Merokok Merupakan Salah Satu Tabiat Yang Tidak Baik

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Merokok merupakan salah satu tabiat yang tidak baik, walau bagaimanapun, gejala merokok kian meningkat walaupun

pelbagai kempen dijalankan untuk mengurangkan perokok, antara golongan yang terlibat dalam merokok ini ialah golongan remaja , lelaki mahupun perempuan yang terjebak dalam tabiat buruk ini. Tabiat buruk ini bukan sahaja membazir wang, malah boleh membawa pelbagai penyakit yang boleh membawa kepada maut seperti kanser paru-paru dan sebagainya. Antara faktor yang menyebabkan merokok ialah pengaruh rakan sebaya. Rakan yang merokok akan mengajak yang tidak merokok untuk mencuba, contohnya seperti, di beri rokok sebatang dan disuruh hisap perlahan-perlahan sehingga habis. Ini menyebabkan yang tidak merokok akan terlibat dengan merokok. Selain itu, iklan rokok yang ditunjukkan dalam akhbar atau ditelevisyen menyebabkan sesetengah masyarakat terutama golongan remaja menyebabkan ingin mencuba merokok. Selain itu, penawaran bekalan rokok yang mudah dan banyak menyebabkan kegiatan merokok semakin berleluasa walau pelbagai undang-undang atau peraturan peraturan dilaksanakan. Perokok biasanya dalam kalangan remaja yang masij bersekolah, mereka menggunakan duit belanja yang diberi oleh ibu bapa untuk membelinya. Selain itu, ibu bapa yang kurang ambil perhatian terhdap anak-anak, menyebabkan anak-anak mudah terpengaruh dengan rokok. Sikap ingin mencuba sesuatu yang baru atau mengikut peredaran zaman juga menjadi punca kepada merokok terutamanya golongan remaja. Bagi mereka, apabila menghisap rokok akan membuaatkan mereka berasa seperti orang dewasa tanpa memikirkan akibat dari perbuatannya itu. Bagi sekadar masyrakat terutamanya remaja, meghisap rokok sekadar ikut-ikutan atau suka-suka sahaja, selain itu, masalah kegiatan menyebabkan mereka semakin terpengaruh dengan merokok dan kemudian merubah kepada pengambilan dadah. Kesimpulannya, jauhi perbuatan merokok yang boleh memudaratkan diri sendiri dan berbahaya kepada kesihatan dan boleh membawa kepada kematian.

You might also like