Peraturan Kompang Selawat

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 10

KERTAS CADANGAN

Peraturan dan Syarat

PERTANDINGAN MARHABAN

SEKOLAH MENENGAH &

KOMPANG SELAWAT SEKOLAH RENDAH

SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BAHAGIAN DAKWAH DAN KEPIMPINAN

JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL

ZULKAEDAH 1428 / NOVEMBER 2007

TAJUK 1 Kertas Cadangan Peraturan & Syarat Pertandingan Marhaban Sekolah Menengah dan Kompang Selawat Sekolah Rendah Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.
DIKEMUKAKAN OLEH

2 Kertas ini dikemukakan oleh Bahagian Dakwah dan Kepimpinan, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian Pelajaran Malaysia.
TUJUAN

3 Kertas ini dikemukakan kepada ahli Mesyuarat Pengurusan Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, KPM bertujuan untuk mendapatkan pandangan dan kelulusan Kertas Cadangan Peraturan & Syarat Pertandingan Marhaban Sekolah Menengah dan Kompang Selawat Sekolah Rendah Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia. LATAR BELAKANG 4 Seni marhaban atau dikenali dalam Bahasa Melayu sebagai ucapan Selamat Datang dan seni kompang selawat adalah dua cabang seni warisan dan khazanah Islam di Nusantara. Kedua cabang seni ini, yang pada awalnya diperkenalkan oleh para pendakwah dan mubaligh Islam, diperkenalkan sebagai salah satu cara dan metod untuk mereka berdakwah dan menarik perhatian masyarakat pada masa itu. Ternyata cara yang diperkenalkan oleh mereka ini telah berjaya untuk menarik perhatian penduduk Tanah Melayu dan sejak itu Islam pesat berkembang di rantau ini. 5 Marhaban dan selawat adalah ungkapan syair-syair Arab yang diwarisi sejak penghijrahan Rasullullah s.a.w. dari Mekah ke Madinah. Berbeza daripada marhaban, kalimah selawat adalah ucapan taufiqi yang diajarkan oleh Allah Taala. Seiring dengan pengaruh syair Arab yang begitu berpengaruh dalam kalangan masyarakat Arab, ucapan ini telah berevolusi dengan penambahan-penambahan pujian terhadap Baginda Rasulullah s.a.w. dan melahirkan kesyukuran terhadap Allah Taala. 6 Di Malaysia, kedua ungkapan ini sering diucapkan ketika sambutan Maulidur Rasul s.a.w., majlis-majlis perkahwinan, ketika menyambut kelahiran cahaya mata dan majlis-majlis kesyukuran serta khatam alQuran. Ia mengandungi puji-pujian kepada Nabi Muhammad s.a.w. dengan sifat-sifatnya yang terpuji dan mulia serta melahirkan rasa kesyukuran kepada Allah Taala.

7 Kumpulan Marhaban dan kompang selawat ini biasanya hanya dimonopoli oleh golongan yang sudah berumur sahaja, sama ada lelaki ataupun perempuan. Penyertaan daripada kalangan remaja amatlah kurang sekali.

TUJUAN PERTANDINGAN 8 Menyedari bahawa marhaban dan kompang selawat adalah merupakan antara warisan bangsa dan lambang jati diri umat Islam di rantau ini, Kementerian Pelajaran Malaysia berhasrat untuk memperkembangkan seni ini dalam kalangan remaja, khususnya murid-murid sekolah. Justeru, pertandingan Marhaban Sekolah Menengah dan Kompang Selawat Sekolah Rendah Kementerian Pelajaran Malaysia dirangka untuk dilaksanakan. 9 Pertandingan ini diadakan, antara lain bertujuan untuk mendedahkan salah satu cabang kesenian Islam dalam kalangan murid sekolah menengah. Ia juga bermatlamat untuk melahirkan modal insan negara bangsa yang tidak luput jati dirinya, tinggi akal budi dan mengekalkan warisan budaya murni nenek moyang watannya.
PERKARA YANG DICADANGKAN

