Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 15

JABATAN PERDAGANGAN

Undang-undang
komersan
(p2114)

TUGASAN 2
Kontrak & Agensi

DISEDIAKAN OLEH-:
1. SITI NORFAZILAH BINTI CHE HAMID. -04DAT06F578-

KELAS:
<CARRY>DAT3B
DISEDIAKAN UNTUK:-
:CIK FATIMAH...
UNDANG-UNDANG AGENSI.
1. AKTA KONTRAK 1950 MENYATAKAN TANGGUNGJAWAB SEORANG AGEN ADALAH
MEMATUHI ARAHAN PRINSIPAL DAN MEMBAYAR KPD PRINSIPAL SEMUA WANG YANG
DITERIMANYA BAGI PIHAK PRINSIPAL. NYATAKAN 3 REMEDI YANG DIAMBIL OLEH
PRINSIPAL JIKA AGEN DIDAPATI MELANGGAR KEWAJIBANNYA SEBAGAI AGEN.

i. Prinsipal boleh menamatkan kontrak yang dibuat oleh ejen bagi pihaknya, lebih-
lebihlagi jika menyedari kontrak itu tidak mendatangkan faedah baginya.

ii. Menurut seksyen 169 akta kontrak. Prinsipal oleh menuntut jumlah rasuah itu.
Hak untuk prinsipal menuntut untung rahsia yang diterima oleh ejen ini
termasuklah dalam traksasi di mana ejen telah menjualkan barang-barang
tertentu lebih tinggi daripada harga yang ditetapkan oleh prinsipal dan juga
untung rahsia yang diberikan oleh ejen kepada orang lain. Sama ada ejen
mendapat untung rahsia atau tidak, bukanlah persoalannya
• .Kes rujukan : TAN KIONG HWA VS ANDREW S.H CHONG.
• Plaintif membeli sebuah flat daripada sebuah syarikat. defenden dalam
syarikat itu. plaintif mengarahkan defenden sebagai ejen untuk menjual
flat itu pada harga RM45 000 tetapi defenden dapat menjualkannya pada
harga RM54 000 dan untung RM9000 dikreditkan dalam akaun syarikat.
Apabila syarikat itu dibubarkan, mahkamah memutuskan plaintif berhak
menuntut RM9000 daripada defenden yang telah melakukan
kemungkiran tugas sebagai ejen.

iii. Prinsipal boleh enggan untuk membayar komisen; kepada ejen termasuklah lain-
lain ganjaran.
• Dalam kes : ANDREW VS RAMSY & CO.
• Dimana prinsipal telah berjaya menuntut kedua-dua pembayaran
komisen yang dibayar pada ejen dan komisen rahsia yang diterima oleh
ejen dari pihak ketiga.

iv. Prinsipal boleh menamatkan kuasa ejen kerana kemungkiran tugas-tugasnya.


• Seperti dalam kes : BOSTON DEEP SEA FISHING AND LEE CO. VS ANSEL.
• Ejen dipecat daripada tugasnya kerana menerima rasuah.
2. NYATAKAN 5 CARA YANG LAZIM SESUATU AGENSI DIBENTUK.

kontrak agensi boleh wujud melalui beberapa cara berikut :

1. Ejensi Secara Pelantikan Nyata :

 seksyen 140 akta kontrak menyatakan bahawa seorang ejen boleh dilantik
melalui perjanjian sama ada secara lisan atau bertulis. Di dalam perjanjian
ejensi ini, prinsipal akan memberikan kuasa kepada ejen untuk bertindak
bagi pihaknya dan menyatakan upah atau komisen yang akan dibayar
apabila kerja ejensinya selesai.
 Pelantikan ejen secara nyata ini boleh di lihat melalui surat kuasa wakil
( power of attorney ) atau surat mandat ( letter of mandate )

2. Ejensi Secara Pelantikan Termaklum.

 seksyen 140 akta kontrak menyatakan bahawa hubungan ejensi boleh


disiratkan, atau dianggap wujud melalui tutur kata atau perbuatan
prinsipal yang memperkenalkan seorang lain sebagai ejennya. Kata-kata
atau kelakuan prinsipal menunjukkan bahawa orang lain itu mempunyai
kuasa untuk melakukan kerja bagi pihaknya.

3. Ejensi Secara Pengesahan ( Ratifikasi )

- ratifikasi ialah tindakan mengesahkan sesuatu perbuatan yang pada


asalnya tidak sah. Prinsipal bersetuju untuk mengesahkan perbuatan
atau tindakan yang pada mulanya tidak sah. Ratifikasi boleh dilakukan
secara nyata atau disiratkan daripada perbuatan prinsipal.
- Menurut seksyen 149, ratifikasi boleh ditakrifkan seperti berikut :
- 149 : apabila sesuatu perbuatan dilakukan oleh ejen bagi prinsipal,
prinsipal tidak mengetahui atau tidak memberi kuasa kepada ejen
untuk berbuat demikian, maka prinsipal boleh memilih untuk menerima
sah atau menolak perbuatan ejen itu. Jika ia menerima sah perbuatan
itu, kesannya ialah seolah-olah perbuatan itu dilakukan dengan izin dan
kuasanya.
- Sebelum sesuatu ratifikasi boleh dibuat oleh prinsipal, salah satu
perkara berikut perlu wujud:
i. Tindakan yang dilakukan oleh ejen itu hendaklah sesuatu yang
tidak sah atau diluar kuasa ejen ( ejen yang melampaui kuasanya
); atau
ii. Tindakan itu dilakukan oleh seseorang yang berpura-pura
sebagai ejen, ia tidak ada kuasa untuk bertindak bagi pihak
prinsipal tetapi boleh bertindak seolah-olah ia mempunyai kuasa
berbuat demikian.
4. Ejensi Secara Perlu.

