Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

Salam, ini merupakan entri pertama aku sebagai pengenalan kepada Melayu Boleh Online.

Kepada sesiapa yang mengenali aku, selamat berkunjung ke sini dan kepada sesiapa yang tidak
mengenali aku, salam perkenalan. Laman blog Melayu Boleh Online dibuat khas bagi menyahut
Cabaran SEO 2009: Melayu Boleh yang dianjurkan oleh pihak forum JOM Bincang.

Pada masa akan datang ia akan dipenuhi dengan segalam macam koleksi Melayu boleh yang
boleh dijadikan sumber inspirasi kepada kita rakyat Malaysia. Memandangkan aku tidaklah
pakar dalam SEO, aku pun hentam sajalah, asalkan entri ini dapat dimuatkan ke search engine.
Tapi yang pasti dalam blog ini semua entrinya baik-baik belaka berbanding blog seperti ini yang
pernah aku buat.

Siapa kata Melayu tak boleh berjaya? Sebenarnya ramai orang Melayu telah berjaya dalam
bidang yang mereka ceburi, cuma mereka ini agak low profile dan tidak begitu dikenali. Orang
Melayu boleh berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi asalkan ia dilakukan dengan usaha
yang betul, terbaik dan bersungguh-sungguh dalam pelaksanaannya.

Dalam entri-entri mendatang aku akan cuba meletakkan cerita koleksi Melayu boleh yang
menunjukkan kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh Malaysia dan Melayu itu sendiri amnya.
Akhir cerita marilah kita memeriahkan lagi cabaran SEO 2009 Melayu Boleh dan jangan lupa
untuk menyokong blog Melayu Boleh Online.

MelayuBolehOnline.blogspot.com 

You might also like