Pelan

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 58

BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KANDUNGAN
PRAKATA
BAB 1
TUJUAN DAN LATAR BELAKANG VISI, MISI DAN MOTO OBJEKTIF FUNGSI BAHAGIAN DAN SEKTOR STANDARD KUALITI DAN LAGU 3 8 9 10 19

PIAGAM PELANGGAN
CARTA ORGANISASI BPPDP

20
22

BAB 2
NILAI TERAS TERAS DAN STRATEGI UTAMA

23 25

KANDUNGAN
BAB 3
PELAN TINDAKAN Teras 1: Merekayasa Pembangunan Pendidikan Bagi Meluaskan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti Teras 2: Memperkasakan Keupayaan Penyelidikan Dan Penilaian Dasar Pendidikan Bagi Memantapkan Dasar dan Program Pendidikan Teras 3: Meningkatkan Kapasiti Organisasi Untuk Menghasilkan Perkhidmatan Yang Berprestasi Tinggi Dalam Bidang Pendidikan 26

31

33

BAB 4
FAKTOR PENENTU KEJAYAAN MENUJU MASA HADAPAN

37 38

Appendix
Carta Jawatankuasa Kerja Pelan Strategik Glosari

Prakata

Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP) merupakan organisasi penggerak yang dikenali sebagai payung dan nadi Kementerian Pelajaran Malaysia buat sekian lama. Semenjak penubuhannya pada tahun 1963, BPPDP telah banyak memainkan peranan dalam perkembangan perancangan dan pembangunan pendidikan yang teratur dan berkesan. Menyedari tanggungjawab yang begitu besar, tibalah masanya Bahagian ini mengorak langkah ke hadapan dengan menyasarkan Pelan Strategik BPPDP 2011-2015 secara objektif dan realistik. Ini sejajar dengan visi dan misi BPPDP sebagai peneraju kecemerlangan penggubalan dasar, perancangan dan penyelidikan untuk pendidikan berkualiti. BPPDP telah diiktiraf dan diperakukan oleh Jawatankuasa Kabinet sebagai agensi utama untuk merancang segala kegiatan pendidikan bagi seluruh negara yang merangkumi penyelidikan, pengurusan data dan maklumat, penyelarasan, pemantauan pembangunan pendidikan, penganalisaan dan penilaian pelaksanaan dasar pendidikan. Bahagian ini juga sekaligus berupaya menampung permintaan stakeholder yang kian mendesak. Dengan cara sedemikian, BPPDP akan sentiasa dihormati dan dirujuk dalam merancang dan menentukan dasar pendidikan negara. Akhir kata, saya mengambil kesempatan ini merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menggubal Pelan Strategik BPPDP 2011-2015. Semoga dokumen ini dapat dijadikan panduan dan dimanfaatkan sepenuhnya oleh warga BPPDP dalam usaha memastikan kualiti pendidikan negara terus dipertingkatkan.

Selamat Maju Jaya.


DR. FARIDAH BT. ABU HASSAN

Pelan Strategik BPPDP 2011 - 2015

Tujuan dan Latar Belakang Visi, Misi dan Moto Objektif Sektor dan Unit Fungsi Bahagian dan Sektor Dasar Kualiti dan Lagu Piagam Pelanggan Carta Organisasi BPPDP

Pelan Strategik BPPDP 2011 - 2015

Bab 1

Pelan Strategik BPPDP ini merupakan satu dokumen perancangan kerja warga BPPDP di semua sektor bagi tempoh lima tahun (2011 - 2015) akan datang untuk:

Memusatkan pemikiran, tenaga dan komitmen seluruh warga BPPDP ke arah menjayakan visi, misi dan objektif BPPDP. Melaksanakan segala strategi yang dirancang secara sistematik dan bersepadu bagi mencapai sasaran yang ditetapkan. Mengukuhkan kerjasama yang erat antara sektor di BPPDP ke arah mencapai kecemerlangan organisasi.

Pelan Strategik BPPDP 2011 - 2015


3

Bab 1

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pelajaran (BPPP) telah ditubuhkan pada tahun 1963 dengan tujuan asas bagi mewujudkan perancangan pendidikan yang teratur dan berkesan. Peringkat awal penubuhannya, terdapat empat unit sahaja, iaitu perancangan kurikulum dan buku teks, bimbingan sekolah, penilaian dan penyelidikan serta urus setia Majlis Pelajaran Tinggi. Kementerian Pelajaran telah mengakui dan mengiktiraf aktiviti perancangan sebagai wahana utama perkembangan dan pembangunan pendidikan. Justeru, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan (BPPP) bertanggungjawab terhadap perancangan dan dasar pendidikan kebangsaan. Pada peringkat awalnya peranan BPPP ialah untuk: i. Merencana dan menyediakan kertas-kertas soalan ujian kecerdasan bagi Peperiksaan Kemasukan ke Sekolah-Sekolah Menengah Tanah Melayu (MSSEE). ii. Mengumpul dan menyimpan data asas pendidikan. iii. Menjadi urus setia kepada Jawatankuasa Kurikulum Pusat (CCC). iv. Memperkenalkan dan menyelaras program-program mengenai bimbingan sekolah. Pada tahun 1966, BPPP telah digabungkan dengan urus setia Majlis Pendidikan Tinggi dan diketuai oleh Pengarah Pendidikan Tinggi. Perubahan ini telah memperluaskan lagi bidang tugas BPPP ke arah menyumbang perkhidmatan yang lebih cekap dan mencabar. Dari setahun ke setahun peranan BPPP telah bertambah dan menjadi semakin penting. Bermula dari tahun 1969, BPPP telah dipertanggungjawabkan sebagai penyelaras projek-projek Bank Dunia. Seterusnya pada tahun 1970, BPPP telah menjadi urus setia Jawatankuasa Perancangan Pelajaran (JPP) yang merupakan Jawatankuasa Penggubal dan Pemutus Dasar Tertinggi Kementerian Pendidikan. Pada tahun 1974, BPPP telah menjadi urus setia Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Pelan Strategik BPPDP 2011 - 2015


4

Bab 1

Pada tahun 1975 BPPP telah diiktiraf sebagai satu Bahagian yang tersendiri dengan diterajui oleh seorang Pengarah. Pada tahun 1979, melalui Laporan Jawatankuasa Kabinet, BPPP telah menjalankan perancangan pendidikan yang setaraf dengan fungsi dan peranannya di peringkat Kementerian Pelajaran. Peranan BPPP bagaimanapun sejak 1978 berubah kepada payung dan nadi Kementerian Pelajaran. Peranan ini dinyatakan dalam Pekeliling Arahan Pejabat 2/78 yang menghuraikan secara terperinci peranan, fungsi dan bidang tugas BPPP ketika itu. Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan (1979) telah menggariskan tugas BPPP iaitu: i. Mengadakan pelan pembangunan pelajaran kebangsaan yang menyeluruh dan mengandungi rancangan pembangunan jangka panjang, jangka pertengahan dan jangka pendek. ii. Memastikan bahawa segala projek pembangunan pelajaran disatukan ke dalam rancangan pelajaran yang menyeluruh dan selaras dengan Dasar Pelajaran Kebangsaan. iii. Menyediakan beberapa alternatif bagi maksud pelaksanaan sesuatu projek atau program pelajaran. iv. Merancang sesuatu yang baru serta menguji kesesuaian dan kesempurnaan perancangan yang dicadangkan. v. Menyediakan analisis teknikal mengenai perangkaan berkaitan kos modal dan kos berulang, keperluan tenaga manusia dan khidmat khas bagi menjalankan projek tertentu dengan berkesan. vi. Mengesan, menyelaras dan menilai rancangan pelajaran yang sedang berjalan dengan menitikberatkan kepada sejauh manakah rancangan itu mencapai objektifnya selaras dengan Dasar Ekonomi Baru. vii. Menjadi pusat perkhidmatan maklumat Kementerian Pelajaran.

Pelan Strategik BPPDP 2011 - 2015


5

Bab 1

Para 161.1 Perakuan Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji memperakukan supaya BPPP: a.

Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) telah

Menjadi agensi utama untuk merancang segala kegiatan pendidikan bagi seluruh negara. Selepas menentukan perancangan ini, BPPP juga bertanggungjawab menyelaras dan mengawas supaya pelaksanaannya lebih berkesan. Dalam hubungan ini, BPPP menentukan garis panduan untuk diikuti oleh Bahagian-Bahagian lain dalam melaksanakan kegiatan-kegiatan perancangan. Kesemuanya ini adalah perlu dalam usaha untuk menghasilkan satu perancangan pelajaran yang menyeluruh dan bersepadu. Mempunyai sekumpulan pegawai-pegawai yang berpengalaman serta dilatih khas dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan perancangan. Untuk mengelakkan pegawai-pegawai ini daripada ditukarkan ke Bahagian-Bahagian lain apabila wujudnya peluang-peluang kenaikan pangkat, adalah diperakukan juga supaya satu sistem kenaikan pangkat diadakan yang membolehkan mereka menerima kenaikan pangkat itu di dalam BPPP sendiri.

b.

Pada tahun 1995, BPPP telah diiktiraf dan diperakukan Jawatankuasa Kabinet sebagai agensi utama untuk merancang segala kegiatan pendidikan bagi seluruh negara.

Pelan Strategik BPPDP 2011 - 2015


6

Bab 1

Penstrukturan baru Kementerian Pendidikan pada tahun 1995 telah meletakkan BPPP (selepas ini dikenali sebagai Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan BPPDP) secara langsung di bawah Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Pada tahun 2007, BPPDP telah distruktur semula dengan penambahan beberapa jawatan kenaikan pangkat dan jawatan baru selaras dengan pertambahan tugas dan peranannya. Bilangan pegawai dan staf sokongan BPPDP telah bertambah daripada 167 kepada 204 orang. Sehingga kini, BPPDP diterajui oleh seorang Pengarah, dua orang Timbalan Pengarah, tujuh orang Ketua Sektor dan disokong oleh 23 orang Ketua Unit di pelbagai sektor. Unit Pentadbiran ditadbir oleh Ketua Unit Pentadbiran dan dibantu oleh tiga Ketua Pentadbir sub unit berkaitan perkhidmatan dan perjawatan, aset dan kewangan.

Pelan Strategik BPPDP 2011 - 2015


7

Bab 1

VISI

Peneraju Kecemerlangan Penggubalan Dasar, Perancangan dan Penyelidikan Untuk Pendidikan Berkualiti

MISI

Menggubal Dasar Pendidikan Negara Melalui Perancangan dan Penyelidikan ke Arah Sistem Pendidikan Berkualiti

MOTO

Perancangan Berkualiti Pendidikan Bestari

Pelan Strategik BPPDP 2011 - 2015


8

Bab 1

Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan telah menyasarkan 6 objektif utama dalam tempoh 5 tahun ( 2011-2015 )untuk dicapai merangkumi: Merancang dan mengurus aktiviti perancangan, penyelidikan dan penggubalan dasar pendidikan ke arah pembangunan sistem pendidikan negara.

Menyelaras dan memantau pembangunan pendidikan melalui penyelidikan, intervensi dan penilaian supaya pelaksanaan perancangan pendidikan berjalan dengan lebih berkesan serta menepati indikator antarabangsa.

Menyedia dan menentukan garis panduan yang boleh diikuti dalam melaksanakan perancangan pembangunan pendidikan.

Menghasilkan perancangan pembangunan pendidikan yang strategik, menyeluruh dan bersepadu bagi mencapai objektif Kementerian Pelajaran Malaysia.

Merancang dan menguruskan aktiviti perancangan dan penyelidikan berasaskan piawaian kualiti.

Menjadi pusat pangkalan data dan maklumat pendidikan bagi tujuan perancangan, penggubalan dan pemutusan dasar pendidikan. Pelan Strategik BPPDP 2011 - 2015
9

Merancang dan menggubal dasar pendidikan, perancangan pembangunan pendidikan dan pembangunan sistem aplikasi maklumat pendidikan. Mengesan, menilai dan menganalisis pelaksanaan dasar pendidikan, program pembangunan pendidikan termasuk program bantuan luar, kerjasama serantau dan pelbagai hala. Menyelaras maklumat berkaitan pendidikan untuk urusan Hal Ehwal Parlimen, perancangan pendidikan dan keutuhan pengurusan untuk semua agensi Kementerian Pelajaran Malaysia. Menjalankan penyelidikan dan penilaian bagi penyelesaian isu-isu berkaitan perancangan dan pelaksanaan dasar dan program pendidikan. Menjalankan penyelidikan perbandingan untuk peringkat antarabangsa. Mengurus, menyelaras pengumpulan, menyedia dan menyebar luas data dan maklumat pendidikan melalui sistem (aplikasi dan pengkalan data) maklumat pendidikan seperti EMIS, GIS, MASA dan MATA dan Dashboard KPM. Mengurus dan menyelaras pembangunan koleksi serta perkhidmatan pusat sumber pengetahuan dan maklumat pendidikan kepada warga Kementerian Pelajaran Malaysia dan para penyelidik. Menyediakan, menganalisis dan menyelaras unjuran enrolmen, kelas, keperluan guru dan ambilan latihan bagi bekalan guru sekolah rendah, menengah dan kolej matrikulasi mengikut jenis sekolah, peringkat pendidikan dan negeri. Menyediakan khidmat kepakaran berkaitan akta, peraturan dan dasar pendidikan, perancangan pembangunan pendidikan, penyelidikan, penilaian serta pengurusan data dan maklumat pendidikan.

Bab 1

Pelan Strategik BPPDP 2011 - 2015


10

Bab 1

SEKTOR DASAR
1. 2. 3. 4. 5. Merancang, mengesan, menggubal, menganalisis dan memandu pelaksanaan dasar pendidikan makro, akta dan peraturan-peraturan. Mengesan, mengenal pasti dan mengkaji isu-isu pendidikan dan isu semasa yang mempunyai implikasi dasar. Merancang program pendidikan bilateral dan multilateral antara KPM dan agensi-agensi kebangsaan dan antarabangsa. Menerajui urusan Hal Ehwal Parlimen Kementerian Pelajaran Malaysia. Menerajui penyediaan Perancangan Strategik Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia.

6.
7. 8.

Menerajui mesyuarat jawatankuasa tertinggi Kementerian Pelajaran Malaysia yang berkaitan dengan dasar-dasar pendidikan serta hal-hal profesional.
Menerajui mesyuarat jawatankuasa tertinggi Kementerian Pelajaran Malaysia yang berkaitan dengan dasar-dasar pendidikan serta hal-hal profesional. Memberi khidmat kepakaran dalam pelbagai bidang berkaitan dasar pendidikan makro di dalam dan luar negara

Pelan Strategik BPPDP 2011 - 2015


11

Bab 1

SEKTOR PERANCANGAN MAKRO


1. Merancang pembangunan pendidikan dan bajet dalam Rancangan Malaysia Lima Tahun dan memperakukan permohonan serta kebolehlaksanaan program/projek pembangunan pendidikan daripada bahagian/jabatan di KPM. 2. Merancang, menyelaras, dan mengesan kemajuan program pembangunan pendidikan menerusi program

bantuan pelbagai hala dan program kerjasama serantau.


3. Mengenalpasti, meneliti, menjalankan siasatan, menyediakan laporan/ulasan/justifikasi dan memperakukan permohonan pertukaran status, perpindahan tapak, penutupan sekolah dan pembangunan fizikal Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) 4. Mengurusetiakan mesyuarat utama KPM berkaitan pembangunan pendidikan dan menyediakan khidmat kepakaran dalam perancangan pembangunan program dan projek pendidikan. 5. Menerajui penstrukturan semula/penstrukturan fungsi dan pertambahan jawatan bagi bahagian/Jabatan/JPN/PPD/Sekolah dan agensi/ badan berkanun KPM. 6. Mengenalpasti dan mengkaji isu semasa pembangunan pendidikan dan merancang program yang bersesuaian. 7. Menyediakan dan menyelaras maklumat, ulasan dan khidmat kepakaran kepada agensi pusat dan kementerian lain yang berkaitan dengan fungsi utama Sektor Perancangan Makro.

