Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 24

PENGENALAN KONSEP KESALAHAN TATABAHASA

Tatabahasa ialah bidang yang menumpukan perhatian terhadap pembentukan kata dan proses pembinaan ayat sesuatu bahasa. Bahasa terdiri daripada kumpulan ayat yang tidak terbilang jumlahnya. Ayat pula terdiri daripada rentetan perkataan yang bermakna. Perkataan dibina oleh gabungan bunyi-bunyi dalam sesuatu bahasa yang mempunyai makna, digabungkan menjadi suku kata dan perkataan.Bidang tatabahasa mengkaji cara-cara perkataan itu terbentuk dan selanjutnya bagaimana(cara) perkataan itu bercantum membentuk frasa dan ayat. Penggunaan bahasa yang tepat ialah yang menepati ciri pengejaan dan binaan frasa. Penggunaan ejaan yang betul ialah yang mengikut Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu Bahasa Malaysia yang berkuat kuasa mulai tahun 1972. Binaan frasa yang betul pula bermaksud binaan yang mengikut Hukum D-M, iaitu perkataan pertama ialah inti atau unsur yang diterangkan, dan perkataan yang berikutnya merupakan penerang atau unsur yang menerangkan, melainkan yang melibatkan kecualian peraturan D-M.[2]

Penggunaan bahasa yang salah ialah penggunaan yang menyimpang daripada peraturan ejaan dan binaan frasa bahasa kebangsaan. Ejaan yang digunakan tidak mematuhi Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia, khususnya bagi yang melibatkan sistem keselarasan huruf vokal. Frasa yang salah ialah yang tidak mengikut Hukum D-M melainkan yang melibatkan kecualian bagi hukum tersebut. Penggunaan bahasa Inggeris sepenuhnya ialah yang mengambil seluruhnya perkataan daripada bahasa Inggeris yang belum diterima dan disahkan penggunaannya oleh Jawatankuasa Istilah, sama ada dari segi ejaan asal daripada bahasa sumber itu atau ejaan yang diubahsuai, serta penggunaan frasa mengikut peraturan bahasa sumber tersebut.

Kesalahan tatabahasa yang kerap dilakukan adalah pada papan tanda, samada papan tanda iklan mahupun kedai.Kesalahan dan kecelaruan penggunaan Bahasa Melayu pada papan tanda dan papan iklan masih lagi ditemui di tempat-tempat awam. Situasi ini menggambarkan sikap peniaga atau pengiklan yang tidak prihatin terhadap penggunaan bahasa Melayu yang betul dan tepat. Sikap mereka yang mengabaikan penggunaan bahasa Melayu yang betul, tepat dan berkesan menyebabkan martabat bahasa Melayu seolah-olah diperlekehkan. Dalam hal ini, soal betul atau salah penggunaan Bahasa Melayu pada papan tanda mahupun papan iklan bukan menjadi pertimbangan utama peniaga dan pengiklan, sebaliknya mereka hanya mementingkan bahasa yang digunakan pada papan tanda yang mereka anggap dapat difahami oleh pengguna. Justeru, terdapat segelintir peniaga dan pengiklan yang mencampuradukkan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris atau menjadikan bahasa rojak pada papan tanda premis mereka. Kerjasama dari semua pihak amat diperlukan bagi mengatasi masalah ini kerana ia merupakan satu langkah penting untuk memartabatkan Bahasa Melayu dan menyedarkan masyarakat tentang betapa peri pentingnya penggunaan Bahasa Melayu yang betul dan tepat.

KESALAHAN PAPAN TANDA i)

KESALAHAN Kata di dalam penggunaan di papan tanda adalah merujuk kepada imbuhan kata kerja namun telah dieja secara terpisah oleh pengguna. Perkataan di sebelah pada gambar rajah ketiga telah disalah eja . Di sebelah pada konteks tersebut menunjukkan tempat jadi sepatutnya ia dijarakkan PEMBETULAN Perkataan DI LARANG yang tertera pada kedua dua papan sepatutnya dirapatkan DILARANG Perkataan di sebelah sepatutnya ditulis, di sebelah

ii)

