Batik

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

c) Proses peringkat penghasilan (1) Langkah pertama Kita membuat reka corak kain batik di atas kain putih

dengan pensil. Motif boleh dipilih berasaskan tradisional/ethnik, flora fauna, geometrikal, organic, garisan dan ruang, semi abstrak dan lain-lain. Dalam penentuan motif, biasanya tiap orang memiliki selera berbeda-beda. Ada yang lebih suka untuk membuat motif sendiri, namun yang lain lebih memilih untuk mengikuti motif-motif umum yang telah ada. Lebih menyenangkan morif boleh dipilih daripada koleksi Master Wan Batik. (2) Langkah kedua Menggunakan canting yang telah di isi lilin cair untuk mencorakkan kain. Kepanasan lilin perlu dikawal agar tidak terlalu panas untuk mengelakkan garisan lilin kembang dan sekaligus menghasilkan garisan yang tidak konsisten. Pelukis terpaksa menuangkan semula lilin cair ke dalam bekas lilin sebelum lilin cair itu sejuk. Seterusnya menceduk lilin lain bagi menjamin aliran lilin cair tersebut dapat digunakan dengan lancar. (3) Langkah ketiga Mematikan warna. Sodium silicate digunakan sebagai bahannya. Proses ini dilakukan untuk memastikan warna tidak akan luntur apabila dibasuh seterusnya. (4) Langkah keempat Setelah empat jam direndam kain dalam bahan tersebut, kain tersebut dibasuh dan direbus. Tujuannya adalah untuk menghilangkan lapisan lilin, sehingga motif yang telah digambar sebelumnya terlihat jelas. Air panas dimasukkan serbuk soda bagimemudahkan lilin ditanggalkan daripada kain. Seterusnya kain tersebut dibasuh sekali lagi dan dibilas. Paling elok, kain batik ini dijemur di tempat teduh agar warnanya dapat dijamin ketahan dan kualitinya d) Spesifkasi produk (timbangan/sukatan ukuran) Bagi menghasilkan kemeja lelaki berlengan panjang, saiz (S,M,L,XL) , ukuran kain yang diperlukan ialah 2.40m, bagi saiz XXL, XXXL, ukuran kain ialah 2.50m dan saiz yang lebih besar ialah 3m.Manakala untuk baju kurung perempuan semua saiz ialah 4m . Manakala saiz luar biasa ialah 2.50m untuk kain dan 3m untuk baju.Pemidang atau frame yang diperlukan ialah 5m panjang dan lebar 45 inci. Seterusnya semasa mencampurkan lilin dan dammar sukatanya ialah 60% lilin dan 40% damar.

4) Perkembangan produk a) Rangkaian pemasaran Syarikat Noor Arfa Batik memasarkan produk Batiknya dengan 4 strategi pemasaran iaitu Pusat Perlancongan, Pusat Jualan, Pusat Borong dan Pusat Tempahan.Selain itu, melalui usaha dan sokongan Allahyarhamah Datin Seri Paduka Endon, isteri kepada Tun Abdullah Badawi, arwah menggalakkan semua kakitangan kerajaan Malaysia memakai batik sebagai pakaian rasmi pada setiap hari Sabtu dan kini pada hari Khamis.Usaha ini secara tidak langsung telah menaikan imej Batik di mata masyarakat

b) Pengiktiran/sambutan daripada pengguna/ penghargaan. Perkembangan Batik di Malaysia turut mendapat sokongan padu daripada Kraftangan Malaysia yang sentiasa mencari penemuan atau teknik baru di dalam bidang ini. Selain itu Kementerian Perlancongan turut sama dengan memartabatkan batik dipersada antarabangsaan. Syarikat Noor Arfa Batik juga mendapat pelbagai pengiktiran antaranya ialah seperti Anugerah Kecemerlangan Industri 2004 pembangunan Jenama Malaysia