- Ejensi secara perlu wujud apabila dalam keadaan tertentu. Seseorang yang
diamanahkan dengan barangan orang lain terpaksa melakukan sesuatu
demi memelihara atau melindungi barangan itu. Walaupun ia tidak
mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.
- Mengikut seksyen 142, seseorang ejen mempunyai kuasa dalam
kecemasan. Untuk melakukan apa sahaja perbuatan demi melindungi
prinsipalnya daripada kerugian. Seperti yang akan dilakukan oleh
seseorang yang bijak, bagi dirinya sendiri dalam keadaan yang sama.

5. Ejensi Secara Persekatan ( Estoppel )

- pada amnya, seorang prinsipal tidak akan terikat dengan perbuatan yang
dibuat oleh ejen bagi pihaknya tanpa kebenarannya dahulu. Walau
bagaimanapun, sekiranya prinsipal melalui kata-kata atau kelakuannya
membuatkan pihak ketiga mempercayai bahawa ejen itu adalah ejennya
yang sebenar dan pihak ketiga mempercayainya sehingga merugikan
pihak ketiga tersebut, maka prinsipal tadi tersekat atau dihalang daripada
menafikan tentang kewujudan kuasa ejen itu.
3. SEKSYEN 164 – 178 AKTA KONTRAK 1950 MENGGARISKAN TANGGUNGJAWAB AGEN
TERHADAP PRINSIPALNYA. TERANGKAN DENGAN RINGKAS 5 TANGGUNGJAWAB
TERSEBUT.

- Terdapat beberapa tanggungjawab ejen kepada prinsipalnya yang


termaktub di bawah undang-undang ejensi, iaitu :
o Mematuhi arahan-arahan prinsipal.
o Menjalankan kerja dengan berhati-hati, penuh usaha dan
menggunakan kebolehan yang dipunyainya.
o Mengemukakan akaun yang betul apabila diperlukan.
o Membayar kepada prinsipal semua wang yang diterima oleh ejen
bagi pihaknya,
o Menghubingi prinsipal.
o Tidak membiarkan kepentingannya berlawanan dengan tugasnya.
o Tidak boleh membuat sebarang untung rahsia dalam menjalankan
tugasnya.
o Tidak akan membocorkan maklumat atau dokumen sulit yang
diamanahkan kepada oleh prinsipal, dan.
o Tidak akan mewakilkan kuasanya kepada orang lain.

i. Memetuhi Arahan Prinsipal.


o Seorang egen hendaklah mematuhi arahan-arahan prinsipal selagi
mana arahan-arahan tersebut tidak bertentangan dengan undang-
undang. Sekiranya ejen gagal mematuhi arahan prinsipal, ejen
dikatakan telah pecah kontrak dan ejen hendaklah
bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian yang dialami oleh
prinsipal akibat daripada pecah kontrak itu.
o Menurut seksyen 164 akta kontrak 1950.
 164, ejen hendaklah menjalankan tugasnya mengikut arahan
prinsipal, jika tiada arahan, ejen hendaklah mengikut adat
biasa yang diamalkan oleh perniagaan jenis sama, jika
berlaku kerugian akibat daripada kegagalan ejen mematuhi
arahan prinsipal, ejen mestilah membayar ganti rugi kepada
prinsipal, jika ada untung, ejen hendaklah membuat perkiraan
mengenainya, memulangkan untung kepada prinsipal selepas
ditolak komisen untuk dirinya.

ii. Menjalankan kerja dengan berhati-hati, penuh usaha, dan menggunakan


kebolehan yang dipunyainya.
o Mengikut seksyen 165 akta kontrak:
o 165. ejen hendaklah menguruskan perniagaan ejensi dengan
kemahiran yang ia ada, bertindak dengan kerajinan yang berpatutan,
dan membuat pampasan kepada prinsipal atas akibat secara langsung
kecuaian, kurang mahir atau salah laku yang disebabkan oleh ejen
dalam tugasnya.

iii. Mengemukakan akaun yang betul apabila diperlukan.


o Seksyen 166 akta kontrak, seorang ejen hendaklah memberikan akaun-
akaun yang sempurna kepada prinsipal apabila dituntut. Sempurna
bermaksud akaun yang berimbangan ( balance ) dan mempunyai bukti-
bukti pembayaran, invois, resit bayaran dan resit perbelanjaan seperti
dalam akaun.

iv. Membayar kepada prinsipal semua wang yang diterima oleh ejen bagi pihaknya.
o Seksyen 171 memperuntukan,.
o 171. seseorang ejen hendaklah membayar kepada prinsipal, semua
jumlah wang yang diterimanya atas akaun prinsipal, tetapi tertakluk
kepada apa-apa potongan dalam seksyen 170.

v. Menghubingi pri nsipal.


