Panduan

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 11

Cara Mendaftar dan Buat Akaun Maybank2U.

com Online
MUKADDIMAH (Terima Kasih kerana Download. Anda boleh mengedarkan panduan ini tanpa mengubah isi kandungan-nya.) www.kedaipdf.com

Sebelum ini semuanya agak sukar bila ingin membuat urusan dengan Maybank terutama-nya yang melibatkan urusan kaunter. Pada zaman canggih seperti sekarang, Anda perlu ada sekurang-kurangnya satu akaun Perbankan Online untuk memudahkan urusan pembayaran anda. Untuk pengetahuan anda, kebanyakkan Bank di Malaysia telah ada sistem perbankan atas talian mereka sendiri. Bagaimanapun, saya ingin berkongsi kaedah untuk membuka akaun Maybank 2U iaitu Bank terbesar dan umum di Malaysia. Secara kasarnya juga, bank yang lain juga mempunyai kaedah yang hampir sama seperti pendaftaran Maybank 2U. Berikut ialah kelebihan jika anda menggunakan Maybank 2U secara online. Pembayaran bil Telefon, internet, Astro, TNB, air dll Transfer duit kepada orang tua, adik beradik dsb. Pembayaran sewa rumah Pembelian, pesanan barangan atau perkhidmatan secara online di Malaysia Pembelian online (lelong.com, mudah.com, ebook) di Malaysia

Hakcipta Terpelihara 2013 kedaipdf.com

Page 1

Cara Mendaftar dan Buat Akaun Maybank2U.com Online


Berikut ialah Kaedah Membuka Akaun Maybank 2U Nota Penting: Pastikan anda sudah ada akaun dengan Maybank. Jika belum, sila buka akaun anda terlebih dahulu di Maybank yang berdekatan. 1. Pergi ke mesin ATM Maybank yang bedekatan.

2. Pilih menu Maybank2U

Hakcipta Terpelihara 2013 kedaipdf.com

Page 2

Cara Mendaftar dan Buat Akaun Maybank2U.com Online


3. Pilih menu daftar TAC telefon bimbit

4. Masukkan nombor handphone anda dan pilih YA

Hakcipta Terpelihara 2013 kedaipdf.com

Page 3

Cara Mendaftar dan Buat Akaun Maybank2U.com Online


5. Pilih menu Pin Laluan Maybank2u

6. Masukkan nombor PIN laluan Maybank2u yang anda mahu. Anda akan diminta memasukkan semula PIN tersebut sebagai langkah keselamatan. (Pastikan anda ingat nombor anda ini)

Selesai proses pendaftaran di ATM. (Boleh balik rumah dan buka internet anda). Sila ikut langkah berikut untuk pendaftaran Akaun Maybank2U secara Online.

Hakcipta Terpelihara 2013 kedaipdf.com

Page 4

Cara Mendaftar dan Buat Akaun Maybank2U.com Online


Cara Setup Akaun Maybank2U Online. 1. Sila akses internet dan buka laman web Maybank 2U http://www.maybank2u.com.my

2. Klik pada login

3. Klik pada First time login please click here

Hakcipta Terpelihara 2013 kedaipdf.com

Page 5

Cara Mendaftar dan Buat Akaun Maybank2U.com Online


4. Untuk Access Number, masukkan no kad ATM anda. Untuk PIN pula, masukkan no PIN yang anda daftar di ATM (Langkah 6)

5. Sekarang pilih username dan password yang anda mahu gunakan untuk akses akaun Maybank2u anda.

Sudah Siap! Anda boleh login ke akaun Maybank2u anda menggunakan username dan password tersebut untuk masuk ke akaun anda.

Hakcipta Terpelihara 2013 kedaipdf.com

Page 6

Cara Mendaftar dan Buat Akaun Maybank2U.com Online


Apa itu TAC? TAC ialah sistem keselamatan Maybank jika anda membuat transaksi secara online menggunakan Maybank 2U. Sistem Maybank2u akan menghantar nombor TAC melalui sms ke nombor telefon bimbit anda untuk pengesahan pada setiap kali transaksi. Ini untuk memastikan sistem Online Banking anda selamat. Bagaimana Memeriksa Baki Akaun Maybank 2U & melihat Transaction history 1. Login dan klik pada Accounts & Banking

2. Baki akaun anda akan dipaparkan

3. Untuk melihat transaction history iaitu rekod aktiviti duit keluar masuk akaun anda, klik pada Savings Account. Dan klik pada Transaction History.

Hakcipta Terpelihara 2013 kedaipdf.com

Page 7

Cara Mendaftar dan Buat Akaun Maybank2U.com Online


Cara Membuat Transfer Fund untuk Pembelian Online 1. Masuk ke website Maybank2u seperti biasa dan klik pada Accounts & Banking

2. Klik pada Transfers (kolum di sebelah kiri) 3. Klik pada New 3rd party account party account transfer

Hakcipta Terpelihara 2013 kedaipdf.com

Page 8

Cara Mendaftar dan Buat Akaun Maybank2U.com Online


4. Masukkan jumlah wang yang hendak di transfer. 5. Pada ruangan To 3rd Party Account Number isikan no. akaun Penerima, pada recipient email, isikan email penerima. Kemudian klik butang Continue.

6. Klik pada Request a TAC number (Anda akan dapat nombor tac anda melalui sms yang di hantar kepada no handphone anda yang telah didaftarkan di mesin ATM sebelum ini). 7. Isikan nombor TAC yang anda dapat melalui sms (6 angka). (Pastikan nama pemegang akaun adalah sama dengan nama Penerima). Kemudian klik pada Confirm. 8. SELESAI. jangan lupa untuk PRINT RECEIPT untuk bukti dan record anda. Anda boleh simpan di komputer anda juga sebagai rujukan di masa hadapan.

Hakcipta Terpelihara 2013 kedaipdf.com

Page 9

Cara Mendaftar dan Buat Akaun Maybank2U.com Online


Bagaimana Membuat Top up Telefon Prepaid 1. Anda dapat membeli topup dengan mudah menggunakan Maybank2u. Klik pada

Buy Online

2. Pilih prepaid topup with pin

3. Pilih syarikat telefon anda dari select from list Corporation Name: Cth Celcom,

Maxis, Digi. 4. Pilih jumlah topup Airtime yang anda mahukan.

Hakcipta Terpelihara 2013 kedaipdf.com

Page 10

Cara Mendaftar dan Buat Akaun Maybank2U.com Online


5. Klik Continue

6. Klik pada Request a TAC number

7. TAC number akan dihantarkan ke telefon bimbit anda. Masukkan nombor TAC tersebut dan Klik Confirm.

Sekarang anda sudah berjaya membeli no topup anda secara online. Sebenarnya terdapat banyak fungsi lain yang yang amat beguna melalui Maybank2u. Antaranya anda boleh membeli saham ASB, membayar pinjaman ansuran kereta, rumah dan sebagainya.

Nota: BERBELANJA BERHEMAT UNTUK MASA DEPAN ANDA. PASTIKAN AKAUN MAYBANK ANDA SENTIASA PENUH DENGAN DUIT..

Hakcipta Terpelihara 2013 kedaipdf.com

Page 11

You might also like