Pelan Strategik BPPDP 2011 - 2015


12

Bab 1

SEKTOR PENYELIDIKAN DAN PENILAIAN


1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Merancang dan menjalankan penyelidikan ke atas dasar-dasar program dan aktiviti yang mempunyai implikasi terhadap sistem pendidikan. Menjalankan penyelidikan perbandingan pencapaian pendidikan dan penyelidikan usaha sama di peringkat antarabangsa. Menjalankan penyelidikan bagi tujuan perancangan dan penggubalan dasar pendidikan. Merancang perluasan dan pembudayaan aktiviti penyelidikan pendidikan khususnya kajian tindakan. Menyediakan khidmat kepakaran dalam penyelidikan dengan agensi dalam dan luar Kementerian Pelajaran. Menilai cadangan dan kertas penyelidikan daripada Institusi Pengajian Tinggi dan agensi lain di dalam dan luar negara. Menilai pelaksanaan dasar sedia ada yang mempunyai implikasi terhadap sistem pendidikan. Mengenal pasti keperluan pendidikan dan kebolehlaksanaan program dan pemantapan dasar. Menjalankan penilaian kos bagi program dan projek pendidikan.

10. Memantau status dan pencapaian program pendidikan yang dilaksanakan pada peringkat makro.

Pelan Strategik BPPDP 2011 - 2015


13

Bab 1

SEKTOR DATA PENDIDIKAN


1. Membangun, menyelenggara, dan menambah baik sistem aplikasi maklumat pendidikan seperti Educational Management Information System (EMIS), Geographical Information System (GIS) dan Sistem Maklumat Asas Sekolah Agama (MASA). Mengurus, menyelaras pengumpulan data serta menganalisis data pendidikan melalui sistem aplikasi maklumat pendidikan seperti EMIS, GIS, MASA dan MATA.

2.

3.

Merancang dan mengurus latihan bagi pembina dan pengguna sistem aplikasi maklumat pendidikan seperti EMIS, GIS, MASA dan MATA.
Menyedia dan membekal data dan maklumat pendidikan kepada agensi di dalam dan luar Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Mengurus dan menyedia penetapan piawai maklumat pendidikan selaras dengan Data Dictionary Sektor Awam (DDSA). Menyediakan khidmat kepakaran berkaitan data dan maklumat pendidikan kepada semua agensi di dalam dan luar KPM. Membuat penganalisisan data dan maklumat pendidikan dalam membina indikator pendidikan bagi perancang, penggubal dan pemutus dasar. Menetapkan pengkategorian sekolah-sekolah pedalaman bagi tujuan Pemberian Elaun Khas Mengikut Lokasi dan Tahap Kesusahan (EKMLTK).

4.

5.

6.

7. 8.

Pelan Strategik BPPDP 2011 - 2015


14

Bab 1

SEKTOR PUSAT DOKUMENTASI


1. Mengurus dan menyelaras pembangunan dan pendokumentasian koleksi sumber pengetahuan dan maklumat pendidikan untuk memenuhi keperluan pengurusan, perancangan, penyelidikan dan penggubalan dasar pendidikan. Menyediakan perkhidmatan rujukan, kesedaran semasa, sirkulasi dan media kepada warga KPM dan para penyelidik. Mengurus penerbitan dan penataran sumber pengetahuan dan maklumat pendidikan BPPDP. Mengurus dan menyelenggarakan sistem, portal, ICT dan rangkaian pengurusan pusat rujukan KPM. Mengurus dan menyelaras laman web, portal dan pangkalan data sumber pengetahuan dan maklumat pendidikan.

2. 3. 4. 5.

6.
7.

Menyediakan khidmat kepakaran berkaitan pengurusan dan perkhidmatan rujukan perpustakaan KPM.
Mengurus Muzium Pelajaran Nasional (MPN) KPM.

Pelan Strategik BPPDP 2011 - 2015


15

Bab 1

SEKTOR UNJURAN
1. Menyediakan, menganalisis dan menyelaras unjuran enrolmen dan kelas bagi sekolah rendah termasuk prasekolah, menengah dan kolej matrikulasi mengikut jenis sekolah, tahap dan negeri. 2. Menyediakan unjuran keperluan guru prasekolah, sekolah rendah, menengah dan kolej matrikulasi mengikut opsyen. 3. Menyediakan unjuran latihan guru prasekolah, sekolah rendah, menengah mengikut opsyen. 4. Menganalisis trend pengaliran kohort pelajar di setiap peringkat pendidikan. 5. Memberi khidmat kepakaran dalam aspek unjuran enrolmen, kelas dan guru bagi perancangan asas.

Pelan Strategik BPPDP 2011 - 2015


16

Bab 1

SEKTOR KUALITI
1. Merancang, melaksana, memantau dan mengaudit sistem kualiti menyeluruh dan sistem pengurusan kualiti MS 9001: 2008 BPPDP. 2. Menyelaras dan mengurusetiakan Jawatankuasa Keutuhan Tadbir Urus Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM). 3. Merancang, melaksana, memantau dan menilai kursus MS ISO 9001: 2008 BPPDP. 4. Menyelaras Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja BPPDP. 5. Menyelaras dan mengurusetiakan Penilaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. 6. Menyelaras, melaksana, memantau dan menilai pelaksanaan Sistem Penarafan Bintang Sektor KPPM. 7. Menyelaras program inovasi Sektor KPPM. 8. Memberi khidmat kepakaran dalam pelaksanaan MS ISO 9001:2008 BPPDP, program peningkatan kualiti dan pembangunan standard dalam bidang pendidikan.

Pelan Strategik BPPDP 2011 - 2015


17

Bab 1

UNIT PENTADBIRAN
1. Mengurus hal-hal pentadbiran, perkhidmatan dan perjawatan bagi pegawai dan staf sokongan Bahagian. 2. Mengurus pentadbiran kewangan Bahagian. 3. Mengurus perolehan Aset dan Stor Bahagian. 4. Menyelaras, memantau dan mengawal perbelanjaan di bawah Sektor Pengurusan Dasar Pembangunan Pendidikan 6 PTJ terdiri daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Lembaga Peperiksaan, Bahagian Buku Teks, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Bahagian Teknologi Pendidikan dan Urus Setia Majlis Buku Kebangsaan Malaysia.

Pelan Strategik BPPDP 2011 - 2015


18

Bab 1

STANDARD KUALITI
BPPDP bermatlamat menghasilkan input melalui perancangan, penyelidikan dan khidmat kepakaran pendidikan yang berkualiti kepada pelanggan bagi menggubal dasar pembangunan pendidikan untuk mencapai kecemerlangan pendidikan negara.

LAGU WARGA CEMERLANG NEGARA TERBILANG


KAMI WARGA BPPDP DI SINI TETAP TEGUH BERBAKTI BERSATU BANGUNKAN PENDIDIKAN MISI DAN MATLAMAT UTAMA MERANCANG, MENGKAJI DAN MENILAI MENGGUBAL DASAR BERWAWASAN KE ARAH PERANCANGAN BERKUALITI MENUJU PENDIDIKAN BESTARI FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN MENJADI TERAS DAN PANDUAN MAJUKAN NEGARA BERTARAF DUNIA YANG BERTEKNOLOGI TERKINI PUSAT RUJUKAN PARA ILMUAN PENUHI HASRAT KEPIMPINAN MEMBENTUK WARGA YANG BERILMU WARGA CEMERLANG NEGARA TERBILANG LAGU DAN LIRIK OLEH : BPPDP

Pelan Strategik BPPDP 2011 - 2015


19

Bab 1

PIAGAM PELANGGAN BPPDP


Kami warga BPPDP dengan penuh tekad dan iltizam berjanji: 1. Menghasilkan dokumen perancangan dasar dan pembangunan pendidikan bagi Rancangan Malaysia dalam tempoh dua belas (12) bulan dan mengemukakan kepada Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dalam tempoh yang ditetapkan. 2. Menyediakan kertas konsep dasar pendidikan untuk pemutus dasar bagi memenuhi keperluan sistem pendidikan dalam tempoh dua (2) bulan. 3. Menyempurnakan sekurang-kurangnya lima (5) laporan penyelidikan pendidikan yang dipohon oleh pihak pengurusan atasan dalam tempoh satu (1) tahun. 4. Menyediakan jawapan, ulasan dan maklum balas terhadap isu pendidikan yang memerlukan perhatian dan tindakan penggubal dan pemutus dasar dalam tempoh tiga (3) hari bekerja. 5. Menyediakan data dan maklumat pendidikan yang kemas kini, tepat serta sahih dua (2) kali setahun.

