KRP3013 Analisis2

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 28

KRP 3013: KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH

TAJUK

PORTFOLIO Analisis 2
REFLEKSI KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH KUMPULAN _______________________

DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID NO. TELEFON

NAMA TUTOR E-LEARNING: ______________________

TARIKH SERAH: ________________________________

ISI KANDUNGAN

Halaman

1.0 REFLEKSI TAJUK

1.1 PERKEMBANGAN KURIKULUM DAN PENGAJARAN

SEKOLAH RENDAH

1.2

PENGENALAN KEPADA KBSR DAN KSSR

1.3

MATLAMAT KURIKULUM SEKOLAH RENDAH

13

1.4

ORGANISASI KURIKULUM SEKOLAH RENDAH

18

1.5

MATA PELAJARAN DI SEKOLAH RENDAH

23

REFLEKSI TAJUK PELAJARAN


TAJUK TAJUK

PERKEMBANGAN KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH


Rumusan Tajuk

Unit ini memperjelaskan berkaitan perkembangan kurikulum dan pengajaran di sekolah rendah. Perkembangan kurikulum melalui tiga zaman iaitu zaman11 sebelum penjajahan Inggeris, zaman semasa penjajahan Inggeris dan seterusnya zaman era selepas kemerdekaan. Pada zaman sebelum penjajahan Inggeris, masyarakat melayu mengamalkan pendidikan tradisional. Pendidikan pada zaman ini lebih kepada pendedahan dalam hal ehwal rumahtangga, dimana anak-anak perempuan dididik agar pandai membantu ibu mereka dalam hal menguruskan keluarga, begitu juga dengan kanak-kanak lelaki dididik supaya rajin membantu bapa mereka dalam mencari nafkah keluarga. Semasa zaman penjajahan pada tahun 1940an, pihak penjajah Inggeris telah membuka sekolah Inggeris di tanah melayu. Tenaga pengajar pada zaman itu menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantara dalam proses pembelajaran. Namun terdapat kebimbangan dikalangan ibubapa terhadap anak-anak mereka yang mengikuti pembelajaran yang diajar oleh mubaligh kristian antaranya kebimbangan pertukaran agama dan sebagainya.Oleh itu, pihak pentadbiran penjajahan Inggeris telah memperkenalkan sekolah vernakular22, dimana bahasa ibunda digunapakai dalam pendidikan di sekolah rendah. Selepas tanah melayu mencapai kemerdekaan, berlaku perubahan dalam sistem pendidikan negara. Akta pelajaran 1961 diperkenalkan untuk diaplikasikan ke semua ke semua sekolah-sekolah rendah di tanah melayu .

1 2

Jangka masa(sama ada panjang atau pendek) Bukan penggunaan bahasa yang dipertuturkan oleh sesuatu kaum dalam masyarakat

Peta Minda

PETA KONSEP PERKEMBANGAN KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH

PERKEMBANGAN KURIKULUM DAN PENGAJARAN

ZAMAN SEBELUM PENJAJAHAN INGGERIS

ZAMAN PENJAJAHAN INGGERIS

ZAMAN SELEPAS MERDEKA

PENDIDIKAN TRADISIONAL

SEKOLAH INGGERIS

AKTA PELAJARAN 1961

SEKOLAH VERNAKULAR

Pilih 5 konsep yang terdapat dalam tajuk ini dan berikan penjelasannya Konsep 1. Penjelasan

Pendidikan Formal

Pendidikan terancang di mana kurikulum atau program pengajian dan mata pelajaran disusun dan diajar oleh guru kepada pelajar di institusi pendidikan yang tertentu. Pendidikan dan pengalaman yang diperolehi melalui pelbagai aktiviti kehidupan seharian seperti interaksi dengan orang lain, ahli keluarga dan ahli-ahli masyarakat sekkeliling.

2.

Pendidikan Informal

3.

Pendidikan Non-formal Pendidikan tambahan yang terancang yang diajar di luar pendidikan formal seperti latihan khas, bengkel dan belajar sambil bekerja yang dirancang.
4.

Pendidikan Tradisional

Pendidikan informal yang berlaku dalam kalangan keluarga rakyat jelata di mana ibu bapa adalah orang yang memainkan peranan utama sebagai pendidik. Sekolah yang menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan di sekolah

5.