o Menurut seksyen 167 akta kontrak :
o 167. seseorang ejen adalah wajib, dalam masa kesusahan,
menggunakan segala usaha yang munasabah untuk menghubungi
prinsipal bagi mendapatkan arahan-arahan selanjutnya.
o Kes rujukan : turpin vs bilton.hilang, menyebabkan ejen terpaksa
menanggung kerugian, kerana gagal mematuhi arahan prinsipal.
o Ejen gagal membeli insurans untuk kapal prinsipalnya apabila
diarahkan berbuat demikian. Kapal tersebut

vi. Tidak membiarkan kepentingan berlawanan dengan tugasnya.


o Seorang ejen tidak boleh menjadi satu pihak kepada kontrak yang
bertentangan dengan kepentingan prinsipalnya. Contohnya ejen yang
diupah untuk membeli saham bagi pihak prinsipal tidak boleh menjual
saham kepunyaannya sendiri kepada prinsipal, kecuali mendapat
persetujuan prinsipal. Apabila prinsipal mendapat tahu perkara ini dan
itidak bersetuju atas tindakan ejen itu, prinsipal berhak menbatalkan
transaksi tersrbut walaupun ejen telah bertindak secara berhati-hati.
o Mengikut seksyen 168:
o 168 : prinsipal berhak menolak transaksi yang dibuat oleh ejen jika dia
mendapati ejen semasa melaksanakan tugas telah menyembunyikan
fakta materil dengan tidak jujur atau urus niaga ejen itu merugikan.

vii. Tidak boleh membuat sebarang untung rahsia dalam menjalankan tugasnya.
o Seseorang ejen tidak boleh menggunakan kedudukan untuk mengambil
untung rahsia ketika menjalankan perniagaan ejensinya. Untung rahsia
bermaksud, apa-apa rasuah dalam bentuk pembayaran komisen
secara rahsia atau sulit, duit kopi atau ’kickback’. Sebarang untung
rahsia yang diperolihi oleh ejen adalah milik prinsipal.
o Apa yang dimaksudkan dengan menggunakan kedudukan untuk
mengambil rasuah ialah seseorang ejen tidak boleh menggunakan
harta prinsipal atau melakukan sesuatu yang bertentangan dengan
kontrak ejensinya, semata-mata untuk mendapatkan keuntungan bagi
dirinya.
o Ejen bukanlah terhalang langsung daripada membuat untung, Cuma
tidak boleh mwnggunakan harta prinsipal untuk tujuan tersebut.
o Menurut seksyen 168 :
o 168. jika prinsipal tahu dan bersetuju tentang untung rahsia itu, ejen
boleh menyimpan untung tersebut kerana untung itu bukan rahsia lagi.

viii. Ejen tidak akan mewakilkan kuasa yang diberikan kepada nya kepada orang lain.
• Seseorang ejen yang dilantik oleh prinsipal, kerana kepakaran atau
kemahiran menguruskan bidang tugas tertentu, tidak boleh mewakilkan
kuasa kepada orang lain kerana ia diupah berdasarkan kepakaran atau
kemahiran yang ada pada dirnya (personal qualities).
4. TANGGUNJAWAB PRINSIPAL TERHADAP AGEN IALAH AKAN MELEPAS TANGGUNGAN
AGEN BAGI PERBUATAN YANG DILAKUKAN DI DALAM MENJALANKAN KUASANYA.
NYATAKAN 3 KEADAAN YANG BOLEH MENIMBULKAN LEPAS TANGGUNGAN TERSEBUT.

i. Ejen mengalami kerugian, tanggungan atau perbelanjaan dalam masa


menjalankan tugasnya. Tindakan ejen yang layak ditanggung oleh prinsipal
mestilah suatu perbuatan yang sah disisi undang-undang, dan dilakukan dalam
kuasanya sama ada secara nyata atau tersirat dalam kontrak ejensi. Dan
prinsipalan perlu melepaskan ejen daripada sebarang tanggungan.

ii. Ejen menyebabkan bencana kepada pihak ketiga semasa menjalankan tugas
ejensinya meskipun menjalankan tugasnya dengan suci hati. Dan prinsipalan
perlu melepaskan ejen daripada sebarang tanggungan.

iii. Ejen mengalami sebarang bencana atau kesulitan atau menyebabkan ejen
berhak menuntut komisen atau ganjaran, wang yang dibayar kepada prinsipal
dan kerugian yang dialami ejen dalam menjalankan tugasnya.

5. BINCANGKAN 3 TANGGUNGJAWAB PRINSIPAL TERHADAP AGEN.

i. Menbayar komisen atau ganjaran-ganjaran lain seperti yang telah dipersetujui,


melainkan jika hubungan ejensi itu adalah secara percuma.