Pelan Strategik BPPDP 2011 - 2015


20

Bab 1

PIAGAM PELANGGAN BPPDP


Kami warga BPPDP dengan penuh tekad dan iltizam berjanji:

6. Memastikan unjuran latihan perguruan dibekalkan kepada Bahagian atau agensi berkaitan dalam tempoh dua (2) minggu sebelum iklan pengambilan disiarkan.
7. Memberi jawapan terhadap permohonan khidmat kepakaran pendidikan kepada pelanggan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas permohonan diterima. 8. Membekalkan data dan maklumat pendidikan yang diluluskan oleh pihak pengurusan atasan kepada individu, agensi dalam dan luar KPM dalam tempoh lima (5) hari bekerja. 9. Memberi keputusan terhadap cadangan penyelidikan pendidikan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja selepas permohonan yang lengkap diterima. 10. Memastikan setiap permohonan keahlian perpustakaan siap diproses dalam tempoh sepuluh (10) minit.

Pelan Strategik BPPDP 2011 - 2015


21

Bab 1

Pelan Strategik BPPDP 2011 - 2015


22

Nilai Teras Teras dan Strategi Utama

Pelan Strategik BPPDP 2011 - 2015

Bab 2

Bagi mencapai Visi dan Misi BPPDP, nilai berikut perlu dihayati dan diamalkan oleh semua pegawai dan staf BPPDP :

Kerja Sepasukan Menggembleng tenaga, pengetahuan dan pengalaman melalui semangat kerja sepasukan yang tinggi untuk mencapai visi dan misi BPPDP. Strategik Bertindak secara strategik dalam mengesan, menggubal, memperaku dan melaksana cadangan penambahbaikan atau penyelesaian bagi mencapai outcome yang optimum, tepat dan berkesan.

Responsif Peka dan prihatin kepada kehendak stakeholders, keperluan pelanggan dan masyarakat umum di samping memahami isu-isu senario semasa dan cepat dalam mencari penyelesaian terbaik.
Berintegriti Berkhidmat dengan penuh komitmen, dan rasa tanggungjawab serta akauntabiliti terhadap kualiti output yang dihasilkan berasaskan etika kerja cemerlang dan tingkah laku beramanah. Proaktif Merangka dan melaksanakan tindakan lebih awal daripada yang dirancang dan ditetapkan serta peka terhadap risiko.

Pelan Strategik BPPDP 2011 - 2015


23

Bab 2

Bermaklumat dan Analitikal Berpengetahuan dan mempunyai maklumat berkaitan pembangunan pendidikan serta berupaya menyampaikannya dengan cepat dan efektif dan mampu menganalisis pelbagai maklumat untuk mengatasi sesuatu isu. Profesional Bertindak dengan penuh komitmen dengan memanfaatkan kompetensi dan kepakaran spesifik apabila mencadangkan penyelesaian dan penambahbaikan bagi setiap masalah. Berwawasan Berpandangan jauh bagi mencapai matlamat penting BPPDP dalam pelaksanaan tugas demi kecemerlangan pendidikan. Pembelajaran Sepanjang Hayat Berpengetahuan luas dalam menangani isu-isu pendidikan semasa bagi menyelesaikan segala permasalahan yang dihadapi. Inovatif & Kreatif Menjana dan mengaplikasikan idea atau kaedah baru ke arah penghasilan perkhidmatan berkualiti. Kolaboratif Menjalinkan kerjasama dengan pakar-pakar pelbagai bidang dari dalam dan luar negara untuk kecemerlangan pembangunan pendidikan.

Pelan Strategik BPPDP 2011 - 2015


24

Bab 2

Teras
TERAS 1: MEREKAYASA PEMBANGUNAN PENDIDIKAN BAGI PELUASAN AKSES KEPADA PENDIDIKAN BERKUALITI

Strategi
Memperhebatkan pembangunan fizikal Merapatkan jurang pendidikan antara bandar dan luar bandar Meningkatkan kerjasama dengan pelbagai agensi bagi menambahbaik kualiti Sistem Pendidikan Negara Memartabatkan Bahasa Malaysia dan memperkukuh Bahasa Inggeris Mengantarabangsakan Pendidikan Malaysia Memantapkan pengesanan dan pemantauan dasar Memantapkan perancangan dan penggubalan dasar Mengantarabangsakan Penyelidikan Pendidikan Memperhebatkan Kajian Kebolehlaksanaan Memantapkan Kajian Dasar Membudayakan Kajian Tindakan dan Lesson Study di sekolah

TERAS 2: MEMPERKASAKAN KEUPAYAAN PENYELIDIKAN DAN PENILAIAN DASAR PENDIDIKAN BAGI MEMANTAPKAN DASAR DAN PROGRAM PENDIDIKAN

TERAS 3: MENINGKATKAN KAPASITI ORGANISASI UNTUK MENGHASILKAN PERKHIDMATAN YANG BERPRESTASI TINGGI DALAM BIDANG PENDIDIKAN

Memperkasakan struktur organisasi BPPDP Memperkasakan latihan dalam perkhidmatan Menambahbaik Skim Perkhidmatan Pendidikan Mewujudkan BPPDP sebagai Pusat Knowledge Management Memantapkan prasarana ICT dan teknologi pejabat mengikut proses dan prosedur kerja Menjadikan BPPDP sebagai Learning Organisation Memantapkan Keutuhan Tadbir Urus KPPM Meningkatkan Sistem Pengurusan Kualiti BPPDP Meningkatkan kerjasama dengan pelbagai agensi bagi menambahbaik kualiti Sistem Penyampaian Perkhidmatan Pelan Strategik BPPDP 2011 - 2015
25

Pelan Tindakan Teras 1 Teras 2 Teras 3

Pelan Strategik BPPDP 2011 - 2015

TERAS 1: Merekayasa Pembangunan Pendidikan Bagi Meluaskan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti
BIL. 1 STRATEGI Memperhebatkan Pembangunan Infrastruktur PROGRAM/ (SEKTOR) Merancang pembangunan pendidikan dan bajet dalam RMK-10 dan memperakukan permohonan serta kebolehlaksanaan program/projek pembangunan pendidikan daripada Bahagian / Jabatan / KPM KPI Menghasilkan satu garis panduan perancangan pembangunan fizikal sekolah 20 projek/ program penilaian outcome dilaksanakan 10 Laporan pemantauan plan inisiatif SASARAN Satu garis panduan dihasilkan Empat penilaian outcome dilaksanakan dalam setahun Laporan pemantauan dua kali setahun setahun TAHUN PELAKSANAAN 2011 - 2015

Bab 3

Mengenalpasti, meneliti, menjalankan siasatan dan memperakukan permohonan pertukaran status, perpindahan tapak, penutupan sekolah dan pembangunan fizikal Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK)

Menghasilkan satu garis panduan penyemakan pembangunan fizikal SBK 80% sekolah mematuhi garis panduan perancangan pembangunan SBK 95% kes diselesaikan

Satu garis panduan dihasilkan pada akhir tahun 80% sekolah mematuhi peraturan garis panduan perancangan pembangunan SBK setiap tahun 95% kes diselesaikan dalam setahun

2011

2011-2015

2011-2015

Pelan Strategik BPPDP 2011 - 2015


26

Bab 3

BIL.