Sekolah Vernakular

Impak Tajuk Terhadap Ilmu Perguruan

Secara umumnya dapat dikatakan bahawa senario pendidikan di negara ini telah mengalami perkembangannya hingga ke tahap yang ada sekarang. Dalam erti kata yang lain pendidikan di negara ini mengalami proses kristalisasi iaitu perkembangan demi perkembangan ke tahap yang lebih baik dan cemerlang. Sistem pendidikan di Negara kita sentiasa mementingkan perkembangan dan peningkatan ilmu. Apabila pendidikan itu berkembang maka tenaga pengajarnya iaitu para guru juga perlu melalui proses perubahan baru seperti penekanan yang diinginkan dalam perlaksanaan sesuatu pembaharuan. Di antara perincian berkaitan sejarah pendidikan dan kandungannya juga memberi impak di dalam ilmu pendidikan. Sebagai contohnya adalah berkaitan dengan Penyata Razak ; (Para 12)
Kami percaya juga yang tujuan dasar pelajaran di dalam negeri ini ialah bermaksud hendak menyatukan budakbudak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang besar, walaupunperkara ini tidak dapat dilaksanakan dengan serta merta melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur.

Abdul Razak Hussein

Penekanan berkaitan Penyata Razak adalah penggunaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang wajib digunakan untuk menyatupadukan kanak-kanak di Tanah Melayu. Penyata ini memberi impak yang begitu mendalam dalam ilmu pendidikan.

Pendapat Anda Tentang Tajuk

Pada pendapat saya tajuk ini sesuai dalam memberi pendedahan asas kepada perkembangan pendidikan orang-orang yang terdahulu dan juga kini serta bagaimana perlaksanaan yang telah mereka laksanakan pada zaman itu. Selain terdapat gambar menarik yang diselitkan di sebalik penceritaan topik ini yang memperkenlkan wajah di sebalik sejarah yang dipaparkan. Tokoh memnainkan peranan yang berkesan dalam merubah kurikulum dan sistem pendidikan negara. Contohnya adalah seperti tokoh di bawah :

Abdul Rahman Talib Penerangan berkaitan tokoh : Jawatankuasa Rahman Talib mengeluarkan laporan pada tahun 1960 dikenal sebagai Penyata Rahman Talib. Berasaskan kepada penyata-penyata tersebut dan Ordinan Pelajaran 1957, Akta Pelajaran 1961 diwartakan. Sehubungan itu satu bentuk kurikulum dan sistem peperiksaan yang sama untuk keseluruhan sistem persekolahan di negara ini telah digunakan. Dari sudut pengajarannya pula bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar utama selain membenarkan bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil digunakan masing-masing di SRK, SRJK(C) dan SRJK(T).

REFLEKSI TAJUK PELAJARAN


TAJUK TAJUK

2
Rumusan Tajuk

PENGENALAN KEPADA KBSR DAN KSSR

Laporan Jawatankuasa Kabinet33 Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan yang dikeluarkan pada 1979 telah membawa impak yang besar kepada senario pendidikan negara sehingga Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan pada 1982. KBSR memberi penegasan yang khusus kepada pendidikan asas 3M (membaca, menulis dan mengira). KBSR selepas itu ditukar dari baru kepada bersepadu iaitu kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah mulai 1993. Apabila Falsafah Pendidikan Negara (FPN) tersurat pada 1988, orientasi pendidikan adalah berasaskan kepada FPN (mulai 1996 dikenal FPK). Setelah itu apabila cabaran berubah akibat daripada perkembangan semasa dan arus globalisasi, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pula diperkenalkan pada 2011. Kurikulum bersepadu adalah kurikulum yang mengintegrasikan elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam isi pelajaran agar terdapat kesepaduan dan keharmonian antara unsur intelek, rohani, emosi dan jasmani dalam proses pembelajaran. Manakala dalam kurikulum standard pula adalah kurikulum ysng berasaskan kepada standard seperti standard kandungan,standard pembelajaran dan sebagainya yang menetapkan satu tahap standard bagi setiap murid dan bukan hanya berpandukan ketinggian markah sahaja tapi turut dinilai adalah sahsiah murid juga. Sebagai contoh perbandingan di antara KBSR dan KSSR adalah berkaitan dengan fokus 3M di mana dalam KBSR terdapat tiga elemen membaca, menulis dan mengira ditekankan untuk murid kuasai manakala dalam KSSR pula terdapat ditambah dengan menaakul. Contoh dalam proses menaakul adalah murid boleh bercerita kembali hasil seni yang dibuat kepada rakan mereka yang lain. Kesimpulannya, perubahan yang dilaksanakan oleh kementerian pelajaran ini adalah sejajar dengan cabaran masa hadapan dalam abad ke 21 ini bagi melahirkan dan mendidik generasi yang bermaruah dalam menghadapi kehidupan yang sebenar.