10 Nama Program Peraturan dan Syarat Pertandingan Marhaban Sekolah Menengah dan Kompang Selawat Sekolah Rendah Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia. 11 Matlamat Menjana pembangunan modal insan di peringkat persekolahan melalui aktiviti ko-kurikulum agar murid terdidik dengan nilai-nilai murni dan mempunyai jati diri yang kuat melalui penghayatan ajaran Islam dan pengenalan budaya bangsa yang luhur dan murni. 12 Objektif (i) Memberi satu wadah dan peluang kepada murid untuk terlibat dengan aktiviti ko-kurikulum; (ii) Memperkuat dan mengembalikan penghayatan murid kepada budaya melalui aktiviti ko-kurikulum;

(iii) Mendedahkan salah satu cabang kesenian Islam dalam kalangan murid sekolah menengah; (iv) Memperkenal kembali seni marhaban dan kompang selawat kepada murid sebagai salah satu medan dan metod dakwah; (v) Melahirkan modal insan negara bangsa yang tidak luput jati dirinya, tinggi akal budi; dan (vi) Mengekalkan warisan budaya murni nenek moyang agar tidak luput ditelan zaman.

13 Peraturan dan Syarat Pertandingan Marhaban Sekolah Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia

Menengah

PERTANDINGAN KOMPANG SELAWAT 14 Peraturan dan Syarat Pertandingan Kompang Selawat Sekolah Rendah Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia 14.1 Penyertaan 14.1.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah kebangsaan (SK), sekolah jenis kebangsaan (SJK) dan sekolah bantuan kerajaan, daripada Tahun Satu hingga ke Tahun Enam sahaja. 14.1.2 Setiap sekolah/daerah/negeri hanya dibenarkan menghantar satu kumpulan Kompang Selawat yang mengandungi sekurang-kurangnya 12 orang dan tidak melebihi 15 orang bagi setiap kumpulan. 14.1.3 Kesemua ahli kumpulan dimestikan memalu kompang. 14.1.4 Setiap kumpulan hendaklah sekolah yang sama sahaja. terdiri daripada murid

14.1.5 Setiap kumpulan hendaklah terdiri daripada satu jantina sahaja, sama ada lelaki atau perempuan. 14.1.6 Sekolah yang menjadi johan di peringkat daerah akan mewakili daerah berkenaan ke peringkat negeri dan johan negeri akan mewakili negeri ke peringkat kebangsaan.

14.1.7 Mana-mana pasukan dilarang sama sekali untuk memperkenalkan identiti sekolah atau kumpulan secara lisan, pada pakaian dan alatan dalam apa jua bentuk semasa persembahan. 14.1.8 Mana-mana pasukan yang melanggar peraturan di atas, boleh dibatalkan penyertaannya. 14.2 Borang Penyertaan 14.2.1 Setiap kumpulan hendaklah menghantar penyertaan rasmi yang mengandungi;
(i) Nama Sekolah. (ii) Nama Kumpulan. (iii) Nama Ahli Kumpulan. (iv) Nombor Kad Pengenalan / Surat Beranak.

borang

14.2.2 Borang penyertaan yang lengkap dan disahkan oleh guru besar hendaklah dihantar kepada pihak Urusetia mengikut tarikh yang ditetapkan. 14.3 Paluan 14.3.1 Kompang hendaklah dipalu dengan menggunakan tangan sahaja tanpa sebarang alat bantuan yang lain. 14.3.2 Gubahan mestilah mempunyai sekurang-kurangnya dua bentuk paluan iaitu melalu dan meningkah. 14.3.3 Paluan mestilah melibatkan kesemua ahli kumpulan. 14.3.4 Mana-mana pasukan yang melanggar peraturan di atas, boleh dibatalkan penyertaannya. 14.3.5 Gubahan yang mempunyai lebih daripada dua bentuk paluan adalah satu kelebihan (menyilang, menganak dll). 14.4 Formasi persembahan. 14.4.1 Pergerakan formasi mestilah melibatkan semua ahli dan bersesuaian dengan rentak paluan. 14.4.2 Pergerakan yang keterlaluan, agresif, merbahaya dan akrobatik adalah tidak dibenarkan.