KESALAHAN

Kesalahan yang terdapat pada kesemua papan tanda adalah kesalahan ejaaan

Pada papan tanda pertama dan kedua perkataan yang telah disalah eja ialah perkataan kelinik, manakala dalam papan tanda ketiga perkatan yang telah disalah eja ialah, kapet, prem dan perhia an.Seterusnya, dalam papan tanda keempat perkataan yang disalah eja ialah perkataan perabut

PEMBETULAN

Perkataan kelinik sepatutnhya dieja sebagai klinik, perkataan kapet sepatutnya dieja sebagai karpet manakala perkataan prem sepatutnya ditulis sebagai bingkai. Frame merupakan kata pinjaman dari perkattan Bahasa Inggeris. Perkataan perhia an pula telah tertinggal huruf s dimana ia sepatutnya dieja sebagai perhiasan.Perkataan perabot dalam papan tanda yang keempat sepatutbya dieja perabot.

iii)

KESALAHAN Kesalahan pada ketiga tiga papan tanda di atas adalah penggunaan kata majmuk yang tidak tepat.Sepatutnya perkataan lebuhraya , pasaraya dan puduraya dieja secara dijarakkan.

PEMBETULAN Perkataan lebuhraya sepatutnya dieja lebuh raya , perkataan pasaraya dieja sebagai pasar raya manakala Puduraya dieja sebagai Pudu raya.

iv)

KESALAHAN Penggunaan ayat yang tidak sesuai. Perkataan berjalan pada papan tanda yang pertama adalah salah penggunaannya, peperiksaan menunjukkan sesuatu peristiwa atau kejadian jadi ia tidak boleh berjalan. Bagi papan kedua perkataan menjaja tidak sepatutnyaidigunakan kerana tiada imbuhan men bagi perkataa jaja.Bagi papan tanda yang ketiga perkataan jualan adalah salah penggunaannya

PEMBETULAN Perkataan Peperiksaan Sedang Berjalan sepatutnya ditulis sebagai Peperiksaan sedang dijalankan. Manakala perkataan Dilarang menjaja di kawasan ini sepatutnya ditulis, Dilarang berjaja di kawasan ini.Perkataan jualan sepatutnya digantikan dengan perkataan juru jual.

v)

KESALAHAN Kedua dua papan tanda ini menggunakan penggunaan perkataan Inggeris walaupun ia merupakan papan tanda dalam Bahasa Melayu Perkataan pump merupakan perkataan Bahasa Inggeris. Perkataan cosmetic dalam papan tanda kedua juga merupakan perkataan Bahasa Inggeris

PEMBETULAN Perkataan pump sepatutnya dieja pam manakala perkataan cosmetic sepatutnya dieja kosmetik.

FAKTOR FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KESALAHAN

Sebenarnya kesalahan pada papan tanda iklan bukan lah sesuatu yang baru berlaku. Perkara ini adalah satu perkara yang berlarutan akibat daripada sikap masyarakat kita yang sering memandang remeh perkara sebegini.Pada pendapat mereka , biarlah salah ejaan atau salah tatabahasanya asalkan apa yang ingin di sampaikan , apa yang ingin dijual diketahui orang. Begitulah mudah dan ringkasnya pemikiran masyarakat kita. Mereka tidak sedar bahawa tindakan ambil ringan dan ambil mudah mereka itu telah menjatuhkan maruah bahasa Melayu yang sering mereka ucapkan dalam percakapan harian mereka.Mereka juga tidak sedar