Badan eksekutif dan pembuat dasar sesebuah Negara yang terdiri daripada para menteri kerajaan yang memerintah

Peta Minda

PETA KONSEP PENGENALAN KEPADA KBSR DAN KSSR

KURIKULUM SEKOLAH

KLSR

KBSR Latar Belakang KSSR

Perbandingan

Pilih 5 konsep yang terdapat dalam tajuk ini dan berikan penjelasannya Konsep 1. Penjelasan

Kurikulum Bersepadu

Kurikulum yang mengintegrasikan elemen pengetahuan, kamhiran dan nilai dalam isi pelajaran supaya terdapat kesepaduan dan keharmonian antara unsur intelek, rohani, emosi dan jasmani dalam proses pembelajaran. Kurikulum yang berasaskan kepada standard seperti standard kandungan, standard pembelajaran, dokumen standard dan sebagainya.

2.

Kurikulum Standard

3.

Standard Kandungan

Penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahan, kemahiran dan nilai.

4.

Standard Pembelajaran
5.

Satu penetapan kriteria atau petunjuk (indicator) kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.

Tunjang KSSR

Enam tunjang dalam KSSR iaitu komunikasi, kerohanian, sikap dan nilai; kemanusiaan; perkembangan fizikal dan estetika; sains dan teknologi; dan keterampilan.

10

Impak Tajuk Terhadap Ilmu Perguruan

Perbezaan yang ditunjukkan terhadap perbandingan fokus yang diberikan di antara dua kurikulum memberi pendedahan yang lebih jelas kepada guru, seperti contoh di bawah ;

KLSR Kurikulum bersifat umum dan lebih kepada hafalan Silibus yang statik dan perlu diselesaikan untuk peperiksaan Mata pelajaran yang membebankan murid dengan bidang yang kurang jelas.

KBSR Penekanan kepada kemahiran asas 3M (membaca, menulis dan mengira). Gabung jalin kemahiran dan penyerapan isi daripada mata pelajaran lain. Tiga bidang utama diberi penekanan dengan jelas iaitu komunikasi; perkembangan diri individu; dan manusia dan alam kelilingnya. Pengajaran dengan penglibatan murid secara aktif (berpusatkan murid). Pengajaran dalam bentuk kumpulan dan individu digunakan Bahan pengajaran selaras dengan minat, umur dan kebolehan muridmurid. Perkembangan pelajaran mengikut kebolehan murid-murid. Penggunaan bahan dan alat bantu mengajar yang lebih berkesan. Program pemulihan kepada murid yang lemah dan pengayaan kepada yang cerdas berasaskan keputusan ujian diagnosis Penilaian formatif juga digunakan bagi menilai perkembangan dan kemajuan murid.

Pengajaran yang tidak melibatkan penyertaan aktif murid (berpusatkan guru). Pengajaran untuk seluruh kelas dan ala kuliah digunakan Proses pengajaran dan pembelajaran secara formal Tiada pertimbangan perbezaan individu murid. Hanya bergantung kepada penggunaan buku teks Tiada program pemulihan kepada murid yang lemah dan pengayaankepada yang cerdas Penilaian berbentuk sumatif dijalankan untuk mengukur pencapaian murid-murid.

11

Pendapat Anda Tentang Tajuk Pada pendapat saya lampiran jadual yang disertakan memudahkan lagi pemahaman berkaitan dengan tajuk, sebagai contohnya di dalam jadual 2.2 iaitu berkaitan dengan fokus kurikulum yang ditekankan di dalam kedua-dua kurikulum tersebut iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan yang terkini Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR). Selain itu disertakan juga peta konsep dan peta minda bagi memperjelaskan sesuatu konsep. Pendedahan berkaitan fokus kurikulum juga telah diperjelaskan contohnya fokus kurikulum dalam KLSR adalah lebih kepada akademik. Kemahiran asas 3M adalah secara umum sahaja dan secara relatifnya kurang diberi penegasan berbanding dalam KBSR. Sehubungan itu kadar buta 3M dalam KLSR adalah lebih tinggi. Pembangunan diri pelajar secara seimbang, menyeluruh dan bersepadu melibatkan secara harmonis potensi intelek, rohani, emosi dan jasmani seperti dalam KBSR juga kurang berlaku dalam KLSR. Dalam KSSR selain konsep kesepaduan, fokus kepada 3M terus berlangsung. Kemahiran asas 3M ditegaskan semula dengan tambahan satu lagi kemahiran iaitu kemahiran menaakul, menjadikannya 4M. Ini dapat diperjelaskan seperti ringkasan di bawah ;