c) Kemajuan yang dicapai Berikut adalah anugerah yang diperolehi oleh Noor-Arfa: 1. " Anugerah Pengeluar Batik Terbesar" oleh Malaysia Book of Records, 1997 2. Anugerah Usahawan muda untuk sektor pembuatan oleh Kementerian Belia dan Sukan, Malaysia pada tahun 1988 3. Pusat, Anugerah Jualan Aked MARA "Tempat pertama untuk Persembahan Terbaik" oleh MARA, Terenggannu, 1999. 4. Sijil Anugerah Khas untuk "5 S" oleh Majlis Produktiviti Negara (NPC) pada tahun2001. 5. Pemenang "Pertandingan Amalan 5S" antara organisasi bagi kategori industri kecil, yang dianjurkan oleh Majlis Produktiviti Negara, 2001 6. Sijil Produktiviti 2001 "bagi kategori syarikat tempatan dengan modal setiap tahun di bawah RM 10 juta oleh Majlis Produktiviti Negara, 2001 7.Keusahawanan Terengganu 2002" bagi kategori Handicraf yang dianugerahkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu dan Negeri Yayasan Pembangunan Usahawan 8. Sijil Produktiviti 2002 bagi kategori syarikat tempatan dengan modal setiap tahun di bawah RM 10 juta oleh Majlis Produktiviti Negara, 2002 9. Anugerah Premis Perniagaan MARA (APPM) 2003 -Aked MARA Jualan Pusat kategori penyewa Terbaik oleh MARA, Terengganu 10. "Anugerah Usahawan 2003" oleh Kerajaan Negeri Terengganu untuk Industri Kecil (IKS) Kejuruteraan / Pembuatan kategori dan Yayasan PembangunanUsahawan Negeri 11. Anugerah "Membeli-belah yang Menyokong Outlet (Specialty Store)Pelancongan Malaysia - 2003" oleh Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia 12. Kelayakan "Harga Patut Kedai Anugerah 2003" oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna 2003 13. Anugerah dan Sijil Khas "Produktiviti Anugerah 2003" bagi kategori syarikat tempatan dengan modal setiap tahun di bawah RM 10 juta oleh Majlis Produktiviti Negara, 2003 14. Anugerah Sokongan Terbaik Pusat Beli-Belah Kategori Kedai Specialty by Tourism Malaysia 2003

15 . Kelayakan Noor Arfa sebagai Francaisor yang dianjurkan oleh Kementerian Pembagunan Usahawan dan Pembagunan dan Kementerian Pembagunan Usahawan dan Pembagunan Koperasi (MECD).

16. "Industri Cemerlang 2004" Pembangunan Jenama Malaysia bagi kategori syarikat tempatan dengan modal setiap tahun di bawah RM 10 juta yang diberikan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. 17. "Anugerah Produk Bermutu - 2004" anugerah khas oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri pada tahun 2005. 18. Anugerah Kecemerlangan Industri 2004 Pembangunan Jenama Malaysia 19. National "Anugerah Usahawan Berjaya 2005" daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA). 20. National "Anugerah Usahawan Berjaya 2006" daripada Majlis Amanah Rakyat(MARA). 21. Sijil Penghargaan Anugerah Kecemerlangan Industri 2005 oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. 22. Anugerah Kedai Harga Adil 2006 - 2007 Kategori Tekstil, Batik & Songket oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. 23. "Sasterawan Jenama" Anugerah Grammy untuk Penjenamaan untuk Jenama Fesyen Batik 2007 Best. 24. Anugerah "KEDAI HARGA PATUT" Kategori Handicraft & Antik Pada Tahun 2007-2008 Oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal PenggunaMalaysia. 25. AnugerahBRANDS LAUREATEAsia Pacific Oleh Brands Laureate. 26. Sijil Anugerah Khas 2008 bagi kategori syarikat tempatan dengan modal setiap tahun di bawah RM 10 juta oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia, 2008. 27. Sijil 'Program Pembangunan Francais" bagi jenama noor arfa di bawah program pembangunan francais, kementerian perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan. 28. Anugerah Usahawan Terengganu 2008 29. Anugerah Usahawan Cemerlang (Kategori Perkhidmatan Tekstil) 2011 oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. 30. Universo DE Commercio Business Awards Hereby Awarded Noor Arfa Holdings Sdn Bhd for UDC Best Fashion Design Of The Year 2011.