ketidaklarasan dan kesalahan bahasa yang mereka lakukan boleh mengelirukan orang ramai terutamanya pelajar sekolah. Mereka mungkin akan terbawa bawa kesalahan ini dalam penulisan mereka di sekolah.Akibatnya, tidak hairan jika suatu hari nanti bahasa Melayu menjadi bahasa yang dipinggirkan oleh generasi muda. Seterusnya, faktor yang menyumbang kepada kesalahan tatabahasa ini ialah konsep atau abstrak yang sukar dinyatakan dalam bahasa Melayu. Kadang kala terdapat konsep atau kepercayaan sesuatu kaum yang dipercayaai dapat membawa tuah kepada perniagaan. Walau bagaimanapun konsep tersebut sukar untuk diterjemahkan di dalam bahasa Melayu. Jadi sebagai penyelesaiannya, peniaga atau pihak percetakan mengambil langkah mudah dengan dengan mewujudkan perkataan atau entri mereka sendiri dalam memasarkan produk atau jenama masing masing. Penterjemahan dari bahasa Inggeris ke bahasa Melayu yang kurang tepat juga merupakan faktor mengapa kesalahan bahasa sering berlaku. Kurangnya penguasaan terhadap bahasa Melayu dan bahasa Inggeris menyebabkan ayat yang digunakan mempunyai banyak kesalahan tatabahasa . Ejaan yang digunakan juga tidak bertepatan dengan maksud dan apa yang ingin disampaikan juga tidak menepati maksud asal yang sebenar. Kurang kemahiran dalam tatabahasa juga merupakan faktor penyumbang bagi kesalahan tatabahasa yang sering dilakukan.Masyarakat kurang faham tentang penggunaan atau mahir untuk membezakan penggunaan kata sendi nama mengikut rumus rumus seperti yang

terkandung di dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Perkara ini berlaku kerana masyarakat sudah biasa dengan penggunaan yang salah dan tidak peka tentang perubahan yang sepatutnya. Faktor yang seterusnya, gangguan daripada bahasa ibunda, dialek atau bahasa daerah, serta bahasa lisan atau bahasa pasar. Tidak dinafikan penggunaan bahasa-bahasa tersebut sedikit sebanyak mengganggu usaha pembakuan bahasa Melayu kerana dengan penggunaan bahasabahasa tersebut di dalam kehidupan seharian, pengguna bahasa Melayu sukar untuk membandingkan bahasa baku yang betul dan tidak. Apabila percakapan harian menggunakan bahasa bahasa yang disebutkan di atas secara tidak langsung ia turut mempengaruhi bahasa penulisan mereka. Pengaruh bahasa asing juga merupakan penyebab penutur bahasa Melayu melakukan kesalahan. Kesalahan ini berlaku kerana penggunaan istilah yang tidak tepat. Sebagai contoh, oleh sebab begitu ghairah untuk menggunakan bahasa Inggeris, maka banyak perkataan Inggeris telah cuba dimelayukan. Perkataan bajet, misalnya, diambil daripada perkataan Inggeris, budget, dengan alasan lebih tepat. Alasan yang dikemukakan ialah perkataan belanjawan membawa makna yang negatif, iaitu orang yang suka berbelanja.Pengaruh media massa juga merupakan faktor terpenting yang menyebabkan kerancuan terjadi. Bahasa yang digunakan oleh radio, televisyen, atau akhbar sering menjadi ikutan pengguna bahasa. Contoh terbaru yang dapat kita lihat ialah penggunaan istilah infotainmen yang telah diperkenalkan oleh RTM. Penggunaan istilah tersebut masih diteruskan penggunaannya walaupun menerima kritikan tokoh bahasa. Pencipta istilah ini tidak mengetahui bagaimana istilah baru dibentuk seperti yang ditetapkan oleh DBP dalam buku Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Malaysia ( DBP, 1975) yang sudah menggariskan tujuh langkah pembentukan istilah. Walau apa jua alasan atau faktor yang diberikan permasalahan utama atau faktor utama kepada masalah ini adalah jati diri penutur bahasa Melayu. Jika mereka sangat cintakan bahasa Melayu dan ingin ia dimartabatkan di mata dunia, mereka akan sentiasa m enggunakannya megikut laras bahasa yang telah ditetapkan.