STRATEGI

PROGRAM Merancang penyediaan infrastruktur yang lengkap untuk program PERMATA

KPI Penghasilan satu dokumen perancangan penyediaan infrastruktur lengkap program PERMATA Peningkatan peratus penyertaan prasekolah Satu kajian

SASARAN Siap pada 2011

TAHUN PELAKSANAAN 2011 2015 Berterusan sepanjang tahun

Penambahan bilangan bilik darjah bagi prasekolah Menjalankan kajian status kemudahan fizikal sekolah Penyediaan maklumat fizikal sekolah yang lengkap

87% penyertaan pada 2012 Siap pada 2011

2011-2015

2011 2012

Profil 10,000 buah sekolah (rendah dan menengah) Profil sekolah memenuhi kriteria: Peralatan Kemudahan sukan Bilik (bilik darjah, makmal,bengkel) Asrama Kemudahan asas (utiliti)

Maklumat fiziikal sekolah lengkap100 %

2011 2015 Berterusan sepanjang tahun

Pelan Strategik BPPDP 2011 - 2015


27

Bab 3

BIL. 2

STRATEGI Merapatkan Jurang Pendidikan Antara Bandar Dan Luar Bandar

PROGRAM Unjuran keperluan guru mengikut opsyen di sekolah rendah dan menengah Program Pendidikan Reaching the Unreached

KPI Jurang antara bilangan keperluan dan pengisian guru dirapatkan menjadi 2% Pengurangan peratus keciciran sebanyak 2%

SASARAN Ralat tidak melebihi 2 % setiap tahun

TAHUN PELAKSANAAN 2011 2015 Berterusan sepanjang tahun

Kadar enrolmen di sekolah rendah meningkat 95%

2011 2015 Berterusan sepanjang tahun 2011 2015 Berterusan sepanjang tahun

Program pendidikan alternatif

Pertambahan pusat bimbingan

Penambahan satu pusat bimbingan alternatif setiap tahun

Penentuan dan pemantauan lokasi sekolah pedalaman


Mengenalpasti koordinat sekolah bandar dan luar bandar

Kriteria sekolah dikenalpasti

Menepati 100 % kriteria yang ditetapkan


100 % koordinat sekolah bandar dikenalpasti 80% koordinat sekolah luar bandar dikenalpasti

2011 2015
Berterusan sepanjang tahun 2011 2015

Koordinat 10,000 sekolah dikenalpasti

Pelan Strategik BPPDP 2011 - 2015


28

Bab 3

BIL. 3.

STRATEGI Meningkatkan Kerjasama Dengan Pelbagai Agensi Bagi Menambahbaik Kualiti Sistem Pendidikan Negara

PROGRAM Kajian Malaysia Educational Policy Review bersama UNESCO Pengintegrasian Data dan Maklumat Pendidikan

KPI Satu kajian

SASARAN Satu laporan dihasilkan

TAHUN PELAKSANAAN 2011 - 2012

Menghasilkan satu dokumen Data Dictionary Sektor Awam (DDSA) Data yang sama bagi semua elemen sekolah, guru dan enrolmen murid 100% maklumat diselaraskan : Bilangan sekolah agama Bilangan murid Bilangan guru dan staf 100% bilangan murid cicir dikenalpasti

Satu pangkalan data pendidikan bersepadu KPM

2011 2015

Berterusan sepanjang tahun

Penyelarasan maklumat sekolah agama antara pelbagai agensi di dalam dan di luar KPM

100 % maklumat sekolah agama diperolehi

2011 2015 Berterusan sepanjang tahun

Pengurusan data dan maklumat keciciran pelbagai agensi di dalam KPM Perkhidmatan Rujukan Digital KPM

100 % maklumat keciciran diperolehi

2011 2015 Berterusan sepanjang tahun

70% Peratus Bahan Rujukan Digital

100% Bahan Rujukan Digital

2011 2015 Berterusan sepanjang tahun

Pelan Strategik BPPDP 2011 - 2015


29

Bab 3

BIL. 4.

STRATEGI Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris

PROGRAM Kajian Penggunaan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Malaysia) Peringkat Prasekolah, Sekolah Rendah dan Menengah

KPI Menghasilkan dua kajian

SASARAN Satu laporan kajian Bahasa Malaysia dihasilkan

TAHUN PELAKSANAAN 2011-2012

Kajian Penilaian Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Inggeris di Sekolah Rendah dan Menengah
5. Mengantarabangsakan Pendidikan Malaysia Memantapkan Pengesanan Dan Pemantauan Dasar Pasukan Perunding Dasar Pendidikan Pemantapan Pemantauan Pelaksanaan Dasar Pendidikan Satu Pasukan Perunding Dasar Pendidikan diwujudkan 25 laporan pemantauan pelaksanaan dasar

Satu laporan kajian Bahasa Inggeris dihasilkan

6.

Setiap pegawai mempunyai kepakaran dalam sekurangkurangnya satu bidang Lima laporan pemantauan pelaksanaan dasar setahun

2011 - 2015

2011 - 2015

Pelan Strategik BPPDP 2011 - 2015


30

Bab 3

BIL. 7.

STRATEGI Memantapkan Perancangan dan Penggubalan Dasar

PROGRAM Menambah baik Sistem Pendidikan Malaysia Dasar Pendidikan Alternatif

KPI Tiga dasar baru bagi menambah baik Sistem Pendidikan Malaysia Satu dokumen garis panduan penubuhan dan pendaftaran Pusat Bimbingan Pendidikan Alternatif Tiga isu dasar dibincangkan setiap tahun

SASARAN Satu dasar baru dihasilkan dalam tempoh dua tahun Satu garis panduan penubuhan dan pendaftaran Pusat Bimbingan Pendidikan Alternatif 100% Isu-isu dasar dibincangkan dalam Mesyuarat Khas selepas setiap sesi Parlimen

TAHUN PELAKSANAAN 2011-2015

2011

Tindakan susulan terhadap isu-isu dasar yang dibangkitkan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara

2011 - 2015

Pelan Strategik BPPDP 2011 - 2015


30

Bab 3

TERAS 2: Memperkasakan Keupayaaan Penyelidikan Dan Penilaian Dasar Pendidikan Bagi Memantapkan Dasar Dan Pelaksanaan Program Pendidikan
BIL. 1. STRATEGI Mengantarabangsaka n Penyelidikan Pendidikan PROGRAM Kajian perbandingan antarabangsa seperti TIMSS dan PISA. KPI PISA- Tiga laporan TIMSS Tiga laporan SASARAN 100% kehadiran semua mesyuarat Enam laporan dihasilkan TAHUN PELAKSANAAN 2012 - 2015

Mengukuhkan jalinan dengan badan penyelidikan dan penilaian dari dalam dan luar negara Membekalkan data dan indikator pendidikan Malaysia bagi tujuan World Education Indicators (WEI)/ Education For All (EFA)/ Survey on ICT in Education oleh UNESCO

Dua jalinan kerjasama dari dalam dan luar negara

Dua laporan kertas program jalinan kerjasama

2011 2015 Berterusan sepanjang tahun

Satu set data mengikut format yang disertakan

Sekali setahun/ Sepanjang tahun/ sekali sahaja

2011 2015 Berterusan sepanjang tahun

Pelan Strategik BPPDP 2011 - 2015


31

Bab 3

BIL. 2.

