Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Carta Palang Carta palang adalah carta bergraf untuk menggambarkan satu set ukuran.

Carta palang ini terdiri daripada beberapa batang palang yang berkadaran dengan ukuranukuran yang ingin kita terangkan. Carta palang adalah sebuah carta yang digunakan bagi menunjukkan saiz relatif sesuatu data yang boleh dilukis dalam bentuk menegak atau melintang . Pembinaannya melibatkan paksi x untuk pembolehubah dan paksi y mewakili nilai dan jumlah. Palang atau lajur digunakan untuk sesuatu nilai. Panjang atau ketinggian palang adalah berkadar dengan kuantiti atau jumlah nilai yang hendak ditunjukkan. Ia memaparkan informasi melalui penggunaan palang yang sama lebar. Carta palang digunakan untuk menerangkan taburan kekerapan. Carta palang mudah dibaca kerana jelas menunjukkan kekerapan sesuatu nilai diberi. Berdasarkan jadual di bawah , kita boleh membina Carta Palang Menegak atau Carta Palang Melintang.

Graf Palang

Berdasarkan pemerhatian yang telah dibuat, maklumat yang diperolehi disusun dalam bentuk data dan jadual supaya mudah dibaca dan difahami. Cara pelajar datang ke sekolah Bas Basikal Motosikal Berjalan kaki Kereta Jumlah Jumlah pelajar 10 8 6 8 2 34

Jadual : Cara pelajar datang ke sekolah 1. Cara melukis graf palang (berdasarkan jadual) a. Lukiskan satu paksi menegak (y) dan satu paksi melintang (x) seperti bentuk L. b. Labelkan garisan menegak sebagai bilangan pelajar dan paksi melintang sebagai cara pelajar datang ke sekolah. c. Lukiskan palang-palang untuk menunjukkan bilangan pelajar yang datang ke sekolah dengan cara-cara yang tertentu. d. Lorekkan atau warnakan graf palang yang telah dihasilkan. e. Berikan tajuk yang sesuai bagi graf yang telah dibina.

CARA PELAJAR DATANG KE SEKOLAH


12 10 8 6 4 2 0 Bas Basikal Motosikal Berjalan kaki Kereta Jumlah pelajar

Carta Pai Carta pai merupakan satu cara bergraf untuk menyajikan satu senarai ukuran. Carta pai terdiri daripada satu bulatan yang dibahagi kepada beberapa bahagian yang berkadaran dengan frekuensi relatif bagi ukuran-ukuran yang terletak dalam bahagian tersebut. Satu bulatan mewakili satu kumpulan data (iaitu 100%) yang dibahagikan kepada bahagian-bahagian tertentu. Luas tiap-tiap bahagian adalah seimbang dengan komponen-komponen data. Dimana keluasan sesuatu bahagian dikira dalam bentuk sudut (darjah ) dalam bulatan iaitu satu bulatan bersamaan dengan 360 . Melukis dan Mentafsir Carta Pai. 1. 2. 3. 4. Carta pai merupakan satu bulatan yang bernilai 360, yang dibahagikan kepada beberapa sektor mengikut nilai yang diwakilinya. Carta pai boleh menggambarkan taburan dan menunjukkan kadar peratusan. Saiz bulatan menggambarkan jumlah keseluruhan ciri yang dikemukakan. Cara melukis carta pai:i. ii. iii. iv. v. vi. kumpulkan data tukarkan data kepada bentuk peratus tukarkan peratus kepada sudut sektor bulatan lukis bulatan besar dan bahagikannya kepada beberapa bahagian mengikut sudut sektor bulatan labelkan tiap-tiap sektor lengkapkan carta dengan tajuk yang sesuai.
o

Contoh 1. Lukis carta pai untuk menunjukkan maklumat dalam jadual di bawah. Kaum Melayu Cina India Lain-lain Jumlah Bilangan Penduduk 10 012 100 5 373 800 1 521 200 2 873 400 19 780 500 Peratus () 50.6 27.2 7.7 14.5 100 Sudut Sektor () 182 98 28 52 360

Taburan Penduduk Malaysia Mengikut Kaum


Lain-lain (14.5 %) India (7.7%)

Melayu (50.6%)

Cina (27.2 %)

Contoh 2 Cara Melukis Carta Pai Kaum Melayu Cina India Lain-lain Jumlah Bilangan 16 10 10 4 40

Komposisi pelajar di dalam kelas 3A mengikut kaum.

Langkah 1 Bilangan pelajar ditukarkan kepada peratus. x 100 Kaum Melayu Cina India Lain-lain Jumlah Bilangan (%) 40 25 25 10 100

Langkah 2 Peratus ditukarkan kepada sudut sektor, iaitu: x 360 = 144 Kaum Melayu Cina India Lain-lain Jumlah Bilangan (%) 144 90 90 36 100

Langkah 3 Lukis satu bulatan dan bahagikan bulatan mengikut sudut-sudut sektor.

Bilangan Pelajar Kelas 3A Mengikut Kaum


Lain-lain 10%

Cina 25%

Melayu 40 %

India 25 %

You might also like