- Pada amnya, jumlah komisen dan cara pembayaran komisen itu dibuat
akan dinyatakan dalam syarat-syarat kontrak ejensi. Biasanya bayaran
upah atau komisen akan hanya dibuat oleh prinsipal kepada ejen apabila
ejen selesai melaksanakan semua kerja yang dipersetujui oleh kedua-
kedua belah pihak. Bayaran tersebut mestilah dijelaskan kepada ejen
walaupun kontrak dalam perniagaan ejensi itu mungkin gagal desebabkan
oleh prinsipal atau orang ketiga.
- Upah akan dibayar atas kerja yang selesai dibuat oleh ejen, bukan atas
kejayaan sesuatu kontrak atau matlamat kerja yang dilaksanakan oleh
ejen.
- Mengikut seksyen 172. jika tiada kontrak yang khas, bayaran bagi
pelaksanaan oleh ejen akan dibayar oleh prinsipal apabila tindakan itu
selesai disempurnakan. Ejen juga berhak untuk menahan wang tang
diterima hasil daripada jualan barang-barang walaupun bukan kesemua
barang tersebut telah terjual atau jualan barang itu belum selesai.

Sekiranya tidak ada apa-apa jumlah dipersetujui, maka ejen itu berhak untuk
mendapatkan ganjaran yang munasabah berdasarkan quantum merit.
Quantum merit bermaksud satu jumlah yang berpatutan dengan kerja yang
dilakukan berdasarkan kontrak ejensi antara prinsipal dan ejen.

Walau bagaimanapun, seorang ejen akan hilang hak untuk mendapat


ganjaran apabila ia melakukan salah laku dalam perniagaan ejensi. Salah laku
bermakssud kelakuan yang salah yang menyalahi kontrak ejensi atau undang-
undang semasa atau kesalahan yang boleh membawa kerugian yang salah
kepada prinsipal.
ii. Tidak akan menyekat atau menghalang ejen dengan sengaja daripada mendapat
komisen.
• Apabila prinsipal melantik seorang ejen untuk mewakilkannya, maka
prinsipal ttidak boleh lagi mengupah orang lain fdi tengah-tengah
perundingan, semata-mata untuk menarik balik komisen yang dijanjikan
kepada ejen asal itu.

iii. Melepaskan tanggungan ejen bagi tindakan-tindakan yang dilakukan dengan


menjalankan tugasnya.
• Menurut seksyen 175 :
• 175. prinsipal adalah terikat untuk menangggung rugi akibat semua
tindakan menurut undang-undang yang dilakukan oleh ejen dlam
menjalankan tugas ejensinya.

6. APAKAH 3 SYARAT YANG PERLU DIPENUHI SEBELUM KONTRAK AGENSI SECARA


KEPERLUAN BOLEH WUJUD? JELASKAN.

i. Mestilah wujud satu kecemasan yang sebenarnya.

• Dalam kes PHELPS JAMES & CO. VS HILL.


• Kecemasan diertikan sebagai keperluan iaitu perlu dalam situasi yang
munasabah dengan merujuk kepada keadaan bahaya, kemudahan
perbelanjaan, masa, jarak dan lain-lain.
• Kuasa ejen Cuma wujud semasa kecemasan

ii. Barang-barang prinsipal berada di bawah jagaan ejen dan ejen mestilah
bertindak bagi maksud menyelamatkan atau melindungi prinsipal dari kerugian.

• Menurut seksyen 142 akta kontrak. Tindakan ejen alam peruntukan ini
adalah terhad kepada situasi-situasi keperluan sahaja dengan tujuan
semata-mata untuk melindungi harta dan kepentingan prinsipal yang
berada di dalam jagaannya,
• Mengikut kes jebarra vs ottoman bank. Egensi keperluan hanya wujud
apabila ejen telah diarahkan menghantarkan barang-barang kepunyaan
prinsipal atau diarahkan menghantar barang-barang itu ke satu destinasi
tertentu di mana kecemasan berlaku semasa barang-barang tersebut
berada di bawah jagaan ejen. Dengan ittu, cara termaklum telah wujud
satu kontrakk agensi antara prinsipal dan ejen.
• Menurut seksyen 167 akta kontrak, eje mempunyai tanggungjawab
ketika kesusahan atau kecemasan untuk menggunakan segala usaha
yang mungkin dan munasabah untuk menghubungi prinsipal
• Kalau dibaca bersama peruntukan diatas, seksyen 142 akta kontrak
seolah-oleh merupakan kecuaian bagi seksyen 167 akta kontrak.
Maksudnya, meskipun dalam masa kecemasan ejen perlu menghubungi
prinsipalnya seboleh yang munggkin dengan cara munasabah, namun
kegagalan usaha-usaha tersebut membolehkan ejen bertindak mengikut
budi bicara sendiri dengan syarat untuk tujuan menyelamatkan harta
atau kepentingan prinsipal yang berada ddibawah jagaannya.
iii. Ejen dalam masa kecemasan perlulah bertindak dengan ikhlas dan jujur atau
disebut ’succi hati’.<kes rujukan : Transon vs Dent >

• Semasa dalam kecemasan, tindakan ejen mestilah merupakan satu


tindakan yang dilakukan oleh seseorang yang munasabah, iaitu sesiapa
yang berada dalam situasi yang dihadapi oleh ejen itu akan bertindak
serupa.