31. Anugerah Usahawan Korporat Sempena Sambutan Anugerah Usahawan MARA 2011 Peringkat Kebangsaan.

d) Cabaran dan masalah yang dihadapi Operasi yang semakin berkembang memaksa Wan Mohd Ariffin mencari lokasi lebih luas dan selesa. Namun, ada pihak yang hanya memandang sebelah mata keupayaannya kerana stigma yang masih menebal orang Melayu tidak mampu pergi jauh dalam dunia perniagaan. Permohonan beliau untuk mendapatkan tapak di sebuah kawasan perindustrian ditolak.Kekecewaannya berganda apabila beberapa institusi kewangan yang dihubungi untuk mendapatkan pembiayaan bagi membeli kilang di Chendering (kini pejabat, kilang dan bilik pameran Noor Arfa) hanya memberikan janji kosong. Bagaimanapun kerana sikap tidak mudah kecewa, beliau akhirnya mendapat kepercayaan Bank Pembangunan Malaysia yang memberikan pinjaman sebanyak RM210,000.Dengan tambahan RM50,000 hasil simpanan, pasangan suami isteri itu akhirnya berjaya membeli kilang berkenaan yang asalnya untuk pengeluaran minyak masak. Bertitik tolak dari situ, Wan Mohd Ariffin tidak lagi menoleh ke belakang, semua lima bengkelnya ditutup dan dipindahkan ke kilang yang dibeli itu bagi memudahkan pemantauan operasi dan pemasaran. Jualan syarikat itu terus meningkat kepada RM620,000 setahun pada 1988, manakala bilangan pekerja pula bertambah kepada 60. Pada 3 Januari 1991, Noor Arfa Batek diperbadankan sebagai sebuah syarikat sendirian berhad dengan modal dibenar dan berbayar RM250,000. Kini jumhlahnya telah ditingkatkan kepada masing-masing RM1 juta.Bagaimanapun seperti kata pepatah,langit tidak selalu cerah, kegawatan ekonomi negara yang dicetuskan krisis kewangan di Asia Timur pada 1997 turut memberi kesan kepada perniagaan Noor Arfa Batek.Bagi memastikan syarikat terus beroperasi dan mengelakkan pemberhentian pekerja, Wan Mohd Ariffin meminta 120 pekerjanya bekerja separuh bulan secara bergilir. Beliau juga mengambil pendekatan meminjam wang pekerja untuk dilaburkan dalam syarikat dengan jaminan dibayar penuh, termasuk dividen pada akhir tahun.Ramai pekerjanya yang tampil membantu kerana yakin syarikat itu mampu dipulihkan.Hasil sokongan pekerja, Noor Arfa Batek mampu bertahan sehingga sekarang. Noor Arfa Batek kini memiliki 11 cawangan di seluruh negara termasuk di MedanTuanku, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, pusat beli belah One Utama di Petaling Jaya, Aked Mara dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.Menerusi anak syarikatnya, Design Passage Sdn Bhd, Noor Arfa Batek turut mengadakan usaha sama dengan pereka fesyen terkenal, Bill Keith dengan nisbah pemilikan milikan 70:30 sejak tiga tahun lalu

Akhbar Utusan Malaysia 21/1/2003A RKIB : 20/06/2009 MEMARTABATKAN BATIK DI MELAKA leOlehh RIZANIZAM ABDUL HAMID d k i t b a utusanmelaka@utusan.com.my MELAKA 19 Jun - Industri batik negara yang telah wujud dan berkembang sejak hampir satu abad lalu dan kini menjadi salah satu akbar budaya rakyat Malaysia. Walaupun tidak dapat dipastikan dengan tepat bagaimana sejarahnya bermula, hasil seni ini telah menjadi warisan peradaban dunia. Jika diikuti rentetannya, pemakaian batik dalam busana tradisi mempunyai sejarah yang lama berlangsung dari zaman awal tamadun Melayu. Ia dipakai oleh semua golongan bermula daripada raja kepada bangsawan sehinggalah rakyat jelata. Industri batik hari ini pula menyaksikan pelbagai usaha dilakukan kerajaan bagi membolehkan pembangunan industri batik negara terus berdaya maju.