FOKUS KURIKULUM

KLSR

KBSR

KSSR

-bersifat umum lebih kepada hafalan

-membaca -menulis -mengira

-membaca -menulis -mengira -menaakul

12

REFLEKSI TAJUK PELAJARAN


TAJUK TAJUK

3
Rumusan Tajuk

MATLAMAT KURIKULUM SEKOLAH RENDAH

Unit ini telah membincangkan matlamat pendidikan dan kurikulum mengikut zaman yang berbeza-beza iaitu sebelum penjajahan, semasa penjajahan Inggeris dan selepas merdeka. Selepas merdeka, matlamat pendidikan dan kurikulum meliputi zaman sebelum pelaksanaan KBSR, semasa pelaksanaan KBSR dan dalam KSSR. Selain itu dihuraikan juga matlamat kurikulum bagi setiap mata pelajaran dalam KBSR. Secara umumnya matlamat dalam KBSR dan KSSR adalah pada hakikatnya selari dengan pernyataan-pernyataan yang terkandung dalam FPK . Matlamat KBSR dapat difahami berdasarkan tujuan pendidikan di peringkat sekolah rendah iaitu untuk mencapai matlamat perkembangan individu yang menyeluruh manakala KSSR pula berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif melalui tunjang-tunjang komunikasi; sains dan teknologi; perkembangan fizikal dan estetika; keterampilan diri; kemanusiaan; dan kerohanian, sikap dan nilai. KSSR adalah berasaskan FPK dan Dasar Pendidikan Kebangsaan (DPK) di samping mengambil kira cabaran dalam abad ke-21, Model Baru Ekonomi (MBE) dan teori pembelajaran terkini. KSSR juga mengguna pakai empat tonggak pendidikan UNESCO, iaitu belajar untuk mengetahui, belajar untuk bertindak, belajar untuk hidup bersama dan belajar untuk membentuk peribadi.

13

Peta Minda

PETA KONSEP MATLAMAT KURIKULUM SEKOLAH RENDAH

MATLAMAT KURIKULUM SEKOLAH RENDAH

Matlamat Kurikulum Dalam Pendidikan Sebelum Penjajahan

Matlamat Kurikulum Dalam Pendidikan Semasa Penjajahan

Matlamat Kurikulum Dalam Pendidikan Selepas Merdeka

Matlamat KBSR

Matlamat KBSR

14

Pilih 5 konsep yang terdapat dalam tajuk ini dan berikan penjelasannya

Konsep 1.

Penjelasan

Matlamat Pendidikan

Suatu jangkaan tingkah laku bersifat menyeluruh yang diharapkan akan diperolehi di akhir suatu proses pendidikan.

2.

Matlamat Kurikulum

Matlamat kurikulum adalah selaras dengan matlamat sesuatu sistem pendidikan tesebut.

3.

Objektif

Hasrat yang lebih konkrit yang mampu dicapai dengan mengikuti langkah-langkah tertentu dalam jangka masa yang lebih pendek.

4.

Matlamat

Hasrat jangka panjang yang hendak dicapai.

5.

Matlamat KSSR

Memastikan perkembangan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu sebagaimana yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

15

Impak Tajuk Terhadap Ilmu Perguruan

Jawatankuasa yang ditubuhkan dalam mengkaji sesuatu dasar dalam pendidikan telah memberi impak yang besar kepada murid-murid di Malaysia. Di antaranya ialah apa yang berlaku pada tahun 1974, Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran kebangsaan ditubuhkan untuk mengkaji kurikulum kebangsaan yang telah dilaksanakan sejak lepas merdeka.. Di antara matlamat Jawatankuasa Kabinet adalah ; Mengkaji semula matlamat dan kesannya kepada sistem pelajaran sekarang, termasuk kurikulumnya, dalam rangka dasar pelajaran kebangsaan yang wujud, dengan tujuan untuk mempastikan keperluan tenaga rakyat negara dapat dipenuhi sama ada dari segi jangka pendek mahupun jangka panjang dan lebih-lebih lagi untuk mempastikan sistem pelajaran itu dapat memenuhi matlamat negara ke arah melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih. Hasil daripada kajian membawa kepada laporan dapatannya ; Laporan kajian oleh jawatankuasa ini siap pada 1979. Berdasarkan laporan tersebut, kurikulum yang dilaksanakan di sekolah rendah dan menengah telah mengalami perubahan. Walau bagaimanapun, perubahan ini dilaksanakan secara berperingkat bermula di peringkat sekolah rendah dan diikuti dengan perubahan di peringkat sekolah menengah. Pendidikan di peringkat rendah adalah bertujuan untuk perkembangan diri individu secara menyeluruh. Berdasarkan Perakuan 57(a), Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979. Kurikulum sekolah rendah itu hendaklah dirancang untuk membolehkan murid -murid mendapat kemahiran dalam tiga bidang asas iaitu bidang komunikasi, bidang manusia dengan alam kelilingnya dan bidang perkembangan diri individu sesuai dengan keperluan, minat, bakat dan kemampuan mental serta kesediaan murid-murid itu. Secara umumnya KBSR dirancang untuk membolehkan setiap murid memperolehi kemahiran, mengembangkan bakat, nilai, pengetahuan, sikap dan amalan yang dikehendaki.