14.4.3 Formasi pembukaan dan penutup yang tiada kaitan dengan lagu pertama dan kedua adalah tidak dibenarkan. 14.4.4 Sebarang set dan prop tambahan dalam apa juga bentuk adalah tidak dibenarkan. 14.4.5 Mana-mana pasukan yang melanggar peraturan di atas, boleh dibatalkan penyertaannya. 14.4.6 Segala pergerakan masuk dan keluar pentas adalah juga dianggap sebagai satu persembahan. 14.5 Lagu 14.5.1 Setiap pasukan mestilah mempersembahkan dua buah lagu. 14.5.2 Lagu pertama bertemakan selawat. 14.5.3 Lagu kedua bertemakan tajuk mata pelajaran Pendidikan Islam Tahun Satu hingga Tahun Enam yang akan ditetapkan oleh JAPIM dari semasa ke semasa. 14.5.4 Lagu pertama boleh menggunakan melodi/irama selawat yang sedia ada atau ciptaan yang bersesuaian. 14.5.5 Lagu kedua adalah bebas sama ada menggunakan melodi/irama yang sedia ada atau ciptaan. 14.5.6 Lagu pertama mestilah berentak tradisional Melayu (masri, zapin, inang, joget, asli dan gabungan manamana rentak di atas.) 14.5.7 Rentak lagu kedua adalah bebas. Namun, rentak berunsur hardrock, heavy metal, rap, hip-hop dan yang seumpamanya adalah dilarang sama sekali. 14.5.8 Lagu pembukaan dan penutup yang tiada kaitan dengan lagu pertama dan kedua adalah tidak dibenarkan. 14.5.9 Antara lagu pertama dan kedua perlu ada senggangan masa. 14.5.10 Mana-mana pasukan yang melanggar peraturan di atas, boleh dibatalkan penyertaannya.

14.6 Lirik Lagu 14.6.1 Lirik lagu pertama hendaklah dalam Bahasa Arab sahaja. 14.6.2 Lirik lagu kedua boleh disampaikan dalam Bahasa Arab, Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris atau gabungan antara dua atau ketiga-tiga bahasa tersebut sahaja. 14.6.3 Lirik lagu kedua yang menggunakan Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab hendaklah disertakan terjemahannya. 14.6.4 Penggunaan ayat al-Quran sebagai sebahagian atau keseluruhan lirik lagu tidak dibenarkan sama sekali. 14.6.5 Lirik yang menyentuh isu-isu sensitif tidak dibenarkan. 14.6.6 Setiap kumpulan hendaklah menyerahkan lirik lagu yang dipertandingkan kepada urusetia pertandingan pada tarikh dan masa yang ditetapkan. 14.6.7 Mana-mana pasukan yang melanggar peraturan di atas, boleh dibatalkan penyertaannya.

14.7 Masa 14.7.1 Setiap kumpulan diberi masa selama 8 hingga 10 minit sahaja untuk menyampaikan persembahan. 14.7.2 Markah akan dipotong jika persembahan melebihi masa yang di tetapkan atau kurang daripada 8 minit. 14.7.3 Masa dikira bermula apabila peserta mula masuk ke kawasan persembahan atau bersuara atau memalu kompang. 14.8 Pakaian 14.8.1 Pakaian peserta sempurna. mestilah menutup aurat dengan

14.8.2 Pakaian Lelaki : Baju kebangsaan yang lengkap; bersampin, bersongkok hitam dan berkasut lengkap. 14.8.3 Pakaian Perempuan : Baju kurung, bertudung yang sempurna dan sopan serta berkasut lengkap.