7. SEPERTI KONTRAK-KONTRAK YANG LAIN, KONTRAK AGENSI BOLEH DIBUAT SECARA


NYATA ATAU TERMAKLUM. JELASKAN 5 CARA PERLANTIKAN AGEN YANG MANA
SETERUSNYA AKAN MEMBENTUK SATU KONTRAK AGENSI SAH.

kontrak agensi boleh wujud melalui beberapa cara berikut :

1. Ejensi Secara Pelantikan Nyata :

 seksyen 140 akta kontrak menyatakan bahawa seorang ejen boleh dilantik
melalui perjanjian sama ada secara lisan atau bertulis. Di dalam perjanjian
ejensi ini, prinsipal akan memberikan kuasa kepada ejen untuk bertindak
bagi pihaknya dan menyatakan upah atau komisen yang akan dibayar
apabila kerja ejensinya selesai.
 Pelantikan ejen secara nyata ini boleh di lihat melalui surat kuasa wakil
( power of attorney ) atau surat mandat ( letter of mandate )

2. Ejensi Secara Perlantikan Termaklum.

 seksyen 140 akta kontrak menyatakan bahawa hubungan ejensi boleh


disiratkan, atau dianggap wujud melalui tutur kata atau perbuatan
prinsipal yang memperkenalkan seorang lain sebagai ejennya. Kata-kata
atau kelakuan prinsipal menunjukkan bahawa orang lain itu mempunyai
kuasa untuk melakukan kerja bagi pihaknya.

3. Ejensi Secara Pengesahan ( Ratifikasi )

- ratifikasi ialah tindakan mengesahkan sesuatu perbuatan yang pada


asalnya tidak sah. Prinsipal bersetuju untuk mengesahkan perbuatan
atau tindakan yang pada mulanya tidak sah. Ratifikasi boleh dilakukan
secara nyata atau disiratkan daripada perbuatan prinsipal.
- Menurut seksyen 149, ratifikasi boleh ditakrifkan seperti berikut :
- 149 : apabila sesuatu perbuatan dilakukan oleh ejen bagi prinsipal,
prinsipal tidak mengetahui atau tidak memberi kuasa kepada ejen
untuk berbuat demikian, maka prinsipal boleh memilih untuk menerima
sah atau menolak perbuatan ejen itu. Jika ia menerima sah perbuatan
itu, kesannya ialah seolah-olah perbuatan itu dilakukan dengan izin dan
kuasanya.
- Sebelum sesuatu ratifikasi boleh dibuat oleh prinsipal, salah satu
perkara berikut perlu wujud:
i. Tindakan yang dilakukan oleh ejen itu hendaklah sesuatu yang
tidak sah atau diluar kuasa ejen ( ejen yang melampaui kuasanya
); atau
ii. Tindakan itu dilakukan oleh seseorang yang berpura-pura
sebagai ejen, ia tidak ada kuasa untuk bertindak bagi pihak
prinsipal tetapi boleh bertindak seolah-olah ia mempunyai kuasa
berbuat demikian.

4. Ejensi Secara Perlu.

- Ejensi secara perlu wujud apabila dalam keadaan tertentu. Seseorang yang
diamanahkan dengan barangan orang lain terpaksa melakukan sesuatu
demi memelihara atau melindungi barangan itu. Walaupun ia tidak
mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.
- Mengikut seksyen 142, seseorang ejen mempunyai kuasa dalam
kecemasan. Untuk melakukan apa sahaja perbuatan demi melindungi
prinsipalnya daripada kerugian. Seperti yang akan dilakukan oleh
seseorang yang bijak, bagi dirinya sendiri dalam keadaan yang sama.

5. Ejensi Secara Persekatan ( Estoppel )

- Menurut seksyen 190 akta kontrak. Seseorang itu tidak akan terikat
dengan kontrak yang dibuat oleh seseorang yang lain bagi pihaknya
sekiranya kontrak tersebut dibuat tanpa mendapat persetujuan atau
kebenaranya.
- pada amnya, seorang prinsipal tidak akan terikat dengan perbuatan yang
dibuat oleh ejen bagi pihaknya tanpa kebenarannya dahulu. Walau
bagaimanapun, sekiranya prinsipal melalui kata-kata atau kelakuannya
membuatkan pihak ketiga mempercayai bahawa ejen itu adalah ejennya
yang sebenar dan pihak ketiga mempercayainya sehingga merugikan
pihak ketiga tersebut, maka prinsipal tadi tersekat atau dihalang daripada
menafikan tentang kewujudan kuasa ejen itu.

8. SECARA LAZIMNYA, AGENSI WUJUD DARIPADA PERJANJIAN DI ANTARA PRINSIPAL DAN


AGEN. MAKA DENGAN ITU, HAK-HAK DAN TANGGUNGJAWAB SEORANG AGEN ADALAH
BERGANTUNG KEPADA SYARAT-SYARAT KONTRAK AGENSI SAMA ADA SECARA NYATA ATAU
TERSIRAT. SEKIRANYA KONTRAK ITU TIDAK MENGIKAT , MAKA HAK-HAK DAN
TANGGUNGJAWAB SEORANG AGEN KEPADA PRINSIPAL ADALAH TERANGKUM DI DALAM
SEKYEN 164 HINGGA 174 AKTA KONTRAK 1950. JELASKAN 5 HAK DAN TANGGUNGJAWAB
SEORANG AGEN KEPADA PRINSIPAL SEPERTI YANG DINYATAKAN DI DALAM AKTA
KONTRAK 1950.

i. Mematuhi arahan-arahan prinsipal.