16

Pendapat Anda Tentang Tajuk

Pada pendapat saya tajuk ini banyak memberi pendedahan berkaitan tentang matlamat pendidikan sekolah-sekolah di Malaysia mengikut zamannya iaitu Matlamat Kurikulum Dalam Pendidikan Sebelum Penjajahan, Matlamat Kurikulum Dalam Pendidikan Semasa Penjajahan dan Matlamat Kurikulum Dalam Pendidikan Selepas Merdeka serta bagaimana para menteri berkaitan berusaha mengkaji sesuatu kelemahan dalam mempertingkatkan lagi mutu pendidikan di sekolah. Di mana saya juga terlibat dengan kajian tersebut, kerana semass saya di sekolah rendah kami belajar mata pelajaran Alam dan Manusia. Kurikulum Baru Sekolah Rendah terus mengalami perkembangan dan pada tahun 1993, ia dimurnikan dan dikenali sebagai Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Antara perubahan yang berlaku ialah dengan memperkenalkan mata pelajaran Sains dan Kajian Tempatan bagi menggantikan mata pelajaran Alam dan Manusia serta pemunian mata pelajaran Pendidikan Jasmani menjadi Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Seterusnya, mulai tahun 2001, KBSR telah sekali lagi melalui proses pemurnian. Semakan kandungan KBSR telah dilakukan agar bersesuaian dengan perkembangan dan keperluan semasa. Ia bertujuan untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta menyediakan murid yang mampu berhadapan dengan cabaran abad ke-21. Sehubungan dengan itu, melalui KBSR diharapkan akan dapat melahirkan murid yang berkeyakinan dan tabah dalam berhadapan dengan cabaran dalam kehidupan sebenar. Murid perlu dididik bukan sahaja untuk berfikir dan berilmu pengetahuan luas, tetapi juga beretika tinggi dan bijaksana, serta berkeupayaan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi secara berkesan. Dalam pelaksanaannya, KBSR menekankan kepada aspek penerapan nilai murni dan semangat patriotik agar murid-murid sedar akan peranan mereka sebagai rakyat Malaysia yang maju serta berilmu

17

REFLEKSI TAJUK PELAJARAN


TAJUK TAJUK

4
Rumusan Tajuk

ORGANISASI KURIKULUM SEKOLAH RENDAH

Unit ini memperjelaskan berkaitan tentang organisasi kurikulum dalam pelaksanaan kurikulum di peringkat pendidikan rendah di Malaysia. Dibincangkan juga agihan mata pelajaran dalam KBSR mengikut tahap; mengikut bidang dan komponen; juga mengikut kategori teras, wajib dan elektif. Di samping itu, organisasi kurikulum dalam KBSR dan KSSR bagi Tahap 1 dan Tahap 2 juga telah dihuraikan. Terdapat persamaan dan perbezaan antara KBSR dan KSSR dari sudut organisasinya. Pendedahan dbuat dengan membuat analisis tentang persamaan dan

perbezaan tersebut. Terdapat persamaan dan perbezaan antara KBSR dan KSSR dari sudut organisasinya. Persamaan dan perbezaan boleh dilihat dari aspek organisasi tahun pembelajaran mengikut tahap-tahap iaitu Tahap 1 dan Tahap 2, organisasi mata pelajaran mengikut bidang dan komponen; juga mengikut teras, wajib atau tambahan; atau organisasi modul mengikut tunjang dan tema dan organisasi peruntukan waktu pembelajaran mengikut tahap . Di peringkat KBSR dan KSSR kurikulum diorganisasikan dengan mengambil kira tahaptahap persekolahan iaitu Tahap 1 dan Tahap 2. Selain itu kurikulum diorganisasi dengan mengambil kira bidang atau tunjang dan mata pelajaran dalam bidang atau tunjang tersebut, selain mengikut kategori mata pelajaran teras iaitu teras asas dan teras tema; mata pelajaran wajib, tambahan dan elektif.

