Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Refleksi Kesihatan menggambarkan keupayaan dan kesejahteraan hidup individu dan masyarakat.

Konsep yang ditekankan oleh kesihatan ialah kesihatan yang menyeluruh iaitu mengikut definisi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), suatu keadaan di mana individu itu berada di dalam keadaan yang sempurna daripada segi jasmani, mental-emosi, sosial dan rohani dan bukan sahaja bebas dari penyakit, cacat atau cedera. Pendidikan Kesihatan yang formal dan tidak formal adalah penting kerana ia membolehkan individu dalam masyarakat memainkan peranan masing-masing. Pengetahuan mengenai konsep, prinsip dan falsafah pendidikan adalah penting serta berupaya merialisasikan tujuan pengajaran dan pembelajaran kesihatan. Pendidikan Kesihatan ialah disiplin ilmu yang membolehkan murid mendapat pengalaman pembelajaran secara berterusan untuk membuat keputusan,

meningkatkan literasi kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat. Berdasarkan tugasan yang telah diberikan kepada saya untuk semesta kali ini, saya dan kumpulan diminta untuk merancang satu pengajaran untuk satu tajuk Pendidikan Kesihatan dengan menggunakan kebijaksanaan menggunakan sumbersumber, teori dan kreativiti supaya pengajaran dan pembelajaran (P&P) berkesan untuk murid. Saya dan ahli kumpulan dikehendaki menyediakan nota dan mengumpul maklumat secara individu. Seterusnya ialah menyediakan RPH juga secara individu. Kemudiannya kami dikehendaki menjalankan mikro pengajaran secara individu mengikut segmen yang ditentukan. Mikro pengajaran yang dijalankan akan direkodkan mengikut segmen masing-masing. Sepanjang melakukan tugasan ini saya dapati terdapat beberapa kelemahan dan kelebihan yang diperolehi oleh saya dan ahli kumpulan. Kelemahan yang pertama ialah semasa P&P dijalankan, saya dapati penggunaan ruang kelas yang saya gunakan tidaklah begitu baik. Bukti ini dapat saya saksikan melalui rakaman video yang diambil. Saya banyak menggunakan hadapan kelas untuk memberi arahan dan tidak menggunakan ruang kelas secara menyeluruh.

Penambahbaikan yang perlu saya lakukan ialah, saya perlu lebih bijak menggunakan ruang kelas yang ada untuk menarik perhatian murid semasa P&P dijalankan. Contohnya ialah, ketika melakukan aktiviti atau latihan dalam kumpulan, saya boleh bergerak mengelilingi murid untuk memantau aktiviti yang dilakukan oleh murid. Kesannya pasti lebih memberangsangkan kepada murid-murid dan murid dapat menumpukan perhatian yang lebih serta memudahkan guru untuk mengawal kelas. Kelemahan yang kedua ialah alat bantu mengajar (ABM) yang saya gunakan tidak menarik minat murid-murid. Aktiviti yang saya adakan ialah meniru memek muka yang di tunjukkan. Didapati murid berkelakuan tidak terkawal dan berbuat bising kerana ABM itu tidak menarik minat dan tidak memahami apa yang perlu di lakukan. Penambahbaikan yang saya perlu lakukan untuk memastikan masalah ini tidak berulang lagi ialah dengan memeriksa dan meneliti akan ABM yang akan saya gunakan untuk setiap langkah dan aktiviti P&P. Perkara ini sangat penting untuk memastikan P&P berjalan lancar dan guru dapat mengawal kelas dengan baik. Di samping itu, pengetahuan dan kemahiran daripada pelbagai mata pelajaran lain, pengalaman hidup seharian murid serta isu-isu global perlu di hubung kait dalam proses pengajaran dan pembelajaran disiplin ilmu Pendidikan Kesihatan.

Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi seperti internet, e-mel, CD-Rom dan sidang telekomunikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran perlu di galakkan sebagai melengkapkan diri dengan kemahiran abad ke-21 Melalui pemerhatian yang saya lakukan terhadap video yang telah dirakamkan, saya dapati ada kelebihan sepanjang P&P yang saya lakukan. Antaranya ialah kelantangan suara saya sesuai dan dapat didengari oleh semua murid. Semua murid dapat mendengar apa yang saya cakapkan dan dapat menerima arahan dengan baik sekali. Namun masih ada penambahbaikan yang perlu saya lakukan untuk memastikan tahap kelantangan suara saya dapat digunakan dengan betul. Contohnya, saya perlu melantangkan suara pada bahagian-bahagian tertentu seperti ketika memberi arahan kepada murid-murid. Ini untuk memastikan apa yang diarahkan dapat diterima dan difahami dengan lebih jelas oleh mereka.

Daripada tugasan ini juga, saya dapat menyemai nilai-nilai murni sama ada dalam diri sendiri mahupun diri rakan-rakan saya. Pertamanya, sebagai bakal guru, saya dapati saya mempelajari kepentingan nilai tolong menolong dan bekerjasama dikalangan ahli kumpulan. Selain itu saya dapat menyemai semangat berpasukan dalam kumpulan saya. Kami bersama-sama mencari bahan dan bergerak secara kolaboratif untuk mendapatkan sebanyak mana bahan untuk dibentangkan semasa proses P&P. Melalui pendekatan ini perkembangan kemahiran belajar perlu di beri penekanan. Seterusnya, saya dapat memupuk jati diri dan sifat berani untuk mendapatkan ilmu. Saya dan rakan-rakan banyak berjumpa dengan pensyarah, rakan-rakan senior untuk mendapatkan pandangan dan teknik untuk melakukan P&P. Perkara ini sangat penting bagi saya untuk menyampaikan P&P dengan berkesan. Hal ini kerana pengalaman mereka akan menjadi sumber ilmu bagi saya untuk lebih maju dan berjaya kelak.

You might also like