CTH K. Kerja (Format Penulisan)

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 19

PEMERKASAAN PROGRAM PENGAJIAN DI MASJID: KAJIAN TERHADAP KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAFSIR AL-QURAN

DISEDIAKAN: KUMPULAN AL-AKHYARI

PENYELIA: HJ. NORAKYAIREE HJ. MOHD RAUS

KERJA KURSUS BAGI MEMENUHI KEPERLUAN KURSUS DHABT, RASM AL-QURAN DAN FAWASIL

FAKULTI PENGAJIAN QURAN DAN SUNNAH UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

OKTOBER 2010

PROGRAM QI05/QI10 QBA 2023 TQA 1

BIL.

NAMA AHLI

NO. MATRIK

SUMBANGAN (%)

JUMLAH

100%

PEMERKASAAN PROGRAM PENGAJIAN DI MASJID: KAJIAN TERHADAP KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAFSIR AL-QURAN1 Hj. Norakyairee Hj. Mohd Raus2 (Nama Pembentang) Dr. Adnan Mohamed Yusoff3 (Nama Ahli) Abstrak: (Pengenalan) Gambaran sempit yang melihat kepada peranan Masjid yang hanya terfokus kepada pusat pengabdian amalan ritual semata-mata adalah pandangan yang jauh menyimpang dari kebenaran. Sebaliknya sejarah membuktikan bahawa masjid adalah merupakan pusat syiar Islam yang menghubungkan hamba dengan Penciptanya dari pelbagai sudut pengabdian selaras dengan konsep al-imarah iaitu memakmurkan masjid sebagai pusat pendidikan rohani dan jasmani ke arah mentauhidkan Allah s.w.t. (Objektif) Objektif utama kajian ini adalah untuk menganalisa program pengajian yang dijalankan di masjid-masjid terpilih sekitar Kuala Lumpur khususnya dalam pengajian Tafsir al-Quran. Selain itu, kajian ini juga bertujuan bagi mengenalpasti sumber rujukan yang digunakan bagi tujuan pengajian Tafsir al-Quran, isi kandungan penyampaian dan kaedah pengajiannya. (Metodologi) Kajian ini menggunakan dua konsep kajian iaitu secara perpustakaan iaitu dengan pengumpulan data dan maklumat berpandukan bahan-bahan berbentuk primier dan sekunder. Manakala kajian secara lapangan pula menggunakan kaedah temu bual, edaran borang kajiselidik dan pengamatan ke atas kajian kes. (Hasil dapatan kajian) Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pengajian Tafsir al-Quran di masjid-masjid memainkan peranan penting dalam mendidik masyarakat mencintai alQuran dengan menjadikannya sebagai wirid harian sama ada dalam konteks membaca, menghafal dan memahami isi kandungannya. (Kesimpulan) Beberapa cadangan penambahbaikan juga disarankan dalam kajian ini ke arah memantapkan lagi sistem pengajian ini sama ada dari sudut pemerkasaan terhadap bahan rujukan, kaedah penyampaian dan isi kandungan pengajian.

Kata kunci: Pengajian di masjid, Pengajaran dan pembelajaran, Tafsir al-Quran

Kertas kerja ini dibentangkan di dalam Seminar Kebangsaan Pengajaran Dan Pembelajaran Berasaskan Masjid 2010 yang bertemakan Memperkasa Masjid Sebagai Pusat Pengajaran Dan Pembelajaran. 18 -19 Februari 2010 di Masjid Negeri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor. Anjuran: Penyelidik Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. 2 Pensyarah di Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia. 3 Pensyarah Kanan di Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia. 3

1.0

PENDAHULUAN

Kedatangan Islam di Malaysia seawal kurun ke-13 merupakan detik permulaan perkembangan pengajian ilmu Islam khususnya dalam menyampaikan isi kandungan alQuran yang menjadi sumber utama perundangan al-Din al-Hanif ini4. Jika ditinjau dari sudut paparan sejarah, didapati bahawa tiada kajian atau penulisan khusus berkaitan perkembangan pengajian tafsir al-Quran berikutan istilah pengajian ini boleh dikatakan istilah semasa. Istilah pengajian ini mula terkenal setelah bermulanya penghantaran para pelajar tempatan mendalami ilmu Islam ke Timur Tengah di mana mereka ini terdedah dengan pelbagai cabang ilmu pengetahuan Islam yang tidak lepas dari berpanduan al-Quran sebagai sumber rujukan utamanya. Walau bagaimanapun, dipercayai bahawa pengajian tafsir al-Quran ketika itu sudah berlaku secara tidak langsung berikutan metode pengajaran dan pembelajaran al-Quran itu sendiri adalah merupakan adunan daripada kaedah empat M iaitu mengeja, membaca, menghafal dan memahami serta menghayati isi kandungannya. Tambahan pula ilmu-ilmu Islam yang lain seperti ilmu akidah, hadis, fekah, tasawwuf dan akhlak mempunyai hubungan yang erat dengan al-Quran. Menurut kajian Ismail Yusoff5, seawal kurun ke-17 hingga ke-19 Masihi, dunia Alam Melayu telah mengalami perkembangan pesat dalam pengajian al-Quran setelah lahirnya penterjemahan sulung al-Quran iaitu Tarjuman alMustafid oleh Syeikh Abdul Rahman bin Ali Al-Fansuri (1615-1693M) seorang ulama berasal dari Aceh. Perkembangan ini juga berkait rapat dengan penghasilan karya-karya penulisan, penterjemahan dan pentafsiran al-Quran serta pengajiannya selari dengan pertumbuhan pesat pengajian pondok6 dan madrasah7 serta peranan besar institusi surau dan masjid. Faktor utama yang menjadi pemangkin kepada perkembangan pesat dalam pengajian Tafsir al-Quran ini adalah lahirnya ulama-ulama Melayu tempatan yang mempunyai kepakaran luas dalam pelbagai aspek keilmuan Islam dan percambahan drastik institusi-institusi pengajian Islam yang bermula daripada peranan istana sebagai medan pengajian, rumah guru-guru agama, surau, masjid dan seterusnya fungsi pengajian pondok dan madrasah khususnya di bahagian utara semenanjung Malaysia. Jika dilihat dari aspek kepentingan masjid sebagai institusi ulung menerusi liputan sejarah Islam, implikasi pembinaan dan pemakmurannya yang menjadi agenda utama dalam metode penyebaran dakwah Islam iaitu pembinaan lambang sebagai syiar Islam dan pemusatan aktiviti masyarakat sebagai medan pendidikan. Perkara ini sejajar dengan konsep Imarah sebagaimana digambarkan di dalam al-Quran di mana selain peranan utama masjid sebagai medan penghubung di antara hamba dengan
4