STRATEGI Memperhebatkan Kajian Kebolehlaksanaan

PROGRAM Kajian kebolehlaksanaan dasar

KPI Lima kajian disiapkan

SASARAN Lima Laporan kajian

TAHUN PELAKSANAAN 2011 2015 Berterusan sepanjang tahun 2011 2015 Berterusan sepanjang tahun 2011 2015 Berterusan sepanjang tahun 2011-2015

Bekalan data/maklumat dan indikator pendidikan Malaysia yang berkaitan bagi tujuan penyelidikan 3. Memantapkan Kajian Dasar Kajian pelaksanaan dasar pendidikan

Data EMIS terkini Data EMIS mengikut siri tahun

100 % tepat dan sahih

Tiga kajian pelaksanaan dasar untuk tempoh lima tahun Satu dokumen ISP KPM 2011-2015 Satu Manual Kajian Tndakan Satu seminar penyelidikan kebangsaan setiap tahun Malaysia-Thailand Joint Educational Research Conference

Satu laporan kajian dihasilkan pada setiap tahun Satu dokumen ISP KPM Tiga kursus pemantapan kajian tindakan 200 Laporan projek kajian tindakan Satu Laporan Conference Proceeding

Membangunkan Pelan Strategik ICT (ISP) KPM 4. Membudayakan kajian tindakan di sekolah Kajian tindakan

2011-2015

Pelan Strategik BPPDP 2011 - 2015


32

TERAS 3: Meningkatkan Kapasiti Organisasi Untuk Menghasilkan Perkhidmatan Yang Berprestasi Tinggi Dalam Bidang Pendidikan
BIL. 1. STRATEGI Memperkasakan Struktur Organisasi BPPDP PROGRAM Penyusunan semula staf mengikut kepakaran dari segi kelulusan dan pengalaman di setiap sektor. Pengisian jawatan bagi kumpulan pengurusan dan profesional serta kumpulan sokongan. KPI 100% kekosongan jawatan diisi SASARAN 100% jawatan yang diluluskan diisi dalam tempoh 3-6 bulan TAHUN PELAKSANAAN 2011 2015 Berterusan sepanjang tahun

Bab 3

2.

Memperkasakan Latihan Dalam Perkhidmatan

Analisis Keperluan Latihan (TNA) berdasarkan keperluan

Satu Laporan TNA setiap tahun

Satu laporan TNA setahun

2011 2015
Berterusan sepanjang tahun

Kursus LDP

Satu rancangan tahunan kursus LDP Satu Kertas Cadangan untuk Skim Perkhidmatan Baharu PPP Dokumen gred jawatan Skim Perkhidmatan Baharu PPP

Minimum tujuh hari kursus setahun bagi setiap pegawai Satu Kertas Konsep Skim Perkhidmatan Baharu bagi setiap gred jawatan 2011-2012

3.

Menambahbaik Skim Perkhidmatan Pendidikan

Skim Perkhidmatan Baharu Untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

Pelan Strategik BPPDP 2011 - 2015


33

Bab 3

BIL. 4.

STRATEGI Mewujudkan BPPDP Sebagai Pusat Knowledge Management

PROGRAM Dashboard untuk pengurusan tertinggi KPM bagi memberi keputusan bermaklumat (Informed Decision) Penerbitan buku dan risalah perangkaan pendidikan

KPI Semua maklumat pendidikan yang releven dapat diakses oleh pengurusan tertinggi KPM Satu buku Perangkaan Pendidikan Malaysia Risalah Maklumat Asas Pendidikan secara berkala Indikator Pendidikan Malaysia secara berkala Satu Buku Quick Facts

SASARAN Maklumat terkini

TAHUN PELAKSANAAN 2011 2015 Berterusan sepanjang tahun

Dokumen rujukan perangkaan pendidikan

2011 2015 Berterusan sepanjang tahun

Penerbitan Jurnal Penyelidikan Pendidikan Pengurusan dan Penyelenggaraan Portal EMIS

Satu jurnal penyelidikan

Dokumen rujukan penyelidikan pendidikan Data dikemaskini setiap bulan 2011 2015 Berterusan sepanjang tahun

Satu set statistik asas pendidikan

Pelan Strategik BPPDP 2011 - 2015


34

Bab 3

BIL. 4.

STRATEGI Mewujudkan BPPDP Sebagai Pusat Knowledge Management

PROGRAM Perkongsian Maklumat (Knowledge Sharing)

KPI 12 keluaran Info Media setahun

SASARAN Sekali sebulan

TAHUN PELAKSANAAN 2011 2015 Berterusan sepanjang tahun

5.

Memantapkan prasarana ICT dan Teknologi pejabat mengikut proses dan prosedur kerja Menjadikan BPPDP Sebagai Learning Organisation

Penggunakan perisian dan peralatan terkini

Satu komputer untuk seorang kakitangan

Menyediakan peralatan I CT mengikut norma yang diluluskan

2011 2015 Berterusan sepanjang tahun 2011 2015 Berterusan sepanjang tahun 2011 2015 Berterusan sepanjang tahun

6.

Continuous Professional Development (CPD)

100% pegawai yang berpengetahuan, berkemahiran dan mempunyai attitude kerja yang positif. Tiga Laporan Keutuhan Tadbir Urus Sektor KPPM

7.

Memantapkan Keutuhan Tadbir Urus KPPM

Laporan Jawatankuasa Keutuhan Tadbir Urus Sektor Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

Setiap pegawai mempunyai kepakaran dalam sekurangkurangnya satu bidang Tiga dokumen Laporan Keutuhan Tadbir Urus Sektor KPPM

Pelan Strategik BPPDP 2011 - 2015


35

Bab 3

BIL.
8.

STRATEGI
Meningkatkan Sistem Pengurusan Kualiti BPPDP

PROGRAM
Audit Dalaman MS ISO 9001:2008 Kajian Semula Pengurusan Audit Surveilance/Pensijilan Semula MS ISO 9001:2008

KPI
Dua Audit Dalaman MS ISO 9001:2008 Satu Laporan Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan Satu Audit Surveilance/Pensijilan Semula MS ISO 9001:2008

SASARAN
Satu Laporan Audit Dalaman MS ISO 9001:2008 setahun Satu Laporan mesyuarat setahun Satu Laporan Audit Surveilance/Pensi jilan Semula MS ISO 9001:2008 setahun

TAHUN PELAKSANAAN 2011 2015 Berterusan sepanjang tahun

9.

Meningkatkan kerjasama dengan pelbagai agensi bagi menambahbaik kualiti Sistem Penyampaian Perkhidmatan

Penilaian Penarafan Bintang (Perkhidmatan Teras) Kementerian Pelajaran Malaysia bersama MAMPU

Tahap Penarafan Lima Bintang

Pencapaian 4 bintang bagi Penarafan Bintang (Perkhidmatan Teras)


Pencapaian KPI KPPM pada tahap 80 %

2011 2015
Berterusan sepanjang tahun

Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Pencapaian KPI KPPM on target

Pelan Strategik BPPDP 2011 - 2015


36

Faktor Penentu Kejayaan Menuju Masa Hadapan

Pelan Strategik BPPDP 2011 - 2015

Bab 4

Penghayatan 11 nilai teras iaitu kerja sepasukan, strategik, responsif, berintegriti, proaktif, bermaklumat dan analitikal, profesional, berwawasan, pembelajaran berterusan dan berilmu, inovatif dan kreatif serta kolaboratif adalah amat perlu bagi memantapkan peranan semua pegawai dan staf BPPDP.

DASAR KUALITPenghayatan nilai-nilai teras

BPPDP dikenali sebagai peneraju kecemerlangan penggubalan dasar, perancangan dan penyelidikan untuk pendidikan berkualiti. Justeru, sebagai payung dan nadi Kementerian Pelajaran Malaysia, BPPDP sedaya upaya memperkasakan penyelidikan dan penilaian dasar pendidikan bagi memantapkan dasar dan program pendidikan bagi mencapai kecemerlangan pendidikan negara. Ini boleh diraih dengan kebolehan dan kebijaksanaan kepemimpinan peringkat atasan yang mampu memartabatkan organisasi ini ke tahap yang paling tinggi dan menjadi bench mark kepada organisasi-organisasi lain di Malaysia.

Memperkasakan BPPDP

Selain daripada peranan BPPDP dalam menyediakan, mengurus dan menyelaras pengumpulan data dan maklumat pendidikan melalui sistem aplikasi maklumat pendidikan untuk diguna pakai oleh pelbagai pihak dalaman dan luaran, Bahagian ini juga memastikan semua pegawai dan staf dapat menguasai kemahiran ICT dalam pelaksanaan tugas harian secara cekap dan bersistematik melalui program mentor mentee dan kursuskursus latihan dalam perkhidmatan yang dijalankan secara berkala setiap tahun.

