan tangan dan kaki. 2.3.2 Tulang pendek - tulang-tulang ini berbentuk kiub dan didapati di ruang-ruang yang tertutup. - berperanan memindahkan daya. - tulang-tulang ini berongga.

- Contoh:- Tulang-tulang pergelangan tangan (karpal) dan pergelangan kaki (tarsal).

2.3.3 Tulang leper/pipih - berbentuk pipih, nipis dan melengkung. - berfungsi sebagai tempat pelekatan otot-otot dan melindungi organ-organ di bawahnya. - Contoh:- Tulang-tulang kranium, rusuk dan sternum. 2.3.4 Tulang tak sama bentuk - berfungsi sebagai tempat pelekatan otot atau artikulasi. - Contoh:- Tulang-tulang vertebra (servikel, torasik, lumbar, sekrum, dan koksiks) dan tulang telinga tengah (stapes, inkus, maleus).

You might also like