Menurut kajian Syed Muhammad Najib Naquib al-Attas, Islam mula bertapak di Terengganu pada kurun ke-13 Masihi dan berkembang ketika pemerintahan Kesultanan Melaka pada kurun ke-15. Lihat: Abdullah Jusuh, Pengenalan Tamadun Islam di Malaysia. Edisi Pertama, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1990, Pengenalan. 5 Ismail Yusoff, Perkembangan Pengajian dan Penulisan Tafsir di Malaysia, Islamic Academy of University Malaya (UM), Kuala Lumpur, Ph.D. thesis, unpublished, 1995, Abstract. 6 Pengajian Pondok adalah salah satu system pendidikan yang sangat popular dalam masyarakat Melayu bermula lewat kurun ke-19 ke-20 Masihi. Kebanyakkan pengajian pondok ini berakar umbi di Utara dan Timur semenanjung Malaysia seperti di Kelantan, Kedah, Perak and Seberang Perai. Lihat: Mohd Taib Osman dan Abdul Aziz Deraman, Tamadun Islam di Malaysia. Cetakan Pertama, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2000, halaman: 450. 7 Sistem pengajian di Madrasah dikenalpasti bermula sekitar awal kurun ke-20 Masihi setelah munculnya Madrasah al-Iqbal di Singapura pada tahun 1908 Masihi. Lihat: Mohd Taib Osman and Abdul Aziz Deraman, Tamadun Islam di Malaysia. Cetakan Pertama, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2000, halaman: 478. 4

Penciptanya (Ta`abbudiyyah), ia juga berfungsi sebagai medan pendidikan, dakwah dan penjanaan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan. Firman Allah s.w.t. dalam surah alTaubah:9:18:

Maksudnya: Yang memakmurkan masjid-masjid Allah hanyalah orangorang yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, serta tetap mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat dan tidak takut kepada sesiapapun selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk. Ayat di atas menunjukkan bahawa Allah s.w.t. menyebut dengan jelas dua ibadah yang mempunyai peranan yang signifikan dalam kehidupan seharian manusia iaitu Solat dan Zakat. Dapat difahami bahawa menifestasi mendirikan Solat ini adalah merupakan kesinambungan pelaksanaan aktiviti kerohanian dan pengabdian tulus kepada Allah s.w.t. Manakala amalan pengeluaran Zakat pula adalah merupakan menifestasi ke arah penjanaan aktiviti kemasyarakatan yang berasaskan konsep bantumembantu. Justeru, pemusatan perkembangan pengajian Islam yang berpaksikan masjid sebagai markaz pendidikan rohani dan perlaksanaan aktiviti sosial adalah merupakan tunjang asas dalam pembinaan masyarakat yang berilmu dan beramal. Ini secara tidak lansung membuktikan bahawa simpulan Sirah dan idealogi Nabi Muhammad s.a.w. bukan sekadar angan-angan kosong atau pendapat yang lahir dari minda insani semata-mata bahkan ia merupakan sumber pemikiran yang telah diwahyukan. 1.1 LATAR BELAKANG DAN PERMASALAHAN KAJIAN

Kelahiran tokoh ulama silam khususnya di Malaysia dalam menyampai dakwah khususnya dalam penyebaran ilmu tafsir al-Quran sangat berkait rapat dengan peranan masjid. Sejarah telah membuktikan bahawa penjanaan pengajianpengajian ilmu Islam di masjid adalah tapak asas pergerakan aktiviti masyarakat ke arah pembangunan ummah yang cemerlang. Dalam Muktamar Risalah alMasjid di Mekah al-Mukarramah pada tahun 1975, soal peranan dan fungsi masjid dibincang dan disepakati bahawa masjid boleh berperanan dengan baik apabila memiliki peralatan dan ruangan yang memadai seperti berikut: i. ii. Ruang solat yang memenuhi beberapa syarat keluasannya; Ruang khusus untuk wanita yang memudahkan mereka untuk keluar masuk masjid tanpa bercampur gaul dengan lelaki. Ini termasuk ruang solat dan pendidikan; Ruang bagi sebarang pertemuan dan bilik perpustakaan; Ruang klinik dan ruang untuk memandi dan mengkafankan jenazah; dan

iii. iv.

v. Ruang untuk beriadah bagi remaja Islam8. Mengikut tinjauan awal, boleh dikatakan semua masjid di sekitar Kuala Lumpur menjadikan kelas pengajian Tafsir al-Quran sebagai salah satu agenda utama aktiviti ilmiah sama ada dijalankan pada setiap minggu atau setiap bulan. Bahkan ada yang mengadakan kelas pengajian khusus dalam pengajian kelas Tarjamah al-Quran secara Harfiyyah sebagaimana dijalankan di masjid Saidina Abu Bakar al-Siddiq, Bangsar. Memandangkan permintaan yang tinggi terhadap pengajian ini, maka satu kajian yang memfokuskan terhadap metodologi pengajian, pengisian dan sumber rujukan perlu dijalankan bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar. Keperluan ke atas kajian ini bersandarkan kepada keahlian dalam bidang tafsir ini memerlukan kepakaran yang mendalam dalam pelbagai aspek ilmu dan bukan sekadar mentafsirkan ayat-ayat al-Quran mengikut pemahaman dan idealogi sendiri atau memihak kepada sesuatu pihak sahaja.

1.2

TUJUAN DAN SKOP KAJIAN

Kajian ini secara keseluruhannya bertujuan untuk meninjau metode pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran pengajian Tafsir al-Quran di masjid-masjid terpilih sekitar Kuala Lumpur. Masjid-masjid tersebut adalah seperti berikut: i. ii. iii. iv. Masjid Negara Masjid al-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail Masjid Saidina Abu Bakar al-Siddiq, Bangsar Masjid Muaz bin Jabal, Taman Setiawangsa

Pemilihan masjid-masjid di atas adalah berdasarkan kepada peranan institusi ini yang aktif dalam menjalankan kepelbagaian program sama ada dari sudut program berbentuk pengisian rohani mahupun program berbentuk aktiviti sosial. 1.3 OBJEKTIF KAJIAN

Bagi mencapai tujuan di atas, secara khusus kajian ini bertujuan untuk mencapai objektif utama seperti berikut: i. ii. iii. Mengenal pasti persekitaran pengajaran dan pembelajaran Tafsir al-Quran di masjid; Menerangkan pengisian yang dipersembahkan mengikut kesesuaian bahan dan penerimaan para jemaah; dan Mengenal pasti bahan-bahan pengajaran dan sumber-sumber rujukan dalam pengajian ini.

Quraisy Shihab, Wawasan al-Quran, halaman: 463.