18

Peta Minda

PETA KONSEP ORGANISASI SEKOLAH RENDAH

ORGANISASI KURIKULUM SEKOLAH RENDAH

Tahap-tahap Dalam KBSR/ KSSR

Organisai KBSR Bidang Mata Pelajaran

Organisai KSSR Tunjang Mata Pelajaran

Banding Beza Antara Organisasi KBSR Dengan KSSR

19

Pilih 5 konsep yang terdapat dalam tajuk ini dan berikan penjelasannya

Konsep 1.

Penjelasan

Mata Pelajaran Teras

Mata pelajaran yang perlu dipelajari oleh semua murid megikut aliran persekolah masing-masing.

2.

Mata Pelajaran Wajib

Mata pelajaran yang wajib dipelajari oleh semua murid di sekolah rendah. Contohnya Bahasa Melayu, Matematik,bahasa Inggeris dan sebagainya.

3.

Tunjang

Satu bentuk pengklasifikasian bidang ilmu, kemahiran dan nilai. Konsep ini berfokus kepada pembentukan modal insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

4.

Tahap 1

Melibatkan murid dalam tahun 1, tahun 2 dan tahun 3 yang belajar di sekolah rendah.

5.

Tahap 2 Melibatkan murid tahun 4, tahun 5 dan tahun 6 yang belajar di sekolah rendah

20

Impak Tajuk Terhadap Ilmu Perguruan

Perbincangan dalam unit ini member impak terhadap ilmu pendidikan adalah berkaitan tentang organisasi kurikulum dalam pelaksanaan kurikulum di peringkat pendidikan rendah di Malaysia. Dibincangkan juga agihan mata pelajaran dalam KBSR mengikut tahap; mengikut bidang dan komponen; juga mengikut kategori teras, wajib dan elektif. Di samping itu, organisasi kurikulum dalam KBSR dan KSSR bagi Tahap 1 dan Tahap 2 juga telah dihuraikan. Terdapat persamaan dan perbezaan antara KBSR dan KSSR dari sudut organisasinya. Pelajar diminta membuat analisis tentang persamaan dan perbezaan tersebut.

Terdapat persamaan dan perbezaan antara KBSR dan KSSR dari sudut organisasinya. Persamaan dan perbezaan boleh dilihat dari aspek:

organisasi tahun pembelajaran mengikut tahap-tahap iaitu Tahap 1 dan Tahap 2. organisasi mata pelajaran mengikut bidang dan komponen; juga mengikut teras, wajib atau tambahan; atau organisasi modul mengikut tunjang dan tema.

organisasi peruntukan waktu pembelajaran mengikut tahap.

Pendidikan di peringkat sekolah rendah adalah untuk tempoh selama enam tahun sebagai yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996. Tempoh umur bagi persekolahan ini seperti yang tertulis di dalam akta pendidikan ini memberi impak terhadap ilmu perguruan, pendidikan di peringkat sekolah rendah ini adalah untuk kanak-kanak yang berumur antara 6 tahun hingga 12 tahun. Dari segi penyusunan secara vertikal, KBSR dan KSSR dilaksanakan melalui dua tahap iaitu Tahap 1 dan Tahap 2. Tahap 1 terdiri daripada Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 manakala Tahap 2 terdiri daripada Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6.

21

Pendapat Anda Tentang Tajuk

Tajuk berkaitan organisasi kurikulum sekolah rendah memperjelaskan mengenai Mata pelajaran dalam KBSR dikelompokkan kepada tiga kategori iaitu mata pelajaran teras, mata pelajaran wajib dan mata pelajaran tambahan. Mata pelajaran teras meliputi Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina (di SJKC), Bahasa Tamil (di SJKT), Matematik, Sains, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Di Tahap 2, terdapat pertambahan 2 mata pelajaran iaitu Kajian Tempatan dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Matapelajaran wajib pula meliputi Pendidikan Jasmani, Pendidikan Kesihatan dan Pendidikan Muzik. Di Tahap 2, Kemahiran Hidup juga merupakan mata pelajaran wajib. Manakala, mata pelajaran tambahan terdiri daripada Bahasa Cina Komunikasi, Bahasa Tamil Komunikasi, Bahasa Arab Komunikasi, Bahasa Iban, Bahasa Semai dan Bahasa Kadazandusun. Namun begitu Bahasa Iban dan Bahasa Semai ditawarkan mulai Tahun 3 dan Bahasa Kadazandusun ditawarkan di Tahap 2.

