Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

BUKU LOG PROJEK FERTIGASI PERTANIAN MENJANA PENDAPATAN KHIDMAT MASYARAKAT IV 12 DISEMBER 2010

NAMA JAWATAN / TUGAS

: :

ROSILAWATI BINTI JUNAIDI TIMBALAN PENGERUSI PROJEK

______________________________________________________________________ 06 Julai 2010 Saya telah menerima emel dari Pengerusi yang menyatakan bahawa beliau mendapat respon dari komuniti bahawa projek Ko-K yang dicadangkan di Kampung Stutong Baru mendapat komen negatif dari komuniti. Pada hari yang sama, saya telah menerima emel dari Setiausaha berkenaan cadangan aktiviti yang boleh diadakan semasa projek dijalankan memandangkan komuniti telah bersetuju untuk menangguhkan projek pada pukul 3 petang. 11 Julai 2010 Beberapa orang ahli jawatankuasa induk telah mengadakan perbincangan yang telah diadakan di ETP Management, Stutong bagi membincangkan cadangan aktiviti dan dana yang diperlukan.

26 Julai 2010 Saya telah memohon maaf kepada Setiausaha kerana terlalu lewat membalas emel beliau. Walau bagaimanapun, saya telah membalas emel tersebut bahawa tarikh tersebut telah dipersetujui oleh komuniti dan pengerusi, manakala aktiviti akan diadakan akan dibentangkan oleh AJK Aktiviti dan akan dibincangkan semasa perjumpaan yang akan datang. 27 September 2010 Saya telah menerima emel dari Pengerusi, beliau telah menyatakan bahawa cadangan tarikh untuk projek adalah pada minggu ketiga selepas peperiksaan pertengahan semester dan persetujuan akan dibincangkan semasa pertemuan yang seterusnya. 09 Oktober 2010 Saya dan beberapa orang ahli komuniti telah mengadakan perjumpaan di tapak projek bagi membincangkan pembahagian ahli komuniti kepada Jawatankuasa yang telah ditetapkan. Kemudian, kami mengadakan perjumpaan dengan Ketua Kampung Stutong bagi mendapatkan kerjasama beliau untuk memilih peserta kursus yang berminat untuk menhadiri kursus pertanian fertigasi ini. 31 Oktober 2010 Pada Pertemuan Pertama, komuniti telah mengadakan Mesyuarat Bil 1/2010 pada pukul 12.30 tengah hari bertempat di Bilik Kuliah, ETP Management, Stutong. Komuniti telah membincangkan berkenaan aktiviti yang dicadangkan untuk dilaksanakan dan keputusan pembahagian AJK.

28 November 2010 Pertemuan Ko K yang Kedua telah diadakan di ETP Management. Setiap wakil AJK telah diminta untuk membentangkan perjalanan tugas masing-masing. Saya telah menawarkan diri untuk membantu AJK Aktiviti untuk mendapatkan individu yang boleh mengetuai sesi senam pagi yang akan diadakan sebelum projek dijalankan. Ini kerana komuniti ingin menjimatkan kos perbelanjaan projek. 29 November 2010 Saya telah menghubungi pihak Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sarawak (JKKN) bagi mendapatkan individu boleh menjadi instructor untuk senaman pagi. Menurut Puan Rabuyah, mereka memang berminat untuk melibatkan diri semasa senaman pagi tersebut, tetapi tidak dapat dipertimbangkan oleh komuniti

memandangkan bayaran yang dikenakan iaitu RM150 adalah melebihi bajet komuniti. 30 November 2010 Saya telah cuba menghubungi pihak Kementerian Pembangunan Dan Urbanisasi Sarawak untuk bertanyakan berkenaan instructor, akan tetapi bayaran dikenakan juga melebihi bajet yang telah ditetapkan.

Saya dan Setiausaha telah mengadakan perjumpaan bertempat di J&J Cafeteria bagi membincangkan berkenaan perubahan aturcara dan beberapa perkara lain berkenaan aktiviti projek yang akan dilaksanakan.

04 Disember 2010 Saya telah cuba menghubungi beberapa firma dan perseorangan bagi mendapatkan tajaan dana atau sumbangan hamper. Saya telah Berjaya mendapatkan sumbangan hamper sebanyak 5 buah sahaja. 08 Disember 2010 Saya telah membantu pengacara majlis dalam penyediaan teks pengacara majlis bagi memudahkan pasangan pengacara memandangkan saya pernah mengendalikan majlis yang memerlukan saya mengacarakan majlis secara berpasangan. 11 Disember 2010 Gotong Royong sebelum Hari Projek sebenar telah diadakan di Tapak Projek bagi memastikan tapak projek dan segala persiapan sebelum projek dijalankan adalah memuaskan. Rehearsel juga telah diadakan bagi mengenalpasti masalah yang bakal timbul supaya pembetulan boleh dibuat segera.Saya juga telah membantu AJK Hadiah Dan Cenderahati untuk menyusun kedudukan hadiah dan saya juga dengan ikhlas hati telah menyumbang dana berupa wang tunai dan beberapa buah hamper. Saya juga telah membantu AJK Aktiviti bagi menyediakan tag cabutan bertuah dan penyediaan door gift. 12 Disember 2010 Pelaksanaan projek telah dijalankan dengan lancar walaupun terdapat beberapa kekurangan dan kesulitan. Saya telah membantu AJK Peralatan dan Aktiviti semasa sesi pendaftaran dijalankan. Saya juga bertindak sebagai pemantau bagi memastikan

segala aktiviti yang telah dirancang berjalan dengan baik. Setelah selesai projek dijalankan, saya dan beberapa ahli komuniti telah membantu AJK Peralatan untuk menghantar kerusi yang telah dipinjam dari ETP Management .

KESIMPULAN Alhamdulillah segala aktiviti yang telah dirancang berjalan dengan baik dan memuaskan. Saya amat berterima kasih kepada pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakan projek ini tidak kira sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala kesulitan dan kekurangan amatlah dikesali dan semoga projek khidmat masyarakat seperti ini boleh dijalankan dengan lebih kerap bagi meningkatkan potensi masyarakat di samping menjana ekonomi negara.

Disediakan oleh :

(ROSILAWATI BINTI JUNAIDI) Timbalan Pengerusi Projek Khidmat Masyarakat IV

You might also like