2.0

SOROTAN KAJIAN (Nyatakan hubung kait di antara kajian/buku/artikel/majalah/website


yang dijadikan rujukan dengan kajian kamu @ Istifadah dari rujukan tersebut).

Sorotan literatur merupakan salah satu kaedah kajian dan proses mengenalpasti tiada persamaan atau pertindanan tajuk kajian yang akan dijalankan dengan mana-mana kajian lepas. Ia juga bertujuan untuk menguatkan dapatan kajian berdasarkan sumbersumber rujukan kajian yang tepat dan releven. Dalam bab ini, penulis akan mengemukan keperluan dan kepentingan pengajaran dan pembelajaran al-Quran yang diaplikasikan dalam program tahfiz dan qiraat. Kajian-kajian berkenaan prospek kerjaya graduan dalam pelbagai lapangan juga akan diketengahkan dalam usaha mengenalpasti kelebihan dan kekurangan yang ada dan yang perlu diperbaiki dalam program ini. Akhirnya penulis memfokuskan kepada dapatan kajian lepas dalam menjelaskan kesinambungan kajian ini untuk memperkembangankan hasil kajian ini dalam konteks evolusi semasa. 2.1 Kepentingan Pengajaran Dan Pembelajaran al-Quran Beberapa sumber rujukan yang menjadi fokus utama telah diambil dalam mengemukan keperluan dan kepentingan pengajaran dan pembelajaran alQuran dalam konteks memperkasakan pendidikan al-Quran melalui program tahfiz dan qiraat. Di antara sumber-sumber yang dikenalpasti adalah seperti penulisan buku, artikel, majalah dan penyelidikan serta website. Keperluan kepada pendidikan secara efektif dan inovatif tidak perlu disangkal lagi lebih-lebih lagi dalam usaha kerajaan memperdanakan sistem pendidikan di Malaysia supaya selari dengan sistem pendidikan global. Jesteru, pandangan Hj.Samsudin bin Md Noor9, salah seorang guru cemerlang dalam bidang Pendidikan Islam ada menyatakan bahawa objektif perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran akan tercapai apabila pelajar mengetahui dan memahami tajuk yang diajar, kemudian mampu menganalisa dan membanding beza serta membuat penilaian serta mampu untuk mengaplikasi dalam situasi yang tertentu. Manakala guru perlu memahami modul pengajaran dan pembelajaran yang bermula dengan set induksi, perkembangan isi mengikut aras serta menggunakan kaedah dan teknik yang sesuai, penerapan prinsipprinsip Islam Hadhari, rumusan, tugasan dan ulasan kendiri. Buku Pendidikan Islam: Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran karangan Kamarul Azmi Jasmi dan Ab. Halim Tamuri10 turut menyentuh isu kepentingan dan keperluan sistem pengajaran dan pembelajaran. Menurut buku ini Islam tidak pernah meminggirkan teknologi dan perkembangan terkini untuk
9

Hj.Samsudin bin Md Noor, Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Ke Arah Peningkatan Prestasi (Suatu Pengalaman Untuk Dikongsi), Panitia Pendidikan Islam Sm Teknik Perdagangan Johor Bahru, 2009. Lihat: http://www.panitiapijb.com/download/Pengalaman Guru Cemerlang.Doc 10 Kamarul Azmi Jasmi dan Ab. Halim Tamuri, Pendidikan Islam: Kaedah Pengajaran & Pembelajaran, 2007, Universiti Teknologi Malaysia. 7

menghasilkan kaedah pendidikan yang terbaik. Walau bagaimanapun, kaedah Pengajaran dan Pembelajaran yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. perlu dijadikan asas dan rujukan. Ini kerana Baginda s.a.w. merupakan model terbaik yang mengajak umat Islam mengamalkan ajaran Islam dan akhlak Islamiyyah. Tidak dinafikan kejayaan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam berkait rapat dengan kemahiran dan peranan guru yang berkesan. Kemahiran asas pengajaran dan pembelajaran yang perlu dikuasai meliputi penyediaan Bahan Bantu Mengajar (BBM), mengendalikan set induksi, penerapan Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis (KBKK), kemahiran menyoal dan pengendalian kelas untuk pengayaan dan pemulihan. Kepentingan Pendidikan Islam merangkumi aspek pembacaan, pemahaman, dan hafazan ayat alQuran, akidah, ibadat, akhlak, sirah, tokoh dan tamadun Islam. Penguasaan dan penghayatan keseluruhan aspek ini mampu membentuk modal insan yang mempunyai minda kelas pertama.

3.0

METODOLOGI KAJIAN 3.1 Reka Bentuk kajian

Kajian ini dilakukan melalui kaedah kajian tinjauan terhadap kaedah pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran Tafsir al-Quran di masjid-masjid terpilih sekitar Kuala Lumpur. Tinjauan meliputi beberapa faktor pembolehubah yang terlibat dalam pelaksanaan pengajian ini iaitu latar belakang demografik guru dan para jemaah, kaedah pengajaran dan pembelajaran Tafsir al-Quran, isi kandungan penyampaiannya dan bahan-bahan rujukan yang menjadi asas kepada proses pengajaran dan pembelajaran Tafsir al-Quran di masjid. 3.2 Populasi dan Sampel Kajian

Kehadiran jemaah di masjid semasa sesi pengajian dijalankan di masjid-masjid terpilih di sekitar Kuala Lumpur. Sampel kajian pula dipilih dari kalangan para jemaah yang dipilih secara rawak iaitu sebanyak 83 orang yang terdiri daripada 69 jemaah lelaki dan selebihnya jemaah wanita. Manakala sampel guru adalah terdiri semua guru yang mengajar pengajian ini di masjid-masjid terlibat iaitu seramai 10 orang. 3.3 Kaedah Pengutipan Data

Data dan maklumat kajian ini dikutip melalui beberapa kaedah seperti berikut: i. ii. iii. Pencerapan proses Pengajaran dan Pembelajaran Tafsir al-Quran di masjid-masjid terlibat; Pemerhatian terhadap persekitaran pengajaran dan pembelajaran pengajian tersebut; Soal selidik persepsi para jemaah terhadap pengajian ini dan amalan pembelajarannya; dan

iv.

Soal selidik persepsi para guru terhadap kepentingan pengajian ini dan amalan pengajarannya.

3.4

Instrumen Pengutipan Data

Beberapa instrumen pengutipan data dan maklumat digunakan dalam metode kajian ini: i. ii. iii. Borang soal selidik persepsi para jemaah terhadap proses pengajaran dan pembelajaran pengajian Tafsir al-Quran di masjid; Borang soal selidik refleksi para guru yang terlibat dalam pengajian ini; dan Temu bual dengan para jemaah dan para guru yang terlibat dalam pengajian ini.

