Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 11

TAJUK NAMA GURU KELAS NAMA AHLI KUMPULAN

: MENGHORMATI HAK ORANG LAIN : PUAN ONG SIEW POH : 2 KUALITI : MUHAMMAD HARIZ BIN BAHARI
DANIAL DANISH BIN MUSTAFFA KAMAL MUHAMMAD FARIS HAZIQ BIN KHAIRUDDIN MUHAMMAD FIRDAUS BIN ZULKIFLEE MOHD IDHAM HARITH BIN SUHAIMI

1. Pendahuluan 2. Kepelbagaian masyarakat kita 3. Menghormati bakat dan kebolehan orang lain 4. Menghormati pendapat orang lain 5. Kesimpulan

2 3 6 8 9

Masyarakat adalah kelompok manusia yang saling berinteraksi, bekerjasama dan bertolak ansur bagi menjaga kepentingan bersama. Dalam sebuah masyarakat, individu seharusnya saling bertanya khabar, mengambil berat satu sama lain dan menyertai upacara-upacara yang wujud dalam masyarakat itu sendiri seperti kematian, perkahwinan kelahiran dan kesyukuran. Keadaan ini berlaku kerana adanya menghormati antara satu sama lain. Sikap toleransi dan saling menghormati penting diamalkan dalam setiap masyarakat terutama konteks masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Menghormati perbezaan individu Perkara utama yang perlu diamalkan oleh anggota masyarakat
Menghormati kebolehan dan bakat orang lain

Menghormati pendapat orang lain

Dalam sesebuah masyarakat, anggotanya perlu memahami bahawa individu adalah berbeza. Perbezaan bukan sahaja ketara disebabkan keturunan malah perbezaan juga berlaku di kalangan anggota keluarga. Contohnya, semua orang faham bahawa orang Melayu berbeza daripada orang Cina, dan orang India. Orang India juga berbeza daripada orang Kadazan Dusun. Perbezaan ini disebabkan faktor keturunan, latar belakang ekonomi keluarga, baka, persekitaran tempat tinggal, agama dan asuhan keluarga. Sungguhpun begitu tidak bermakna anggota sesebuah masyarakat yang mempunya pelbagai latar belakang yang berbeza tidak boleh hidup bersama. Dalam konteks masyarakat Malaysia, walaupun rakyatnya mempunyai pelbagai latar belakang, mereka masih mampu hidup dalam satu masyarakat dengan menggunakan bahasa yang difahami bersama. Keharmonian dalam masyarakat wujud kerana masing-masing menghormati budaya dan hak orang lain

Rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Perayaan orang Cina

Menyambut perayaan bersama-sama tidak mengira kaum

Perayaan kaum Kadazan Dusun

Bagi mengekalkan keharmonian masyarakat, setiap anggota juga perlu menghormati bakat dan kebolehan. Setiap individu lahir dengan potensi dan bakat yang berbeza. Misalnya, seorang doktor perubatan tidak boleh menganggap dirinya yang paling berguna dalam masyarakat. Orang lain juga memainkan peranan penting dan memberi sumbangan berasaskan potensi dan bakat semulajadi mereka. Justeru itu, setiap anggota masyarakat boleh berfungsi jika mereka mengamalkan sikap saling menghormati. Ada orang menjadi guru, penyanyi, peguam , polis, tentera dan masing-masing memberikan sumbangan mereka dengan cara mereka sendiri.

Doktor

Polis

Tentera

Setiap individu mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat masingmasing. Masyarakat dalam negara berdemokrasi lebih beruntung kerana masyarakatnya berpeluang menyuarakan pendapat berbanding dengan masyarakat di bawah pemerintahan kuku besi.

Menghormati pendapat orang lain

Akibat tidak menghormati pendapat orang lain

Kesimpulannya, kita perlu menghormati orang lain berasaskan perbezaan individu, perbezaan bakat dan kebolehan semula jadi serta perbezaan pendapat bagi menjamin keharmonian masyarakat.

You might also like