USAHA YANG DILAKUKAN BAGI MENGATASI MASALAH INI

Sebagai penutur bahasa Melayu yang prihatin saya telah melakukan beberapa langkah yang saya fikirkan berpatutan bagi menyelesaikan masalah kesalahan bahasa pada papan tanda kedai ataupun premis. Tindakan pertama yang saya lakukan adalah berjumpa sendiri dengan pemilik premis perniagaan dan memberitahu beliau kesalahan yang terdapat pada papan tanda premis tersebut. Jawapan daripada beliau telah saya jangkakan. Beliau mendakwa bahawa beliau tidak mengetahui terdapat kesalahan bahasa dalam papan tanda tersebut. Saya menerangkan kepada beliau tentang kesalahan pada papan tanda beliau dan kemnudian meminta beliau untuk memperbetulkannya sebagai tanda beliau menyanjung tinggi dan memartabatkan bahasa Melayu.Beliau berterima kasih dan berjanji akan berusaha bagi membuat semula papan tanda yang baru yang mematuhi laras bahasa Melayu yang sepatutnya./ Selepas mengambil tindakan yang pertama saya berasa lebih berkeyakinan untuk memperbetulkan kesilapan yang sering kali dilakukan oleh masyarakat ini.Saya nekad untuk mengambil langkah seterusnya. Saya telah mengambil keputusan menulis surat aduan berkaitan dengan masalah papan tanda. Jadi saya telah menulis sepucuk surat rasmi kepada Yang Dipertu Majlis Daerah Kuala Selangor. Saya amat berharap agar surat aduan yang telah saya kemukakan itu mendapat perhatian dari pihak beliau dan beliau atau pegawai yang terbabit dapat berjumpa dengan saya bagi membincangkan masalah terbabit. Seterusnya, saya mengadakan sedikit perbincangan ilmiah bersama sama rakan rakan sekerja bagi membincangkan masalah ini. Sebenarnya ramai di antara kami yang menyedari akan masalah ini dan kesannya kepada generasi yang akan datang. Melalui berbincangan tersebut kami telah bersetuju untuk menegur secara spontan kepada pemilik premis atau mereka yang berkaitan dan bertanggungjawab terhadap papan tanda tersebut. Tujuan teguran itu adalah bagi memperbetulkan kesilapan yang berulang di samping menyedarkan orang ranai tentang kepentingan penggunaan bahasa yang betul penggunaan bahasa harian mereka. Saya juga mengambil langkah untuk berkempen secara tertutup berkenaan perkara tersebut. Contohnya , jika saya mengajar di dalam kelas dan terdapat topik yang menyentuh tentang aspek bahasa saya akan menegur kesalahan bahasa yang murid murid saya lakukan dan menerangkan kepada mereka tentang peripentingnya untuk mereka memartabatkan bahasa yang sangat indah dan tinggi nilainya ini.Selain murid murid saya juga berkempen

secara tertutup dengan ahli keluarga dan jiran. Saya yakin usaha saya yang kecil ini sedikit sebanayak dapat menyentuh mereka tentang laras bahasa, tatabahasa dan frasa kata lantas menambah pengetahuan mereka tentang bahasa Melayu. Saya yakin lama kelamaan sikap tidak mengambil berat terhadap bahasa Melayu akan berubah menjadi seseorang yang sering inginkan kesempurnaan dalam bahasa pertuturan mahupun bahasa Penulisan. Seterusnya, saya juga sering berkongsikan gambar gambar tentang kesalahan papan tanda ini di laman sosial saya. Tujuan saya memuatnaik gambar ganbar tersebut adalah untuk bderkongsikan rasa keprihatinan dan bertanggungjawab bersama sama dengan rakan rakan.Sekali lagi di sini saya amat menitik beratkan ketersentuhan rakan rakan tentang perkara tersebut. Pada pandangan saya melalui sentuhan minda yang sebegitu apa yang biasa diamalkan dapat diubah dan perubahan sikap kepada seseorang yang amat menyanjung tinggi akan bahasa Melayu akan dapat membantu usaha menjadikan negara Malaysia bebas dari masalah bahasa. Di sini saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan beberapa cadangan, Cadangan yang pertama ialah pihak yang berkuasa seperti Majlis Daerah dan pihak Bahasa dan Pustaka haruslah mengadakan satu kerjasama erat bagi mengatasi masalah ini. Contohnya mereka boleh mengadakan seminar kepada para peniaga berkaiatan dengan laras bahasa. Kedua, saya ingin mencadangkan agar pihak media massa dapat menggunakan laras bahasa yang betul apabila menyiarkan iklan. Hal ini kerana bahasa yang digunakan ole media massa sering menjadi ikutan semua golongan masyarakat. Jadi jika ingin memartabatkan bahasa Melayu media massa haruslah sanggup melakukan perubahan yang besar. Seharusnya, seseorang yang telah mendapat kesedaran tentang kepentingan penggunaan yang betul wajar membantu orang lain yang masih tidak mengetahui tentang kesilapan bahasa yang sering mereka lakukan.