4.0

DAPATAN DAN RUMUSAN (Analisa Data dan Maklumat)

Berdasarkan tujuan dan objektif yang telah digariskan dalam kajian ini, beberapa pemerhatian dapat disimpulkan hasil daripada dapatan dari kajian ini. 4.1 Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Tafsir Al-Quran Di Masjid

Istilah kaedah biasanya merujuk kepada teknik dan pendekatan. Mengikut kajian Azman Wan Chik, teknik itu apa yang dilihat dalam bilik darjah. Jika sekirannya seorang guru mengajar bahasa dengan menggunakan alat-alat komunikasi canggih dalam makmal bahasa, maka kaedah tersebut dikenali sebagai satu teknik. Sekiranya seorang guru Pendidikan Islam mengajar pelajar menghafaz al-Qur`an dengan mendengar bacaan dalam pita kaset, maka kaedah ini pula dinamakan satu pendekatan11. Mok Soon Seng pula berpendapat bahawa pendekatan tertumpu kepada cara bagaimana suatu mata pelajaran atau pengajian diajar berdasarkan objektifnya. Manakala teknik pula ialah kemahiran seseorang guru dalam pengelolan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran12. Kesimpulannya, kaedah adalah merupakan hasil gabungan penyatuan teknik dan pendekatan yang terfokus kepada peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan teratur13 di mana kaedah tersebut yang mempunyai nama seperti kaedah kuliah, demonstrasi, simulasi, inquiri penemuan dan sebagainya. Perkara ini jelas sebagaimana kajian Abu Saleh, beliau mengatakan bahawa kaedah itu ialah satu aktiviti pengajaran yang

11

http://pendislami.tripod.com/kaedah_pengajaran.htm. Lihat: Azman Wan Chik, Kaedah Hayati Amali, Karya Bistari: Kuala Lumpur,1987. 12 Ibid. Lihat: Mok Soon Seng, Pedagogi 2: Strategi pengajaran pembelajaran mikro , Kumpulan Budiman: Kuala Lumpur, 1992. 13 Ibid. Lihat: Sharifah Alwiah Alsagoff, Ilmu Pendidikan: Pedagogi, Cetakan ke-4, Heinemann: Kuala Lumpur, 1986. 9

mengandungi langkah-langkah yang tersusun dan dalam tiap-tiap langkah itu pula mempunyai kemahiran dan latihan yang terancang14. Merujuk kepada kaedah pengajian Tafsir al-Quran, ia juga mempunyai kaedah-kaedah yang tertentu sebagaimana yang telah diletakkan sebagai asas kaedah pengajaran berdasarkan amalan pengajian secara turun temurun bermula dengan kaedah Rasulullah s.a.w. menyampaikan isi kandungan alQuran, para Sahabat r.a., Salaf al-Soleh sehinggalah ditulis dan dibukukan oleh para ulama dulu dan sekarang sebagai panduan generasi mendatang. Pengajian Tafsir al-Quran di masjid-masjid terlibat sekitar Kuala Lumpur secara umumnya dijalankan selepas waktu solat tertentu. Menurut kajian Ismail Yusoff15, didapati bahawa kaedah pengajian ini sama ada dijalankan di masjid, surau atau di madrasah adalah sama sistemnya walaupun berlainan tempat atau negeri. Secara amnya, kaedah pengajian Tafsir al-Quran ini dibahagikan kepada tiga cara sebagaimana tercatat di bawah: i. ii. iii. Menjadikan kitab-kitab tafsir edisi terjemahan Melayu sebagai bahan pengajaran; Menjadikan tafsir ayat hukum, akidah, akhlak dan isu-isu semasa sebagai asas pengajaran; dan Menjadikan kitab-kitab tafsir yang muktabar dan mudah difahami sebagai panduan pengajaran.

Berdasarkan dapatan daripada kajian ini, terdapat beberapa waktu yang sesuai untuk menjalankan pengajian ini. Waktu-waktu tersebut dipilih berdasarkan jumlah jemaah yang hadir, keselesaan para jemaah dalam mendengar dan kelapangan masa bagi tenaga pengajar bagi menunaikan tanggungjawab menyampaikan pengajian tersebut. Data kajian menunjukkan bahawa 90% pengajian Tafsir al-Quran dijalankan selepas waktu solat Maghrib dan selebihnya ada yang dijalankan selepas waktu subuh dan ada yang dijalankan pada waktu petang (di antara jam 3.00 hingga 6.00 petang) di mana biasanya ia lebih tertumpu kepada kaum muslimah. Pengajian tersebut diadakan secara pengajian biasa iaitu tenaga pengajar akan duduk dihadapan sama ada disediakan kerusi dan meja atau duduk bersimpuh dengan diletakkan rehal seakan meja kecil bagi meletakkan bahan pengajaran. Manakala para jemaah akan duduk bersimpuh mengadap tenaga pengajar dalam barisan saf yang agak rapat berbanding daripada saf dalam keadaan berdiri untuk menunaikan solat secara berjemaah16. Khalayak jemaah yang mengikuti pengajian ini didapati seramai 87% jemaah adalah berumur lebih daripada 40 tahun. 18% daripada keseluruhan para jemaah pula adalah golongan professional sama ada berkerja dengan agensi kerajaan, swasta ataupun bekerja sendiri. Kajian ini juga mendapati bahawa lebih 60% daripada khalayak jemaah bersetuju, tertarik dan faham dengan kaedah penyampaian yang disampaikan oleh tenaga pengajar.
14

Ibid. Lihat: Abu Saleh, Muhibuddin Ahmad, Asasiyat fi Turuq at-Tadris al-`Ammah, Darul al-Huda: Riyadh, 1988. 15 Ismail Yusoff, Perkembangan Pengajian dan Penulisan Tafsir di Malaysia, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur, Ph.D. tesis, halaman: 109-113. 16 Hj. Norakyairee Hj. Mohd Raus, Tafsir al-Quran Studies in Selected Mosques in Kuala Lumpur, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kuala Lumpur, M.A. tesis, halaman: 143 10

