Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

LAPORAN KADET REMAJA SEKOLAH:

Tarikh Hari Tempat Tajuk

: : : :

04 JUN 2012 ISNIN ANJUNG JAUHARI

1. Sejarah penubuhan kadet remaja sekolah 2. Objektif dan matlamat penubuhan KRS 3. Lagu rasmi KRS 4. Pakaian seragam KRS 5. Pangkat di dalam KRS 6. Asas Kawad Kaki Objektif :

1. Memberi pendedahan mengenai sejarah penubuhan KRS 2. Mengetahui tentang objektif dan matlamat sebenar penubuhan KRS 3. Mendedahkan tentang lagu dan maksudnya. 4. Mendedahkan tentang pakaian rasmi KRS dan maksud serta nama aksesori aksesori yang dipakai di pakaian rasmi KRS. 5. Menjelaskan tentang cara-cara berkawad. Ulasan :

Ini adalah perjumpaan pertama kali Gerko badan beruniform di Anjung Jauhari. Pensyarah kami telah memperkenalkan diri beliau iaitu Mejar Zainal Abidin bin Samsudin . Selepas itu sesi memperkenalkan diri antara pensyarah dan kami semua. Kemudian, Mejar Zainal telah memperkenalkan kepada kami tentang Kadet Remaja

Sekolah (KRS) . Mula-mula kami di beri pendedahan tentang sejarah penubuhan KRS, pengasas awal penubuhan, menyanyikan lagu KRS bersama-sama dan lain-lain.

Penerangan yang diberikan oleh beliau adalah jelas dan dapat difahami dengan mudah kerana beliau sendiri mengajar kami. Terdapat banyak soalan yang timbul pada sesi perjumpaan ini menunjukkan pelajar faham tentang apa yang disampaikan oleh Mejar Zainal Abidin pada sesi tadi. Di antara soalan yang diutarakan oleh pelajar di antaranya ialah adakah tanda pangkat di pakaian rasmi melambangkan jawatan yang disandang? Bagaimanakah cara menyanyikan lagu KRS? Adakah sama pemakaian kadet Putera dengan Puteri? Sejurus kemudian, Mejar menjawab semua pertanyaan pelajar dengan jelas. Selain itu, pelajar meminta diterangkan tentang penulisan laporan di dalam buku log sebagai tugasan gerko kami sehingga interaksi yang akan datang. Di antara soalan yang ditimbulkan oleh pelajar adalah penulisan laporan buku log adalah berdasarkan aktiviti di sekolah mahupun di maktab?. Jawapannya adalah penulisan buku log adalah berdasarkan aktiviti di maktab. berpakaian seragam seorang pegawai KRS ketika

Refleksi

Sepanjang perjumpaan pada kali ini, saya telah didedahkan dengan pelbagai perkara yang berkaitan dengan KRS dan sedikit sebanyak memberi pengetahuan kepada saya tentang KRS dengan lebih meluas lagi. Mejar Zainal juga menggunakan pakaian rasmi beliau dengan tujuan mengajar kami dan membuatkan lebih memahami tentang penerangan beliau terhadap pakaian rasmi KRS . Mejar Zainal juga telah menunjukkan kepada kami cara berkawad kaki dengan betul. Walaubagaimanapun , sesi perjumpaan kami adalah di bilik kuliah .Ruang yang sempit menyukarkan untuk kami berlatih bersama Mejar. Kami cuma memerhatikan sahaja cara Mejar Zainal berkawad.

Cadangan penambahbaikkan

Pada pertemuan akan datang, diharapkan sesi pembelajaran diadakan di stadium padang Puteri Gunung Ledang . Ini memudahkan kepada kami serta Mejar mengajar kami dalam keadaan yang selesa memandangkan Mejar mengenakan pakaian rasmi KRS . Secara tidak langsung juga membolehkan kami turut serta mempelajari cara-cara berkawad dengan betul.

You might also like