PENUTUP

PENGGUNAAN bahasa kebangsaan sebenarnya tidaklah menyusahkan. Sistem yang sedia wujud dalam bahasa kebangsaan negara kita lebih mudah jika dibandingkan dengan sistem dalam bahasa Inggeris.Pada suatu ketika dahulu bahasa Melayu pernah dinobatkan sebagai bahasa antarabangsa, tetapi kejatuhan Empayar Melaka menjatuhkan jua kehebatan Bahasa Melayu dan menyebabkan masyarakat dunia terlupa dengan bahasa Melayu yang gah ini.Bahasa melayu juga amat mudah untuk dipelajari dan difahami. Hal ini dapat dibuktikan dengan penguasaan bahasa kebangsaan dalam kalangan pelancong asing yang berkunjung ke Malaysia yang dapat bertutur dengan baik dalam jangka masa yang tidak panjang. Semua pihak pengguna bahasa atau masyarakat, pihak berkuasa tempatan, dan pihak berkuasa bahasa kebangsaan harus bekerjasama. Bahasa kebangsaan ialah bahasa rasmi negara yang perlu diberi keutamaaan penggunaannya sekiranya melibatkan orang awam. Papan tanda nama pada premis perniagaan dapat dianggap sebagai hal yang rasmi kerana pameran itu dilakukan untuk panduan dan pengetahuan awam.

Penguatkuasaan dan pengawasan secara bersepadu oleh semua pihak berwajib adalah perlu untuk memastikan bahawa bahasa Melayu baku sebagai bahasa kebangsaan dihormati penggunaannya pada papan iklan, papan perniagaan, nama tempat, jalan, bangunan dan sebagainya. Jika bahasa Melayu digunakan dengan laras yang betul, tepat dan sesuai ia akan menjadi satu bahasa yang indah dan dapat dimartabatkan sebagai bahasa antarabangsa. Di samping itu, media elektronik perlu menyekat penggunaan bahasa yang tidak mengikut laras bahasa yang betul dan tepat bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pendengar, penutur dan pengguna bahasa Melayu. Pengamal-pengamal media perlu turut bekerjasama memartabatkan bahasa Melayu yang bermutu tinggi.DBP juga perlu diberi kuasa undang-undang untuk menegur dan mengambil tindakan kepada pihak-pihak yang melakukan kesalahan bahasa.Jika perkara sebegini dapat dijalakan saya percaya tidak ada satu pun papan tanda yang ditulis dengan bahasa yang salah.

Walau apa pun adalah amat penting bagi semua warga pendidik menekankan tentang penggunaan bahasa yang tepat dan betul bagi memartabatkan bahasa Melayu. Paling penting , warga pendidik haruslah menanam semangat cintakan bahasa Melayu dalam jiwa murid murid. Jika mereka cintakan bahasa Melayu, masalah kejahilan dan berbahasa akan dapat diatasi. Sikap acuh tak acuh terhadap bahasa Melayu dapat ditukar kepada seseorang yang sangat peka terdapat setiap sentimen bahasa yang digunakan.Bukanlah merupakan satu perkara yang mudah untuk melahirkan seseorang yang sebegitu , walau bagaimanapun usaha yang berterusan dan tanpa jemu harus dilakukan oleh guru guru Pihak peniaga haruslah disedarkan tentang masalah papan tanda ini kerana secara tidak langsung mereka adalah ejen bahasa kepada murid murid. Mereka harus sedar, papan yang yang ditayangkan itu bukan hanya mempromosikan barang bagi mengaut keuntungan sebaliknya, tulisan tulisan yang terpapar itu turut menjadi ikutan anak anak dibangku sekolah. Secara keseluruhannya, sesuatu bahasa itu tidak akan berjaya jika tiada penutur dan pengguna yang tegar untuk memperjuangkannya ke peringkat yang lebih tinggi. Bahasa itu melambangkan bangsa. Jika kita menggunakan bahasa denga laras yang betul, tepat dan sesuai maka kita akan dipandang sebagai suatu bangsa yang maju, berketerampilan dan sentiasa tinngi pada pandangan orang lain.

You might also like