Manakala peratusan selebihnya adalah mereka yang tidak bersetuju, kurang bersetuju dan tidak tahu akan keberkesanan kaedah penyampaian tersebut. Setelah diselidik dengan beberapa jemaah secara rawak, ada di antara mereka yang berpendapat bahawa kaedah penyampaian tenaga pengajar ini tidak mengikut arus semasa. Ada juga yang tidak faham kaedah penyampaian apabila tenaga pengajar tidak mentafsirkan ayat-ayat yang diajarkan secara satu persatu. Berdasarkan maklumbalas ini, penulis berpendapat bahawa tenaga pengajar juga perlu peka terhadap isu-isu semasa agar dapat menghubungkan maksud ayat dengan isu-isu tersebut dalam menarik minat para jemaah ke arah menghayati isi kandung ayat dalam konteks realiti semasa. Pun begitu, terdapat juga segelintir khalayak jemaah yang kurang faham dengan metodologi penyampaian tafsir al-Quran yang menggunapakai kaedah tertentu bergantung kepada kitab-kitab tafsir yang dijadikan sebagai bahan asas pengajaran. Mungkin sebagai penyelesaian dalam isu ini adalah dengan cara tenaga pengajar mengambil pendekatan dalam menghuraikan kaedah penyampaiannya sebelum menyampaikan pengajian. Perkara ini perlu kerana kehadiran para jemaah adalah tidak tetap dan ada yang secara kebetulan berada di masjid ketika itu disebabkan urusan-urusan tertentu17. Graf di bawah adalah sebagai bukti bagi kenyataan ini.

17

Terdapat empat kaedah penyampaian isi kandungan tafsir al-Quran iaitu kaedah Tafsir Tahlili (Penerangan secara terperinci dan dari pelbagai aspek ilmu), Tafsir Ijmali (Penerangan secara makna keseluruhan), Tafsir Mawdhu`i (Dikenali sebagai tematik iaitu penerangan mengikut tajuk-tajuk tertentu) dan Tafsir Muqaran (Penerangan sesuatu isu berdasarkan perbandingan di antara dua atau lebih kitab-kitab tafsir). Kebanyakkan tenaga pengajar menggunakan kaedah Tafsir Ijmali dan ada juga yang menggunakan kaedah Tafsir Mawdhu`i. 11

Jika dilihat dari aspek tenaga pengajar pula, kebanyakkan mereka adalah terdiri daripada golongan profesional yang menjawat jawatan sebagai pensyarah di universiti-universiti yang terletak di sekitar Kuala Lumpur seperti dari Akademi Pengajian Islam, Univeriti Malaya (UM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan ada yang bekerja di agensi-agensi kerajaan lain seperti pejabat agama dan sekolan-sekolah. Golongan penceramah bebas juga tidak ketinggalan dalam mengisi sebahagian kecil daripada tenaga pengajar ini. Hal ini berlaku berkemungkinan besar berdasarkan kedudukan bandaraya Kuala Lumpur sebagai ibu negara Malaysia yang di kelilingi dengan pelbagai kemudahan pendidikan terutama tenaga pengajar berjawatan pensyarah. Berdasarkan pengalaman mengajar pula, boleh dikatakan 60% daripada tenaga pengajar yang telah mengajar dalam bidang ini lebih daripada 8 tahun. Dalam konteks kekerapan mengajar pula didapati 60% daripada kalangan tenaga pengajar memilih mengajar di masjid sebanyak sekali seminggu. Terdapat juga pengajian yang dijalankan sebanyak 5 kali seminggu iaitu bermula dari hari isnin hingga jumaat selepas waktu subuh sebagaimana dijalankan di masjid al-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail. Secara umum, beberapa teknik dan kaedah yang telah digunakan oleh tenaga pengajar dalam sesi penyampaian pengajian Tafsir al-Quran di masjidmasjid terlibat sekitar Kuala Lumpur. Berikut adalah hasil daripada pengamatan penulis berdasarkan catatan penulis yang turut serta dalam sesi penyampaian pengajian tersebut; i. Muqaddimah penyampaian; Tenaga pengajar akan memulakan sesi pengajian dengan alTahmid dan Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. Kemudian menyorot kembali pengajian yang telah lepas sebagai menyatakan kesinambungan pengajian dan peringatan bagi khalayak jemaah mengingat semula kepada pelajaran lepas. Membaca potongan ayat; Sebahagian tenaga pengajar akan membaca ayat yang akan ditafsirkan dahulu kemudian diikuti para jemaah. Kaedah ini sangat baik dalam memperbaiki mutu bacaan para jemaah di samping memuatkan penerangan hukum-hukum tajwid secara ringkas. Terdapat juga tenaga pengajar yang membaca dan para jemaah mengikutinya secara perlahan atau menyemak bacaan tersebut secara kendiri. Menerangkan makna ayat; Secara umumnya, tenaga pengajar telah menggunakan kaedah yang tepat dalam mentafsir ayat. Bermula dengan membaca terjemahan ayat diikuti dengan makna umum ayat, hubungan ayat terkini dengan sebelumnya (jika ada), asbab nuzul ayat (jika ada), menerangkan secara terperinci jika bersabit dengan hukum-hakam, sejarah, kaitan dengan isu semasa dan sebagainya. Dalam konteks penerangan berkaitan isu-isu Israilliyyat ada di antara tenaga pengajar yang menceritakan dengan lebih terperinci sambil menerangkan diakhirnya terhadap aspek dan konsep sebenar berkaitan isu Israilliyyat. Sebahagian yang lain lansung tidak
12

ii.

iii.

menyentuh mengenainya yang berkemungkinan ditakuti terdapat salah faham di kalangan khalayak jemaah yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang pendidikan. Medium bahasa yang digunakan oleh tenaga pengajar adalah bahasa Melayu. Terdapat maklumbalas daripada khalayak jemaah yang tidak faham atau kurang jelas mengenai sesuatu perkataan atau isu disebabkan perkataan tersebut berasal dari bahasa Arab yang tidak dijelaskan oleh tenaga pengajar secara terang. Ini berkemungkinan disebabkan terlepas pandang oleh tenaga pengajar atau perkataan tersebut telah diterangkan sebelum ini melalui sesi pengajian lepas di mana tidak dihadiri oleh segelintir khalayak jemaah. iv. Menerangkan pengajaran ayat; Secara amnya, tenaga pengajar akan membuat kesimpulan dalam setiap sesi pengajian sebelum menerangkan beberapa pengajaran ayat yang terdapat dalam ayat yang telah dipelajari. Bentuk kesimpulan yang disampaikan adalah berupa nasihat dan panduan ke arah memberi peringatan dan pengajaran. Sesi soal jawab juga akan dibuka sekiranya ada kesempatan masa dan setiap permasalahan akan dijawab bagi menjelaskan situasi sebenar sesuatu isu dan permasalahan. Membaca doa sebelum majlis bersurai. Dapatan daripada kajian ini menunjukkan bahawa 100% dari kalangan tenaga pengajar akan mengakhiri sesi pengajiannya dengan berdoa memohon petunjuk dari Allah s.w.t. agar segala amalan mereka sentiasa berada di bawah hidayah Ilahi.

v.