Penguasaan ICT

Kolaborasi antara 7 sektor dalam mengesan, menilai, menganalisis dan menyelaras maklumat berkaitan pendidikan pelaksanaan dasar pendidikan, program pembangunan pendidikan termasuk program bantuan luar, kerjasama serantau dan pelbagai hala dapat memacu kejayaan BPPDP. Di samping itu, kerjasama yang erat di antara sektor BPPDP membolehkan penyelidikan dan penilaian bagi penyelesaian isu-isu berkaitan perancangan dan pelaksanaan dasar dan program pendidikan dilaksanakan dengan lebih efektif dan tepat.

Kolaborasi antara Sektor

Pelan Strategik BPPDP 2011 - 2015

37

Bab 4

Bagi mencapai visi, misi dan objektifnya, BPPDP dengan ini melancarkan Pelan Strategik Lima Tahun (2011-2015) seiring dengan perkembangan semasa yang memerlukan setiap organisasi memperincikan program dan aktiviti secara terancang dan sistematik. Perkembangan pengurusan tertinggi negara yang membawa arus perubahan sistem pengurusan yang lebih telus dan bermatlamat ke arah kesejahteraan hidup rakyat sekaligus dapat dilihat pencapaiannya dalam jangka waktu yang ditetapkan. BPPDP perlu berubah secara proaktif dalam bidang pendidikan negara selaras dengan pengenalan kepada Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). BPPDP perlu bergerak dengan lebih pantas bagi memastikan masa hadapan pembangunan pendidikan kebangsaan kekal viable dan mesra rakyat. BPPDP sebagai lead agency KPM memainkan peranan penting ke arah merealisasikan polisi pendidikan negara berikut sebagaimana termaktub di dalam Pelan Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Rancangan Malaysia ke Sepuluh (RMKe-10): 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan Transformasi Pendidikan Vokasional Transformasi Kurikulum Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memantapkan Penguasaan Bahasa Inggeris (MBMMBI) Sistem Pentaksiran dan Pengukuran Holistik Mengukuhkan Sistem Pendidikan Merapatkan Jurang Pendidikan Pembudayaan Penyelidikan dan Pembangunan Pendidikan Pengantarabangsaan Pendidikan Memartabatkan Profesion Keguruan dan Kepimpinan

Pelan Strategik BPPDP 2011 - 2015


38

Bab 4 BPPDP terlibat secara langsung bagi menyumbang ke arah kejayaan pelaksanaan NKRA Pendidikan. NKRA Pendidikan bertujuan mempertingkatkan pencapaian pendidikan bagi memastikan pendidikan berkualiti serta menambah keberkesanan pendidikan bagi melahirkan modal insan cemerlang. Fokus utama NKRA Pendidikan terbahagi kepada empat teras utama iaitu prasekolah, program Literasi dan Numerasi (LINUS), Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dan Baiah kepada guru besar dan pengetua. BPPDP bertindak sebagai pakar rujuk utama dan penasihat dalam aspek yang melibatkan dasar, perancangan dan penyelidikan dalam pelaksanaan NKRA tersebut.

Pelan Strategik BPPDP 2011 - 2015


40

Bab 4

Transformasi Pendidikan Vokasional Kementerian Pelajaran Malaysia bertujuan meningkatkan kemahiran rakyat Malaysia untuk meluaskan kebolehpasaran dan mencapai status negara berpendapatan tinggi. Hasrat kerajaan adalah untuk menghasilkan lepasan sekolah menengah rendah yang memiliki sijil kemahiran yang diiktiraf oleh badan pensijilan kebangsaan yang akan dilaksanakan melalui Program Pendidikan Asas Vokasional. Selaras dengan itu, di peringkat menengah atas, penubuhan Kolej Vokasional diharapkan dapat menghasilkan lepasan pendidikan vokasional yang memiliki sijil atau diploma yang diiktiraf oleh badan pensijilan, industri dan kerajaan. Peluang yang lebih luas juga terbuka untuk mereka melanjutkan pengajian atau latihan lanjutan ke peringkat lebih tinggi dan berpotensi menjadi usahawan. BPPDP bertanggungjawab membuat pindaan Akta Pendidikan 1996 berkaitan transformasi pendidikan vokasional serta memantau dasar-dasar berkaitan agar matlamat dan hasrat kerajaan tercapai.
Pelan Strategik BPPDP 2011 - 2015
41

Bab 4 Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) telah diperkenalkan bagi menggantikan Dasar PPSMI dalam usaha memartabatkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi dan bahasa pengantar utama pendidikan berdasarkan Akta Pendidikan 1996. Penguasaan Bahasa Inggeris pula dimantapkan sebagai bahasa yang wajib dipelajari, bahasa komunikasi dan bahasa ilmu di peringkat antarabangsa. Dasar MBMMBI mula dilaksanakan pada tahun 2011 untuk Tahun Satu sekolah rendah manakala Tahun Empat sekolah rendah, Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat sekolah menengah dilaksanakan pada tahun 2012. BPPDP bertindak sebagai penggubal dan penyelaras Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Pelan Strategik BPPDP 2011 - 2015


42

Bab 4

Sistem pentaksiran kebangsaan telah dikaji semula supaya bentuk pentaksiran dan penilaian murid menjadi lebih holistik dan berupaya mentaksir pelbagai kebolehan dan potensi murid. Sehubungan itu, KPM telah mewujudkan Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) melalui pelaksanaan lima kaedah pentaksiran iaitu Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Pusat, Peperiksaan Pusat, Pentaksiran Psikometrik dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum. Pelaksanaan lima kaedah yang dikenali sebagai 5-Serangkai ini boleh dilakukan dalam mod Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Pentaksiran Berasaskan Pusat (PBP). Di samping itu, KPM juga telah mengurangkan bilangan mata pelajaran untuk peperiksaan umum di peringkat SPM.

Pentaksiran berasaskan kompetensi juga telah dibangunkan bagi mata pelajaran aliran vokasional (MPAV) yang ditawarkan di sekolah teknik dan mata pelajaran vokasional (MPV) yang ditawarkan di sekolah menengah harian. Dengan perubahan dan perkembangan dalam sistem pentaksiran kebangsaan, guru-guru mesti memiliki kompetensi yang tinggi dan bersesuaian. Ini selari dengan Transformasi Pendidikan Vokasional Kementerian Pelajaran Malaysia.
BPPDP berperanan menjalankan penyelidikan ke atas pelaksanaan pentaksiran bagi menjamin keberkesanan pentaksiran dan pengukuran holistik di semua peringkat sekolah.
Pelan Strategik BPPDP 2011 - 2015
43

Bab 4 Selaras dengan sistem baru pendidikan di Malaysia, BPPDP bertanggungjawab menggubal dasar-dasar pendidikan semasa, menyediakan perancangan strategik dan data yang komprehensif serta menjalankan penyelidikan dan penilaian pendidikan. Pengukuhan sistem pendidikan dilaksanakan melalui penstrukturan semula KPM, perancangan struktur baru persekolahan 6+3+3, kemasukan awal kanak-kanak 5 + ke Tahun 1, Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PERMATA), Program Hati Nurani serta memperkasakan sekolah kebangsaan dan sekolah agama rakyat.

Pelan Strategik BPPDP 2011 - 2015


44

Bab 4

Dasar KPM adalah untuk memastikan setiap murid mempunyai tempat untuk belajar yang selamat dan selesa bagi merapatkan jurang pendidikan antara lokasi, tahap sosioekonomi dan tahap keupayaan murid. Empat fokus utama yang diberi penekanan adalah membangunkan infrastruktur dan kemudahan asas pendidikan termasuk kemudahan internet dan ICT di luar bandar dan pedalaman supaya setara dengan murid-murid di bandar, meningkatkan kadar penyertaan dan mengurangkan risiko keciciran termasuk kepada kanak-kanak tanpa dokumen. Dalam usaha meningkatkan bilangan guru terlatih mengikut opsyen di kawasan pedalaman Elaun Khas Mengikut Lokasi dan Tahap Kesusahan (EKLMTK) diberikan kepada guru-guru tersebut sebagai insentif. Sistem pengagihan bantuan kepada pelajar miskin berkeperluan khas dan minoriti turut ditambah baik bagi merapatkan jurang pendidikan. BPPDP bertindak sebagai perancang dalam memastikan setiap institusi pendidikan mempunyai infrastruktur yang mencukupi dan berkualiti untuk pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum yang berkesan, input pendidikan yang meliputi guru, peruntukan kewangan, bahan dan peralatan pengajaran serta program sokongan yang akan diagihkan secara adil dan saksama ke semua sekolah bagi mengurangkan jurang perbezaan antara sekolah.