• Seorang ejen hendaklah mematuhi arahan-arahan prinsipal selagi mana


arahan tersebut tidak bertentangan dengan undang-undanng sekiranya
ejen gagal mematuhi arahan prinsipal, ejen dikatakan pecah kontrak dan
ejen hendaklah bertanggungjawab keatas apa-apa kerugian yang dialami
oleh prinsipal akibat daripada pecah kontrak itu.
• Menurut seksyen164 akta kontrak.
• 164, ejen hendaklah menjalankan tugasnya mengikut arahan prinsipal,
jika tiada arahan, ejen hendaklah mengikut adat biasa yang diamalkan
oleh perniagaan jenis sama, jika berlaku kerugian akibat daripada
kegagalan ejen mematuhi arahan prinsipal, ejen mestilah membayar
ganti rugi kepada prinsipal, jika ada untung, ejen hendaklah membuat
perkiraan mengenainya, memulangkan untung kepada prinsipal selepas
ditolak komisen untuk dirinya.
• Kes : turpin lwn bilton.ejen telah gagal mengambil insurans ke atas kapal
seperti mana yang arahkan olah prisipal.kemudian kapal tersebut
hilang.mahkamah memutuskan bahawa ejen bertanggungjawad keatas
kerugian yang dialami oleh prisipal

ii. Menjalankan kerja dengan berhati-hati, penuh usaha dan menggunakan


kebolehan yang dipunyainya.

• Mengikut seksyen165 atau kontrak ;


• 165. ejen hendaklah menguruskan perniagaan ejensi dengan kemahiran
yang ia ada, bertindak dengan kerajinan yang berpatutan, dan menbuat
pampasan kepada prisipal atas akibat secara langsung kecuaian, kurang
mahir atau salah laku yang disebabkan oleh ejen dalam tugasnya.
• Jika ejen merupakan seorng yang profesional, ia hendaklah menunjukkan
kemahiran dan tahap profesionalisme yang tinggi. Sekiranya ejen itu
menpunyai apa-apa kekurangan, dan perkara ini diketahui oleh prinsipal,
maka prinsipal tidak berhak untuk menuntut atas kekurangan ejen
tersebut.
• Ejen hendaklah sentiasa adalah terikat untuk menjalankan tugas dengan
kemahiran yang dipunyainya, menunjukkan kecekapan, dan kerajinan
yang berpatutan serta bersedia untuk membayar apa-apa pampasan
kepada prinsipal jika berlaku kerugian di atas kecuaian. Kurang mahir
atau salah laku oleh ejen tersebut.
• Kes rujukan : Keppel VS Wheeler
• Mr Keppel (K) melantik Nr Wheeler (w) untuk menjual sebuah rumah.
Pada 29 mei, w menerima tawaran 6150 pound sterling daripada E, dan
kemudiannya memberitahu K yang menerima tawaran ’ tertakluk kepada
kontrak ’ yang akan ditandatangani. Pada 3 jun, D menawarkan 6750
pound sterling kepada W. W tidak memberitahu K mengenai tawaran ini.
Setelah kontrak diantara K dan E sempurna. K mengetahui tentang
tawaran baru itu dan terus membuat tuntutan terhadap W. Mahkamah
memutuskan bahawa W telah melakukan pecah kewajipan sebagai ejen
kepada K kerana tidak memberitahu K tentang tawaran baru yang lebih
tinggi itu. W diarahkan membayar perbezaan diantara kedua-dua
tawaran itu sebagai gantirugi

iii. Mengemukakan akaun yang betul apabila diperlukan.

• Menurut seksyen 166 akta kontrak. Seorang ejen hendaklah memberikan


akaun-akaaun yang sempurna kepada prinsipal apabila dituntut. Sempurna
bermaksud akaun yang berimbangan ( balance ) dan mempunyai bukti-bbukti
pembayaran, invois, resit bayaran,perbelanjaan sepertti dalam akaun.
• Dalam kes parker (harry) ltd vs Mason, mahkamah telah memutuskan bahawa
untung yang diperoleh melalui traksaksi haram atau batal. Hendaklah juga
diserahkan kepada prinsipal sekiranya kontrak ejensi antara ejen dan prinsipal
tidak menyalahi undang-undang inggeris seperti pertaruhan kuda ( racingg
bet )

iv. Membayar kepada prinsipal semua wang yang diterima oleh ejen bagi pihaknya.

• Seksyen 171 memperuntukan :


• 171 : seseorang ejen hendaklah membayar kepada prinsipal, semua jumlah
wang yang diterimanya atas akaun prinsipal, tetapi tertakluk kepada apa-apa
potongan dalam seksyen 170.
• Peruntukkan di atas bermaksud, setiap sen yang diterima oleh seseorang ejen
dalam kapasitinya sebagai ejen kepada prinsipal mestilah dipulangkan kepada
prinsipal, ia hendaklah menggantikannya ke dalam akaun prinsipal. Seksyen
170 menyatakan bahawa ejen berhak untuk memegang wang prinsipal, dan
menolak wang pendahaluan yang telah dibayarnya dalam urusan perniagaan
ejensi atau komisen yang patut dibayar oleh prinsipal kepadanya.

v. Menghubungi menghubungi prinsipal.

• Seksyen 142 akta kontrak memberikan kekecualian untuk ejen menghubungi


prinsipal. Jika ejen telahpun sedaya upaya mungkin, tetapi tidak dapat
menghubungi prinsipal dan atas tujuan untuk menyelamatkan harta atau
barang-barangg prinsipal yang berada di bawah jagaannya(terutamanya
barang-barang yang mudah rosak) maka prinsipal bolehlah bertindak
mengikut budi bicara atau kebijaksanaannya sendiri.