4.2

Pengisian Pengajian Tafsir Al-Quran Di Masjid

Pengisian dalam sesuatu penyampaian ilmu merujuk kepada penyataan penerangan isi kandungan sesuatu pengajaran secara terancang mengikut objektif-objektif yang telah disasarkan. Kaedah pengisian dalam seseuatu pengajaran yang baik mempunyai hubung kait dengan langkah-langkah dan strategi yang tersusun serta objektif yang tepat dan boleh dicapai. Di samping itu, matlamat yang hendak dituju juga mestilah terang dan jelas. Dalam kitab Ma`alim fi al-Tarbiyah karangan al-Nashmi, beliau telah mencadangkan supaya tenaga pengajar memilih kaedah yang boleh memberi kesan yang mendalam bukan sahaja kepada kefahaman pelajar yang diajar, malah yang memberi kesan kepada jiwa dan menyentuh perasaan pelajar. Dengan cara ini pelajar akan memberi tumpuan yang padu dan dapat mengingati pelajaran dengan lebih cepat dan bertahan lebih lama18.

18

http://pendislami.tripod.com/kaedah_pengajaran.htm. Lihat: al-Nashami, Ajil Jasim, Ma`alim fi al-Tarbiyah, 1980, Maktabah al-Manar: Kuweit.

13

Proses pengajaran dan pembelajaran dalam apa juga bidang ilmu yang hendak disampaikan adalah merupakan satu proses interaksi yang membabitkan tiga perkara utama iaitu pengajar, pendengar dan pengisian pengajaran. Perkara ini terkandung dengan pujian Baginda s.a.w. ke atas mereka yang sentiasa berusaha membongkar rahsia-rahsia al-Quran. Sabda Rasulullah s.a.w.;

Bermaksud: Sebaik-baik manusia di kalangan kamu adalah mereka yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya (kepada orang lain)19. Berpandukan hadis di atas, dapat difahami bahawa Nabi Muhammad s.a.w. mengiktiraf kesungguhan dan iltizam golongan pengajar dan pelajar yang menjadikan al-Quran sebagai bahan untuk berinteraksi dalam memenuhi pengisian program-program pengajian dan aktiviti-aktiviti penyelidikan. Pengiktirafan tersebut iaitu sebagai golongan yang terbaik adalah merupakan tanda penghormatan Nabi Muhammad s.a.w. ke atas mereka yang mewarisi perjuangan Baginda dalam menyebar dan memperkasakan pendidikan al-Quran sebagai salah satu metode dakwah bagi mewarnai program-program pengajian khususnya di masjid. Di antara keistimewaan al-Quran ialah isi kandungan yang bersesuaian dan sejajar dengan perkembangan semasa (Soleh li Kulli Zaman wa Makan). Perkara ini telah dirungkai oleh Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam kitabnya Bagaimana Kita Berinteraksi Dengan al-Quran20 berdasarkan penelitian beliau terhadap matlamat-matlamat yang terkandung dalam al-Quran iaitu:i. ii. iii. iv. v. vi. vii. Memperbaiki ke arah pemurnian (Tashih) akidah sama ada berkaitan perkara uluhiyyah, risalah dan perbahasan. Membenarkan dan memartabatkan kemulian manusia (Karamah Insani) dan hak-haknya. Mengajar manusia ibadah yang baik kepada Allah. Menyeru kepada pembersihan jiwa. Pembentukan usrah yang solehah. Mengasaskan ummah yang menjadi saksi kepada sekalian manusia. Dakwah kepada alam insani yang bersifat tolong menolong.

19

Lihat: al-Harawi, al-Allamah Abu `Ubayd al-Qasim ibn Salam, Kitab Fadail al-Quran, Cetakan Pertama, Dar Ibn Kathir, Damascus, Bierut, 1995, p. 44. Lihat: al-Bukhari, (8/692): Kitab Fadail al-Quran: Hadith (5027, 5028), Abu Dawud (1/460) Kitab al-Solah: Hadith (1452), Ibn Hibban (1/76): Kitab al-Muqaddimah: Hadith (211,212), al-Darimi (2/437): Kitab Fadail al-Quran, Ahmad (1/57,58). 20 al-Qaradhawi, Yusuf Abdullah, Kayfa Nata`amul Ma`a al-Quran al-`Azim?, Markaz Buhus al-Sunnah wa al-Sirah: Universiti Qatar,1997, halaman: 17-70 14

Pun begitu, terdapat juga pendapat daripada sebahagian ulama yang menyatakan bahawa intipati utama dalam al-Quran itu ada empat perkara iaitu:i. ii. iii. iv. Permasalahan akidah. Permasalahan syariah. Perbandingan agama dan akhlak. Kisah nabi-nabi dan umat dahulu kala.

Berdasarkan kajian ini, didapati tenaga pengajar menjadikan beberapa kitab tafsir yang muktabar sebagai panduan dan menyampaikan isi kandungannya secara berperingkat-peringkat mengikut maksud yang termaktub dalam kitab tersebut. Sebagai contoh, pengajian Tafsir al-Quran di Masjid alTaqwa, Taman Tun Dr. Ismail yang dijalankan pada setiap pagi (isnin hingga jumaat) selepas selesai mengerjakan solat subuh, tenaga pengajar memulakan pengajiannya dengan mengimbas kembali pelajaran lepas, kemudian membaca ayat al-Quran yang hendak ditafsirkan secara perlahan dan diikuti oleh para jemaah. Kitab Tafsir Pimpinan al-Rahman dijadikan sebagai bahan pengajaran bagi tujuan pengajaran dan rujukan kepada khalayak jemaah. Pengisian pengajian tersebut adalah berdasarkan ayat yang ditafsir. Jika sekirannya ayat tersebut mempunyai Asbab al-Nuzul, maka beliau akan menerangkannya. Sekiranya terdapat permasalahan dari sudut bahasa, beliau akan menjelaskannya dengan bahasa yang mudah dan ringkas. Begitulah seterusnya mengikut pendekatan ayat yang dibaca dan ditafsirkan sama ada disentuh dari aspek akidah, sejarah, hukum-hakam, pengajaran, akhlak dan sebagainya. Rujukan kepada kitab-kitab Tafsir lain juga digunapakai seperti Tafsir al-Tobari, Tafsir Ibn Kathir dan sebagainya mengikut keperluan kandungan. Berdasarkan maklumbalas dari khalayak jemaah, didapati 56% bersetuju agar tenaga pengajar mengedarkan cacatan ringkas ke arah memperbaiki tahap pemahaman dan bleh dibuat ulangkaji. Namun, berdasarkan pengamatan penulis tenaga pengajar boleh mencadangkan asas bahan pengajaran sebagaimana contoh di atas iaitu dengan menjadikan Tafsir Pimpinan Rahman dijadikan silibus atau panduan dalam sesi pengajian. Catatan secara kendiri oleh para jemaah adalah salah satu anisiatif positif dalam mencatat atau menyalin perkara-perkara penting agar dapat dirujuk semula. Ia bertepatan dengan salah satu kaedah pembelajaran yang berkesan iaitu kaedah mencatat. Pepatah Arab ada menyebut (Untuk mengelak lupa atau hilang) Ilmu itu perlu diikat dengan catatan. 4.3 Sumber Rujukan Dalam Pengajian Tafsir Al-Quran Di Masjid

Rujukan bermaksud keterangan lanjut mengenai sesuatu perkara atau sumber seperti buku, majalah dan sebagainya untuk memperoleh keterangan lanjut21. Ia juga dapat difahami sebagai asas pegangan dan panduan dalam menguatkan atau menyokong sesuatu penyataan.