Pelan Strategik BPPDP 2011 - 2015


45

Bab 4

Dalam membudayakan penyelidikan pendidikan, BPPDP menjalankan pelbagai kajian pembangunan pendidikan negara di samping menerapkan inovasi dalam penyelidikan pendidikan. Sehubungan itu, BPPDP menyediakan khidmat nasihat dan kepakaran, penataran dapatan kajian, hasil penerbitan dan juga koleksi kajian. BPPDP juga menggunakan dapatan daripada kajian antarabangsa bagi menambahbaik pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Menjalankan kajian saintifik merupakan sebahagian dari budaya kerja di BPPDP memandangkan semua penggubalan dasar adalah berkaitan R&D yang meliputi kajian tindakan dan lesson study. Pembudayaan R&D adalah perlu untuk memastikan wujudnya informed decision making bagi mengelakkan pembaziran sumber dan masa. Oleh itu, melalui pembudayaan R&D semua penilaian pembangunan pendidikan adalah berasaskan outcome dan impact. Selaras dengan perkembangan dunia penyelidikan, BPPDP akan terus menerokai usaha R&D melalui penggunaan ICT. Setakat ini, BPPDP terlibat secara langsung di dalam menjalankan kajian Programme for International Student Assessment (PISA) dan Trends in Mathematics and Science Study (TIMSS).

Pelan Strategik BPPDP 2011 - 2015


46

Bab 4

Selaras dengan aspirasi kerajaan untuk menjadikan Malaysia pusat kecemerlangan pendidikan bertaraf dunia dan setanding dengan negara maju, BPPDP telah mengambil contoh amalan terbaik dari negara maju seperti Jepun dan United Kingdom. Selain itu, Malaysia juga dijadikan sebagai hub pendidikan bagi pelajarpelajar dari luar negara di samping menghantar pelajar-pelajar Malaysia ke luar negara. Pakar pendidikan negara ini juga terlibat dengan tugas konsultansi di peringkat antara bangsa manakala pakar-pakar dari luar negara pula dijemput untuk memberikan input di negara ini. BPPDP terlibat secara langsung dengan pelbagai saluran kerjasama di peringkat antarabangsa seperti ASEAN, UNESCO, SEAMEO dan Komanwel. BPPDP berperanan merancang dan memantau pencapaian sasaran pendidikan negara berdasarkan indikator antarabangsa dengan kerjasama pelbagai agensi dalam dan luar negara.

Pelan Strategik BPPDP 2011 - 2015


47

Bab 4 Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan pelbagai usaha untuk melahirkan guru yang berkualiti dan memastikan mereka yang berkualiti kekal dalam sistem pendidikan negara di sepanjang tempoh perkhidmatan. Bagi memartabatkan profesion keguruan dan kepimpinan sebagai mana yang telah digariskan dalam Standard Guru Malaysia, usahausaha terus dijalankan bagi memantapkan latihan perguruan dengan menambah baik sistem pemilihan calon guru, melonjakkan kecemerlangan institusi latihan perguruan, dan menambah baik laluan kerjaya serta kebajikan guru. BPPDP menyokong usaha-usaha tersebut dengan bertindak menjalankan penyelidikan bagi memartabatkan profesion keguruan alaf ini. Selain itu BPPDP juga berperanan sebagai perancang untuk membolehkan penambahbaikan kepada profesion keguruan dilaksanakan.

Pelan Strategik BPPDP 2011 - 2015


48

Penutup

Kejayaan Pelan Strategik BPPDP 2011-2015 bergantung kepada pelbagai faktor luaran dan dalaman organisasi ini sendiri. Semua elemen yang dibincangkan dalam pelan ini iaitu bermula dari visi, misi dan objektif BPPDP perlu dihayati oleh warga BPPDP. Justeru, pemantapan peranan semua pihak dapat diperkukuhkan lagi dengan penghayatan 11 nilai teras iaitu kerja sepasukan, strategik, responsif, berintegriti, proaktif, bermaklumat dan analitikal, profesional, berwawasan, pembelajaran berterusan dan berilmu, inovatif dan kreatif serta kolaboratif. Usaha pembentukan sumber manusia yang cekap ini memerlukan juga kepemimpinan peringkat atasan yang mampu memacu BPPDP ke arah memenuhi matlamat dan aspirasi negara bagi mencapai Wawasan 2020. Pelan Strategik ini dirangka dan disediakan bagi memastikan wujudnya rangkaian hubungan yang mantap antara sektor di BPPDP. Kerja sepasukan yang ditunjukkan dalam proses penyediaan pelan ini wajar diperhebatkan lagi dan disemarakkan bagi memastikan 3 teras pelan, 20 strategi dan 47 program dapat dijayakan dalam tempoh 5 tahun ini.

Pelan Strategik BPPDP 2011 - 2015

Carta Jawatankuasa Kerja Pelan Strategik Glosari

Pelan Strategik BPPDP 2011 - 2015

Appendix

CARTA JAWATANKUASA KERJA PELAN STRATEGIK


Pengerusi Dr. Faridah bt. Abu Hassan Timbalan Pengerusi Dr. Zainaal Aalam Hasan Naib Pengerusi Cik Hajah Norizan Desa Urus Setia Dr. Samsuddeen b. KMS Abd. Azis (K) Pn. Norita bt. Hamzah En.Hady b. Ali Pn. Rusidah bt. Mohd. Akil En. Aamanu b. brahim Cik Faridah bt. Lani AJK DASAR Pn. Khalijah bt. Mohammad (K) Pn. Isham bt. Ishak Pn. Rohayati bt. Abd Hamed Wan Anita Kartini bt. Wan Abdul Aziz AJK PERANCANGAN MAKRO Cik Hajah Norizan Desa (K) Cik Sahara bt. Ahmad Dr. Zaini bt. Ahmad En. Zamzuri b. Abdullah Cik Norliah bt. Abdul Aziz AJK PENYELIDIKAN & PENILAIAN Dr. Soon Seng Thah (K) Cik Zalina bt Ahmad Zainuddin En. Goh Shook Ming Dr. Muhammad Zaini b. Mohd Zain Dr. Latip b. Muhammad Cik Asmah bt.. Ahmad AJK KUALITI Dr. Florence Tan (K) Pn. Intan Noraiha bt. Nordin AJK DATA PENDIDIKAN Dr. Zaharian b. Zainuddin (K) En. A. Rahim b. Othman Dr. Markhaini Wati bt. Sarwani

AJK PUSAT DOKUMENTASI Pn. Normah bt. Chik (K) Pn. Faridah bt. Salehan En. Karim b. Jabar

AJK UNJURAN Dr. Zabani b. Darus (K) Dr. Mariam bt. Othman Pn. Hasmira bt. Alias

AJK PENTADBIRAN Pn. A. Devani a/p Alaga (K) En. Inderasaril b. Hamid

Pelan Strategik BPPDP 2011 - 2015

Bil.

Singkatan

Maksud

Appendix

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15

CPD DDSA EFA EKMLTK EMIS EWS GIS MASA MATA PISA SPP SPP II TALIS TIMSS WEI

Continuous Professional Development Data Dictionary Sektor Awam Education For All Elaun Khas Mengikut Lokasi dan Tahap Kesusahan Educational Management Information System Early Warning System Geographical Information System Sistem Maklumat Asas Sekolah Agama Sistem Maklumat Asas Tadika Programme for International Student Assessment Sistem Pengurusan Projek Sistem Pengurusan Projek II Teaching and Learning International Survey Trends in International Mathematics and Science Study World Education Indicators

Pelan Strategik BPPDP 2011 - 2015

You might also like