Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 18

PENDIDIKAN PEMBANGUNAN LESTARI Kaedah P&P lestari yang sesuai

Strategi pendidikan lestari


Perbincangan melalui pembelajaran koperatif. Permainan alam sekitar. Kerja amali. Projek.

Perbincangan melalui pembelajaran koperatif


Kaedah pengajaran yang memerlukan murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama (Slavin, 1982). Membincangkan isu-isu semasa yang berlaku.

Permainan alam sekitar


Bersesuaian dengan teknologi pendidikan permainan secara online telah menghasilkan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menarik minat murid.

Contohnya : penggunaan eksperiental Recycle City.

permainan

simulasi

Boleh diaplikasikan dalam penerapan Pendidikan Alam Sekitar Merentas Kurikulum.

Recycle city

Isu berkenan pengetahuan dan kesedaran alam sekitar khasnya isu kitar semula dan Pendidikan Lestari merupakan tema penting dalam subjek Bahasa Inggeris Tingkatan 4.

Lengeling (1995) mengatakan bahawa sifat semulajadi permainan yang memotivasikan menggalakkan pembelajaran bahasa yang bermakna, mempromosikan dan menggalakkan pembelajaran bahasa kedua seperti BI.

Kerja Amali
Pembelajaran melalui eksperimen atau kaedah amali lebih cepat berlaku kerana pelajar menjalankan penyiasatan sendiri bagi memperolehi maklumat melalui bahan yang sebenar (Ogunniyi 1983; Yusup 1997; Berg 2003). Dapat menerapkan pengetahuan, kemahiran saintifik serta sikap saintifik dan nilai murni. Kemahiran saintifik diperolehi apabila pelajar merancang, mengendalikan dan menganalisis data menggunakan pelbagai peralatan eksperimen dan spesimen (Berg 2008; Harwood 2004).

Dapat menerapkan elemen sikap saintifik dan nilai murni seperti bekerjasama, sistematik dan yakin, jujur dan tepat dalam merekod data (Christensen & McRobbie 1994; KPM 2002, 2005). Menghasilkan objektif pembelajaran yang pelbagai dalam satu sesi pengajaran. Kaedah amali menjadi serampang tiga mata kepada pengajaran sains apabila ketiga-tiga elemen kurikulum iaitu pengetahuan, kemahiran saintifik dan nilai murni dapat diperolehi secara langsung menerusi penggunaannya.

Projek
Kaedah projek yang diasaskan oleh John menggalakkan pelajar mempelajari sesuatu pengalaman, pemerhatian dan percubaan. Deweymelalui

Pelajar merasa seronok menjalankan ujikaji aktiviti lain yang dilakukan dalam situasi sebenar dan bermakna. Menggunakan kemudahan alat deria mereka untuk membuat pengamatan dan penanggapan secara berkesan.

Contohnya : Projek melukis mural di bangunan sekolah. Mural yang menghadap pintu utama sekolah dan secara tidak langsung mengumumkan kepada orang-ramai tentang komitmen sekolah dalam pendidikan kesedaran alam sekitar.

PENGURUSAN SAMPAH SECARA

LESTARI

Pengurusan pemprosesan,

sisa

ialah

pemungutan,

pengangkutan

pengitaran

semula

atau pembuangan, dan

pengawasan bahan sisa. Dikaitkan dengan bahan yang pada dihasilkan kesihatan, oleh kegiatan

manusia, dengan pengurusan sisa umumnya dilakukan untuk mengurangkan atau estetik. kesannya persekitaran

TANAH ISIAN

KAEDAH PENGURUSAN SAMPAH

KAEDAH KITAR SEMULA

PEMPROSESAN SEMULA BIOLOGI

TANAH ISIAN Membuang sampah ke dalam tanah isian membabitkan penanaman sampah, dengan kaedah ini masih merupakan amalan yang biasa di kebanyakan negara. Tanah isian sering ditempatkan di kuari tertinggal, lowong lombong, dan lubang pinjaman. Tanah isian yang direka bentuk serta diurus dengan baik dapat memberikan kaedah yang bersih dan agak murah untuk membuang sampah

Pemprosesan semula biologi Kertas dapat dikitar semula dengan menggunakan proses pengomposan dan pencernaan biologi untuk menguraikan jirim organik. Bahan organik yang dihasilkan kemudian dikitar semula menjadi sungkup atau kompos bagi tujuan pertanian atau pelandskapan.

Kaedah pengitaran semula PVC, LDPE, PP, dan PS (lihat kod pengecaman damar) dapat dikitar semula, walaupun bahan-bahan itu biasanya tidak dipungut. Barang-barang tersebut biasanya terdiri daripada sejenis bahan sahaja dan oleh itu, menyebabkannya agak mudah dikitar semula menjadi keluaran baharu. Pengitaran semula barang-barang yang kompleks (seperti komputer and kelengkapan elektronik) adalah lebih sukar kerana barang-barang itu perlu dibuka dan dipisahkan.

AUSTRALIA Setiap rumah tangga bandar dibekalkan tiga tong oleh majlis perbandaran: satu tong untuk barang yang dapat dikitar semula, satu lagi untuk buangan am, dan yang lain untuk bahan taman. Banyak rumah tangga juga mempunyai tong kompos, tetapi tong itu tidak dibekalkan oleh majlis perbandaran

EROPAH Eropah serta beberapa wilayah yang lain di sekeliling dunia, sesetengah komuniti menggunakan sistem pemungutan hak milik yang dikenali sebagai Envac untuk menghantar buangan melalui konduit bawah tanah menerusi sistem vakum.

KANADA
Pemungutan tepi jalan di pusat bandar merupakan kaedah pelupusan buangan yang paling biasa. Majlis perbandaran memungut buangan dan/atau barang boleh kitar semula pada waktu yang tertentu. Di kawasan luar bandar, penghuni seringnya melupuskan buangan mereka dengan menghantarnya ke stesen pemindahan. Buangan yang dipungut kemudian dihantar ke tanah isian kawasan.

TAIPEI Di Taipei,Kerajaan bandar mengenakan bayaran pada rumah tangga dan industri ke atas jumlah buangan yang dihasilkan. Buangan hanya akan dipungut oleh majlis perbandaran jika ia dibuang ke dalam beg sampah yang dibekalkan oleh kerajaan. Dasar ini telah berjaya mengurangkan jumlah buangan bandar dan meningkatkan kadar pengitaran semula

SEKIAN, TERIMA KASIH..


DIBENTANGKAN OLEH : FAEZAH HASNIZAN BINTI NOORDIN ROHAIZAH BINTI HINNASIR ELDUINA ELLEN STEVEN

You might also like