21

http://sbmb.dbp.gov.my/knb/cariankata/dbp_ka_rujukan_kamus_dbp.aspx 15

Sumber rujukan dalam pengajian Tafsir al-Quran mempunyai pelbagai kategori. Bidang pentafsiran sebagaimana yang telah disepakati oleh para ulama menjurus kepada empat metodologi atau manhaj seperti di bawah22:i. Manhaj Tahlili; Di antara kitab tafsir yang berpanduankan manhaj ini adalah seperti Tafsir Jami` al-Bayan `an Takwil Ayi al-Quran oleh al-Imam Ibn Jarir al-Tobari, Ma`alim al-Tanzil oleh al-Imam al-Baghawi, Tafsir al-Quran al-`Azim oleh al-Imam Ibn Kathir dan sebagainya. Manhaj Ijmali; Di antara kitab tafsir yang berpanduankan manhaj ini adalah seperti Tafsir Jalalayn oleh al-Shaykh Jalaluddin al-Sayuti dan alShaykh Jalaluddin al-Mahalli, Tafsir al-Wajiz oleh al-Wahidi, Tafsir Fi Zilal al-Quran oleh al-Shaykh Sayyid Qutb dan sebagainya. Manhaj Maudhu`i; Di antara kitab tafsir yang berpanduankan manhaj ini adalah seperti Tafsir al-Manar oleh al-Shaykh Rashid al-Rida, Tafsir alMaraghi oleh al-Imam Ahmad Mustafa al-Maraghi, Tafsir al-Naba al-`Azim olehal-Shaykh al-Diraz dan sebagainya. Manhaj Muqaran; Di antara kitab tafsir yang berpanduankan manhaj ini adalah seperti Kitab Manhaj Ibn `Atiyyah Fi Tafsir oleh Dr. Abdul Wahab Fayad dan Kitab Manahij al-Mufassirin oleh Dr. Mahmud alNaqrashi.

ii.

iii.

iv.

Namun, jika dilihat dari sudut asas sumber pengambilan keempat-empat manhaj ini, maka ia tidak lari daripada berpegang kepada dua sumber pengambilan utama iaitu:i. ii. Tafsir bi al-Mathur (al-Riwayat); dan Tafsir bi al-Rayi (al-Dirayat).

al-Imam al-Zarqani23 menambah satu lagi sumber pengambilan iaitu Tafsir alIshari yang bersandarkan kepada isyarat atau dikenali juga sebagai Tafsir alSufi. Berdasarkan kajian ini, didapati bahawa tenaga pengajar amat memahami kaedah pengajaran Tafsir al-Quran di mana mereka telah meletakkan asas bahan pengajian sebagai panduan dan rujukan kepada khalayak jemaah. Pengajian di Masjid al-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail dan Masjid Mu`az bin Jabal, Taman Setiawangsa menjadikan Kitab Tafsir Pimpinan al-Rahman Kepada Pengertian al-Quran karangan Sheikh Abdullah Basmeih
22

Ali Hasan Ridwan, Bughyah al-Darisin li Manahij al-Mufassirin, Darul al-Kitab: Mesir, 1998, halaman: 1219. 23 al-Zarqani, Muhammad Abd al-`Azim, Manahil al- `Irfan fi `Ulum al-Quran, Jilid 1, Cetakan ke-2, Dar Ihya al-Turath al-`Arabi: Beirut, halaman: 479

16

sebagai kitab asas pengajian. Manakala Pengajian di Masjid Abu Bakar al-Siddiq pula menggunapakai Tafsir al-Munir karangan Dr. Wahbah al-Zuhaili dan di Masjid Negara pula Tafsir Ayat Ahkam karangan al-Shaykh `Ali al-Sobuni menjadi kitab asas pengajian. Walaupun tenaga pengajar menjadikan kitab-kitab tafsir tertentu sebagaimana tersebut di atas, namun berdasarkan pengamatan penulis terdapat sumber rujukan daripada kitab-kitab tafsir yang lain khususnya kitab Tafsir alQuran al-`Azim karangan al-Imam Ibn Kathir, Tafsir al-Maraghi oleh al-Imam Ahmad Mustafa al-Maraghi dan sebagainya. Perkara ini menunjukkan bahawa tenaga pengajar mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam mengajar bidang ini iaitu dengan menyampaikan isi kandungan al-Quran berpandukan sumber rujukan khusus di samping penambahan-penambahan dari sudut percambahan idea dan pendapat melalui kitab-kitab tafsir muktabar yang lain serta diadaptasikan dengan permasalahan semasa. Asas pertimbangan ini adalah berdasarkan lebih 60% daripada khalayak jemaah bersetuju dengan penyataan bahawa pengajaran tafsir yang mereka ikuti bukan hanya tertumpu dalam membicarakan hal-hal yang berkaitan dengan teori sahaja. Ini dapat difahami - berdasarkan temu bual penulis dengan beberapa orang tenaga pengajar - bahawa keperluan kepada penambahan bahan sumber rujukan dalam pengajaran akan merancakkan suasana pengajian dalam merungkai sesuatu isu yang bukan sekadar berlegar-legar dalam ruang lingkup teori semata-mata bahkan ia perlu merealisasikannya sejajar dengan kehendak semasa.