14.8.4 Pakaian peserta lelaki tidak dibenarkan menyerupai pakaian peserta perempuan dan sebaliknya. 14.8.5 Pakaian, perhiasan dan solekan mestilah sederhana dan tidak keterlaluan. 14.8.6 Pakaian, hiasan pemarkahan. dan solekan boleh mempengaruhi

14.8.7 Semua larangan yang terdapat dalam peraturan berpakaian sekolah yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia hendaklah dirujuk dan dipatuhi. 14.8.8 Mana-mana pasukan yang melanggar peraturan di atas, boleh dibatalkan penyertaannya. 14.9 Jenis kompang 14.9.1 Saiz kompang hendaklah berdiameter antara 25 cm hingga 38 cm (10 inci hingga 15 inci) sahaja. Penggunaan pelbagai saiz dibenarkan. 14.9.2 Belulang kompang mestilah dibuat daripada kulit binatang sahaja. Penggunaan PVC atau kulit tiruan tidak dibenarkan sama sekali. 14.9.3 Kompang berkerincing, jedor atau alatan muzik selain daripada kompang tidak dibenarkan sama sekali. 14.9.4 Penggunaan dibenarkan. sebarang alat elektronik adalah tidak

14.9.5 Mana-mana pasukan yang melanggar peraturan di atas, boleh dibatalkan penyertaannya. 14.10 Penghakiman dan Pemarkahan 14.10.1 Bahagian Paluan (35 markah) Aspek penghakiman;
(i) Gubahan rentak. 8 (ii) Bentuk paluan. 8 (iii) Tempo. 6 (iv) Kualiti ton. 5 (v) Dinamik / ekspresi. 4 (vi) Keseimbangan. 4

14.10.2 Bahagian Formasi Persembahan (30 markah)


Aspek penghakiman; (i) Kreativiti. 8 (ii) Kesesuaian gerak formasi. 5 (iii) Keseragaman. 7 (iv) Disiplin dan susun atur. 6 (v) Pakaian. 4

14.10.3 Bahagian Suara (20 markah)


Aspek penghakiman; (i) Kualiti suara. 6 (ii) Kesepaduan suara. 6 (iii) Keharmonian suara. 4 (iv) Kejelasan dan kefasihan sebutan. 4

14.10.4 Bahagian Lagu (15 markah)


Aspek penghakiman; (i) Gubahan lagu. 6 (ii) Lirik yang sesuai. 5 (iii) Kesesuaian lagu dengan irama. 4

14.11 Penentuan Keputusan Pertandingan 14.11.1 Pasukan yang memperolehi markah tertinggi akan diisytiharkan sebagai johan. Pasukan yang mendapat jumlah markah kedua tertinggi akan menjadi Naib Johan dan seterusnya. 14.11.2 Seandainya terdapat persamaan markah, maka kedudukan akan ditentukan dengan merujuk kepada markah bahagian-bahagian pemarkahan berikut mengikut turutan; (i) Paluan; (ii) Formasi Persembahan; (iii) Suara; dan (iv) Lagu. 14.11.3 Seandainya masih terdapat persamaan markah, jemaah hakim akan bersidang untuk menentukan keputusan pertandingan.

14.11.4 Keputusan hakim adalah muktamad. 14.12 Bantahan 14.12.1 Sebarang bantahan mestilah dikemukakan secara rasmi kepada Pengerusi Jemaah Hakim menggunakan Borang Bantahan Rasmi yang disediakan. 14.12.2 Bantahan mestilah sampai ke Pengerusi Jemaah Hakim sebelum keputusan diumumkan. 14.12.3 Sebarang bantahan selepas keputusan rasmi pertandingan diumumkan oleh Pengerusi Jemaah Hakim, tidak akan dilayan.

You might also like