22

REFLEKSI TAJUK PELAJARAN


TAJUK TAJUK

5
Rumusan Tajuk

MATA PELAJARAN DI SEKOLAH RENDAH

Unit ini telah memperjelaskan perkara-perkara berkaitan mata pelajaran yang terdapat di sekolah rendah di Malaysia. Penjelasan adalah berkaitan dengan mata pelajaran yang terdapat dalam KBSR dab KSSR. Mata pelajaran yang terdapat dalam KLSR juga turut dibincangkan. Mata pelajaran yang terdapat dalam KBSR dan KSSR kebanyakkannya adalah sama. Perbezaannya adalah bagaimana pengklasifikasian bidang ilmu. Dalam KBSR mata pelajaran dikategorikan mengikut bidang, mengikut komponen serta mengikut mata pelajaran teras, mata pelajaran wajib dan mata pelajaran tambahan, manakala dalam KSSR mata pelajaran disusun mengikut modul dan tunjang. Mata pelajaran Tahap 1 dalam KSSR dikelompokkan kepada tiga modul iaitu ModulTeras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif. Mata pelajaran Tahap 2 dikelompokkan kepada dua kategori iaitu Mata Pelajaran Teras dan Mata Pelajaran Elektif. Bagi Mata Pelajaran Teras, mata pelajaran seterusnya diklasifikasikan mengikut lima tunjang iaitu Tunjang Komunikasi, Tunjang Sains & Teknologi, Tunjang Perkembangan Fizikal & Estetika, Tunjang Kerohanian, Sikap & Nilai dan Tunjang Kemanusiaan. Manakala bagi Mata Pelajaran Teras Elektif terdapat satu tunjang iaitu Tunjang Komunikasi Elektif. Penegasan semula mata pelajaran mengikut modul dan tunjang ini adalah bagi memastikan murid-murid dapat mengalami pertumbuhan dan perkembangan secara seimbang dan harmonis selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

23

Peta Minda

PETA KONSEP MATA PELAJARAN SEKOLAH RENDAH

MATA PELAJARAN SEKOLAH RENDAH

Asas Penentuan Mata Pelajaran

Mata Pelajaran KBSR

Mata Pelajaran KSSR

Teras Tahap 1 Wajib Modul Teras Asas Tambahan Modul Teras Tema Modul Elektif 4 Elektif Teras Tahap 2

24

Pilih 5 konsep yang terdapat dalam tajuk ini dan berikan penjelasannya

Konsep 1.

Penjelasan

Dokumen Standard Kandungan (DSK)

Berkaitan dengan penyataan spesifik tentang perkara yang patut ketahui dan boleh lakukan dalam sesuatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

2.

Dokumen Standard Pembelajaran (DSP)

Berkaitan dengan satu penetapan kriteria atau petunjuk ( indikator) kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.

3.

Modul

Mengandungi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenalpasti untuk dikuasai oleh murid serta diorganisasikan secara modular dan bersifat kendiri-lengkap (self-contained).

4.

Kurikulum Bersepadu

Kurikulum yang secara eksplisitnya tidak hanya menjurus kepada sesuatu domain, bidang atau aspek tertentu sahaja, sebaliknya lebih menyeluruh dengan mengintegrasikan pelbagai domain, bidang atau aspek yang bersangkutan dan dikenalpasti relevan atau selaras dengan perkembangan seimbang murid-murid.

5.

Mata Pelajaran Elektif

Mata pelajaran yang dipelajari oleh murid mengikut pilihan mereka sendiri. Di antara contoh mata pelajaran elektif ialah Bahasa Arab, Bahasa Cina (BCSK) dan sebagainya.