5.0

IMPLIKASI DAN CADANGAN

Berpandukan hasil dapatan kajian ini, secara amnya didapati bahawa pengajian Tafsir al-Quran di masjid-masjid sekitar Kuala Lumpur mempunyai permintaan yang tinggi dan merupakan program pengajian wajib bagi setiap masjid. Ia juga telah dapat memberi gambaran bahawa tenaga pengajar dan khalayak jemaah mempunyai minat yang tinggi di dalam menyampaikan dan mempelajari Tafsir al-Quran. Apa yang dapat disimpulkan daripada kajian ini adalah status pengajaran dan pembelajaran Tafsir al-Quran di masjid-masjid sekitar Kuala Lumpur didapati bahawa kaedah penyampaian adalah berkesan, pengisian yang baik dan sumber bahan rujukan pengajian yang sistematik. Beberapa faktor penyumbang ke arah keberkesanan pengajian ini telah dikenalpasti iaitu:i. Keistimewaan al-Quran; Subjek yang menfokuskan dalam pengajian tentang perbahasan al-Quran merupakan tarikan utama kepada masyarakat dalam menjadikannya program pengajian utama setiap masjid.

ii.

Kepakaran tenaga pengajar; Faktor tenaga pengajar yang malim dalam bidang pengajian juga menjadi tarikan utama kepada kebanjiran para jemaah mengikuti pengajian tersebut. Pemahaman terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran Tafsir al-Quran juga menunjukkan keahlian tenaga pengajar tersebut dalam bidang al-Quran. Tambahan pula, kebanyakkan tenaga pengajar tersebut berkelulusan ijazah
17

dan ada yang berjawatan sebagai pensyarah yang bertugas di universitiuniversiti sekitar Kuala Lumpur. iii. Keiltizaman para jemaah; Hasil kajian mendapati bahawa masyarakat amat dahagakan pengisian yang menjurus kepada pemahaman sumber panduan utama agama Islam iaitu alQuran. Keaktifan pengurusan masjid; Peranan masjid juga tidak dapat dinafikan dalam menyediakan platfom pengajian di samping merancang dan mentadbir urus program masjid selari dengan fungsinya. Perancangan program pengajian dalam pelbagai bidang mengikut agenda yang ditetapkan dan pengurusan dalam memilih tenaga pengajar yang mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam bidang yang sesuai dengan pengajian khususnya dalam memartabatkan pengajian Tafsir al-Quran. Kedudukan masjid; Faktor kedudukan masjid-masjid di bandar dan kebanyakkannya dikelilingi oleh golongan-golongan profesional juga mempengaruhi keaktifan dan sistem pengurusan yang baik dan teratur.

iv.

v.

Sungguhpun demikian, beberapa aspek penambahbaikan ke arah pemerkasaan program pengajian ini. Di antara saranan dan cadangan hasil daripada kajian ini adalah seperti berikut:i. Tenaga pengajar disarankan supaya memanjangkan sedikit dalam konteks Muqaddimah penyampaian dengan mengimbas kembali pelajaran lepas dan menerangkan sumber bahan pengajian serta kaedah pengajaran bagi memudahkan para jemaah membuat rujukan. Ini memandangkan ada di antara para jemaah yang secara kebetulan berada di masjid ketika program pengajian dijalankan. Tenaga pengajar disarankan supaya menghubungkan pentafsiran ayat-ayat al-Quran tertentu dengan bidang lain khususnya sains dan teknologi. Penggunaan kaedah Tafsir Maudhu`i sebagai salah satu kaedah pengajaran juga merupakan satu pendedahan baru dalam pengajian Tafsir al-Quran di Malaysia. Tenaga pengajar juga perlu menerangkan secara terperinci berkaitan istilahistilah Arab yang kadang-kadang terlepas pandang. Ini memandangkan kepada masyarakat kita yang masih kurang pendedahan atau penggunaan harian mereka kepada istilah-istilah yang dikira biasa oleh tenaga pengajar. Faktor tenaga pengajar yang mempunyai latarbelakang pendidikan agama dan kemahiran bahasa Arab merupakan penyumbang ke arah itu. Keperluan kepada penggunaan alat bantu mengajar (ABM) seperti penggunaan LCD bagi paparan pengisian pengajian. Ini memandangkan kebanyakkan masjid-masjid telah menyediakan peralat seperti ini. Keperluan kepada kekerapan pengajian ini sekurang-kurangnya seminggu sekali. Keperluan kepada sesi soal jawab juga merupakan aspek penting dalam menghubungkan perkongsian pemahaman dan penyelesaian permasalahan khususnya dalam mendapat respon dua hala antara pengajar dan pelajar.
18

ii.

iii.

iv.

v. vi.

vii. viii.

ix. x.

Keperluan menyentuh isu-isu berkaitan akhlak dan penceritaan sebagai model peringatan dan penghayatan yang berkesan. Keperluan kepada para jemaah yang mengikuti pengajian tersebut mempunyai bahan rujukan pengajian khususnya semasa pengajian dijalankan. Kekerapan mengikuti pengajian secara konsisten juga menyumbang ke arah meningkatkan lagi tahap keberkesanan pembelajaran. Kesediaan para jemaah mempraktikkan apa yang dipelajari dalam amalan seharian adalah merupakan faktor utama dan amalan para Salaf al-Soleh ke arah menghayati al-Quran secara teori dan amali.

6.0

PENUTUP

Dapatan kajian ini yang menunjukkan kaedah pengajaran dan pembelajaran pengajian Tafsir al-Quran di masjid-masjid sekitar Kuala Lumpur adalah berada ditahap yang baik. Berbagai faktor penyumbang ke arah keberkesanan pengajian tersebut telah dirungkai seperti di atas berdasarkan pengamatan, temu bual dan edaran borang soal selidik. Pun begitu, beberapa saranan dan cadangan telah diutarakan sebagai panduan kepada semua pihak yang merupakan matlamat dan tujuan ke arah pemerkasaan pengajian ini di samping menaikkan taraf program pengajian di masjid ke arah mengembalikan semula kegemilangan fungsi masjid yang termaktub dalam sejarah Islam. Memandangkan kajian ini dijalankan di Bandaraya Kuala Lumpur yang mempunyai pelbagai aspek kemudahan dan perkhidmatan, adalah dicadangkan agar kajian lain pula dijalankan untuk melihat sejauhmana pelaksanaan kaedah pengajaran dan pembelajaran pengajian ini berjalan khususnya melalui persekitaran populasi dan persampelan di kawasan luar bandar. Ini bertujuan membuat perbandingan seterusnya membantu mengenalpasti faktor lain dan membantu memperbaiki keadaan ini melalui peranan pegawai-pegawai masjid, Jabatan Agama Islam Negeri, ADUN dan pihak-pihak yang berwajib. 7.0 RUJUKAN
Abadi, al-Fayruz. 1996. al-Qamus al-Muhit. Beruit: Muassasah al-Risalah. Abdullah Hassan. 2002. Prosiding Persidangan Antarabangsa Pengajian Melayu Beijing Ke-2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdullah Jusuh. 1990. Pengenalan Tamadun Islam Di Malaysia. 1 Ed. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
st

19

You might also like