9. HUBUNGAN AGENSI BOLEH DIWUJUDKAN DI ANTARA SUAMI ISTERI JIKA MEREKA


TINGGAL BERSAMA. DALAM HAL INI, ISTERI MEMPUNYAI KUASA UNTUK MEMBUAT
HUTANG ATAS NAMA SUAMI. WALAU BAGAIMANAPUN, ADA BEBERAPA KEADAAN DI
MANA SUAMI BOLEH MENAFIKAN TANGGUNGJAWAB YANG MENGIKAT DIRINYA.
JELASKAN KENYATAAN DI ATAS DENGAN BERPANDUKAN PRINSIP UNDANG-
UNDANG AGENSI DAN KES BERKAITAN.
i. Hubungan ejensi boleh disiratkan daripada hubungan suami isteri. <EJENSI
SECARA PERLANTIKAN TERSIRAT / TERMAKLUM >

- Apabila sepasang suami isteri tinggal bersama,terdapat satu anggapan


bahawa si isteri mempunyai kuasa untuk berhutang dengan menggunakan
nama suaminya untuk membeli barang keperluan yang sesuai dengan
taraf hidup mereka. Hutang sebegini akan mengikat suaminya.
- Walau bagaimanapun, suami boleh mematahkan anggapan itu jika ia
dapat membuktikan bahawa :
o Suami telah secara nyata melarang isteri berhutang atas namanya.
o Suami telah secara nyata memberi amaran kepada peniaga supaya
tidak menjualbarang-barang kepada isterinya secara hutang.
o Suami telah menyediakan dengan cukupnya barang-barang
keperluan untuk isterinya.
o Suami telah memberi elaun belanja kepada isteri supaya ia dapat
membeli barang-barang keperluan tanpa berhutang.
o Pesanan barang keperluan yang dibuat isteri itu tidak menusabah
apabila diambil kira pendapatan suami ketika itu.

 KES RUJUKAN : MISS GRAY VS CATCARD. Isteri telah membeli


pakaian 215 pound sterling, dan suami enggan
membayarnya. Apabila dituntut oleh pekedai, si suami
membuktikan bahawa is telah memberi elaun sebanyak 960
pound sterling setahun kepada isterinya. Mahkamah
memutuskan bahawa suami tidak bertangunggan atas hutang
isteri itu

10. HAK DAN TANGGUNGJAWAB PRINSIPAL DAN AGEN TERKANDUNG DALAM SYARAT
KONTRAK AGENSI ANTARA MEREKA SAMA ADA SECARA NYATA ATAU TERSIRAT. JIKA
KONTRAK AGENSI TIDAK MENYATAKAN PERKARA-PERKARA INI, MAKA HAK DAN
TANGGUNGJAWAB ITU DIRANGKUMI OLEH PERUNTUKAN DALAM AKTA KONTRAK 1950.
BINCANGKAN 3 TANGGUNGJAWAB AGEN TERHADAP PRINSIPAL SEBAGAIMANA YANG
TERDAPAT DALAM AKTA DAN DISOKONG DENGAN KES-KES YANG BERKAITAN.
a. Mematuhi arahan prinsipal.

i. Menurut seksyen 164. ejen hendaklah menjalankan tugasnya


mengikut arahan prinsipal. Jika tiada arahan, ejen hendaklah
mengikut adat biasa yang diamalkan oleh perniagaan jenis yang
sama, jika berlaku kerugian akibat daripada kegagalan ejen
mematuhi arahan prinsipal, ejen mesti membayar ganti rugi
kepada prinsipal, jika ada untung, ejen hendaklah membuat
perkiraan mengenainay. Memulangkan untung kepada prinsipal
selepas ditolak komisen untuk dirinya.
ii. Kes rujukan : Turpin VS Bilton.
- Ejen telah gagal mengambil insurans ke atas kapal seperti mana yang
diarahkan oleh prinsipal. Kemudian kapal tersebut hilang. Mahkamah
memutuskan bahawa ejen bertanggungjawab ke atas kerugian yang
dialami oleh prinsipal.

b. Menjalankan kerja dengan berhati-hati, penuh usaha dan menggunakan


kebolehan yang dipunyainya.

i. Mengikut seksyen 165 : ejen hendaklah menguruskan perniagaan


ejensi dengan kemahiran yang ia ada, bertindak dengan kerajinan
yang berpatutan, dan membuat pampasan kepada prinsipal atas
akibat secara langsung kecuaian, kurang mahir atau salah laku
yang disebabkan oleh ejen dalam tugasnya.
ii. Kes rujukan : Keppel VS Wheeler
- Mr Keppel (K) melantik Nr Wheeler (w) untuk menjual sebuah rumah. Pada
29 mei, w menerima tawaran 6150 pound sterling daripada E, dan
kemudiannya memberitahu K yang menerima tawaran ’ tertakluk kepada
kontrak ’ yang akan ditandatangani. Pada 3 jun, D menawarkan 6750
pound sterling kepada W. W tidak memberitahu K mengenai tawaran ini.
Setelah kontrak diantara K dan E sempurna. K mengetahui tentang
tawaran baru itu dan terus membuat tuntutan terhadap W. Mahkamah
memutuskan bahawa W telah melakukan pecah kewajipan sebagai ejen
kepada K kerana tidak memberitahu K tentang tawaran baru yang lebih
tinggi itu. W diarahkan membayar perbezaan diantara kedua-dua tawaran
itu sebagai gantirugi

c. Mengemukakan akaun yang betul apabila diperlukan.