BARISAN model yang memperagakan baju batik koleksi NoorArfa. Pengkajian semula dan pengemasan strategi pemasaran batik tempatan diberi penekanan untuk melihat kejayaannya.

Malah, langkah kerajaan mewajibkan pemakaian batik kepada kakitangan awam berkuatkuasa 1 November2004 antara tindakan bijak demi memperkasa seni tempatan negara itu. Usaha tersebut, dilihat bukan saja dapat memartabatkan kembali seni batik tetapi juga menjadi wahana kepada pembangunan perusahaan batik tempatan secara menyeluruh. Pengkomersialan batik pula bukan saja memberi pendapatan kepada para pengusaha, bahkan melonjakkan nama kampung pengusaha kepada masyarakat dunia untuk melihat sendiri cara pembuatannya. Justeru, tidak hairanlah mengapa industri batik hari ini dilihat kembali berkembang pesat hasil usaha keras semua pihak yang ingin melihat kejayaannya. Dalam kesibukan pelbagai persiapan menuju ke arah menjadi negeri maju tahun hadapan, Melaka juga tidak terkecuali untuk melihat batik yang menjadi seni dan budaya tempatan itu dipertahankan. Pembukaan Melaka Batik House (MBH) di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh dimiliki Noor Arfa Batek Sdn. Bhd. pada 11 Jun lalu, menjadi titik permulaan usaha itu. Pengerusi Eksekutif Noor Arfa Batek, Wan Mohd. Ariffin Wan Long berkata, MBH yang terletak di kawasan seluas 0.6 hektar akan menjadi pusat batik bersepadu kepada semua pengeluar batik di Malaysia. Malah, MBH juga akan bertindak sebagai pusat sehenti bagi pengusaha-pengusaha batik dari seluruh negara. Menurut Wan Mohd. Ariffin, selain itu, rumah batik seluas 1,700 meter persegi itu juga akan bertindak sebagai pusat pemasaran batik di pantai barat Semenanjung. "Selepas ini, penggemar batik dari Pantai Barat Semenanjung tidak perlu lagi bersusah-payah keTerengganu atau Kelantan untuk membeli batik. "Mereka boleh terus datang ke sini kerana jaraknya lebih dekat sekali gus menjimatkan wang, tenaga dan masa," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini. Jelasnya, pengunjung MBH juga akan dapat dapat menilai dan melihat sendiri kualiti pengeluaran batik oleh pengusaha batik tempatan. "Malah, jenama terkenal batik keluaran pengusaha Malaysia boleh diperolehi di sini," katanya.Menurutnya, sebagai negeri pelancongan beliau optimis dengan sambutan yang bakal di terima terhadap permintaan batik di negeri ini. Katanya, pada masa kini banyak pelancong dari Singapura datang ke Kelantan atau Terengganu semata-mata ingin membeli batik.

"Selain batik dari Terengganu, Kelantan dan Johor, kami turut menjual batik dari Indonesia. "Pengunjung boleh mendapatkan baju batik di sini dari harga serendah RM29 sehelai," katanya sambil menambah rumah batik itu dibuka setiap hari mulai 9 pagi hingga 6 petang. Tambah beliau, pihaknya menyasarkan jualan RM12 juta setahun di Melaka Batik House dan ia akan menjadi produk pelancongan baru di Melaka. Noor Arfa Batek, syarikat milik bumiputera adalah pengeluar batik terkenal di negara ini yang memulakan perniagaannya di Kuala Terengganu sejak 29 tahun lalu.Ia kini mempunyai 14 pusat jualan di seluruh negara.

MAJALAH May - Jun July

MyBatik

Noor Arfa Batik Sdn . Bhd

You might also like