25

Impak Tajuk Terhadap Ilmu Perguruan

Salah satu impak terhadap Ilmu Pendidikan adalah berkaitan dengan memperkasakan Sekolah Kebangsaan adalah merupakan salah satu teras strategik Plan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Salah satu langkah yang diambil untuk memperkasa Sekolah Kebangsaan, ialah dengan memperkenalkan mata pelajaran Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan dan Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan selaras dengan keputusan Mesyuarat Kabinet pada 27 April 2005. Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan dan Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan ialah mulai tahun 2007 untuk murid Tahun 1, selaras dengan surat pekeliling ikhtisas KP(BS/PSR) 8502/15/006/Jld.II(32) bertarikh 9 Disember 2005. Kedua-dua mata pelajaran tersebut mengambil alih mata pelajaran bahasa tambahan iaitu Bahasa Cina Komunikasi dan Bahasa Tamil Komunikasi yang diperkenalkan mulai tahun 2003 kepada murid Tahun I di Sekolah Kebangsaan melalui surat pekeliling ikhtisas KP(BS)8591/Jld.XVIII(8) bertarikh 1 Oktober 2002. Pendedahan kepada surat pekeliling berkenaan dengan Pelaksanaan j-QAF adalah juga untuk memperkasa Sekolah Kebangsaan. Pelaksanaan j-QAF bermula pada tahun 2005 mengikut pekeliling KB(BS)8591/Jld.XVII(13) bertarikh 30 Disember 2004. Sebelum ini pembelajaran tulisan Jawi adalah untuk Tahun 1 sahaja iaitu bagi tempoh enam bulan pertama persekolahan di Tahun 1. Dalam pelaksanaan j-QAF, guru perlu memberi tumpuan khusus kepada penguasaan kemahiran menulis Jawi dan membaca Al-Quran. Peruntukan waktu dalam seminggu bagi tujuan ini adalah, Al-Quran 90 minit; Jawi 60 minit dan asas Ulum Syari'iyah 30 minit. Pelaksanaan j-QAF menyumbang kepada usaha memperkasa Sekolah Kebangsaan; iaitu dengan adanya j-QAF di Sekolah Kebangsaan maka ibu bapa Islam tidak perlu sangsi lagi dengan kualiti pendidikan yang diperolehi oleh anak-anak; kerana terdapat segelintir ibu bapa Islam yang merasa aspek-aspek tertentu seperti jawi, Al-Quran, fardhu ain dan bahasa Arab tidak diberi penegasan di Sekolah Kebangsaan sehingga mereka lebih gemar memilih untuk menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Agama Rakyat (SAR) atau sekolah agama yang lain.

26

Pendapat Anda Tentang Tajuk Unit ini sangat baik kerana telah memaparkan penerangan perkara-perkara berkaitan mata pelajaran yang terdapat di sekolah rendah di Malaysia. Penjelasan adalah berkaitan dengan mata pelajaran yang terdapat dalam KBSR dan KSSR. Mata pelajaran yang terdapat dalam KLSR juga dibincangkan. Mata pelajaran yang terdapat dalam KBSR dan KSSR kebanyakannnya adalah sama. Perbezaan adalah kepada bagaimana pengklasifikasian bidang ilmu. Dalam KBSR mata pelajaran dikategorikan mengikut bidang, mengikut komponen serta mengikut mata pelajaran teras, mata pelajaran wajib dan mata pelajaran tambahan. Dalam KSSR pula mata pelajaran disusun mengikut modul dan tunjang. Mata pelajaran Tahap 1 dalam KSSR dikelompokkan kepada tiga modul iaitu Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif. Mata pelajaran Tahap 2 dikelompokkan kepada dua kategori iaitu Mata Pelajaran Teras dan Mata Pelajaran Elektif. Bagi kategori Mata Pelajaran Teras, mata pelajaran seterusnya diklasifikasikan mengikut lima tunjang iaitu Tunjang Komunikasi, Tunjang Sains & Teknologi, Tunjang Perkembangan Fizikal & Estetika, Tunjang Kerohanian, Sikap & Nilai dan Tunjang Kemanusiaan. Manakala bagi kategori Mata Pelajaran Teras Elektif terdapat satu tunjang iaitu Tunjang Komunikasi Elektif. Penegasan semula mata pelajaran mengikut modul dan tunjang dalam KSSR adalah bagi memastikan murid-murid dapat mengalami pertumbuhan dan perkembangan secara seimbang dan harmonis selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Selain itu perbezaan adalah kepada penegasan standard kandungan dan standard pembelajaran. Antara pendedahan yang dilalui ialah pemeringkatan dalam mata pelajaran sains iaitu di peringkat awal KBSR duhulu sains diajar sebagai salah satu komponen dalam mata pelajaran Alam dan Manusia. Bila mata pelajaran Alam dan Manusia dimansuhkan, Sains diajar di Tahap 2 sahaja. Hanya pada 2001 barulah sains diajar di Tahap 1. Mulai 2003 pula mata pelajaran Sains diajar dalam bahasa Inggeris di bawah pelaksanaan PPSMI. Kini dalam KSSR pembelajaran sains di Tahap 1 adalah sebagai salah satu komponen dalam Dunia Sains dan Teknologi (DST).

27

RUJUKAN

Akta Pendidikan 1996. Kuala Lumpur : MDC Publishers Printers (1996) Siri Panduan Guru Kurikulum Baru Sekolah Rendah (1992). Asas KBSR 1. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Kamus Dewan Edisi keempat (2010) .Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Rancangan Malaysia Kesepuluh : Bab 5 ( Membangun dan Mengekalkan Modal Insan Bertaraf Dunia)

http://www.moe.gov.my/bpk/

28

You might also like