i. Menurut seksyen 166, seorang ejen hendaklah memberikan akaun-


akaun yang sempurna kepada prinsipal apabila dituntut. Sempurna
bermaksud akaun yang berimbangan (balance) dan mempunyai
bukti-bukti pembayaran , invois, resit pembayaran dan resit
perbelanjaan seperti dalam akaun.
ii. Dalam kes : Parker (Harry) Ltd Mason:
- Mahkamah telah memutuskan bahawa untung yang diperoleh melalui
transaksi haram atau batal. Hendaklah juga diserahkan kepada prinsipal
sekiranya kontrak ejensi antara ejen dan prinsipal tidak menyalahi undang-
undang inggeris seperti pertaruhan kuda ( racing bet ).
11. KONTRAK AGENSI BOLEH WUJUD SECARA PENGESAHAN ATAU RATIFIKASI.
BINCANGKAN KEADAAN-KEADAAN DI MANA PENGESAHAN ATAU RATIFIKASI BOLEH
DIBUAT.

i. Perbuatan atau kontrak yang dibuat oleh seseorang itu ( ejen ) mestilah pada
asalnya tanpa kuasa langsung atau telah melampaui kuasa yang diberikan
kepadanya.
ii. Perbuatan yang dilakukan oleh ejen itu mestilah tidak dibenarkan atau tanpa kuasa
tetapi ianya tidaklah sesuatu yang melanggar undang-undang. Sesuatu kontrak
yang batal atau perbuatan jenayah tidak boleh ddiratifikasikan sama sekali.
iii. Pada masa kontrak itu dibuat ejen mestilah dengan secara nyata bertindak bagi
pihak prinsipal dan bukan di atas namanya sendiri.
iv. Semasa kontrak dibuat ejen, prinsipal mestilah wujud untuk meratifikasikan kontrak
tersebut. Jika tiada sebarang pengesahan boleh dibuat. Masalah ini biasanya berlaku
terutamanya untuk sesebuah syarikat yang hendak ditubuhkan tetapi belum
didaftarkan menurut akta syarikat 1965, di mana penganjur telah membuat kontrak
di atas nama syarikat tersebut sebelum selesai proses pendaftaran pertubuhan ini.
 Menurut seksyen 35 akta syarikat 1965. sesuatu kontrak yang dibuat oleh
syarikat atau ejennya sebelum penubuhannya, boleh diratifikasikan oleh
syarikat itu selepas penubuhannya.

v. Pada masa kontrak dibuat, prinsipal mestilah mempunyai keupayaan untuk


berkontrak ( dan begitu juga semasa membuat ratifikasi ) < kes rujukan : bo,ton
Deep Sea Fishing and ice Co. Vs farnbam )
vi. Pada masa ratifikasi dibuat, prinsipal mestilah mempunyai pengetahuan sebenar
tentang semua fakta penting berkaitan dengan kontrak itu. Ini dinyatakan dalam
seksyen 151 akta kontrak. <kes rujukan : Marsh vs Bayley >
vii. Menurut seksyen 152 akta kontrak apabila prinsipal membuat ratifikasi. Ia mestilah
meratifikasikan kesemua perbuatan ejen itu. Prinsipal tidak boleh menerima
sebahagian daripada kontrak atau perbuatan yang memberi keuntungan dan
menolak perbuatan yang membawa kerugian. Seandainya ia bertindak sedemikian,
undang-undang menganggap prinsipal telah menerima keseluruhannya sekali.
viii. Menurut seksyen 153 akta kontrak, penerimaan atau ratifikasi yang dibuat oleh
prinsipal mestilah tidak mengakibatkan kerugian kepada pihak ketiga atau
menamatkan kepentingannya.
ix. Ratifikasi perlu dibuat pada masa yang munasabah.
x. Perbuatan atau kontrak yang disahkan oleh prinsipal itu hendalah perkara-perkara
yang disahkan disisi undang-undang dan bukan satu penipuan.

 Ratifikasi ialah tindakan mengesahkan sesuatu perbuatan yang pada asalnya


tidak sah. Prinsipal bersetuju untuk mengesahkan perbuatan atau tindakan ejen
yang pada mulanya tidak sah. Ratifikasi boleh dilakukan secara nyata atau
disiratkan daripada perbuatan prinsipal.
 Menurut seksyen 149, ratifikasi itu boleh ditakrifkan seperti berikut :
 149. apabila sesuatu perbuatan dilakukan oleh ejen bagi prinsipal, prinsipal tidak
mengetahui atau tidak memberi kuasa kepada ejen untuk berbuat demikian.
Maka prinsipal boleh memilih untuk menerima sah atau menolak perbuatan ejen
itu. Jika ia menerima sah perbuatan itu, kesannya ialah seolah-olah perbuatan itu
dilakukan dengan izin dan kuasanya.

You might also like